Kertas Kerja Lawatan Ke Balai Bomba Segamat [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

KERTAS KERJA LAWATAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALAI BOMBA IOI



1.0 PENDAHULUAN Pelajar tadika seharusnya didedahkan dengan situasi dan keadaan yang sebenar untuk menambah pengetahuan mereka. Maka melalui lawatan murid-murid dapat lebih memahami pengetahuan yang hendak disampaikan.



2.0 RASIONAL Matlamat program lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan murid-murid tentang peranan dan tanggungjawab pihak bomba serta memberi pendedahan tentang perkakas dan peralatan yang digunakan oleh pihak bomba dalam menjalankan tugasan seharian. Selain itu, lawatan ini juga diharap dapat mengubah sikap belajar murid dan di samping itu mengeratkan hubungan antara guru dan murid-murid.



3.0 MATLAMAT 3.1 Supaya murid-murid dapat mengetahui dengan lebih dekat keadaan sebenar di balai bomba dan dapat menikmati keseronokan semasa melawat ke balai bomba IOI. 3.2 Mengubah sikap belajar murid-murid. 3.3 Supaya menggalakkan pergaulan positif antara murid-murid.



4.0 OBJEKTIF Adalah diharapkan program ini dapat: 4.1 Meningkatkan ilmu pengetahuan murid-murid tentang tugas-tugas yang dikendalikan oleh pihak bomba dan juga untuk pengumpulan data yang berkaitan dengan fungsi organisasi. 4.2 Mewujudkan kerjasama dan hubungan baik di antara murid dan guru. 4.3 Menanamkan sikap kerjasama, bertolak ansur, kasih sayang dan ingin mencuba dalam kalangan murid.



5.0 PELAKSANAAN 5.1 Tarikh lawatan: 20 Jun 2019 (Khamis) 5.2 Tempat: Balai Bomba IOI (Bandar Baru Segamat) 5.3 Bilangan peserta: 16 orang 5.4 Bilangan guru: 4 orang



6.0 KUMPULAN SASARAN 6.1 16 orang pelajar daripada tadika



7.0 JAWATANKUASA INDUK Pengerusi



:



Naib Pengerusi



:



Setiausaha



:



AJK Makanan dan Minuman : AJK Pengangkutan



:



8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi



:



Naib Pengerusi



:



Setiausaha



:



AJK Makanan dan Minuman : AJK Pengangkutan



9.0 PENGISIAN PROGRAM 9.1 20.06.2019 (KHAMIS) 09.00am: Bertolak dari sekolah 09.15am: Tiba di balai bomba IOI 09.30am: Penerangan dari pihak balai bomba IOI 10.00am: Lawatan di sekitar balai bomba IOI 12.00pm: Bergerak pulang ke sekolah 12.15pm: Tiba di sekolah



10.0 PENUTUP Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru kepada murid-murid tadika. Melalui program ini juga pelajar diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.



Disediakan oleh:



………………………… (



)



Setiausaha Program Lawatan ke Balai Bomba IOI



Disahkan oleh:



....................................... ( Pengetua Tadika Johor. No. Tel:



)