10 0 50 KB
Teori Z Pengenalan Kepada Teori Z 1) Teori Z adalah sebuah pendekatan pengurusan berdasarkan kombinasi dari Amerika dan Jepun. 2) Teori Z lebih menekankan pada peranan dan posisi pegawai atau pengurus dalam perusahaan yang dapat membuat pekerja menjadi:- aman/selesa - boleh memberi pendapat - merasa dirinya bernilai 3) Teori Z pertama kali dicetuskan oleh William Ouchi pada tahun 1981 4) Teori ini berandaian bahawa “kerja tekun dan bertanggungjawab merupakan tumpuan utama pekerja, dan pekerja hanya perlu untuk diberikan sokongan dan galakan 5) Teori Z muncul hasil dari pemantauan terhadap perbezaan-perbezaan antara bekerja di perusahaan Jepun dan perusahaan Amerika 6) William Ouchi memperkenalkan dalam mengawal pengurusan organisasi iaitu kawalan Pasaran, kawalan Birokrasi dan kawalan Clan Jenis Kawalan
Keperluan Sosial
Keperluan Maklumat
Pasaran
Normal Timbal Balik
Harga
Birokrasi
Normal Timbal Balik
Peraturan
Kuasa Sah Clan
Normal Timbal Balik
Adat
Kuasa Sah Nilai Bersama, Kepercayaan
7) Secara umum, teori Z menggunakan perspektif holistik yang menekankan jaminan
kerja, membuat keputusan secara berkumpulan dan bertanggungjawab secara berkumpulan terhadap sesuatu keputusan yang berhubung rapat dengan nilai budaya Orang Jepun. 8) William Ouchi telah membandingkan organisasi Amerika dengan syarikat Orang Jepun dan mendapati ada perbezaan pada andaian-andaian yang digunakan dalam proses mengorganisasikan pada kedua-dua negara tersebut. 9) William Ouchi menghasilakn teori Z dengan menggabungkan amalan dalam organisasi Amerika yang mengkhusus pada tanggungjawab individu, dan organisasi Jepun yang mengkhusus pada membuat keputusan secara kolektif
Perbezaan Organisasi Jepun Dan Organisasi Amerika Syarikat Organisasi Jepun
Pekerjaan seumur hidup
Penilaian dan promosi yang perlahan
Tidak mengkhusus pada perancangan/peningkatan kerjaya
Kawalan secara tersirat
Membuat keputusan secara kolektif
Tanggungjawab secara kumpulan
Perspektif holistik
Organisasi Amerika Syarikat
Pekerjaan jangka pendek
Penilaian dan promosi yang pantas
Perancangan/peningkatan kerjaya yang khusus
Kawalan secara jelas
Membuat keputusan secara individu
Tanggungjawab secara individu
Perspektif bentuk berbahagi-bahagi Organisasi Jenis Teori Z
1. Pekerjaan Jangka Panjang 2. Konsensus, membuat keputusan secara bersama 3. Tanggungjawab individu 4. Penilaian dan kenaikan pangkat yang perlahan. 5. Kawalan yang implisit dan tidak rasmi, dengan ukuran formal yang eksplisit. 6. Perancangan kerjaya yang khusus secara sederhana. 7. Tumpuan secara holistik, termasuk keluarga
Kebaikan dan Kekurangan Teori Z Kebaikan •
Tidak membezakan pekerja atasan dan biasa kerana pekerja mempunyai kepentingan dalam organisasi
•
Memberi manfaat kepada pekerja dan organisai
Kekurangan •
Sifat organisasi yang membangun secara sederhana memerlukan usaha lebih jika mengalami masalah
•
Pekerja memerlukan jangkamasa yang agak lama untuk mendapat kenaikan pangkat
Rujukan 1. Pentadbiran dan Amalan Kerja Sosial Sabitha Marican et al Dewan Bahasa Dan Pustaka 2. http://clix72.blogspot.my/2011/05/teori-z-oleh-william-ouchi.html 3. http://www.slideshare.net/nurfarahanis/william-ouchi-2