Teks Pidato Media Sosial [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Nama : Sekolah : Sekolah Kebangsaan Sri Petaling. Tajuk : Budaya positif melalui media sosial.



Ke Pekan Kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah, Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah.



Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera. Salam apresiasi buat barisan kehakiman yang penuh integriti. Salam hormat jua buat penonton yang menonton rakaman saya ini. Tangan ditadah kepada sang pencipta agar segalanya diberkati dan dilancarkan urusan dalam kehidupan seharian. Arena pada hari ini saya lakarkan sebuah pidato yang bertajuk “budaya positif melalui media sosial. Hadirin Sekalian. Dunia pada hari ini sudah berubah dari satu zaman kepada satu zaman. Jika dahulu kita menggunakan pen untuk menulis namun pada hari ini hanya menggunakan hujung jari mampu untuk menyampaikan apa yang dinginkan. Justeru inilah dipanggil media sosial. Media sosial ini diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan sebagai contoh facebook, youtube, Instagram dan banyak lagi. Media sosial menjadi satu medium yang penting dalam pelbagai bidang yang memberikan manfaat kepada pengguna. Jadi, saya akan kupaskan budaya positif dalam media sosial. Hadirin sekalian, Hujah pembukaan saya pada hari ini ialah menerapkan budaya positif iaitu menyebarkan kebaikan dan tauladan kepada orang lain. Ya, kebaikan boleh disebarluaskan kepada semua manusia kerana media sosial menjadi medan terbaik untuk dijadikan rujukan kepada pengguna. Kebaikan ini boleh ditulis atau dirakam dan mesejnya jelas untuk mendidik masyarakat. Sebagai contoh, situasi semasa yang kita hadapi ini iaitu pandemik covid-19 yang menjadi ancaman kepada



kita semua. Oleh itu, segala pencegahan boleh diwar-warkan dalam media sosial sebagai panduan kepada mereka semua.



Hujah saya yang kedua, Media sosial menjadi medan untuk Pendidikan norma baharu. Tidak pernah kita terfikir bahawa inilah yang akan terjadi dalam dunia Pendidikan semenjak pandemik ini berlaku. Jelaslah ini merupakan budaya positif yang boleh diambil oleh semua pelajar tidak kiralah sekolah, kolej atau universiti. Pelbagai inisiatif telah diambil untuk terbaik sebagai contoh program didik tv yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia memberikan manfaat kepada semua pelajar. Tuntasnya, budaya positif media sosial ini juga memberikan kebaikan kepada dunia Pendidikan.



Hadirin sekalian, Hujah saya diteruskan lagi iaitu memberikan pasaran kepada peniaga. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Komunikasi Dan Multimedia pada tahun 2020 menunjukkan 93.3% pengguna seluruh Malaysia memiliki media sosial. Tidakkah ini memberikan pasaran yang baik kepada peniaga untuk memajukan perniagaan mereka. Jumlah pengguna yang ramai ini semestinya memberikan impak ekonomi yang positif kepada peniaga bahkan kepada negara. Jelaslah ini ialah satu budaya positif melalui media sosial.



Hadirin, Sebagai penutup jelaslah budaya postif melalui media sosial ini perlu diterapkan kepada semua pengguna. Setiap rakyat yang mempunyai media sosial haruslah memegang etika dalam penggunaan media sosial. Sekian sahaja hujah saya pada hari ini. Saya Menyusun 10 jari memohon kemaafan andai tersalah dan tersilap dalam mengukuhkan hujah saya pada hari ini.



Sekian, Terima kasih.