25 0 225 KB
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN NORTH, MIRI KERTAS CADANGAN AKTIVITI KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR (PALS)
2016
Guru Pembimbing Kelab PALS : Puan Leong Yong Wan Puan Ma Sing Yiun
1.0
Pengenalan kepada Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS)
Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) merupakan salah satu program pendidikan alam sekitar yang dijalankan secara berterusan oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, dengan sokongan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Ia dilancarkan pada tahun 1999 oleh Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Sarawak pada masa itu, iaitu YB Datuk Amar James Wong Kim Min, yang juga merupakan pencetus idea penubuhan kelab ini. Bermula dengan hanya 74 buah kelab PALS sebagai ahli perintis pada tahun 1999 (44 buah sekolah rendah dan 30 sekolah menengah), kini kehliannya telah mencecah 322 buah sekolah di seluruh Sarawak.Sekolah-sekolah yang menyertai Kelab PALS diberi kelonggaran untuk mengadakan aktiviti-aktiviti dan projek kelab masing-masing dengan memfokuskan kepada usaha menjaga dan memulihara alam sekitar. Kelab ini berakar umbi sebagai penggerak bagi membantu para murid menjadi masyarakat yang bertanggungjawab terhadap kesejahteraan alam sekitar.
2.0
Matlamat Kelab PALS
Kelab PALS menekankan ”kesedaran”, ”kecintaan”, dan ”amalan yang baik” (Aware, Love, and Practice) terhadap alam sekitar. Oleh itu, matlamat penubuhan Kelab PALS ini adalah untuk menyemai kesedaran atau rasa perihatin dan cinta alam sekitar dalam kalangan para murid dan seterusnya menggalakkan tindakan positif mereka bagi melindungi dan meningkatkan kualiti alam sekitar.
3.0
Objektif Penubuhan Kelab PALS i.
Menyediakan struktur organisasi bagi para murid mendalami minat
ii.
mereka dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar; Menggalak dan menunjuk arah kepada para murid tentang jenis aktiviti yang boleh dilakukan oleh mereka dalam menanam semangat cintakan
iii.
alam sekitar; Menyatukan pendidikan alam sekitar ke dalam sistem pendidikan negeri
iv.
melalui aktiviti ko-kurikulum; dan Meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab para murid serta warga sekolah terhadap perlindungan alam sekitar.
4.0
Sasaran Ahli Kelab PALS
Berikut merupakan jadual senarai bilangan ahli Kelab PALS Sekolah Jenis Kebangsaan North, Miri: Jantina Bil
Tahun
Lelaki
Perempuan
. 1. 2. 3 8.
Tahun 4 Tahun 5 Tahun6 Jumlah keseluruhan
3 orang 3 orang 3 orang
3 orang 3 orang 3 orang
5.0
18 orang
Pemilihan Aktiviti atau Projek yang Sesuai.
Mengambil keputusan dalam memilih aktiviti-aktiviti atau projek adalah merupakan langkah pertama dalam pelaksanaan aktiviti Kelab PALS. Hasil perbincangan dan perkongsian idea dalam mesyuarat yang telah dijalankan, beberapa aktiviti dan projek telah dipilih mengikut kesesuaian dan praktikal dengan persekitaran sekolah. Berikut merupakan aktiviti-aktiviti atau projek-projek yang dicadangkan sepanjang tahun 2016 :
5.1 5.2 5.3 5.4
6.0
Projek Menceriakan Kawasan Sekolah; 5.1.1 Projek Semaian Pokok Berbunga 5.1.2 Projek Tanaman Pokok Bunga Berpasu Projek Tanaman Herba; Projek Kitar Semula; Program Gotong Royong Cintai Alam Sekitar
Pelaksanaan Projek dan Aktiviti
Berikut merupakan butiran-butiran tentang pelaksanaan projek dan aktiviti Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) :
Bi
Aktiviti / Projek
l 1.
Projek Menceriakan Kawasan Sekolah
Bulan Pelaksanaan 1
2
3
4
5
6
7
8
9
1
11
/
/
/
/
/
/
/
/
/
0 /
/
2.
Projek Tanaman Herba
3.
Projek Kitar Semula
4.
Program Gotong Royong Cintai Alam
/
/
/
/
/ /
/
/ /
/
/
Sekitar
7.0
Lokasi Projek dan Aktiviti
Peta di bawah merupakan pandangan atas Sekolah Jenis Kebangsaan North, Miri, Sarawak.
Bil
Aktiviti / Projek
Lokasi (Nombor)
1.
Projek Menceriakan Kawasan Sekolah
Seluruh kawasan sekolah
2.
Taman Herba
Tepi Blok Makmal Komputer
3.
Projek Kitar Semula
Dewan Sekolah / Kantin Sekolah
4.
Program Gotong Royong Cintai Alam Sekitar
Seluruh kawasan sekolah
8.0
Carta Organisasi Jawatan Kuasa Peringkat Sekolah
Pengerusi Puan Then Fen Nee Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan North, Miri
Naib Pengerusi Puan Ho Tat Siang
Penolong Kanan Ko-kurikulum Sekolah Jenis Kebangsaan North, Miri
Penasihat Encik Lau Kin Hoo YDP PIBG Sekolah Jenis Kebangsaan North, Miri
Setiausaha Puan Leong Yong Wan
Bendahari Pn Ma Sing Yun
Penyelia Projek Puan Leong Yong Wan
9.0
Pemantauan
Pemantauan akan dijalankan oleh guru penyelia projek, dan guru-guru bertugas mingguan. Aktiviti dan projek yang dilaksanakan akan dipantau dari masa ke semasa bagi mengenal pasti kelemahan seterusnya melakukan penambahbaikan pada masa yang akan datang.
10.0
Analisis
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keberkesanan di dalam Kelab PALS. Antaranya ialah :
i. ii. iii.
Guru Murid Ibu bapa
Terdapat beberapa aspek yang boleh dikaji dan diteliti dalam keempat-empat faktor di atas iaitu kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. Huraian terperinci setiap faktor adalah seperti berikut :
10.1 Guru 10.1.1 Kekuatan Dari apek kekuatan, guru-guru di Sekolah Jenis Kebangsaan North, Miri merupakan guru-guru yang sangat komited dalam melaksanakan dan menjayakan sesuatu amanah yang diperanggungjawabkan kepada mereka. Semangat kerja berpasukan, kreatif dalam memberi idea-idea baru untuk memajukan dan menaikkan reputasi sekolah menjadikan setiap program yang dirancang berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. 10.1.2 Kelemahan Dari aspek kelemahan pula, kebanyakan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan North, Miri tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perkebunan dan pertanian.
10.1.3 Peluang Dari aspek peluang, guru di Sekolah Jenis Kebangsaan North, Miri boleh dikatakan terdiri daripada golongan professional yang mempunyai sifat inkuiri, semangat bersaing yang tinggi dan tidak mudah putus asa dalam melahirkan murid-murid yang cemerlangan seterusnya mengangkat nama Sekolah Jenis Kebangsaan North, Miri ke peringkat yang lebih tinggi.
10.1.4 Ancaman
Dari aspek ancaman, pertukaran guru yang agak kerap juga mungkin akan menjadi penyebab pelaksanaaan sesuatu program tidak dapat dijalankan dengan lancar seperti yang telah dirancang.
10.2 Murid 10.2.1 Kekuatan Dari aspek kekuatan, murid-murid di SJK North, Miri mempunyai disiplin kendiri pada tahap yang membanggakan. Sikap menghormati guru dan mematuhi arahan memudahkan pihak sekolah untuk menjalankan sesuatu aktiviti dan projek yang dirancang. 10.2.2 Kelemahan Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan pada murid-murid yang dapat dikenalpasti. Antaranya ialah sikap murid yang pasif, kurang aktif dan pemalu yang wujud dalam diri murid itu sendiri. Sikap ini sedikit sebanyak mempengaruhi penglibatan dan pencapaian murid dalam sesuatu program dan aktiviti yang dijalankan. 10.2.3 Peluang Dalam aspek peluang, rata-rata murid mempunyai keinginan yang kuat dan azam yang tinggi untuk berjaya. Sikap ini mendorong mereka untuk terus berusaha dengan gigih tanpa mengenal erti penat dan putus asa. Hal yang demikian dapat dilihat apabila murid akan menghadirkan diri dalam setiap program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan jayanya. 10.2.4 Ancaman Bas sekolah dan kereta menjadi pengangkutan utama murid-murid untuk datang ke sekolah. Murid-murid bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa untuk menghantar dan mengambil mereka untuk setiap program dan aktiviti sekolah. Sekiranya ibu bapa murid menghadapi sesuatu kesulitan, maka murid tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah.
10.3 Ibu bapa
10.3.1 Kekuatan Dari aspek kekuatan, ibu bapa di sekolah ini memberi kerjasama yang tidak berbelah bahagi kepada pihak sekolah. Segala program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan bantuan daripada mereka. Ibu bapa juga juga mempunyai kesedaran yang tinggi tentang betapa pentingnya pelajaran kepada anak-anak mereka. Mereka sanggup untuk berkorban tenaga dan wang ringgit demi masa depan anak-anak mereka.
10.3.2 Kelemahan Kebanyakan murid-murid di SJK North, Miri datang daripada keluarga yang sederhana
dan
berpendapatan
rendah.
Ini
menyebabkan
sifat
kebergantungan sepenuhnya kepada guru adalah tinggi.
10.3.4 Peluang Pihak ibu bapa sentiasa memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam setiap program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ibu bapa akan turut serta dalam memberi sumbangan wang ringgit mahupun tenaga untuk menjayakan apa jua program mahupun aktiviti yang melibatkan pihak sekolah. Ibu bapa juga telah diberi gambaran tentang hala tuju sekolah dan ini sedikit sebanyak dapat memberi pemahaman kepada mereka seterusnya bergerak seiringan bagi merealisasikan apa yang telah dirancangkan oleh pihak sekolah.
10.3.4 Ancaman Walau bagaimanapun, faktor ibu bapa terlalu sibuk dengan kerja harian menjadi ancaman dalam menjayakan sesuatu program dan aktiviti di sekolah. Agak sukar untuk mereka untuk memantau dan memberi tunjuk ajar kepada murid semasa murid berada di rumah. Selain itu, kedua-dua ibu bapa bekerja menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan
anak-anak mereka dan hanya bergantung sepenuhnya kepada guru-guru di sekolah.
11.0
Penutup
Dengan adanya penubuhan Kelab PALS, adalah diharapkan projek dan aktiviti yang telah dirancang sentiasa dilaksanakan secara berterusan untuk memberi faedah yang optima terhadap warga sekolah bagi melahirkan generasi yang mesra alam yang seterusnya melibatkan diri secara aktif dalam mengurus alam sekitar dan konservasi sumber asli ke arah pembangunan mapan di negeri Sarawak. Walaubagaimanapun, pelaksanaan program dan aktiviti ini memerlukan komitmen serta sokongan yang padu oleh semua warga Sekolah Jenis Kebangsaan North, Miri. Oleh itu, diharap semua warga SJK North, Miri dapat memberi komitmen yang sepenuhnya dalam menjayakan program ini.
Disediakan oleh :
..................................................................... (LEONG YONG WAN)
Setiausaha, Kelab Pencinta Alam Sekitar, Sekolah Jenis Kebangsaan North, Miri.
Disemak oleh :
..................................................................... (PUAN HO TAT SIANG) Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Sekolah Jenis Kebangsaan North, Miri.
Diluluskan oleh :
..................................................................... (PUAN THEN FEN NEE) Guru Besar, Sekolah Jenis Kebangsaan North, Miri.