Cadangan Jawapan T3 SEJARAH 2020 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Cadangan Jawapan Pemahaman dan Pemikiran Kritis Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 KSSM Bab 1 1. A 2.B 3.D 4.D 5.A 6.A 7. (a) Mengapakah negara kita menjadi sasaran kuasa Barat sehingga kini? - Kedudukan yang strategik terletak di tengah laluan perdagangan Barat dan Timur. - Kaya dengan sumber bahan mentah. Misalnya, bijih timah dan getah. - Kesuburan tanah dan iklim yang sesuai untuk tanaman bercirikan eksport iaitu getah dan kelapa sawit. - Pembukaan Terusan Suez memendekkan jarak perdagangan di antara Barat dan Timur. - Ciptaan kapal wap membolehkan muatan barangan dagangan dibawa dengan banyak, selamat dan menjimatkan kos. - Ciptaan telegraf memudahkan perhubungan antara syarikat perdagangan dengan ejen mereka (syarikat perwakilan) di Timur. - Mereka mahu menyebarkan agama Kristian (b) Jelaskan strategi yang digunakan oleh kuasa Barat untuk menguasai negara kita - Serangan fizikal - Perjanjian - Pakatan - Manipulasi - Tipu helah - Pakatan - Ugutan/desakan - Pajakan (c) Sejauh manakah strategi yang digunakan oleh kuasa Barat mencapai kejayaan? Kuasa Barat seperti British dan Belanda berjaya mencapai matlamat masing masing menggunakan pelbagai strategi. Kuasa Belanda menggunakan strategi serangan izikal, perjanjian dan pakatan. Manakala, British menggunakan lebih daripada tiga strategi untuk mencapai matlamatnya, iaitu Serangan fizikal, perjanjian, pakatan, manipulasi, ugutan/desakan, tipu helah, dan pajakan. Strategi Serangan Fizikal Belanda berjaya menundukkan penduduk tempatan di Pulau Pangkor, Perak Belanda juga berjaya mengalahkan serangan angkatan Selangor British berjaya menakluki Naning dalam Perang Naning pada tahun 1832. Strategi Perjanjian Belanda berjaya mengadakan perjanjian dengan Perak untuk mendapatkan bijih timah. Belanda berjaya mengadakan perjanjian dengan Selangor. Melalui perjanjian ini, Selangor menjual bijih timah kepada Belanda Perak, Sultan Selangor, Yamtuan Seri Menanti dan Sultan Pahang bersetuju menerima naungan British. Strategi Pakatan Belanda berpakat dengan Johor dan berjaya mengalahkan Portugis di Melaka Belanda mengadakan pakatan dengan British dan berjaya memeterai Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.



Strategi Manipulasi British berjaya mendapatkan Singapura. British berjaya campur tangan di Perak, Selangor dan di Negeri Sembilan.



Ugutan/Desakan British berjaya menempatkan Residen di Selangor dan Pahang James Brooke mendesak Sultan Brunei dan berjaya menjadi Rajah Putih di Sarawak. Tipu Helah British berjaya mendapatkan Pulau Pinang. Strategi Pajakan British berjaya meliuaskan pengaruhnya di Sabah. (d) Apakah kelebihan strategi yang digunakan oleh British untuk menguasai Alam Melayu berbanding dengan strategi yang digunakan oleh Belanda? Kuasa Belanda lebih mengutamakan strategi serangan fizikal diikuti dengan strategi perjanjian dan pakatan. Kesannya, Belanda terpaksa pemerintah tempatan kurang memberikan kerjasama kepada kuasa Belanda. Kerapkali Belanda terpaksa menggunakan kekuatan angkatan perangnya untuk menghadapi tentangan masyarakat tempatan. Kuasa Belanda memilih menunjukkan kekuatan angkatan perangnya untuk menyelesaikan masalahnya dengan pemerintah tempatan. British pula berusaha menggunakan sebagai strategi untuk mengelakkan peperangan terbuka dengan pemerintah tempatan.. British menyedari kesan Perang Naning pada tahun 1831 dan 1832 telah menyebabkan pelbagai kerugian. Perang tersebut menelan kos yang besar dan korban jiwa di antara kedua belah pihak. Oleh itu British sentiasa berhati- hati dalam tindakannya untuk mengelakkan kebangkitan penduduk tempatan. British berusaha sedaya upaya menggunakan pelbagai strategi untuk mencapai matlamat mereka dengan kos yang minimum berbanding dengan strategi serangan fizikal. 8. Usaha menentang British oleh penduduk tempatan turut melibatkan penggunaan senjata moden (a) Meriam Melayu – Lela atau Rentaka (b) Kegunaan – meriam mudah alih dan dibawa ke mana sahaja mengikut bentuk muka bumi – bidikannya tepat – boleh dipikul - boleh diletak dibucu kubu dan kota – di letak di belebas perahu atau kapal (c) Perkembangan teknologi mempengaruhi sistem pertahanan Negara Malaysia mempunyai pasukan pertahanan yang kuat dan mampu mempertahankan kedaulatan negara. Sehubungan dengan itu, Malaysia mempersiapkan pertahanan negara dengan teknologi system pertahanan dan mewujudkan industri pertahanan. Bab 2 1. D 2.D 3.D 4.C 5. (a) Singapura (b) British mahukan Singapura kerana berpotensi menjadi pusat perdagangan / pelabuhan yang menguntungkan/pangkalan tentera dan dapat menyaingi pengaruh Belanda di Alam Melayu. Belanda mendakwa Singapura di bawah lingkungan pengaruhnya dan mahu mempertahankan perdagangannya di Alam Melayu. (c) Melalui Perjanjian Inggeris -Belanda / Persetiaan London 1824/menetapkan pembahagian pengaruh British dan Belanda di Alam Melayu.



(d) Alam Melayu terbahagai kepada dua lingkungan pengaruh Barat (Belanda dan British) / perpecahan empayar Johor Riau dan penguasaan sepenunya oleh British.



(e) Berwaspada dengan anasir luar yang boleh menjejaskan kedaulatan negara / Perbalahan membuka ruang kepada penguasaan kuasa asing. Bab 3 1. A 2.C 3.A 4.C 5. Melintang 2. Raub 3. Jugra 4. Ipoh 5. Durbar 7. Melampan 9. Lukut 10. Linggi



Ke bawah 1. Manipulasi 2. Residen 3. Jeneral 6. Beruas 8. Pahang



6. (a) Raja Abdullah (Raja Muda) (b) Raja Ismail ( Raja Bendahara) (c) Raja Ismail, Raja Ismail dan Raja Yusuf (d) - Politik tidak stabil - Ekonomi / perlombongan bijih timah terjejas - Memberi peluang manipulasi oleh pihak British - British berjaya menempatkan Residen dan Penolong Residen di Perak (e) - Memberi pengalaman mentadbir kepada bakal Raja - Dapat mengelakkan perebutan takhta kerana jawatan telah ditentukan Bab 4 1. D 2.D 3.B 4. a. Terengganu b.Perak c.Pahang d.Selangor 5. a. Jemaah Menteri b. Majlis Mesyuarat Negeri 6. a. (1) Kedudukan yang strategik (2) menghalang kemasukan kuasa barat lain (3) kemakmuran dan kekayaan sumber hasil (4) Menghubungkan Burma dengan Pulau Pinang (5) beban orang putih b. Laluan perdagangan Siam-Singapura c. Kelima-lima faktor diatas sangat penting yang mempengaruhi tindakan British dalam usaha memperluaskan kuasanya. 7. Penandaan lima buah Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. 8. a. Ciri-ciri bunga emas: (1) pohon daripada emas, batang daripada perak (2) tinggi kira-kira 40 inci atau 101.6 cm (3) Dahan atau ranting bunga emas berjumlah 45 termasuk pucuknya (4) bunga-bunganya berjumlah 64 kuntum (5) daun dan kelopak bunga emas diperbuat daripada kertas emas manakala yang lain ialah emas tumpat (solid gold)



b. Penghantaran bunga emas Bunga emas yang telah siap akan dihantar ke Siam dari Kedah ke Singgora (Songkhla) dengan menaiki gajah. Kira-kira 100 ekor gajah digunakan untuk menghantar bunga emas ini. Rombongan ini juga dikawal rapi oleh kalangan tentera dan panglima bagi mengelakkan ia dirompak. Di Singgora, mereka akan menghadap Raja Singgora bagi memaklumkan mengenai penghantaran bunga emas tersebut Dari pelabuhan Singgora, kumpulan menghantar bunga emas akan belayar dengan kapal ke Bangkok. Bab 5 1. A 2.B 3.B 4.B 5.D 6. a. SBUB menerima penasihat British b. SBUB perlu memelihara adat resam, agama dan undang-undang penduduk tempatan c. SBUB hendaklah memerintah Sabah dengan adil dan saksama d. SBUB tidak dibenarkan menyerahkan Sabah kepada pihak lain tanpa kebenaran British. 7. a. Charles Lee Moses: Menyewa Sabah daripada Sultan Brunei b. Alfred dan Edward Dent: Memajak Pantai Timur Sabah daripada Sultan Sulu 8. a. menjadi pegawai tertinggi selepas raja dalam hal ehwal pentadbiran b. meskipun dari sudut tugas hampir sama, namun dari sudut kedudukan berbeza kerana di Sarawak Residen berada di bawah Raja c. mentadbir Daerah d. Pentadbiran yang tersusun dan turut mengambil orang tempatan sebagai pentadbir 9. a. Gabenor bertanggung jawab penuh dalam hal ehwal pentadbiran di Sabah b. kedudukan orang tempatan berada di hieraki bawah seperti Pegawai Daerah, Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung. c. Ketua Anak Negeri mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada Ketua Kampung dan terlibat dalam hal-hal pentadbiran dan perundangan seperti adanya Mahkamah Anak Negeri. Ketua Kampung merupakan golongan pentadbir terbawah dalam hieraki pentadbiran. d. Pentadbiran yang tersusun dan turut mengambil orang tempatan sebagai pentadbir Bab 6 1. B 2.D 3.D 4.A 5.B 6. Kapal korek pada abad ke-20 a) Teknologi melombong bijih timah di negara kita - Sebelum tahun 1820 orang Melayu menggunakan kaedah mendulang dan melampan. - Pelombong Cina memperkenalkan lombong dedah dan lombong pam. - Mereka juga menggunakan teknologi roda air dan enjin wap untuk mengatasi masalah banjir. - Pada tahun 1912, British telah memperkenalkan kapal korek. b) Syarikat pelaburan bijih timah di negara kita pada tahun 1900 – Straits Trading Company. c) Cara memanfaatkan bekas tapak perlombongan bijih timah: - Tanaman kontan seperti sayuran, cili, sengkuang, ubi kayu dan keledek. - Tanaman buah buahan seperti belimbing, jambu batu, betik dan mangga. - Pembinaan pusat rekreasi dan santuari (padang golf). - Pembinaan Kampus Universiti. Contoh, Kampus UiTM dan Universiti Teknologi Petronas. - Pembinaan kawasan perumahan.



7. Kepentingan Jabatan Hal Ehwal Cina dan Ordinan Buruh Kontrak Jabatan Hal Ehwal Cina - Memastikan peraturan dan undang-undang dipatuhi - Menyelesaikan perbalahan dalam masyarakat - Mengawal kegiatan kongsi gelap - Mendaftarkan buruh - Menjaga kebajikan buruh - Menjalin hubungan yang baik antara pemerintah British dan masyarakat - Melindungi kaum wanita dan buruh wanita - Memastikan kesejahteraan masyarakat Ordinan Buruh Kontrak - Melindungi buruh daripada penindasan - Mendaftarkan kontrak perburuhan - Memastikan majikan dan ejen pekerja mematuhi Ordinan Imigresen China 8. Kolej Melayu Kuala Kangsar a) British menubuhkan Kolej Melayu Kuala Kangsar - Kolej Melayu Kuala Kangsar telah ditubukan pada tahun 1905. - Matlamatnya untuk memberi pendidikan Inggeris hingga ke peringkat menengah kepada anak-anak raja dan golongan bangsawan Melayu. - Kolej atau Maktab ini melatih anak-anak bangsawan Melayu untuk berkhidmat dengan kerajaan British. b) Kepentingan penubuhan institusi tersebut - Mewujudkan pentadbir awam dalam kalangan penduduk tempatan - Pertambahan pengambilan orang Melayu dalam Perkhidmatan Pentadbiran Melayu (MAS) dan Perkhidmatan Awam Melayu (MCS) yang selama ini dipenuhi oleh orangorang Eropah. - Mencetuskan kebangkitan nasionalisme. - Melahirkan ramai pemimpin dan cendekiawan. Bab 7 1. A 2.C 3.D 4.B 5.D 6. Lengkapkan jadual di bawah Tokoh Bentuk Perjuangan Matlamat Perjuangan Mat Salleh Perjuangan bersenjata • Mempertahankan hak dan kedudukan • Mengembalikan dan mengekalkan system pentadbiran tradisional • Menentang pentadbiran dan peraturan baru yang menyusahkan hidup rakyat tempatan Dato’ Maharaja Lela Mencabar Perjanjian Haji Abdul Rahman Limbong Menggunakan sistem perundangan a) Cabaran yang terpaksa dilalui oleh tokoh Mat Salleh • Mendapatkan senjata yang moden • Sukar menandingi teknologi senjata moden yang digunakan oleh British • Mengaplikasikan strategi taktik serangan gerila dengan pembinaan kubu



Dato’ Maharaja Lela • Menghadapi tentera British yang lengkap dengan senjata moden • British mempunyai jumlah tentera yang lebih ramai • Mendapatkan sokongan pembesar dan pengikut • Mengaplikasikan strategi taktik membina kubu pertahanan dengan taktik berundur ke dalam hutan untuk mengelakkan peperangan terbuka Haji Abdul Rahman Limbong • Memerlukan kepakaran sistem perundangan Barat • Mengggunakan mahkamah sebagai saluran untuk menegakkankeadilan b) Iktibar perjuangan - Sikap muafakat, keberanian dan disiplin yang tinggi mampu menentang penjajah. - Kita mestilah mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta teknologi yang tinggi supaya tidak dipermainkan oleh penjajah. - Kita mestilah sentiasa bersatu padu, berwaspada, berusaha meningkatkan pertahanan dan memiliki senjata moden untuk mengekalkan kedaulatan negara. - Perebutan kuasa, kelemahan ekonomi dan sikap mementingkan diri menyebabkan berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat. - Kesannya kuasa luar mudah menguasai negara kita. - Tanpa kekuatan ekonomi kita akan mudah terpedaya dengan bantuan dan tawaran yang diberikan pihak musuh. - Kita patut mencontohi pemimpin tempatan masa lampau yang mempunyai semangat juang yang kental dan tidak mudah berputus asa dalam perjuangan. - Sifat tersebutlah yang menyebabkan pemimpin tempatan gigih berjuang hingga titisan darah yang akhir. - Kita juga patut mencontohi sikap pemimpin tempatan yang mematuhi ajaran agama, menggunakan akal fikiran dan berani menegakkan kebenaran. - Mereka menolak pengenalan sistem cukai dan undang-undang British kerana pembaharuan tersebut bercanggah dengan budaya dan nilai tempatan. - Mereka memiliki jati diri menyebabkan mereka tidak mudah menerima pengaruh luar c) Rumusan kekuatan dan kelemahan strategi perjuangan Tokoh Kekuatan Kelemahan Mat Salleh • Mahir dalam taktik peperangan gerila • Mahir dalam seluk beluk kawasan hutan dan gunung ganang • Disokong oleh pembesar tempatan • Mempunyai ramai pengikut • Berjaya membina kubu yang teguh • Kekurangan senjata moden • Bersetuju mengadakan rundingan dengan British • Mudah mempercayai janji-janji British Dato’ Maharaja Lela • Mendapat sokongan Sultan dan pembesar Perak • Mempunyai ramai pengikut di Pasir Salak • Berjaya membina kubu pertahanan • Kekurangan senjata moden • Struktur pembinaan kubu kurang teguh dan mudah dibinasakan Haji Abdul Rahman Limbong • Disayangi oleh Sultan yang memerintah • Mempunyai ramai pengikut terdiri daripada petani • Mahir dalam agama Islam • Mahir dalam system perundangan Barat



• Penasihat British lebih berkuasa • Sukar melawan system perundangan Barat 7. Nama pejuang diabadikan a) Sumbangan tokoh dalam gambar Gambar 1 : Bangunan – Sempena nama Rentap Gambar 2 : Sekolah – Sempena nama Dato’ Bahaman Gambar 3 : Jalan – Sempena nama Mat Salleh b) Cara menyemai semangat patriotik - Memakamkan pahlawan di tempat terhormat iaitu di makam pahlawan - Mengabadikan nama pahlawan di bangunan, universiti - Membina monumen atau tugu peringatan sebagai tanda kenang kenangan - Memperingati peristiwa penting melalui sambutan hari pahlawan, hari kebangsaan - Menerbitkan karya biografi pahlawan itu - Mendoakan arwah para pahlawan Bab 8 1. A 2.B 3.A 4.D 5. (a) Tokoh Sumbangan Wan Muhammad Saman • Membangunkan ekonomi negeri Kedah • Memajukan bidang pertanian terutama padi • Membina terusan untuk mengairi tanaman padi • Menjadikan Kedah terkenal sebagai Negeri Jelapang Padi Datuk Hakim Imam Abang Haji Murshidi • Memajukan pengajian Islam dalam masyarakata Sarawak • Menubuhkan sekolah untuk Pendidikan bagi kaum wanita • Menubuhkan Majlis Agama Islam Sarawak Haji Mohammad Arshad • Membantu Pegawai Daerah • Menjaga keamanan, mengutip cukai, memajukan pertanian • Menjadi Hakim Mahkamah Anak Negeri mengendalikan isu berkaitan adat dan Syariah Tengku Menteri Ngah Ibrahim • Memajukan sosio ekonomi daerah Larut Matang • Memajukan ekonomi negeri Perak • Mengusahakan perlombongan bijih timah, lading tebu dan lading kopi • Memodenkan pentadbiran daerah Larut Dato’ mohammad Salleh bin Perang • Memajukan pembangunan bandar • Melukis peta lengkap negeri Johor • Memudahkan pembangunan pertanian, pembandaran dan sistem perhubungan • Mengasaskan bandar Muar, Endau dan Batu Pahat (b) Ciri kepimpinan berwibawa - Berwawasan - Kreatif dan inovatif - Menjamin perpaduan rakyat - Mengekalkan kestabilan politkk - Memakmurkan ekonomi



- Mengukuhkan pertahanan negara - Memajukan pendidikan rakyat - Menyediakan infrastruktur - (mana-mana jawapan munasabah)