Titas Ciri Keseimbangan Rohani Dan Jasmani [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Selain itu, tamadun Islam adalah sebuah tamadun yang menekan tamazun iaitu keseimbangan. Ajaran Islam memberikan perhatian yang seimbang kepada semua aspek kehidupan manusia; dari segi individu dan masyarakat, rohani dan jasmani, kebendaan dan kerohanian serta dunia dan akhirat. Contohnya, Islam tidak membenarkan umatnya mementingkan diri sehingga mengabaikan kepentingan masyarakat dan begitu juga sebaliknya dan Islam tidak melihat kejayaan serta keutuhan tamadun manusia. Islam juga tidak membenarkan umatnya mementingkan aspek kerohanian semata-mata sehingga mengabaikan aspek jasmani dan kebendaan dan begitu juga sebaliknya. Umpamanya, seseorang tidak dibenarkan beribadat sepanjang masa sehingga mengabaikan keperluan menjaga kesihatan tubuh badan atau mencari rezeki yang halal. Begitu juga sebaliknya, umat Islam tidak dibenarkan mencari rezeki sehingga mengabaikan kepentingan beribadat kepada Allah. Islam juga tidak membenarkan penganutnya mementingkan aspek kehidupan dunia sehingga mengabaikan kehidupan akhirat, begitu juga sebaliknya. Islam memerintahkan agar kesemua aspek hidup manusia mestilah digabungkan dalam satu gabungan yang seimbang, harmonis dan sepadu supaya kehidupan manusia menjadi sempurna dan sejahtera. Islam mengiktiraf kewujudan manusia dalam dua entiti utama iaitu unsur rohani dan unsur jasmani. Kedua-dua entiti tersebut sentiasa bersepadu, seiringan dan tidak terpisah sama sekali. Ada ketikanya, peranan jasmani lebih penting dan ada masanya peranan rohani lebih menyerlah. Namun, kedua-duanya sentiasa tetap bersepadu. Oleh itu, kita harus berupaya untuk menyeimbangkan antara aspek fizikal dan iman.