Esaimen Muzik 1 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1.0



PENDAHULUAN



Nyanyian adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan pada kanak-kanak. Kanak-kanak prasekolah berasa seronok menyanyi bersama-sama atau dalam kumpulan yang besar. Mereka pada masa kini pandai menyanyi lagu kompleks dan berbagai-bagai jenis lagu. Suara dijadikan satu alat muzik semula jadi dimana kanak-kanak dapat menggunakan dibahagikan kepada beberapa di bawah. Ia kebiasaannya dicipta bagi memnuhi tema-tema tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya tema haiwan, tumbuhan, konsep dalam pengajaran nombor dan pantun seloka. Ketegori lagu kanak-kanak adalahseperti permaian jari, lagu beraksi, lagu rakyat, lagu permainan, lagu unsure nasihat, lagu ucapan dan lagu serantau. Pelbagai muzik vocal boleh dilakukan iaitu nyanyian secara solo ataupun secara berkumpulan ataupun nyanyi dua lapisan suara. Nyanyian dapat memberi respon kepada pelbagai aspek tentang karya atau persembahan muzik vocal seperti konsep muzik iaitu berbentuk irama, melodi, bentuk dan ekspresi. Ia juga berfungsi sebagai muzik iaitu perayaan, tarian serta upacara dan digunakan sebagai teknik persembahan. 1.1



Bidang Nyanyian Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur,



pendengaran, sebutan, pernafasan dan eknik pengeluaran suara. Kegiatan ensemble vocal diadakan bagi seimbang. Amalan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan disiplin diri dan kerjasama diutamakan dalam kegiatan ensemble.penerapan nilai-nilai murni juga dipupuk melalui lirik lagu terutama melalui lagu yang berunsur budaya tanah air masyarakat Malaysia. Konsep muzik yang ditegaskan dalam bidng ialah melodi dan irama. Antara kegiatan yang diadakan adalah seperti Mari menyanyi tiga bntuk nyanyian iaitu dengan menyanyikan lagu yang digemari iaitu lagu beraksi dan lagu berentak tradisional, lagu pusingan dan lagu suara lapisan, menyanyi secara spontan dan hafalan, serta menyanyi secara dengan menggunakan skor muzik.



1



Selain itu antara kegiatan yang diadakan ialah menyanyi secara muzikal. Menyanyi secara muzikal adalah seperti menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan member penegasan kepada tekanan dan latihan sebutan berirama dan menyanyi pebagai jenis lagu dengan member tumpuan kepada pic, tempo, corak irama, melodi dan ekspresi mengikut mud dan dinamik. Selain itu antara kegiatan yang diadakan ialah penekanan teknik dan cara menyanyi iaitu dengan membuat latihan vocal dengan member tumpuan kepada skel dan warna ton. Di sini juga kanak-kanak dapat membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk kontur, urutan dan rangkai lagu dengan tumpuan kepada pernafasan, pengeluaran suara, artikulasi, sebutan dan postur. Selain itu antara kegiatan yang diadakan ialah meneroka dan mengenal muzik nyanyian. Dengan adanya kegiatan ini kanak-kanak dapat melatih mendegar dan menyanyi dalam beberapa jenis jalinan suara seperti monofoni dan polifoni. Kanak-kanak juga dapat membuat pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep muzik seperti pic, irama dan lirik seperti cara nyanyiannya. Kanak-kanak dapat mendengar dan menilai pelbagai jenis lagu dan nyanyian dari aspek seperti lirik, melodi, cara menyanyi dan cara persembahan. Kanak-kanak juga dapat mendengar secara bebas dan berpandukan dengan member perhatian kepada konsep muzik dan jenis muzik vokal berbual mengenai sesuatu lagu dari segi cara hidup, alam sekitar, lagenda dan tokoh. Selain itu juga, kanak-kanak dapat member respon mengikut lagu dari segi perasaan dan pengalaman diri. mereka juga dapat mendengar dan mengenali pelbagai jenis lagu yang berunsur tradisional dan lagu dari Negara lain.



1.2



Nyanyian dan lagu dalam Aspek Perkembangan Bahasa Melalui nyanyian juga dapat membantu perkembangan bahasa kanak-kanak.



Nyanyian melibatkan bahasa dapat merangsang minda kanak-kanak menguasai dan membantu mereka menambah perbendaharaan kata. Mereka juga menyedari setiap objek di persekitaran mereka mempunyai nama dan peranan yang tersendiri. Guru boleh menjalankan aktiviti bagi memberi peluang kepada kanak-kanak meluaskan perkembangan bahasa melalui aktiviti menyanyi secara Mari menyanyi, menyanyi secara muzikal dan penekanan teknik dan cara menyanyi. 2



Melalui aktiviti nyanyian dijalankan guru dapat menggalakkan kanak-kanak melahirkan perasaan seperti bercerita, berimaginasi, dan menyanyi sambil bermain. Oleh itu, secara tidak langsung, perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah. Melalui nyanyian ini juga kanak-kanak akan ekspresi perasaan mereka samada suka, gembira, sedih dan sebagainya. Guru juga hendaklah memberi perangsang dengan mengemukakan beberapa soalan yang boleh menggalakkan kanak-kanak berbual dan bercerita mengenai aktiviti yang mereka lakukan. Aktiviti nyanyian juga boleh menggalakkan perkembangan bahasa di kalangan kanak-kanak. Sewaktu menyanyi, kanak-kanak dapat meniru perwatakan ahli perwatakan orang-orang di sekeliling mereka seperti keluarga, doktor, anggota polis, guru, peniaga, binatang atau haiwan sebagainya seperti yang terkandung di dalam lirik lagu tersebut. Aktiviti yang baik ini perlu dipupuk tetapi perlu ada kawalan dan batasan daripada guru. Melalui aktiviti ini aspek perkembangan bahasa kanakkanak dapat dipertingkatkan. Selain itu, aktiviti main sambil menyanyi juga adalah satu cara bagaimana kanak-kanak memperkembangkan penguasaan bahasa mereka. Dengan nyanyian juga dapat memperkenalkan pelbagai konsep dan bahasa dapat ditingkatkan kerana ia mudah diingati dan difahami oleh kanak-kanak. Peningkatan perkembangan bahasa dapat berkembang melalui sebutan semasa menyanyi. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah menyanyi lagu Row Row Your Boat atau dalam bahasa Melayu ialah Dayung Dayung Sampan sambil membuat aksi mendayung sampan secara berpasangan. Kanak-kanak memegang tangan pasangannya dan kaki bertemu kaki pasangannya. Kemudian, tangan dan kaki bergerak secara berselang-seli seperti mendayung sampan sambil menyanyi lagu tersebut dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan iringan muzik. Sepanjang aktiviti tersebut kanak-kanak kelihatan sangat gembira. Aktiviti tersebut diulang beberapa kali sehingga kanak-kanak dapat menyebut lirik lagu itu. Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat mempelajari perkataan-perkataan baru dan secara langsung kosa kata kanak-kanak akan semakin bertambah. Kanak-kanak belajar bahasa melalui pelbagai cara. Antaranya dengan meniru bunyi yang pernah didengarinya. Mereka belajar dengan meniru orang dewasa dan rakannya bercakap dan meluahkannya dengan cara tertentu. Contohnya, permainan 3



lagu



berantai



membolehkan



kanak-kanak



menghafal,



menghasilkan



,



mempelbagaikan dan memanipulasikan perkataan dalam pelbagai situasi. Mereka membina perkataan yang lucu, mudah, dan mereka cerita khayalan daripada pengalaman



mereka



sendiri.



Dengan



cara



ini,



kanak-kanak



guru



dapat



meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak. Contoh permainan lagu berantai ialah seperti: “Malam yang sepi pi… pi Pak Mat jual topi pi…pi Topinya koyak yak…yak Pak Mat jual tempoyak yak…yak Tempoyaknya basi si…si Pak Mat jual nasi si… si”



1.3



Nyanyian dan lagu dalam Aspek Perkembangan Sosial Aktiviti nyanyi juga dapat meningkatkan perkembangan sosial kanak-kanak.



Perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan dipelajari sejak kecil. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan. Ini termasuklah cara kanakkanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa dalam kehidupan mereka. Kemahiran sosial termasuklah berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan semasa aktiviti nyanyian dijalankan. Menurut Philip (1991) kemahiran sosial membawa maksud tingkah lakutingkah laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif. Sebaliknya Thacker (1996) pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam situasi sosial atau kerja. Oleh



itu,



jelas



menunjukkan



bahawa



aktiviti-aktiviti



menyanyi



ini



menggalakkan kanak-kanak bergaul dengan rakan dan secara langsung membantu perkembangan sosial mereka. Semasa bermain dengan kanak-kanak lain, kanak4



kanak akan cuba belajar dan mengekalkan hubungan yang sedia terjalin. Ini adalah kerana penyesuaian semasa bergaul adalah asas kepada proses sosialisasi kanakkanak.



1.4



Nyanyian dan lagu dalam Aspek Perkembangan Emosi Terdapat pelbagai cara untuk memupuk perkembangan emosi kanak-kanak di



peringkat prasekolah. Dengan aktiviti menyanyi yang dijalankan semasa berada di sekolah. Kepentingan emosi dalam kehidupan telah mula diakui oleh ahli-ahli falsafah sejak zaman Greek lagi. Tidak hairanlah jika Plato, Aristotle, Spinoza, Descartes, Hobbes, dan Hume telah mengemukakan teori-teori berkaitan emosi yang menjadi asas kepada penyelidikan tentang emosi dan kaitannya dengan kehidupan manusia. Emosi bermaksud jiwa yang kuat. Manusia adalah makhluk KONSEP MUZIK.Sumber Rujukan http://www.wikipedia.org/yang mempunyai perasaan yang tinggi dan paling halus. Emosi juga boleh dimanifestasikan melalui bahasa badan ataupun gerak geri seseorang. Bahasa badan ialah pergerakan badan seperti postur dan ekspresi wajah. Mengikut Daniel Goleman ( 1997 ), emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawak keadaan psikologikal dan biological, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Ini bermakna emosi biasanya digambarkan dengan bahasa badan fizikal , iaitu bahasa bukan lisan. Menurut Plato, terdapat tiga komponen asas dalam minda manusia iaitu daya taakulan, kehendak (desire), dan komponen emotif. Antara komponen emotif yang dimaksudkan ialah kegembiraan, kesedihan, ketakutan, dan kemarahan. Bagi Aristotle juga, emosi mempunyai peranan yang sangat besar dalam mempengaruhi kehidupan manusia secara keseluruhannya. Perkembangan emosi bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting. Sekiranya seseorang kanak-kanak gagal berkembang secara positif, mereka mungkin tidak akan berjaya menghadapi tekanan-tekanan yang bakal dihadapi dalam hidup. Oleh sebab itulah di peringkat prasekolah pemupukan emosi positif amat dititik beratkan seperti aktiviti menyanyi dijalankan. Ini adalah kerana nyanyian juga dapat membantu memberikan kepuasan dan ketenangan emosi kepada kanak5



kanak terutamanya apabila mereka diberikan kebebasan berkreatif dan berimaginasi tanpa gangguan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk guru menilai dan menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak ialah melalui aktivitimenyanyi. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kakak menyampaikan perasaan, karya, meluahkan emosi, dan kebolehan Selain itu, perkembangan sosioemosi juga boleh dipupuk semasa guru mengajar aktiviti nyanyian, serta muzik dan gerakan. Hal ini demikian kerana muzik digemari secara semula jadi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti muzik. Aktiviti muzik dapat membantu menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak. Antaranya semasa penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti nyanyian berkumpulan, kanak-kanak akan menyanyi dan menari bersama rakan-rakan yang lain. Dengan cara ini, mereka dapat meluahkan perasaan gembira yang ditunjukkan melalui ekspresi muka semasa aktiviti nyanyian ini dijalankan. Oleh itu, guru dapat menilai sejauh mana meningkatnya perkembangan emosi seseorang kanak-kanak.



2.0



LAGU KANAK-KANAK



2.1



Kategori lagu kanak-kanak :  Permainan jari  Lagu beraksi  Lagu permainan  Lagu unsur nasihat  Lagu ucapan  Lagu rakyat



2.2



Lagu kanak-kanak kebiasaannya dicipta bagi memenuhi tema-tema tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran. Contoh tema : 6



 haiwan  tumbuh-tumbuhan  konsep masa  konsep nombor  pantun seloka



2.3



Ciri-ciri utama lagu kanak-kanak : Lirik yang sederhana iaitu tidak terlalu pendek ataupun panjang. Mengandungi perkataan berulangan ataupun lirik berulangan. Melodi, irama dan lirik lagu yang menarik dan senang diingati.



2.4



Panduan mengajar lagu kanak-kanak :



1) Guru perlu tahu menyanyikan lagu dan lirik itu sebelum mengajar kepada kanak-kanak. Nyanyikan berulang kali untuk kanak-kanak mendengarkannya. Muzik akan digunakan apabila memperkenalkan lagu atau selepas kanak-kanak mengetahui lagu itu untuk bernyanyi bersama iringan muzik. 2) Nyanyikan lagu dengan pic yang sederhana, tidak terlalu tinggi atau rendah. Julat suara kanak-kanak prasekolah adalah dalam lingkungan not C tengah hingga not A. 3) Guru perlu bernyanyi menghadap kanak-kanak supaya mereka dapat memerhatikan cara guru bernyanyi. Nyanyian daripada guru dan murid perlu jelas dan tepat nadanya. 4) Nyanyian tahap prasekolah tidak memerlukan simbol not muzik. Kanak-kanak belajar lagu dengan cara mengikuti nyanyian guru. Jangan paksa kanak-kanak bernyanyi bersama atau pelajari lagu dalam tempoh



yang ditetapkan. Ulang lagu setiap hari sehingga



mereka dapat menghafalnya. 5) Aktiviti nyanyian boleh dilanjutkan kepada aktiviti lain seperti nyanyian dengan berdrama, pergerakan atau dengan iringan alat perkusi.



7



3.0



LAGU RAKYA Perkembangan Kesusteraan Melayu dalam genre sastera rakyat terbahagi



kepada dua iaitu prosa dan puisi. Prosa merupakan cerita-cerita rakyat baik dalam bentuk mitos, lagenda, asal-usul, cerita binatang, cerita jenaka serta cerita-cerita yang mempunyai pengaruh Arab dan Farsi. Manakala dalam perkembangan puisi pula terdapat pantun, syair, gurindam, seloka, jampi, serapah dan mantera serta terdapat puisi-puisi yang mempunyai pengaruh Arab Farsi iaitu Nazam, Kit'ah, Ruba'l dan Masnawi. Baik prosa mahupun puisi, dalam zaman kegemilangannya yang disampaikan secara lisan oleh penglipur lara yang profesional serta kalangan ibu bapa, nenek dan lain-lain secara amaturnya. Panglipur lara pada waktu itu merupakan orang yang



penting,



berpengaruh,



dihormati



serta



dianggap



istimewa.



Mereka



menyampaikan prosa tersebut dengan mengingatinya atau secara hafalan. Mereka menggunakan alat bunyi-bunyian seperti rebana, rebah, gendang serta lain-Iainnya. Khalayaknya pula ialah kalangan masyarakat kampung dari segala peringkat. Baik muda mahupun tua malah kanak-Kanak juga. Baik lelaki mahupun perempuan. Semuanya berminat untuk mendengar malah kadang-kadang acara bercerita atau seumpamanya memakan masa dua tiga malam baru selesai. Panglipur lara merupakan sebuah institusi pendidikan dalam masyarakat tradisional. Cerita serta puisi yang mereka sampaikan menjadi alat kawalan sosial yang membentuk tingkah laku masyarakat pada waktu itu. Kegemilangan, kehebatan, fungsi serta bahan-bahan sastera rakyat ini begitu banyak menjadi kajian para sarjana barat baik Wilkinson, Winstedt, Skeat serta lain-Iainnya. Kajian mereka ini disambung oleh para pengkajian tempatan antaranya Za'ba, Taib Osman,Zakaria Hitam, Shahrom Husain, A. Samad Ahmad serta lainIainnya. Pelbagai teoridikeluarkan. Pelbagai hujah pula baik diterima atau ditolak dibincangkan. Namun ternyata baik cerita mahupun puisi tetap merupakan hasil kreatif dari pujangga silam yang tinggi wibawa intelektualnya dan mereka mewariskan kepada bangsanya mutiara klasik yang tidak ternilai harganya. Menyentuh tentang puisi pula terdapat banyak bahan yang terkumpul. Pelbagai



8



bentuk dan jenis. Daripada yang terikat bentuk dan susunannya sampailah kepada yang lepas bebas. Dari pantun sampailah kepada bahasa berirama serta perbilangan adat. Namun demikian,satu hal yang perlu disebutkan ialah bahan-bahan yang disebutkan itu mengalamikesenyapan dalam hal melodi atau lagunya. Walaupun sebenarnya ada diantara puisi-puisitersebut dinyanyikan baik ia berdiri sebagai sebuah lagu, puisi dalam cerita, puisi dalam mantera mahupun puisi-puisi yang digunakan dalam istiadat. Fenomena ini menambahkan lagi khazanah puisi rakyat iaitu puisi-puisi yang mempunyai melodi dikenali sebagai Nyanyian Rakyat. Nyanyian Rakyat juga memeriahkan perkembangan sastera rakyat malah tenarnya masih dapat dirasai sehingga akhir tahuntahun lima puluhan sewaktu tokoh-tokoh dalam bidang ini masih ada. Mereka menyanyi menggunakan rebab, rebana, batil, gendang dan sebagainya sebagaimana yang telah disebutkan. Tokoh-tokoh nyanyian ini sebenarnya tidak ramai yang sempat ditemui. Apatah lagi perkembangan nyanyian rakyat walaupun tenar dan meriah tetapi bagaikan satu kecuaian kerana kita tidak memberikan inisiatif secukupnya untuk memelihara hasil seni ini. Bagaimanapun terdapat usaha-usaha yang cukup memberi makna kepada kita dalam halmenyelidik, mengekal serta memberi nafas baru terhadap genre ini. Ini misalnya dapat kita lihat dan dengar lagu-Iagu klasik ini dipersembahkan melalui kesenian makyong, dikir barat, jike, berendoi serta beberapa yang lain. Meneliti kepada perkembangan di atas memperlihatkan kita satu lagi bentuk atau jenis kesenian yang memerlukan penelitian dari segala aspek untuk kita mengesan bentukbentuk nyanyian yang dimaksudkan. Mengesan nyanyian rakyat ini kita akan menemui pelbagai jenis serta pelbagai variasi lagu yang dinyanyikan. Kemudian terdapat pula pelbagai fungsinya dalam masyarakat masa lalu khususnya. Namun apa yang ternyata ialah unsur-unsur pendidikan begitu nyata dalam lagu-Iagu tersebut dan ini menjadikan nyanyian itu berfungsi sebagai alat pendidikan yang cukup jelas. Mendidik dalam erti untuk membentuk budi pekerti, jiwa halus, tata sopan ahl-iahli masyarakat pada waktu itu. 9



Fungsi nyanyian rakyat pada masa lalu itu tetap sama jika bahan-bahan itu berada di tengah-tengah masyarakat sekarang. Namun ternyata kita mempunyai halangan yang cukup mencabar iaitu bahan-bahan tersebut terlalu sukar untuk kita dapati kerana tokohtokoh yang dimaksudkan jarang kita temui malah mungkin sudah tidak ada lagi. Jika kita menyebut beberapa nama antara tokoh-tokoh yang dimaksudkan itu ialah The Sidek, Yasin Husain, Saerah Deraman, Mansor Awang Kenit, Imam Md. Diah, Ismail Yen, Esah Taib, Yasin Awang Kecik serta beberapa yang lain. Nama-nama tersebut kebanyakkannya ialah tokoh-tokoh dari Negeri Pahang. Perkembangan



nyanyian rakyat ini sebenarnya terdapat di semua negeri di Malaysia. Malah Sabah dan Sarawak pastinya mempunyai perkembangan yang lebih unik kerana kepelbagaian etnik yang ada di kedua-dua negeri tersebut. Oleh kerana itu terdapat beberapa lagu yang terdapat di semua negeri dengan variasi yang sedikit berbeza terutama dalam hal perkataan dan dialek. Ini kerana lagu-Iagu tersebut diwarnakan oleh keadaan setempat. Antara lagu-Iagu yang sempat dikutip daripada tokoh-tokoh yang sempat ditemui ialah Walinongsari, Puteri Kayang, Pak Sang Bagak, Indung-Indung, Burung Kenek-Kenek, Tebang Tebu, Galah Mudik, Dayang Keknong, Perang Bugis, Ya Ramadhan, Lagu Zikir, Anak Ayam Turun Sepuluh, Datuk Sepanjang Jalan, Ya Habibun, Angin, Tu Bulan Tu Bintang, Pantun Dagang, Nazam Ya Tuan, Anak Ayam Turun Sepuluh dan lain-lain. Lagu-Iagu yang disebutkan di atas mempunyai melodi yang sangat menarik. Walaupun pada peringkat perkembangannya yang gemilang dalam masyarakat masa lalu itu lagu-Iagu tersebut digemari oleh semua lapisan masyarakat tetapi jika dikenalpasti terdapat sasaran yang tertentu ditujukan terutama jika kita melihat lirik atau kata-kata yang terdapat dalam lagu-Iagu tersebut. Jelasnya disini ialah terdapat lagu untuk kanak-kanak, ada lagu untuk orang dewasa, ada lagu yang sesuai untuk semua kalangan dan ada lagu yang khusus untuk satu-satu upacara. Dalam pada itu terdapat lagu-Iagu yang ada hubungan dengan agama dan dalam hubungan ini ialah Agama Islam. Lagu-Iagu tersebut pula ada yang panjang dan ada yangpendek. Ada lagu yang mengandungi cerita di dalamnya. Lagu-Iagu yang seperti inidinyanyikan oleh tokohnya sampai dua tiga malam baru selesai. 10



Mengimbas perkembangan masa lalu, kita dapat membayangkan seorang tokoh lagu-Iagu rakyat memegang rebana atau rebah dan mungkin juga seruling duduk di serambi rumah dan menyanyi. Mungkin juga mereka duduk di atas pelantaran rumah sambil menyanyi. Waktunya ialah pada waktu-waktu malam yang baik cuacanya. Mungkin pada waktu bulan sedang mengambang. Suaranya beralun ditingkah oleh bunyi tepuk rebana. Bunyi seruling yang memecah keheningan malam. Dihadapan tokoh itu pula terdapat khlayaknya yang sedang mendengar dengan khusyuk. Ada yang duduk di serambi rumah. Ada yang duduk di tanah. Ada yang duduk di dalam rumah terutamanya kaum perempuan. Khalayak itu pula terdiri dari kanak-kanak, orang dewasa, kalangan yang sudah berusia dan lain-lainnya. Penyanyi lagu-Iagu rakyat menjadi tumpuan masyarakat ketika dia membuat persembahan. Selalunya tokoh tersebut akan dijamu oleh tuan rumah apabila persembahan tamat. Ketika pulang dia dibekalkan dengan nasi pulut atau seumpamanya yang dibungkus dengan upih pinang. Siap dengan lauk ayam panggang serta ikan bakar. Lebih dari itu kadang-kadang mereka dibekalkan dengan ayam malah kadangkadang kambing juga. Bekalan untuk tokoh lagu rakyat ini berdasarkan kepada kemampuan tuan rumah serta penduduk yang menjadi ahli masyarakat pada waktu itu. Namun apa yang nyata ialah tokoh-tokoh lagu rakyat dengan kebolehan anugerah yang ada pada mereka menjadikan tokoh itu mendapat penghormatan yang tinggi dan setimpal. Tokoh-tokoh nyanyian rakyat ini selalunya bukanlah menjadi waris keluarga. Walaupun hal ini kadang-kadang terjadi. Selalunya tokoh-tokoh ini akan lahir di kalangan masyarakat di mana-mana juga. Selain daripada anugerah dan bakat mereka yang menjadi tokoh lagu-Iagu ini merupakan orang-orang yang tekun memerhati akan keadaan alam dan selebihnya ialah menitisi lagu-Iagu serta bakat tersebut dari tokoh-tokoh yang lalu. Selain daripada menyanyikan lagu-Iagu tersebut pada malam-malam hari, lagu-Iagu ini juga terdapat dalam upacara-upacara tertentu sebagimana yang telah dijelaskan. Misalnya terdapat lagu rakyat yang dinyanyikan sewaktu menumbuk emping. Ada lagu yang dinyanyikan ketika mengirik padi iaitu menceraikan padi dengan tangkainya. Ada lagu yang dinyanyikan sewaktu upacara mencukur rambut bayi. 11



Upacara-upacara yang sebegini kedapatan lebih meriah kerana khalayaknya ramai.Upacara ini disertai dengan jamuan dan sebagainya. Namun apa yang nyata di sini ialah tokoh lagu-Iagu rakyat mendapat tempat yang cukup wajar dalam masyarakat Melayu tradisional itu khususnya. Satu perkara yang perlu disebut ialah tokoh-tokoh ini baik lelaki mahupun perempuan mempunyai suara yang lunak merdu dan cepat sahaja akan memikat khalayaknya. Menyembut perihal suara yang merdu ini, masyarakat masa lalu sering mengaitkannya dengan "Buluh Perindu". Mereka sering beranggapan bahawa tokohtokoh lagu rakyat mempunyai suara "Buluh Perindu". Malah hal ini kadang-kadang menjadi satu mitos yang sangat kuat di kalangan masyarakat bahawa tokoh tersebut mempunyai "Buluh Perindu" yang dimaksudkan itu. Buluh tersebut dapat memerdukan suara si pemiliknya apatah lagi jika bahagian kecil buluh itu diselitkan di celah gigi. Apa yang sebenarnya ialah tokoh-tokoh tersebut sememangnya mempunyai suara yang isitimewa. Tidak dapat dinafikan mereka sentiasa menjaga kemerduan suara mereka. Ada pantang larang terutama dalam hal makanan dan minuman. Mereka juga mempunyai waktu latihan. Ini dilakukan oleh mereka sendiri-sendiri. Perkembangan mutakhir dalam bidang ini sekarang ini nampaknya agak kabur. Walaupun kedudukan sebenarnya, lagu-lagu ini cukup diminati jika diketengahkan dengan cara yang sewajarnya. Kita mungkin boleh mengekalkan bentuk persembahan asalnya sebagai bahan dokumentari dan rujukan dari semasa ke semasa mungkin lagu-Iagu ini menjadi inspirasi kepada tokoh-tokoh muzik tanahair. Sebagai contoh lagu Rakyat Pahang berjudul Walinongsari telah dinyanyikan oleh Allahyarhamah Datin Rafeah Buang termuat dalam album yang dikeluarkan oleh kerajaan Negeri Pahang dengan judul "Bingkisan Dari Pahang". Kemudiannya lagu ini dinyanyikan pula oleh Siti Nurhaliza yang termuat dalam album Seri Balas. Ternyata kedua-dua penyanyi ini dengan lagu yang dimaksudkan mendapat perhatian dari khalayaknya. Baik dalam masyarakat melayu tradisional masa lalu, mahupun dalam masyarakat majmuk era globalisasi sekarang ini kita menyakini bahawa lagu-Iagu rakyat bakal mendapat tempat jika usaha-usaha yang jelas dibuat



12



bagi mengenengahkan semula lagu-Iagu tersebut walaupun dalam bentuk persembahan yang berlainan dengan persembahan asalnya. Apa lagi dengan adanya segala kecanggihan teknologi bunyi sekarang ini. Hal ini bererti kita dapat menjadikan lagu-Iagu itu berfungsi kembali dalam masyarakat sebagaimana ia berfungsi dalam masyarakat tradisional yang disebutkan itu. Kecintaan bangsa dan negara menunjukkan kita mempunyai jati diri yang kukuh dan teguh. Mutiara klasik hasil renungan pujangga silam yang amat akrab dengan alam ini merupakan satu bahan yang cukup mutlak untuk bertindak merealisasikan hasrat kita semua. Pastinya pula hasil seni yang berpijak pada landas sastera ini dapat memainkan peranannya yang sewajarnya serta mempunyai tempat yang betul dan tepat dalam pembentukan peradaban insan. Baik melodi mahupun Iirik lagu-Iagu ini dapat diterapkan bagi mendidik jasmani, emosi,rohani dan intelek ahli masyarakat. Lagu-lagu rakyat yang dapat berdiri sebagai sesuatu yang indah akan melaksanakan tugasnya dengan jaya jika ia tidak melalui zaman kesenyapan.Sempurna dan lengkapnya hidup manusia dapat disumbangkan oleh lagu-Iagu rakyat. la tidak akan dapat dipisahkan daripada tata-tingkah susunan bidang ilmu yang kita perlukan.



3.1



JENIS LAGU RAKYAT:



2 Jenis / golongan 



Lagu Rakyat Tanpa Mementingkan Lirik Proto folksongs (worldless folksongs):muzik lebih dipentingkan daripada lirik lagu. Mengiringi muzik tarian.







Lagu



Rakyat



Mementingkan



Lirik



(Near



folksongs):



lirik



lebih



dipentingkan daripada muzik. Alat bunyi-bunyian yang digunakan lebih mudah / ringkas sepertirebana, serunai, gendang, biola atau gamelan. 



Lagu Rakyat Mementingkan Lirik (Near folksongs)







Lagu Rakyat Berlirik digolongkan oleh Brundvand ke dalam tiga jenis iaitu: 13



i. Lagu rakyat berfungsi (fungsional songs) lirik puisi yang berfungsi untuk hiburan, pendidikan hiburan. Antaranya: Hiburan (ketenangan) seperti lagu „Nina Bobok‟ (Indonesia) dan „Tepuk Amai-Amai‟ (Malaysia).  Menaikkan semangat bekerja seperti „Rembate Rata‟ (Sulawesi).  Melahirkan suasana gembira dan lucu: mengiringi sesuatu permainan kanak-kanak (play songs) seperti lagu „Baris Cerek Tempe‟ (Jawa) dan „Enjit-Enjit Semut‟ (Malaysia).



ii. Lagu rakyat berlirik (lyrical folksongs)  Lagu rakyat yang teksnya bersifat lirik (puisi) yang merupakan cetusan rasa sedih / suka/ bahagia pengarangnya.Terbahagi kepada dua:-



Lagu Rakyat sesungguhnya .



-



Lagu Rakyat bukan sesungguhnya.Lagu rakyat lirik yang bukan sesungguhnya terbahagi pula kepada :- Lagu rakyat kerohanian / keagamaan (spiritual and religious songs)



-



Lagu rakyat pemberi nasihat berbuat baik (homeletic songs)



-



Lagu rakyat berkasihan dan perkahwinan (folksongs of courtshipand marriage)



3.2



-



Lagu kanak-kanak (nursery and children songs)



-



Lagu bertimbun banyak (cumulative tale)



-



Lagu daerah / pekerjaan (regional and accupational folksongs)



-



Lagu jenaka (humorous songs)



-



lagu dialek (dialect songs)



-



agu bukan-bukan (nonsense songs)



-



lagu ejekan (parody songs).



Ciri-ciri Lagu Rakyat:



1. Lahir secara spontan, tidak bertulis dan pelbagai bentuk seperti pantun, syair, pepatah petitih, bidalan dan sebagainya.



14



2. Lirik lagu mengandungi nilai dan falsafah yang dipersembahkan dalam pelbagai bentuk persembahan seperti mak yong, dikir barat, dondang sayang dan lain-lain. 3. Bahasa yang digunakan dalam lagu rakyat mengikut dialek tempat asal. 4. Gaya persembahan memaparkan bentuk tradisi walaupun ada yang mengalami perubahan. 5. Peralatan muzik untuk persembahan Lagu Rakyat pada asasnya menggunakan alatan yang ringkas dan mudah seperti gendang, gong, rebana dan kompang sahaja.Peralatan penting untuk menghasilkan muzik yang menyentuh hati dan menarik.



3.3



Fungsi Lagu Rakyat:



Dalam tradisi kolektif masyarakat lisan, lagu rakyat berperanan:1. sebagai alat hiburan (escapisme) diri dari kemelut hidup dan persekitaran yang merungsingkan, untuk kedamaian jiwa. 2. meningkatkan semangat bekerja dalam suasana yang lebih ceria dan bertanggungjawab. 3. menceritakan salasilah keluarga atau keturunan (masyarakat Jawa). 4. wahana protes sosial dan protes ketidak adilan dalam masyarakat. 5. alat untuk pendidikan dan pengajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung - pendidikan moral / akhlak dan tauhid / iman. Keindahan lirik serta kemerduan melodi lagu-Iagu rakyat dalam landas sastera menjadikan unsur ini tidak boleh diabaikan. Dalam tatatingkat bidang ilmu untuk kesempurnaan insan kita dapat melihat keistimewaan, kekuatan serta fungsinya yang diwarnai oleh keindahan yang tinggi nilainya sebagai susunan berikut: Falsafah sebagai penjelasan hidup, Kesusasteraan sebagai nyanyian hidup, Kesenian sebagai intisari hidup, Tasawuf sebagai intisari hidup, Ibadat sebagai pegangan hidup. - Hamka Oleh kerana itu juga lagu-Iagu rakyat atau disebut juga dengan kata nyanyian rakyat turut memberi sumbangan bagi mempertingkatkan martabat insan.



15



4.0



FUNGSI LAGU KANAK-KANAK / LAGU RAKYAT



 Mendodoikan o Bertujuan mendodoikan anak o Contoh lagu : buai laju-laju, Endoi-Endoi cak o Lirik lagu juga berfungsi untuk mendidik kanak-kanak menyanyikan lagu tersebut.  Pendidikan o Unsur-unsur pendidikan yang dapat dikenal pasti dalam lagu kanakkanak terdiri daripada pelbagai perspektif. o Contoh lagu : Cak Cekor dan Tak teh (bertujuan memberangsangkan kanak-kanak kecil yang baru belajar menggerkan anggota badan seperti kaki dan tangan mereka)  Permainan o lagu digunakan sewaktu bermain o contoh lagu : aci sembunyi  usik mengusik o merupakan lagu yang digemari dalam kalangan kanak-kanak lelaki. o Biasanya dinyanyikan untuk mengusik rakan-rakan mereka. o Contoh lagu : endoi-endoi cak  Sindiran o Bertujuan untuk menyindir seseorang atas beberapa faktor. o Contoh lagu : Lu cina buat



5.0



ELEMEN MUZIK  RITMA / IRAMA Irama di dalam bahasa Greek adalah 'mengalir' atau dalam bahasa Greek



Moden, 'gaya' ialah kelainan penekanan bunyi-bunyi atau peristiwa-peristiwa lain 16



yang berkait dengan berlangsungnya masa. Irama melibatkan pola-pola jangka masa yang wujud pada tahap yang luar biasa dalam muzik, dengan jangka masa dikesan melalui jarak waktu interonset. Apabila ditentukan oleh peraturan ini, irama dipanggil meter. Irama wujud dalam mana-mana satu perantara bersandar masa, tetapi ia paling berkait dengan muzik, tarian, dan kebanyakan puisi. Irama merangkumi faktor detik,meter, tekanan, tempoh masa ( duration ) dan tempo. Irama terbentuk daripada susunan bunyi. Kajian irama, tekanan, dan nada dalam pertuturan dipanggil prosodi; irama adalah salah satu topik dalam linguistik. Semua ahli muzik, pemain muzik, dan penyanyi menggunakan irama, tetapi irama sering dianggap sebagai domain utama pemain dram dan pemain genderang. „Rhythm section‟ adalah persoalan instrumentasi dan susunan muzik. Ianya motivate lagu dan ritma pula motivate melody dan inilah fungsi ritma. Sejauh mana keberkesanannya tetap bergantung kepada keinginan dan kefahaman individu yang berkarya. Perasaan individu kekal sebagai unsur utama. Perasaan ini pula kadangkalanya datang tanpa kefahaman, ini biasa terjadi tetapi inilah juga masalahnya. Kita gagal untuk mengenalpasti antara keperluan dan kebebasan berkarya. Ini bukan persoalan genre muzik atau teknik-teknik tipikal, tetapi ini fundamental. Asas yang kukuh dengan idea yang jelas serta perasaan yang tulus pasti akan memberi hasil yang lumayan.



 HARMONI Harmonium atau pun Harmonika ialah nama yang berinti kata daripada harmoni. Kita tidak pernah mendengar instrumen yang diberi nama „melodiummelodi‟ atau „ritmanika-ritma‟ mahupun „temponium-tempo‟. Justeru, elemen harmoni ini telah memberi isyarat jelas tentang keistimewaannya dalam muzik. Instrumeninstrumen ini pada asasnya dimainkan dengan mengikut melodi yakni bersamasama dengan nyanyian vokal. Permainannya akan memberi kesan harmoni kepada ditelinga kita, ia bagaikan bingkai pada melodi. Maka kesan bunyi solo akan mati dan timbul garis bunyi duo atau lebih yang menjadi penarik dalam lagu. Perhatikan ( dengar ) lagu-lagu Zapin mahupun Ghazal, mainan harmoniumnya meransang sekali.



Begitu



juga



dengan



lagu-lagu 17



Country



dan



Blues,



harmonikanya



mengkhayalkan telinga. Harmoni merupakan penghubung di atas „pergerakkan‟ sistem kod (chord), „paduan‟ diantara nada-nada bunyi. Dalam pengetahuan umum masyarakat kita, apabila disebut tentang harmoni ianya sering dirujuk dengan lagu-lagu patriotik. Mengapakah fenomena ini terjadi? Telah dijelaskan fungsi harmoni dalam komposisi lagu, iaitu „paduan suara-suara‟. Elemen ini hanya akan lebih efektif apabila digubah dengan komposisi lagu berbentuk „folk music‟ atau lagu rakyat. Lagu rakyat tidak semestinya lagu patriotik. Lagu patriotik diberi nama kerana kesan nyanyiannya iaitu memberi semangat kebangsaan secara khusus, itulah patriotik.



 MELODI Dalam sesebuah karya muzik, melodi menjadi „nyawa‟ karya tersebut. Tanpa melodi tidak mungkin wujudnya sebuah lagu. Pada melodilah tempat segala cerita diceritakan dan disitulah letaknya suara penyanyi, nafas, lirik, tenaga dan attitude lagu secara keseluruhannya. Elemen-elemen lain bertindak sebagai penyokong cerita, sama pentingnya tetapi keutamaan yang berbeza. Pada umumnya kita memahami melodi itu dalam bentuk yang dinyanyikan oleh penyanyi dan berlirik. Namun ada kalanya melodi ini hanya bersifat bunyibunyian sahaja atau dengan maksud lain ialah komposisi. Bagi nyanyian berlirik yang digubah semula menjadi melodi bunyi semata-mata, namanya ialah instrumental. Bagaimana hendak membezakan antara melodinya dengan elemen lainnya? Melodi boleh berdiri dengan sendiri tanpa irama, tempo tertentu atau lainlain elemen. Penciptaan dan pengolahan melodi merupakan proses utama dalam penghasilan sesebuah karya. Ia memberi kesan terus kepada penghasilan lirik, tempo, mood dan seterusnya kepada gubahan muzik secara keseluruhannya. Jadi, apabila proses utama ini tidak disokong oleh kesedaran intelek yang jelas, maka keseluruhan karya akan turut kabur bentuk dan arahnya. Melodi memberi lebih nilai pada lirik, lirik tanpa nada akan tawar makna dan nilainya. Ia merupakan „sense‟ yang menjadi alat, samaada sesuatu melodi itu sesuai, disenangi atau tidak dikalangan umum. Maka, proses utama ini sangat kritikal jika kita sedar tentang nilai intelek pada insan komposer dan kerjanya.



18



 DINAMIK Dinamik adalah lanturan dang red muzik kuat dan perlahan. Peringkat dinamik seiring dihuraikan daripada emosi. Dinamik yang menggambarkan mood yang beremosi adalah lebih berbentuk semulajadi. Dinamik yang berbentuk kuat merangkumi vigor turmoil, konflik, volor atau march. Dinamik berbentuk ataupun lebih lembut lebih ke arah ketenangan, kecintaan dan lagu kanak-kanak yang berbentuk perlahan. Dinamik yang tersasar memberi kesan yang tidak efektif dan tidak logik untuk emosi seseorang. .



Dinamik merupakan salah satu faktor di dalam pengulangan, variasi dan



proses yang bertentangan di dalam muzik yang mana menyumbang pada pembentukan melodi itu sendiri dan kepada emosi di dalam muzik. Dinamik harus ada flow dan direction. Bunyi boleh dibentuk melalui pitch, duration, amplitude dan timbre. Empat perkara inilah yang menjadi elemen bunyi yang bisa digunapakai oleh manusia dalam hidupnya. Untuk membentuk bunyi perlu pendengaran yang tajam dan kehalusan idea muzik. Di sinilah titik perbezaan antara bunyi mesin dan bunyi dari sentuhan manusia iaitu sentuhan dengan rasa. Satu bunyi dari satu not ( tidak kira tinggi atau rendah ) yang mengikut dinamik iaitu dari senyap dan berkembang kuat dan menguncup kembali akan memberi kesan perasaan turun dan naik secara tersusun dan kemas. Pujukkan ini memberi memotivasikan pendengar menghayati keindahan mahupun kisah dalam sebuah karangan muzik.



 BENTUK Kadangkala, bentuk muzik ini terolah dengan sendirinya, iaitu pada ketika melodi sedang dikarang. Bagaimana ini boleh berlaku? Inilah yang dikatakan seni, setiap inci pergerakkan melodi sudah punya naratif, " sudah sedia ada kata golongan naturalis! ", dibelakangnya pula punya seribu satu pola motif rekaan yang „hidup‟. Setiap naratif melodi akan terus meransang rasa dan idea. Maka, inilah yang dikatakan dengan ilham sudah punya petanya, arahnya dan bentuknya.



19



Dalam disiplin gubahan lagu, bentuk ini adalah elemen yang boleh disusun tanpa perlu mengikut tertib proses gubahan sama ada muziknya dahulu atau melodinya. Ini kerana proses membentuk melodi saling berreaksi dengan gubahan muzik. Intronya, pengulangan versanya, korusnya dan yang lain akan sentiasa dibentuk sedikit demi sedikit. Proses ini tiada disiplin khusus yang wajib diikuti. Oleh kerana itu, bentuk muzik boleh berubah disaat-saat akhir sebelum rakaman mahupun persembahan. Binary atau Ternary bentuk lagu terletak pada kesesuaian dan hala tuju muzik dalam genrenya. Perkembangan bentuk lagu dan muzik sentiasa berjalan selari dengan kreativiti dan idea manusia. Lihat bagaimana Isabella dibentuk semula dengan muzik orkestra, selain dari vokal dan bunyi instrumen yang berbeza. Ia tetap menarik kerana di samping form enhancement, melodi dan bentuk asal lagu masih dikekalkan. Ia dapat memikat hati pendengar hingga kini. Istimewanya muzik klasik yang single idea, peranan elemen dinamik diutamakan dan kemas sekali, selain kerana melodi yang sememangnya enak, dinamik pada muziknya telah memberi watak untuk menaratifkan idea muzik dari awal ke akhir. Rhythm flow yang meransang. Dengan bentuk, mudah bagi kita memahami dan mengenali perbezaan antara lagu. Dengan bentuk, akal mudah menerima, jiwa mudah merasainya, mudah pula menyanyikannya bersama-sama.



 TEMPO Tempo punya peranan yang amat besar. Ia begitu tersunyi fungsinya dalam persembahan lagu. Tempo adalah sebahagian faktor yang diperlukan oleh para pejuang kebenaran dalam setiap zaman. Tiada tempo tiada momentum maka tiadalah arus. Dengan tempo, sifat-sifat pelakunya akan mudah kelihatan. Tidak kira apa jua hadlaju muzik itu harus berada dalam temponya. Tidak kira deras, lambat, ketat atau longgar semuanya harus dalam tempo.



 TEKSTUR



20



Tekstur adalah berkaitan dengan jalinan lapisan-lapisan suara dalam sesebuah lagu. Tekstur lagu boleh jadi nipis atau tebal bergantung kepada bilangan lapisan suara atau bunyi yang terdapat dalam sesebuah gubahan.



 WARNA TON. Warna ton merupakan karekter atau kualiti bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu alat muzik atau suara, sama ada bunyi berat atau bunyi ringan. Contoh : i) Dram bes – bunyi berat ii) Kastanet – bunyi ringan



 EKSPRESI Ekspresi adalah berkaitan dengan pernyataan perasaan dan fikiran yang ditonjolkan oleh sesebuah lagu atau karya muzik. Pernyataan perasaan dan fikiran ini dapat disampaikan melalui mud dan dinamik apabila muzik diperdengarkan.



 MUD Mud membentuk sifat atau suasana sesebuah karya muzik. Ia selalu dilahirkan dalam bentuk perasaan ketika karya muzik dipersembahkan. Mud lazimnya dinyatakan sebagai riang, sedih, bersemangat dan sebagainya.



6.0



LIRIK LAGU KANAK-KANAK / LAGU RAKYAT (Sila Rujuk Lampiran)



21



RUJUKAN Sumber Rujukan Kesusasteraan Kanak-Kanak . [Online] Diperolehi: http://www.scribd.com/doc/38164761/KESUSASTERAAN-KANAK#



http://www.scribd.com/doc/141886569/ciri-lagu-kanak-kanak



http://www.scribd.com/doc/49894836/LAGU-KANAK-KANAK-DAN-LAGU-RAKYAT



http://www.scribd.com/doc/128637054/PRM-3103-Lagu-Rakyat-Kanak-Kanak



Nani Menon .(2005). Permainan, Lagu dan Puisi. Kuala Lumpur: PTS Profesioal Pubslishing Sdn Bhd.



22



LAMPIRAN 



lirik lagu







bahan rujukan



23



LAMPIRAN 1 A) KOLEKSI LAGU KANAK-KANAK



LAGU 1



:



BANGUN PAGI



BANGUN PAGI GOSOK GIGI, CUCI MUKA TERUS MANDI, PAKAI BAJU MINUM SUSU, SALAM AYAH DAN IBU,



PERGI SEKOLAH JALAN KAKI, JUMPA CIKGU DEPAN PINTU, SELAMAT PAGI CIKGU SA'AMAH, SELAMAT PAGI CIKGU AISHAH,



RAJIN BELAJAR CIKGU AJAR, PANDAI TULIS, PANDAI LUKIS, PANDAI NYANYI, BACA BUKU, SEMUA ORANG SUKA HATI,



KALAU KITA RAJIN USAHA,



24



IBUBAPA GEMBIRA, MARI KAWAN SAMA-SAMA, PASTI KITA BERJAYA !



LAGU 2



:



"TANGAN SAYA"



TANGAN DI KEPALAKU, DI MUKA DAN DI BAHU, DI PINGGANG, DI SISI, DI BELAKANG KU SEMBUNYI,



KU ANGKAT TINGGI, JEJARI KU MENARI, KE DEPAN TANGAN KU, TEPUK TANGAN BERSAMA, YES



LAGU 3



:



"MANA IBU"



MANA IBU, MANA IBU, DI SINI, DI SINI, APA KHABAR AWAK, SAYA KHABAR BAIK, LARI SEMBUNYI, LARI SEMBUNYI. (ulang untuk telunjuk, hantu, manis dan kelingking)



LAGU 4



:



"TANYA SAMA POKOK" 25



TANYA SAMA POKOK, APA SEBAB GOYANG, NANTI JAWAB POKOK, ANGIN YANG GOYANG



, TANYA SAMA ANGIN, APA SEBAB GOYANG, NANTI JAWAB ANGIN, TANYALAH AWAN.



AWAN NANTI KATA, AKU KANDUNG AIR, SAMPAI TEMPAT TEDUH, AKU PUN CAIR,



LIHAT DALAM AIR, NAMPAK BAYANG-BAYANG, CAMPAK SATU BATU, BAYANG PUN HILANG.



LAGU 5



:



"RUMAH KECIL SAYA"



RUMAH KECIL SAYA, ADA TAMAN BUNGA, BUNGA WARNA WARNI, HARUM DAN WANGI, 26



RUMAH KECIL SAYA, ADA TINGKAP DUA, LANGSIR WARNA BIRU, DIBUAT IBU



LAGU 6



:



"RAMA-RAMA"



DARI ULAT JADI KEPOMPONG, TIDUR NYENYAK DALAM KELONGSONG, CUKUP MASA KELONGSONG PECAH, POM! POM! JADILAH RAMA-RAMA YANG INDAH,



RAMA-RAMA TERBANG MERATA, HISAP MADU DI POHON BUNGA SUNGGUH CANTIK ANEKA WARNA, TAPI SAYANG HIDUP TAK LAMA,



BEGITULAH HIDUP MANUSIA, PADA ALLAH KITA BERDOA, AGAR JADI INSAN MULIA, TAPI SAYANG HIDUP TAK LAMA.



LAGU 7



:



"MATA SAYA"



MATA SAYA DUA, HIDUNG SAYA SATU, TELINGA SAYA DUA, 27



KIRI DAN KANAN,



KAKI SAYA DUA, PAKAI KASUT BARU, MULUT SAYA SATU, TAK HENTI MAKAN.



LAGU 8



;



"ANGKAT TANGAN"



ANGKATLAH TANGAN KANAN, ANGKATLAH TANGAN KIRI, GOYANGKAN TANGAN KANAN, GOYANGKAN TANGAN KIRI,



TUNJUKKAN KAKI KANAN, TUNJUKKAN KAKI KIRI, HENTAKKAN KAKI KANAN, HENTAKKAN KAKI KIRI.



LAGU 9



:



"IKAN KEKEK"



IKAN KEKEK MAK ILOI, ILOI, IKAN GELAMA MAK ILAI, ILAI, SUNGGUH CANTIK ADIKKU AMBOI, TAPI KETAWA MENGILAI-NGILAI.



IKAN KEKEK MAK ILOI, ILOI, IKAN GELAMA MAK ILAI, ILAI, KALAU ADIK NAK JADI PANDAI, 28



MARI BELAJAR, JANGANLAH LALAI.



IKAN KEKEK HOI !, IKAN KEKEK.......



LAGU 10



:



"GAJAH"



GAJAH BERKAKI EMPAT, GELEK, GELEK, GAJAH BELALAI PANJANG, GELEK, GELEK,



GADING DIA PANJANG, TAPI TIDAK MAKAN ORANG, KALAU ADIK INGIN TAHU, APA MAKANAN GAJAH, LA, LA, LA, LA................... GAJAH MAKAN TEBU.



LAGU 11



:



"GAJAH 2"



APABILA BILA BULAN TERANG BERSERI, SEEKOR GAJAH KELUAR MENARI, LENGGOK KE KANAN, DAN LENGGOK KE KIRI, JEMPUT SEEKOR, KELUAR MENARI.



LAGU 12



:



"AWAN" 29



AWAN BERGERAK, GERAK, PUTIH SEPERTI KAPAS, RUPA CANTIK BERCORAK, BERGERAK DENGAN BEBAS



LAGU 13



:



"KERETA KECIL"



BAPAKU PULANG DARI KOTA, BAPAKU BELIKAN KERETA, KERETA KECIL WARNA MERAH, BOLEH KU BAWA KE SEKOLAH,



PON, PON, PON, PON, PON, PON, PON, KERETA KECIL KU BERBUNYI, MARILAH ADIK MARI NAIK, BOLEH KU BAWA KE RUMAH NENEK.



LAGU 14



:



ULAT GONGGOK"



DATANGLAH ULAT GONGGOK, JALAN BERLENGGANG LENGGOK, DI MANAKAH KAKI SAYA, KALAU IA TAK JUMPA,



KAN KU CARI JUA, WALAU PUN KE KAMPUNG JAWA, LOMPATLAH, LOMPATLAH, DI MANAKAH KAKI SAYA, 30



KALAU IA TAK JUMPA, KAN KU CARI JUA, WALAU PUN KE KAMPUNG JAWA.



LAGU 15



:



"GAJAH 3"



BELALAI GAJAH PANJANG, BADAN HITAM BESAR, KAKI MACAM TIANG, DUA TELINGA LEBAR,



TELINGA MACAM KIPAS, JALAN BONGKOK-BONGKOK, GAJAH TIDAK MALAS, KUAT TOLAK POKOK.



LAGU 16



:



"BINTANG KECIL"



BINTANG KECIL DI LANGIT YANG TINGGI, AMAT INDAH MENGHIAS ANGKASA, AKU INGIN TERBANG DAN MENARI, JAUH TINGGAI DI TEMPAT KAU BERADA.



LAGU 17



:



"BILA KITA BERKUMPUL"



BILA KITA BERKUMPUL, BERKUMPUL, BERKUMPUL, BILA KITA BERKUMPUL, 31



RASA GEMBIRA,



KAWAN KU, KAWAN MU, KAWAN MU, KAWAN KU, BILA KITA BERKUMPUL RASA GEMBIRA.



LAGU 18



:



LAGU TIGA KUPANG



Lagu tiga kupang Saku penuh padi Enam ekor burung Masuk dalam kuali



Bila sudah masak Burung nyanyi saja Tentu sedap makan Beri pada raja



( korus )Raja dalam rumah Buat kira-kira Suri dalam dapur Makan roti gula hey !



Dayang tepi kolam Mahu jemur tepung Datang burung hitam Pagut batang hidung



32



LAGU 19



:



BANGAU OH BANGAU



bangau oh bangau kenapa engkau kurus macam mane aku tak kurus rumput panjang sangat (2x) rumput oh rumput kenapa panjang sangat macam mane aku tak panjang kerbau tak makan aku.....kerbau oh kerbau



kenapa tak makan rumput macam mane aku nak makan perut aku sakit (2x)



perut oh perut kenapa engkau sakit macam mana aku tak sakit kayu api basah(2x)



kayu oh kayu kenapa engkau basah macam nama aku tak basah hujan timpa kayu (2x) hujan oh hujan kenapa engkau timpa kayu macam mana aku tak timpa 33



katak panggil aku (2x)



katak oh katak kenapa panggil hujan macam mana aku tak panggil ular nak makan aku (2x)



ular 0h ular kenapa nak makan katak macam mana aku tak makan memang makanan aku..(2x)



LAGU 20:



BURUNG KAKAK TUA



burung kakak tua hinggap di jendela nenek sudah tua



giginya tinggal dua lecum.. lecum....lecum ulala.... lecum.. lecum....lecum ulala....lecum.. lecum....lecum ulala.... giginya tinggai 2



LAGU 21



:



Can Mali Can



Can Mali Can Ooo Ooo Can Mali Can Ooo Ooo Can Mali Can 34



Ketipung Payung Ooo... Ooo... Ooo...Can Mali Can Ooo Ooo Can Mali Can Ooo Ooo Can Mali Can Ketipung Payung Ooo... Ooo... Ooo...Can Mali Can Ooo Ooo Can Mali Can Ooo Ooo Can Mali Can Ketipung Payung



LAGU 22



:



ANAK RUSA NANI



anak rusa nani baru kembang ekor apa salah kami



lalu tidak tegur



anak rusa nani baru pandai jalan apa salah kami harap di maaf kan..



LAGU 23



:



Jong Jong Inai



Jong jong inai Mak ipong waja wali( 2X ) Jong jong inaiMak ipong waja wali Sepak tunggul inai Berdarah ibu kaki( 2X )



Semangkuk jerluk 35



Sepinggan dagang Tak cukup pulut Tambah nasi dagang( 2X )



Jong jong inai Mak ipong waja wali( 2X )



LAGU 24



:



Rasa Sayang



Rasa sayang hey Rasa sayang sayang hey Hey lihat nona jauh Rasa sayang sayang hey ( di ikuti dengan pantun klasik/tradisional )



Rasa sayang hey Rasa sayang sayang hey Hey lihat nona jauh Rasa sayang sayang hey



LAGU 25



:



Tepuk Amai-Amai



Tepuk amai-amai Belalang kupu-kupu Tepuk ramai-ramai Emak upah susu



Susu lemak manis Santan kelapa muda 36



Adik jangan menangis Emak ada kerja



B) KOLEKSI LAGU RAKYAT



LAGU 1



:



Burung Kenek-Kenek



Burung Kenek-kenek Terbang tinggi di awan Pesan datuk nenek pandai-pandai cari kawan



Burung kenek-kenek Hinggap di atas dahan Pesan datuk nenek Sujudlah pada Tuhan



Geleng-geleng sapi Berbulu di telinga Atur tapak kaki Berdiri lama-lama



Geleng-geleng sapi Sapi berbulu merah Atur tapak kaki Cepat-cepat melangkah



Burung kenek-kenek Hinggap tepi perigi 37



Pesan datuk nenek Bangun pagi-pagi



Burung kenek-kenek Hinggap di atas atap Pesan datuk nenek Rajin-rajin baca kitab



Lenggang-Ienggang kangkung Kangkung di tengah rimba Berair berair kabung Budak nak makan gula



Lenggang-lenggang kangkung Kangkung di tepi pagar Berair berair kabung Budak nak makan sakar



Burung kenek-kenek Hinggap di atas bumbung Pesan datuk nenek Jangan laku sombong



Burung kenek-kenek Hinggap pohon kelapa Pesan datuk nenek Patuh ibu bapa



LAGU 2



:



Ya habibun



Ya habibun } 3x Ya habibun ya habibun Ya habibun} 3x Ya habibun ya habibun Ada satu cerita gadis cantik Cantik tuan gadis cantik 38



Mata hitam tinggi lampai Rambut panjang putih kuning Sangat rajin bekerja Menolong ibu bapa Ya habibun Gadis cantik pagi petang Di rumah menolong ibu bapa Bekerja tidak leka Ya habibun Petang itu di halaman rumah Dia menampi padi Menampi beras Mengindang beras Menampi padi Pecuk pecuk pecak pecak pecak {Baris ini ulang 4x} Malam itu gadis cantik tidur lalu dia bermimpi datang satu wali janggut panjang sampai ke kaki jubah putih sambil dia berseru-seru emak emak ikan kalui nasi melukut sayur keladi ya habibun pagi itu gadis manis di perigi dia menangis sedu sedan menggoncang bahu sambil ia berseru-seru emak emak ikan kalui nasi melukut sayur keladi ya habibun gadis cantik sangat rajin bekerja menolong ibu bapa petang itu di halaman rumah dia menampi padi mengindang beras menampi padi pecuk pecuk pecak pecak pecak {Baris ini ulang 4x}



39



LAGU 3



:



Tu Bulan tu Bintang



Tu bulan tu bintang Tu pucuk kayu ara Di mana tuan hilang Di dapur atas para Tu bulan tu bintang Tu pucuk kayu ara Mengapa tuan datang Nak jengok anak dara Tu bulan tu bintang Tu pucuk kayu ara Siapa tukang bilang Mak nenek sudah tua Tu bulan tu bintang Tu pucuk kayu ara Mengapa tuan halang Dah suka sama suka Tu bulan tu bintang Tu pucuk kayu ara Tu dia sudah datang Dengan lenggang bergaya Tu bulan tu bintang Tu pucuk kayu ara Nak main tumbuk kalang Buat tungku hidup bara Tu bulan tu bintang Tu pucuk kayu ara Berlagu dan membilang Ada berbagai cara



LAGU 4



:



Alamat Hari Nak Siang



Tengah malam sudah terlampau Dinihari belum lagi tampak Budak-budak dua kali jaga 40



Orang muda pulang bertandang Orang tua berkalih tidur Embun jantan rintik-rintik Berbunyi kuang jauh ke tengah Sering lanting riang di rimba Melenguh lembu di padang Sambut menguak kerbau di kandang Berkokok mendung merak mengigal Fajar sidik menyingsing naik Kicak kicau bunyi murai Taptibau melambung tinggi Berkuku balam di hujung bendul Terdengut puyuh panjang bunyi Puntung sejengkal tinggal sejari Itulah alamat hari nak siang



LAGU 5



:



Eh wo bule



Eh wo bule Eh wo bule Eh wo bule teraju tigo Eh wo bule Eh wo bule Eh wo bule teraju tigo



LAGU 6



:



Anak itik Tok Wee



Anak itik Tok Wee Mandi dalam kolam Sakit apa Tok Wee Sakit sendi tulang Ubat apa Tok Wee Ubat limau lelam Sakit apa Tok Wee Sakit sengal tulang



LAGU 7



:



JAMBATAN TAMPARULI



Pak pak kangkudo Sumunsui do jambatan Jambatan do Tamparuli Bekasuk tinggi ako Sumunsui do jambatan Jambatan do Tamparuli Pak pak kangkudo Bekasuk tinggi ako



Selaka nodi kasutku Narutu doid jambatan Tngal po do sotokin Nowit ku gumin uli Ontok dihari tiga Tomu doid Tamparuli Mingusuk po hilo kadai Mogihun do kasut tinggi 41



42