Laporan PBS (Kaedah BM) [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

DAFTAR KANDUNGAN



PENGHARGAAN ................................................................................................................................. 2 1.0



PENGENALAN ......................................................................................................................... 3



2.0



ANALISIS PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN



DAN PEMBELAJARAN (PDP) OLEH GURU BAHASA MELAYU DI SEKOLAH SEPANJANG MENJALANI PBS. ..................................................................................................... 3 2.1



STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ................................................... 4



2.2



PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ............................................ 5



2.3



KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...................................................... 7



2.4



TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN......................................................... 8



3.0



KELEBIHAN DAN KEKURANGAN ...................................................................................... 9



4.0



KESIMPULAN ........................................................................................................................ 10



RUJUKAN ........................................................................................................................................... 11 LAMPIRAN ......................................................................................................................................... 13



1



PENGHARGAAN ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA Titipan setinggi-tinggi penghargaan kepada Allah tuhan penguasa seluruh alam kerana sudi melimpahkan rahmatNya kepada insan kerdil ini. Berserah kepadanya atasa segala takdir yang dikhehendakinya ke seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat serta para tabiin. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan jutaan penghargaan kepada pensyarah saya, Dr. Simah binti Mamat yang telah memberikan tunjuk ajar serta bimbingan sepanjang melaksanakan tugasan ini. Hasil bantuan daripada beliau telah membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, jutaan terima kasih saya ingin ucapkan kepada penjaga saya iaitu, Puan Jamilah Hanim serta keluarga kerana telah memberi saya pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga saya berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan dan persoalan yang telah saya uterakan kepada mereka. Akhir bicara, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau secara tidak langsung dalam pembikinan kerja kursus ini. Segala jasa baik dan pertolongan anda semua hanya Allah sahaja yan mampu membalasnya.



2



1.0



PENGENALAN



Pada tarikh 26 Ogos 2018, saya telah memulakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) fasa dua di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 2, Kelantan. PBS ini dijalankan selama lima hari dan berakhir pada 30 Ogos 2018. PBS yang dijalankan ini adalah sebagai satu wacana untuk mendedahkan diri siswa pendidik kepada profesion keguruan pada masa akan datang. PBS juga menggalakkan siswa pendidik untuk membuat pemerhatian, penelitian, interaksi, kolaborasi dan refleksi tentang suasana persekolahan, pengurusan sekolah serta bilik darjah dan tingkah laku murid. Tugasan pada kali ini memerlukan saya untuk membuat pemerhatian penilaian dan analisis terhadap strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu di sekolah. Oleh itu, saya telah memilih Kelas Empat Pintar yang diajar oleh Puan Norzana bagi menjalankan pemerhatian.



2.0



ANALISIS PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) OLEH GURU BAHASA MELAYU DI SEKOLAH SEPANJANG MENJALANI PBS.



Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan komunikasi bagi memenuhi keperluan diri, memperolehi ilmu, perhubungan sosial dan urusan harian. Perkara ini menunjukkan kepentingan kemahiran penggunaan Bahasa Melayu di kalangan murid-murid. Oleh itu, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik merupakan satu gabungan yang saling berkaitan dan melengkapi antara satu sama lain bagi mewujudkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ciri-ciri yang terdapat diantara konsep-konsep ini, apabila diaplikasikan dalam bilik darjah akan membentuk satu pembelajaran yang kondusif, ceria dan seterusnya menjadikan objektif pembelajaran akan tercapai.



STRATEGI PENDEKATAN KAEDAH



TEKNIK



Rajah 1 : Hubungkait antara Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik dalam proses Pdp. 3



2.1



STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Strategi merupakan satu susunan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat atau tujuan dengan menggunakan tenaga, masa dan kemudahan yang diperolehi secara optimum. Menurut Kamus Dewan, strategi ialah ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk atau rancangan yang diatur untuk mencapai matlamat atau sesuatu kejayaan. Dalam bidang pendidikan secara umumnya, strategi ialah kebijaksaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam proses PDP berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Strategi diperlukan oleh seseorang guru supaya murid dapat menguasai sesuatu kemahiran yang diajar.



2.1.1



STRATEGI PEMBELAJARAN KOPERATIF



Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Noriati, 2012). Pembelajaran koperatif bertujuan untuk meningkatkan pencapaian murid, pemikiran kreatif dan kritikal, kemahiran sosial dan interaksi kumpulan. Kaedah koperatif sesuai digunakan untuk mengalakkan kumpulan murid yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran untuk berkongsi pandangan dan perbincangan secara bersungguh-sungguh bagi menyelesaikan masalah. Guru sebagai fasilitator adalah kunci kepada kejayaan koperatif. Contoh kaedah dan teknik pengajaran dalam stretegi pembelajaran koperatif adalah seperti projek, inkuiri penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, dan kumpulan kecil. Dalam hal ini, Puan Norzana telah menggunakan Kaedah STAD iaitu pembelajaran dalam kumpulan kecil yang lazimnya dilakukan dalam sesuatu topik Bahasa. Murid dikehendaki untuk mencari pasangan secara berdua-dua atau bertiga-tiga. Selesai mencari pasangan, murid dikehendaki untuk menjawab soalan pada lembaran soalan yang telah diberikan secara individu. Setelah itu, beberapa kumpulan akan dipilih secara rawak bagi membacakan jawapan mereka. Setiap murid akan diberikan markah secara individu dan akan dikumpulkan menjadi markah kumpulan. Guru dan rakan-rakan yang lain akan membantu dan membuat pembetulan jika terdapat kesalahan. Aktiviti seperti kumpulan kecil ini penting kerana lebih banyak masa yang diperuntukkan kepada murid untuk meneroka dan menyelesaikan masalah. Melalui strategi pengajaran ini, murid dapat meningkatkan keyakinan dalam diri mereka serta belajar menghormati pandangan dan keputusan orang lain.



4



Rajah 3 : Aktiviti dalam kumpulan kecil



2.2



PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Pendekatan dimaksudkan dengan arah atau hala yang diambil bagi menuju sesuatu sasaran.. Manakala pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran. Konsep pendekatan pengajaran merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Pendekatan mestilah berlandaskan model,prinsip atau teori seperti konkrit kepada abstrak. Pendekatan yang baik serta bijak mampu menjadikan sesi pembelajaran menarik. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.



2.2.1



PENDEKATAN BERPUSATKAN TEMA



Pengajaran menggunakan tema merupakan pengajaran yang disampaikan melalui konsep atau idea yang besar. Tema dipecahkan kepada komponen yang kecil. Ini membolehkan murid menganalisis, membuat generalisasi dan mengaplikasi pengetahuan. secara keseluruhannya. Pendekatan tematik akan memberikan gambaran awal kepada murid berkaitan tajuk pembelajaran. Sebagai contoh, Puan Norzana telah memilih tema “Keselamatan di Jalan Raya”. Pada set induksi, beliau telah menunjukkan bahan lukisan berkaitan papan tanda jalan raya. Langkah seterusnya, beliau telah mengedarkan lembaran soalan, dimana murid dikehendaki untuk mengisi tempat kosong dan langkah kedua, murid dikehedaki membina sebuah karangan berkaitan kemalangan di jalan raya dengan bantuan dan bimbingan guru. Murid akan berbincang antara satu sama lain bagi menjana idea. Penutup, Puan Norzana juga telah menerapkan nilai-nilai murni berkaiatan kepentingan keselamatan di jalan raya. Berdasarkan 5



daripada langkah-langkah pengajaran yang telah dinyatakan, dapat kita simpulkan bahawa Puan Norzana telah memilih sebuah tema bagi menyampaikan pembelajaran. Pemilihan tema dapat membantu memberi gambaran awal kepada murid berkaitan topik pembelajaran.



2.2.2



PENDEKATAN BERPUSATKAN BAHAN



Pendekatan berpusatkan bahan bermaksud guru menggunakan pelbagai bahan seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses kendiri dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya. Strategi ini lebih memberikan penekanan kepada bahan yang digunakan untuk membantu pengajaran guru. Bahan terbahagi kepada dua, iaitu yang pertama ialah bahan pengajaran manakala yang kedua ialah bahan pembelajaran. Antara bahan pengajaran yang telah digunakan adalah seperti bahan lukisan. Puan Norzana telah menggunakan lembaran lukisan berkaitan jenis-jenis papan tanda yang berada di jalan raya bersesuai dengan tajuk pembelajaran pada hari ini iaitu “Keselamatan di Jalan Raya”. Manakala bagi bahan pembelajaran pula, beliau telah menyediakan lembaran soalan. Secara berpasangan murid dikehendaki mengisi tempat kosong berdasarkan soalan yang diberikan. Setelah selesai menjawab soalan, beliau mengadakan sesi perbincangan. Hal ini akan dapat memberikan kelebihan kepada murid dalam meningkatkan peluang interaksi. Selain itu, sifat sosial yang positif juga dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil, seperti uji kaji, projek, perbincangan dan sebagainya. Oleh itu, penggunaan bahan bantu mengajar membolehkan murid untuk memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan. Hal ini kerana, setiap murid mempunyai tahap kognitif yang berbeza. Namun begitu, kita perlu ingat bahawa tidak semua pengajaran sesuai untuk menggunakan alat atau bahan. Penggunaan bahan yang keterlaluan akan melambatkan proses PdP untuk bermula.



Rajah 2 : Penggunaan Bahan Lukisan sebagai bahan bantu mengajar



6



2.3



KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Ishak Ramly (2006), berpendapat Kaedah ialah satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Konsep Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti dengan sistematik bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Menurut Kamaruddin Hussin dan Siti Hajar (2004), pengendalian sesuatu organisasi yang benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.



2.3.1



KAEDAH TERUS



Kaedah ini telah diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer (1920-1935). Kaedah ini mengutamakan prinsip-prinsip mengajar berdasarkan psikologi kanak-kanak. Puan Norzana telah menggunakan Kaedah Terus kerana melihat kepada potensi dan pemahaman sedia ada murid yang mantap terhadap PdP pada hari tersebut. Seterusnya, pengajaran dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman yang telah sedia ada, dimana murid-murid telah didedahkan tentang “Keselamatan di jalan raya” sewaktu kecil lagi. Selain itu, beliau juga telah menimbulkan perasaan ingin tahu murid-murid melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan.



7



2.4



TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Teknik ialah prosedur yang telah didefinisikan dengan lebih jelas dan digunakan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti. Anthony (1963), mendefinisikan teknik sebagai satu muslihat atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu pengajaran. Oleh itu, teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajarpelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang difahami. Tujuan penerapan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran ialah untuk menarik minat murid dengan apa yang cuba disampaikan oleh guru. Selain itu juga, untuk memastikan murid mengekalkan perhatian terhadap guru mengajar dan mampu membangkitkan rasa ingin tahu murid terhadap apa yang guru cuba sampaikan.



2.4.1



TEKNIK LATIH TUBI



Teknik latih tubi merupakan aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan sesuatu perkara yang telah dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin kekekalannya. Teknik ini sesuai digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Ia boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, kemahiran menyebut ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat dan memikirkan maksud perkataan-perkataan.



Pada awal pembelajaran, Puan Norzana telah melakukan sesi soal jawab, dimana beliau telah mengajukan beberapa soalan berdasarkan pengetahuan am murid-murid berkaitan papan tanda jalan raya. Pembelajaran diperkukuhkan lagi dengan mengadakan aktiviti “menjawab soalan”. Murid-murid diedarkan dengan lembaran soalan, dimana berdasarkan soalan tersebut murid-murid dikehendaki untuk mengisikan tempat kosong dengan jawapan yang betul secara berkumpulan. Pengukuhan melalui latih tubi ini penting bagi memudahkan murid untuk membuat karangan. Hal ini kerana, tatabahasa yang betul dan kosa kata yang banyak dapat mumudahkan murid untuk menulis isi dan membina karangan. Sebuah karangan yang baik bukan sahaja memerlukan isi yang bernas, malah penggunaan tatabahasa dan kosa kata yang betul juga merupakan aspek penting dalam penulisan karangan.



8



3.0



KELEBIHAN DAN KEKURANGAN



Kelemahan yang saya dapat kenalpasti sewaktu menjalankan pemerhatian semasa PdP Puan Norzana ialah beliau tidak menggunakan kemudahan yang telah disediakan oleh pihak sekolah dengan sebaiknya. Kemudahan slaid pemancar tidak digunakan. Beliau lebih memilih untuk menggunakan lembaran bergambar sedangkan penggunaan TMK seperti animasi video dan video bergambar lebih dapat menarik minat dan tumpuan murid. Seterusnya, sewaktu mengendalikan aktiviti kolaboratif, keadaan kelas menjadi sedikit tidak terkawal. Murid-murid bergerak untuk membentuk kumpulan dalam keadaan yang agak bising. Malah, terdapat segelintir murid yang masih duduk dan tidak bergerak untuk membentuk kumpulan. Perkara ini telah mengganggu kelancaran proses PdP. Dari segi kelebihan pula, saya dapati Puan Norzana telah menggunakan teknik pengajaran yang berkesan. Perkara ini dapat dilihat apabila hampir seluruh murid di dalam kelas dapat menjawab soalan dengan betul. Pengaplikasian teknik latih tubi telah membantu murid untuk mengigati isi pelajaran dengan lebih efektif. Selain itu, bagi memastikan disiplin murid sentiasa terkawal, Puan Norzana telah menetapkan undang-undang pemermainan. Setiap kumpulan diminta untuk mendengar dan mengikut arahan yangdiberikan. Sekiranya terdapat kumpulan yang ingkar, markah setiap kumpulan akan ditolak. Konsep dendaan dan ganjaran seperti ini dapat membantu guru dalam mengawal keadaan kelas.



9



4.0



KESIMPULAN



Bagi mencapai matlamat pendidikan yang telah digariskan oleh kerajaan, bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia memerlukan kesungguhkan.kebijaksanaan dan ketabahan kedua belah pihak iaitu guru dan murid-murid itu sendiri. Sebagai seorang guru Bahasa Malaysia, kita perlulah menggunakan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian dengan tahap dan kemampuan murid-murid supaya dapat menjamin keberkesanan penyampaian sesuatu pengajaran dan objektif pembelajaran dapat dicapai. Pemahaman mengenai strategi, pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah. Bagi tujuan menentukan strategi, pendekatan, kaedah serta teknik dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran berbahasa guru perlulah betul-betul mahir dan guru perlulah bijak menggabungkan keempat-empat elemen tersebut. Kebijaksanaan guru memilih strategi, pendekatan, kaedah serta teknik yang sesuai akan memberi kesan kepaa pembelajaran. Disamping itu sebagai guru, kita juga boleh mengukur kebolehan serta kemampuan kita melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sama ada tercapai atau tidak objektif pengajaran pada hari itu Kesimpulannya, sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah, pendekatan dan juga teknik pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang paling optimum. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum.



10



RUJUKAN



Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Edisi Guru. Kuala Lumpur: Sasbadi Sdn. Bhd.



Anthony & Henson K.T . (1963). Introduction to counseling and guidance. New Jersey: Prentice-Hall.



Baharom Mohamad & Iliyas Hashim. (2010). Gaya Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.



Faridah Nazir dan Faiziah Shamsudin. (2016). Kemahiran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Sasbadi Sdn. Bhd



Ishak Ramly. (2006). Inilah Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.



Kamaruddin Hussin dan Siti Hajar. (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur : Kayazano Enterprise.



Kamus Dewan Bahasa. (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.



Khadijah Rohani Mohd Yusof. (2007). Psikologi pendidikan . Kuala Lumpur: Open University.



Mohamed Amin Embi. (2016). Pemikiran Dan Reka Bentuk Semula Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21. Bangi : Penerbitan Kebangsaan Malaysia.



11



Mok Soon Sang . (1996). Kurikulum Dan Pengurusan Bilik Darjah. Kajang, Selangor Darul Ehsan.: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.



Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2012). Murid dan Alam Belajar. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.



Norliza Jaafar, Lew Mon Moii PH.D, Norulazilah Md. Nordin. (2015). Perkembangan KanakKanak. Kuala Lumpur. Pelangi Profesional Publishing Sdn. Bhd



12



LAMPIRAN



Rajah 4 : Membuat pemerhatian sewaktu guru sedang mengajar



13



\ Rajah 5 : Gambar sewaktu menjalankan PBS di Sk Sultan Ibrahim (2)



14