Cerpen Kenangan Manis Sebagai Guru [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

DI SANA KENANGAN TERCIPTA



Hujan masih turun membasahi bumi.Sudah dua hari berlalu,hujan masih belum menampakkan tanda-tanda akan reda.Aku amat pasti bahawa hujan akan berterusan sehingga beberapa hari lagi.



Sejak beberapa hari yag lalu,mentari seolah-olah malu untuk memperlihatkan wajahnya.Langit



suram.Hembusan



bayu



Disember



agak



sedikit



ganas



daripada



kabiasaannya.Kuyakin,musim tengkujuh yang sedang melanda sudah mula menyerlahkan kuasanya.



Aku masih terpaku di jendela memerhatikan rintik-rintik hujan yang turun.Fikiranku jauh menerawang ke zaman silamku.Sudah setengah jam aku di situ.Berat rasanya untuk kubangkit dari sofa yang empuk itu.Bagaikan ada sesuatu yang menarik punggungku agar terus melekat di sana.Sesuatu yang menyentuh perasaanku,suatu kenangan yang terindah di kala aku bergelar seorang guru.



Situasinya



sama



namun



waktunya



berbeza.Sudah



dua



puluh



tahun



berlalu.



Namun,curahan hujan menjadikan kenangan itu bagai baru semalam berlaku.Masih segar dalam ingatanku akan saat manis bergelar seorang guru sementara di sebuah sekolah di kawasan pedalaman.Kedatanganku ke sekolah itu disambut oleh hujan dan kedinginan suasana.Mungkin sebab itulah aku sangat suka akan suasana sebegini.



Pengalaman pertama memang abadi selama-lamanya.Persis pasangan pengantin di malam pertama,segala kenangan yang tercipta di sini akan kukenang sampai bila-bila.Apa tidaknya,itulah kali pertama aku masuk ke kelas tanpa uniform sekolah.Itulah juga kali pertama aku menerima ucapan selamat daripada kanak-kanak dan kali pertama juga mengelek buku rancangan mengajar seperti yang lazimnya dilakukan oleh guruku ketika zaman persekolahanku.



1



“Cikgu….,cikgu ni orang Cinakah?tanya seorang budak lelaki dengan loghat pekat yang tidak jelas butirannya.Memang masyarakat di situ ada „bahasanya‟ yang tersendiri.Orang luar pasti akan terlopong apabila pertama kali mendengarnya. “Errrr…..boleh awak ulang semula apa yang awak tanya tadi?”aku bersuara. “Cikgu ni Melayulah,”celah seorang budak perempuan yang agak leka memerhatikanku dari tadi. “Betulkah aku ni ada iras-iras apek yang kat luar sana tu?”Pelbagai persoalan timbul di benakku sambil jari-jemariku meraba-raba pipiku yang bergerutu itu.Memang aku akui,mataku agak sepet dan kulitku sedikit cerah.Pernah sekali kuajukan pertanyaan tentang keturunanku kepada ibu dan bapa.Mereka betul-betul meyakinkan aku bahawa aku dan keturunanku adalah daripada melayu yang ori.Memang sah,aku ialah anak Melayu asli. “Tidak,cikgu memang orang Melayu,”kataku sambil dibalas dengan senyuman oleh mereka yang terlopong dari tadi.Sebagai guru,itulah soalan pertama yang aku terima daripada anak muridku dan itulah juga jawapan yang pertama aku berikan kepada mereka.Agak lucu kan?



Sekolah Kebangsaan Minda Talong ialah sebuah sekolah yang terletak di kawasan hulu Dungun,Terengganu.Jaraknya



dari



Bandar



Dungun



adalah



kira-kira



lapan



puluh



kilometer.Masyarakat di sini masih bergantung hidup pada hasil hutan.Kehidupan mereka masih jauh daripada arus pembangunan.Kesempitan hidup membuatkan ada anak-anak yang terpaksa sama-sama turun padang bagi mencari rezeki.Bagi mereka,sekolah hanyalah sebagai tempat untuk mengisi masa lapang anak-anak.Jadi,mereka berpendapat bahawa anak-anak mereka tidak perlu belajar tinggi-tinggi,malah hanya pelu mendapatkan pendidikan yang asas sahaja.Sebab itulah,mana-mana guru yang ditempatkan di sini,cabaran besar bakal menanti mereka.



Memang tidak dapat dinafikan bahawa guru-guru yang berkhidmat di sini adalah yang telah benar-benar melepasi ujian kelayakan.Bukan setakat penerimaan masyarakat di sini terhadap pelajaran yang amat rendah,kekurangan infrastruktur juga membuatkan sesiapa yang lemah semangat akan menyerah kalah.Hanya orang yang cekal sahaja mampu untuk bertahan.



2



Masih segar dalam ingatanku,pada hari pertama aku di sini,aku telah diuji dengan satu ujian yang maha berat.Aku terpaksa menongkah arus sungai yang deras kerana jambatan kecil yang dibina oleh penduduk kampung telah ditenggelami air.Hanya Tuhan yang tahu betapa gementarnya aku tatkala bot yang aku naiki terpaksa mengelak batang-batang balak sebesar sepemeluk yang hanyut dibawa arus deras.Kecut perutku dibuatnya.Kemudian,aku terpaksa menapak sejauh dua kilometer sebelum sampai di sekolah.



Sememangnya,ujian tersebut benar-benar telah mematikan semangatku.Namun atas nasihat dan sokongan daripada keluarga,aku telah beroleh kekuatan



untuk meneruskan



perjuangan mendidik anak bangsa.



Benarlah kata orang,pahit itu akan manis akhirnya.Siapa sangka , tempat yang umpama neraka ini telah bertukar menjadi syurga bagiku.Segala keterpaksaan telah menjadi bibit-bibit cinta yang sukar dilupakan.Banyak kenangan yang ditimba sepanjang setahun setengah aku di sini.Tempoh masa yang panjang kurasakan hanya sekelip mata sahaja.Semuanya kerana kecintaan yang telah tercipta di sini.



Walaupun hanya guru sementara,kurasakan pengalamanku di sini lebih hebat daripada guru-guru tetap yang dilahirkan oleh maktab-maktab perguruan.Bukan satu atau dua,malah semuanya di sini adalah pengalaman manis buatku.Bukan sahaja dengan murid, bahkan banyak kenangan telah tercipta bersama masyarakat dan alam semula jadi di sini.



Terfikirkah kita,apakah makanan ringan budak-budak di sini?Kalau kita makan kacang atau kuaci sambil menonton televisyen,mereka juga ada makanan kegemaran mereka.Pernah suatu masa ketika di dalam kelas.Aku melihat mulut seorang murid mengunyah-ngunyah sesuatu seperti kambing yang sedang mengunyah makanan.Mustaqim namanya. “Apa yang kamu makan itu,Mustaqim?” “Petai cikgu,”jawabnya selamba.Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati ada beberapa papan petai di dalam poket seluarnya.Bau mulutnya…..Huh,Tuhan sahaja yang tahu.Bagi mereka,petai dan kerdas ialah makanan harian yang dijadikan seperti kuaci.



3



Keadaan persekitaran juga mempengaruhi cara amalan seharian mereka.Kadangkadang,mereka ke sekolah berkaki ayam.Kasut di dalam beg. “Bijak juga mereka ini ya?”kadang-kadang aku berfikir sendiri.Mengapa begitu?Laluan mereka untuk ke sekolah dipenuhi tahi-tahi lembu dan kerbau.Kalaulah mereka memakai kasut,sudah tentu jadi „belacan‟lah kasut mereka itu.Tiba di sekolah,mereka mencuci kaki.Kemudian,mereka pun memakai kasut mereka.Bukankah itu bijak?Walaupun tahap pendidikan mereka amat rendah,tetapi aku amat kagum oleh cara mereka berfikir.Hal inilah yang membuatkan aku lebih bersemangat untuk mencurahkan ilmu kepada mereka.



Musim buah-buahan memang amat dinanti-nantikan oleh guru-guru di sini.Kadangkadang kami sengaja mengajar tajuk buah-buahan dalam pengajaran kami ketika musim ini.Bukannya apa,sengaja menarik perhatian mereka terhadap alam sekeliling mereka pada ketika itu.Sebenarnya ada udang di sebalik batu. “Hari ini kita akan belajar tajuk „Buah-buahan Tempatan‟. Di rumah siapakah ada pokok buah durian?Cikgu rasa di rumah Solihin ada banyak pokok durian,betul tak?”tanyaku seperti meneka dalam kesamaran.Sebenarnya,memang aku sudah tahu,di rumahnya ada banyak pokok durian. “Ada,cikgu….banyak…pokok lain pun ada.Manggis ada…duku pun ada.Cikgu nak?”



Wah,nampaknya



jerat



sudah



mengena



tetapi



aku



masih



bermain



tarik



tali



dengannya.Bukannya apa,malu juga kalau nampak sangat kita beria-ia. Bak kata pepatah,hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. “Cikgu cuma tanya sahaja,bukan hendak pun,”kataku. “Cis,bodoh betul mulut ni,cakap tak mahu,”menyesal pula terlepas cakap begitu. “Biarlah,kalau dia faham,tentu dia bawakan untukku,”kataku untuk menyedapkan hati.



Memang benar telahanku.Keesokan harinya,beberapa biji durian telah terlonggok di bawah mejaku di bilik guru. “Bapa Solihin yang bagi,”kata Cikgu Azam yang duduk di sebelahku. “Pandai engkau mengayat ya?”sambungnya lagi sambil kami ketawa berdekahdekah.Begitulah senarionya pada musim buah-buahan.Ibu bapa sangat berbesar hati kalau dapat memberikan buah-buahan kepada cikgu-cikgu.



4



Kampung Minda Talong masih terpelihara daripada pencemaran dan kemusnahan alam semula jadi.Air sungainya yang jernih mengalir perlahan seolah-olah mendodoikan sesiapa yang melihatnya.Ikan-ikan di dalamnya pula galak berenang ke sana-sini tanpa halangan.Geseran bambu pula seperti membisikkan suara yang syahdu ke telinga.Segala ketenangan terdapat di sini.Bagiku,terapi yang paling mujarab untuk menghilangkan tekanan adalah di sini.Sebab itu aku selalu ke sini…ke sungai ini.Bukan itu sahaja,di sinilah juga menjadi tempat aku mengasah ketajaman mata penaku kerana segala inspirasi terdapat di sini.



Sesekali,teringin juga aku untuk menikmai kesegaran air sungai yang mengalir lembut.Maka,anak-anak murid akulah yang selalunya menjadi pak turut.Mereka sebenarnya tak kisah.Mereka lebih bangga jika dapat membuatkan aku gembira. “Siapa yang pernah mandi di anak Sungai Talong?”aku menggunakan taktik lama untuk menjerat mereka. “Saya….,”jawab mereka serentak sambil mengangkat tangan. “Ibu bapa kamu tak marahkah kamu mandi di sana?aku cuba menduga. “Tak,cikgu.Bapa kamilah yang mengajar kami



berenang



di



sana,”celah



Muslimin.



“Bapa



kata,anak



lelaki



mesti



pandai



berenang,”tambahnya lagi. “Budak-budak ni macam dah tahu hajatku,”bisik hatiku. “Cikgu,petang ini kami hendak pergi berenang.Marilah ikut kami,”kata Rashid.Nampaknya jerat mengena lagi.Aku bagai orang mengantuk disorongkan bantal,terus menerima pelawaan mereka.Seperti yang dijanjikan,aku bersama anak-anak muridku telah pergi ke sungai untuk bermandi-manda.



Memang mereka perenang yang hebat.Mustaqim,Solihin,Muslimin dan Rashid memang betul-betul mewarisi tradisi kaum lelaki di kampungnya.Bukan sahaja mahir berenang,malah mereka juga mampu menangkap ikan-ikan yang sedang berenang dengan tangan mereka.Aku tabik mereka. “Cikgu,mengapa cikgu tak turun?Tadi cikgu kata cikgu nak berenang,”tanya Muslimin kepadaku yang sedang asyik melihat mereka berenang.Aku bukan tak mahu berenang.Tapi segan dengan anak-anak muridku.Maklumlah,aku cuma tahu asas berenang sahaja. 5



Tiba-tiba, “Woi…,apa ni?”aku menjerit.Sedar-sedar sahaja aku sudah berada di dalam air. Jahat betul budak-budak ni.Ditolaknya aku ke dalam air.Terkapai-kapai aku dibuatnya.Nasib baiklah airnya tohor.Ketawa besar mereka berempat dapat kenakan aku.Aku turut ketawa. Aku sudah mula menyayangi mereka.



Setelah beberapa bulan aku di sana,kami guru-guru telah berbincang untuk mengadakan satu projek yang besar bagi murid-murid di sekolah itu iaitu lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur.Dua bulan sebelum lawatan,kami telah maklumkan kepada ibu bapa murid tentang program lawatan yang akan kami jalankan itu.Ada ibu bapa yang menyambut baik cadangan program itu dan ada pula yang menentang.Maklumlah,inilah kali pertama anak-anak mereka dilepaskan ke suatu tempat yang asing.



Budak-budak sudah semakin teruja.Tak henti-henti mereka bertanya tentang itu dan ini pasal lawatan.Jenuh aku nak menjawabnya.Akhirnya kami berjaya mengumpulkan murid-murid secukupnya.Sehari sebelum lawatan,penduduk kampung telah mengadakan kenduri doa selamat.Tumbang juga seekor lembu.Kami bersama perduduk kampung bersembahyang hajat bagi mendoakan keselamatan kami pergi dan balik.Wah,macam kenduri kahwin jadinya!Meriah sungguh!



Pada hari yang ditetapkan,kami sudah bersiap sedia untuk bertolak.Banyak ibu bapa yang menangis kerana hendak berpisah dengan anak-anak mereka walaupun cuma beberapa hari sahaja.Setahu aku,situasi begini biasanya berlaku ketika orang menghantar para jemaah haji yang akan menunaikan haji.Walau bagaimanapun,aku kagum akan kasih sayang yang ditunjukkan oleh ibu bapa ini terhadap anak-anak mereka.



Ketika bertolak,kami mengarahkan semua peserta rombongan tidur kerana waktu itu adalah waktu malam.Semuanya senyap.Tidak seperti murid-murid di bandar.Dipaksa tidur pun tidak mahu.Seronok sangat.Itulah yang aku kagum akan murid-murid di sini.Dengar kata orang.



6



Kami tiba di Kuala Lumpur pada waktu subuh.Kami kejutkan mereka untuk bersembahyang subuh di sebuah masjid.Masing-masing terlopong melihat lampu neon yang berwarna-warni menghiasi jalan-jalan raya.Aku tersenyum melihat gelagat mereka.Memang aku dah agak keadaan ini akan berlaku.Jenuhlah aku nak mengawal mereka nanti di kota yang besar ini. Maklumlah orang ulu.



Kami membawa mereka ke sebuah pusat beli belah.Ketika menaiki eskalator,kami terpaksa mendukung mereka seorang demi seorang.Rupa-rupanya mereka takut untuk menaiki tangga



bergerak



itu.Orang



ramai



dah



mula



menjeling-jeling



ke



arah



kami.Kami



tersenyum.Walaupun penat,kami tetap gembira melayan gelagat anak-anak murid kami ini.



Selama tiga hari di Kuala Lumpur,banyak tempat yang kami lawati.Banyak juga kejadian-kejadian yang melucukan hati kami.Kami amat gembira kerana dapat mendedahkan dunia luar kepada mereka.Sekurang-kurangnya,tidaklah mereka menjadi seperti katak di bawah tempurung.Sebaik-baik sahaja tiba di kampung,kami telah disambut dengan begitu meriah lagak Sang Perwira yang menang di medan pertempuran.Kelihatan ibu bapa memeluk anak mereka dengan tangisan yang sendu.Rindu agaknya!



Genaplah 16 bulan aku mengajar di SK Minda Talong.Pada suatu hari,aku telah menerima tawaran untuk menjalani latihan di sebuah maktab perguruan.Perasaanku berbaur gembira dan sedih.Rasa menyesal pula aku memohon untuk ke maktab perguran.Namun,aku mengerti bahawa untuk menjadi seorang guru yang lebih baik,aku perlu menjalani latihan sebagai seorang guru.Aku terpaksa pergi kerana hasratku untuk menjadi pendidik sudah semakin menebal dalam jiwaku walaupun pada awalnya aku amat benci akan kerjaya ini.Menjadi guru sementera pun pada awalnya hanyalah untuk mengisi masa lapang sahaja.Jadi,aku mesti pergi.Mesti meninggalkan anak-anak murid kesayanganku ini.



7



“Murid-murid semua,hari ini cikgu ada bawakan satu berita untuk kamu semua.Cikgu pun tak pasti berita ini gembira atau sedih.Apa yang pasti,tak lama lagi cikgu akan meninggalkan kamu.Cikgu……,”Aku menahan sebak.Aku tidak dapat meneruskan kata-kataku.Semua murid diam.Masing-masing terpaku tanpa berkata apa-apa.Masing-masing menanti bait-bait perkataan yang keluar dari mulutku.Mustaqim tertunduk.Norashima menekup mukanya.Kusentuh pipiku.Basah. “Cikgu mahu kamu belajar rajin-rajin.Kalau kamu sayangkan cikgu,kamu mesti belajar bersungguh-sungguh.Dengarlah nasihat ibu,bapa dan guru.Cikgu akan kembali.Cikgu pasti akan kembali ke sini suatu hari nanti,”itulah kata-kata terakhir yang keluar dari mulutku sebelum aku meninggalkan mereka.



Aku diarak keluar dari sekolah bagai anak raja yang keluar dari istana.Ibu bapa turut meraikan



kepergianku.Sebelum



berpisah,kusempat



menoleh



ke



arah



pagar



sekolah.



Mustaqim,Solihin,Muslimin dan Rasyid memandangku dengan wajah yang sayu.Cepat-capat aku mengalihkan pandangan mataku.Tak sanggup lagi aku melihat mereka. “Ayah faham perasaanmu.Kamu memang anak yang baik,”kata ayahku memujuk hatiku yang hiba.Hujan mencurah sebaik sahaja kami beredar meninggalkan tempat itu sama seperti aku disambut pada awal kedatanganku dulu.Dari dalam kereta,aku memandang ke belakang. Kelihatan sekolah semakin jauh meninggalkanku.Aku terasa seperti tertinggal sesuatu di sana tetapi aku tak pasti apakah ia.



Hujan masih mencurah-curah.Lebatnya selebat linangan air mataku.Aku masih terpaku di situ.Curahan hujan mengiringi seribu kenangan ,kenangan yang manis dalam hidupku.Dua puluh tahun berlalu.Apakah aku sudah lupa akan janji-janjiku?Tidak…aku tidak lupa.Aku pasti akan ke sana kerana di sanalah kenangan tercipta.



8



9