Masalah Ponteng Sekolah Pelajar Sekolah Luar Bandar [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Masalah ponteng sekolah pelajar sekolah luar bandar. Punca dan akibat. Disediakan oleh : Suhaiza binti Zainoldin @ Zainuddin (MP 071068 i/c : 840421-08 -5906) ABSTRAK Kertas kerja ini merupakan satu kajian pendek tentang permasalah ponteng sekolah yang berlaku di sekolah luar bandar. Fokusnya adalah untuk mengetahui p unca pelajar tidak hadir ke sekolah serta mengaitkan dengan akibat ponteng terha dap pelajar. Responden yang terlibat adalah 10 orang pelajar tingkatan tiga, emp at dan lima yang mencatatkan rekod ketidak hadiran ke sekolah paling kerap bermu la Januari hingga September 2008. Kaedah yang digunakan adalah kaedah temubual d an rujukan dokumen berkaitan. Temubual dijalankan kepada pelajar, ibu bapa dan j uga kaunselor sekolah berkenaan. Hasilnya didapati pelajar ponteng berpunca dari sikap mereka sendiri yang malas dan tidak mementingkan pelajaran. Sikap ibu bap a juga yang tidak menghiraukan anak mereka yang ponteng sekolah menjadi punca ma salah ini semakin berlelewasa. Akibatnya 80% pelajar yang ponteng sekolah ini te lah terlibat dengan masalah disiplin. Pihak sekolah telah menjalankan pelbagai p rogam untuk mengatasi masalah ponteng. Tetapi kurangnya kesedaran dan kerjasama dari pelajar dan ibu bapa menyebabkan program-program ini tidak mencapai matlama tnya. Justeru amat diharapkan pelajar menyedari pentingnya mereka hadir ke sekol ah untuk memperoleh ilmu pengetahuan demi masa depan mereka. Ibu bapa juga harus lebih prihatin dalam memastikan anak mereka hadir ke sekolah bagi mengelakkan m ereka terlibat dengan masalah sosial yang tidak sihat. Selain itu guru-guru perl u lebih prihatin dengan pelajar dan mengambil berat terhadap pelajar ponteng sup aya masalah ini tidak menjadi semakin serius di masa akan datang.



PENGENALAN Menurut kamus dewan, ponteng didefinisikan sebagai kecoh, tipu atau l ari dari tugas dan tanggungjawab tanpa kebenararan. Ponteng merupakan satu perbu atan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Seseorang pelajar dianggap memo nteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada ha ri-hari persekolahan. Sejak akhir-akhir ini masalah ini didapati semakin menjadi -jadi dan telah sampai ke peringkat yang serius. Malahan di peringkat Parlimen t urut dibahaskan tentang masalah pelajar ponteng sekolah menjadikan ianya bukan s ahaja masalah setempat tetapi sudah dianggap masalah negara. Pihak media juga se ring menyiarkan berita tentang masalah ini sehingga pada masa ini pihak guru ser ta ibu bapa berasa sesuatu tindakan yang tegas perlu dilakukan segera sebelum ge jala negatif ini sampai ke peringkat yang lebih kronik lagi. Menurut laporan yan g pernah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, peratus pelajar yang terbabit dengan gejala ponteng didapati semakin meningkat dari semasa ke semasa terutama bagi sekolahsekolah di kawasan luar bandar. Antara punca pelajar ponteng yang te lah dikenal pasti ialah kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sek olah. Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran kita yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar me nghafal seperti mata pelajaran sejarah, geografi, pendidikan Islam dan sebagainy a. Di samping itu, pelajar juga kurang berminat kerana mereka mungkin tidak mamp u untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yan g banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang ce rdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya data ng ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kera p ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas.



Dalam situasi pelajar dibandar,pelajar mungkin ponteng kerana mereka lebih memen tingkan keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalanga n pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdap at juga pelajar yang ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Bagi mereka, b elajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur h iburan. Pelajar seperti ini juga tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan p elajaran bagi menjamin masa depan mereka. Oleh itu, mereka lebih mengutamakan un sur-unsur hiburan yang tidak terdapat di sekolah. Berbeza dengan situasi dikawas an yang dikaji dimana persekitaran kawasan luar bandar ini dikelilingi dengan po kok kelapa sawit. Tiada wujud pusat membeli belah atau pusat hiburan apatah lagi panggung wayang. Namun masalah ponteng masih lagi berlelawasa dan memberi impak yang buruk kepada sekolah. Melihat pelajar yang memakai baju sekolah berada di dalam ladang kelapa sawit sambil merokok dalam waktu persekolahan merupakan satu pemandangan yang amat janggal bagi penduduk sekitar. Jesteru pihak sekolah akan dirujuk dan sekaligus ianya memberi kesan negatif terhadap pengurusan dan penta dbiran sekolah sekaligus mencemarkan reputasi institusi pendidikan. Apa yang leb ih membimbangkan adalah aktiviti yang dilakukan oleh pelajar semasa mereka ponte ng. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah terdedah kepada pergaulan dengan golonga n yang juga tidak bersekolah. Sama ada rakan sebaya yang telah dibuang sekolah a tas sebab masalah disiplin atau mereka yang tidak mahu ke sekolah. Golongan ini akan banyak menghabiskan masa dengan melepak, merokok dan lebih teruk lagi menga mbil dadah. Persekitaran kawasan pedalaman ini tidak membuka peluang pekerjaan y ang meluas kepada golongan muda mudi. Pekerjaan yang ada hanyalah sebagai pengai t buah sawit atau menternak haiwan peliharaan seperti lembu dan kambing. Tidak r amai golongan muda yang ingin melakukan kerja berat sebegini dan mereka lebih su ka melepak di persimpangan jalan atau merempit tanpa tujuan sepanjang hari.



Pelajar dalam usia remaja ini sering didorong perasaan ingin mencuba dan sangat ditakuti mereka ini terpengaruh dan terjebak dengan gejala yang tidak sihat. Jus teru peranan guru dan ibu bapa sangat penting dalam memastikan pelajar diawasi d ari masa ke semasa untuk memastikan mereka tidak melakukan perkara yang akan men ghancurkan masa depan mereka kelak. Ramai beranggapan bahawa pelajar tidak datan g ke sekolah kerana guru tidak berjaya menarik minat mereka untuk datang ke seko lah. Terdapat juga para pelajar yang memberikan alasan yang tidak munasabah sepe rti takut didenda, guru yang garang, malu, dan sebagainya. Pelajar yang berkenaa n mengambil keputusan untuk ponteng kerana mereka takut didenda kerana tidak sem pat menyiapkan kerja sekolah mereka yang diberikan oleh guru. Terdapat juga pela jar yang datang lewat lalu mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didend a kerana kesalahan mereka itu. Pelajar yang berasa malu sekiranya didenda dan di marahi guru itu biasanya akan ponteng dan bersembunyi atau melepak di kawasan-ka wasan yang sukar dikesan. Kumpulan pelajar ini juga menyalahkan pihak sekolah ya ng mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan hukuman yang pada pen dapat mereka terlalu berat bagi kesalahan yang kecil. Biasanya pihak sekolah aka n mengeluarkan surat amaran bagi pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ponten g terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut. Surat yang ditujukan kepada wari s atau ibu bapa itu kadang-kadang tidak mendapat respon yang diharap-harapkan. I bu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan harian mereka tidak dapat hadir untuk b erbincang dengan pihak sekolah. Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan ba hawa ibu bapa atau penjaga pelajar yang berkenaan langsung tidak mengambil berat akan hal-ehwal anak-anak mereka. Keadaan ini juga memberikan rangsangan kepada pelajar yang berkenaan untuk terus memonteng sehingga akhirnya terpaksa diberhen tikan persekolahannya. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa ibu bapa yang tidak me ngambil berat akan amaran pihak sekolah turut menyumbang ke arah masalah ini.



Selain itu, terdapat juga pelajar yang ponteng kerana bekerja secara sambilan. O leh sebab taraf ekonomi keluarga yang rendah, terdapat pelajar yang bekerja seca ra sambilan sebagai pembantu di kedai makan, dan tidak kurang pula yang bekerja sebagai peniaga makanan di pasar malam. Malah masih ramai di kalangan pelajar ya ng bekerja secara sambilan di pasar raya dan mereka terlalu keletihan sehingga t idak berdaya untuk bangun awal terutamanya yang bekerja pada waktu malam. Sekira nya masalah ini tidak diatasi dengan kadar segera, peratus pelajar ponteng pasti akan meningkat dan akan menggugat cita-cita pihak kerajaan untuk mewujudkan rak yat yang berpendidikan tinggi, cerdas, dan pintar. Sekali gus masalah ini akan m embantutkan kemajuan negara kita. Peranan ibu bapa, pihak sekolah serta Kementer ian Pendidikan amat penting untuk memastikan gejala ini tidak berterusan sehingg a menjadi lebih serius. Menurut Aziz ( 2007) dalam penulisannya mengenai masalah disiplin pelajar menyatakan salah satu masalah disiplin yang paling besar adala h ponteng sekolah. Masalah ponteng sekolah ini pun bukan perkara baru malah semu a orang pernah terlibat atau mengetahui tentangnya semasa bersekolah dahulu. Mas alah ini sebenarnya berlaku sepanjang tahun cuma bilangannya meningkat setiap ka li selepas peperiksaan sebelum cuti bermula.Jangan terkejut jika ada yang ponten g sekolah ini dihalalkan oleh ibubapa sendiri terutama mereka yang bersekolah di luar bandar. Bukankah sikap sebahagian ibubapa yang menghalalkan tidak perlu ha dir ke sekolah ini memberi pengajaran yang kurang sihat kepada anak-anak mereka sendiri. Apabila di sekolah menengah nanti pelajar ini akan dengan sendirinya me ncari berbagai alasan untuk membolehkan dia tidak datang ke sekolah. Akhirnya me reka ini akan menganggap pergi ke sekolah ini satu bebanan dan akan melencong ke tempat lain. Justeru kajian ini akan melihat punca dan akibat budaya ponteng se kolah di kawasan luar bandar dari perspektif pelajar, guru dan ibubapa.



OBJEKTIF Objektif kajian ini adalah untuk; i) ii) iii) iv) Mengetahui punca pela jar ponteng sekolah. Mengetahui akibat dari gejala ponteng kepada pelajar. Menge tahui apakah tindakan ibu bapa apabila mengetahui anak mereka ponteng. Mencadang kang langkah mengatasi masalah ponteng RESPONDEN Kajian ini dilakukan ke atas pelajar salah sebuah sekolah luar bandar iaitu sebuah sekolah felda dalam daerah Mersing. Responden dipilih daripada 10 p elajar tingkatan tiga, empat dan lima yang mempunyai rekod ketidak hadiran ke se kolah yang paling kerap dalam tahun 2008. 10 orang penjaga kepada pelajar dan se orang kaunselor sekolah turut terlibat bagi memperoleh maklumat yang optimum. KA EDAH KAJIAN Bagi mendapatkan maklumat tentang masalah ini sesi temubual telah di lakukan kepada 10 orang pelajar yang terlibat meliputi persoalan tentang punca p elajar tidak hadir ke sekolah dan kesan gejala ponteng terhadap mereka. Kaedah t emubual turut dijalankan kepada kaunselor sekolah dan ibu bapa pelajar yang pont eng, kaedah temubual telah dilakukan bertujuan memperoleh gambaran yang jelas se ta bertanya dengan lebih lanjut tentang masalah yang timbul . Proses temubual di lakukan secara lansung dan direkodkan. Walaubagaimanapun beberapa kekangan dari ibu bapa yang tidak dapat hadir untuk sesi temubual menyebabkan temual melalui t alifon telah dijalankan.



DalamRujukan pula dilakukan terhadap dokumentasi yang boleh menunjukkan rekod pe lajar seperti Buku Rekod Kedatangan Pelajar, Keputusan Peperiksaan, Rekod Disipl in Pelajar dan Buku Latihan. DAPATAN KAJIAN Hasil dari rujukan mendapati 80% pel ajar yang ponteng terlibat dengan masalah disiplin. Pelajar ini juga mempunyai r ekod penghantaran buku latihan yang tidak kerap serta keputusan peperiksaan yang sangat tidak memuaskan ( Jadual 1). Bil Umur pelajar Jantina Bil hari ponteng hingga September 2008 78 71 68 60 58 5 5 52 51 51 50 Rekod Keputusan penghantaran peperiksaan buku latihan (min) Masala h disiplin 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 15 tahun 18 Tahun 16 tahun 15 tahun 17 tahun 17 tahun 16 tahun 15 tahun 17 tahun 17 tahun Lelaki Lelaki Perempuan Perempuan Lelaki Lelaki Lelaki Perempuan Lelaki Lelaki 5% 5% 12 % 25 % 20 % 18 % 10 % 30 % 35 % 30 % E G G G E E G D E E Merokok,dadah Merokok, gaduh Mencuri Merokok Merokok,gaduh Samun rumah, curi mot osikal Lari dari rumah Merokok Jadual 1 : Hasil rujukan dokumen berkaitan. Temubual yang dijalankan dengan pela jar mendapati beberapa sebab mereka ponteng sekolah adalah takut didenda kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberikan guru, tidak cukup tidur kerana pada wakt u malam mereka keluar melepak dengan kawan-kawan atau menonton televisyen, tidak faham dengan pengajaran guru serta tidak minat belajar. Empat faktor ini adalah yang paling kerap diperkatakan oleh pelajar-pelajar yang ponteng. Apabila tidak hadir ke sekolah, apa yang dilakukan oleh pelajar adalah tidur dirumah, pergi k e rumah



rakan, melepak di dalam kebun dan menonton televisyen. Ibu bapa yang ditanya tur ut menyatakan anak mereka ada dirumah semasa tidak ke sekolah. Pelajar turut men yatakan yang ibu bapa mereka tidak kisah sekiranya mereka tidak hadir ke sekolah . Ada juga ibu bapa yang tidak mengetahui anak mereka ponteng sekolah kerana ked ua-duanya telah keluar bekerja kilang seawal pagi. Mereka hanya mengetahui perka ra ini selepas dihubungi oleh pihak sekolah. Yang lebih membimbangkan ada ibu ba pa yang menyatakan dia sudah tidak dapat menasihatkan anaknya untuk ke sekolah k erana anaknya memang tidak minat belajar. apa tindakan Malahan tiada seorang pun penjaga yang menghukum apabila mengetahui anak mereka ponteng anak Ini mereka k erana tidak hadir ke sekolah. Ada ibu bapa yang tidak mengambil apasekolah. menu njukkan seolah-olah ibu bapa tidak langsung menghiraukan anak mereka. Sesi temub ual dengan kaunselor pula telah melihat masalah ponteng ini sebagai satu masalah disiplin yang kronik. Pelajar berkenaan telah pun dipanggil untuk sesi kaunseli ng bagi mengetahui masalah sebenar mereka ponteng. Respon yang diperolehi lebih menjuruskan perasaan meraka yang bosan dengan pengajaran guru, tidak berminat da n lemah dalam menguasai mata pelajaran yang diajar. Akibatnya pelajar ini terus ketinggalan dan mengambil jalan mudah dengan ponteng sekolah. Apabila tidak hadi r ke sekolah pelajar mula terjebak dengan gejala yang kurang sihat seperti rokok dan dadah. Pergaulan bebas mereka ini telah membawa kepada kes yang lebih rumit lagi seperti pergaduhan, mencuri dan lari dari rumah. Kaunselor dan pihak sekol ah telah melaksanakan pelbagai aktiviti bagi menarik pelajar-pelajar ini datang ke sekolah. Antaranya mengadakan program perkhemahan untuk pelajar bermasalah, m engadakan sesi temubual dengan pelajar bagi menyelami masalah yang mereka alami, memperbanyakkan aktiviti diluar bilik darjah, mengadakan kem motivasi serta mem beri ganjaran kepada pelajar yang rajin datang ke sekolah. Guru-guru juga sering memantau dan



mengikuti perkembangan pelajar-pelajar bermasalah ini agar pergerakan mereka tid ak menyimpang dari tugas sebagai seorang pelajar dan seoarang islam. Sekurang-ku rangnya pelajar ini dapat merasakan yang masih ada orang yang sayang dan memberi perhatian terhadap mereka. Dari sesi temubual juga pelajar telah menyatakan beb erapa perkara yang menarik minat mereka untuk datang ke sekolah. Antaranya adala h aktiviti di luar sekolah seperti perkhemahan dan lawatan. Pembelajaran tidak s uka permbelajaran yang sekadar menyalin nota di papan hitam. Pelajar-pelajar ini gemar kepada guru yang tegas tetapi mesra. Boleh menyampaikan ilmu dengan maksi mum dan ada kalanya boleh bergurau senda. Mereka tidak gemar kepada guru yang me nggunakan kekerasan untuk mengajar apatah lagi merotan kerana mereka sudah dewas a. Mata pelajaran yang membosankan perlu diajar dengan cara yang pelbagai. KESIM PULAN Masalah ponteng sekolah hari ini telah menjadi satu isu global yang dibinc angkan dalam parlimen. Namun tindakan merotan dan gantung sekolah tidak mampu me nangani masalah pelajar ponteng terutama bagi sekolahsekolah di luar bandar. Per masalahan yang timbul ini memperlihatkan peningkatan hari demi hari. Apa yang le bih membimbangkan adalah kesannya terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat. Anta ra alasan yang diberikan oleh pelajar yang ponteng adalah takut didenda kerana t idak menyiapkan tugasan yang diberikan guru, tidak cukup tidur kerana pada waktu malam mereka keluar melepak dengan kawan-kawan atau menonton televisyen, tidak faham dengan pengajaran guru serta tidak minat belajar. Tindakan ibu bapa yang t idak tegas juga menyumbang kepada masalah ini. Yang lebih membimbangkan ada ibu bapa yang menyatakan dia sudah tidak dapat menasihatkan anaknya untuk ke sekolah kerana anaknya memang tidak minat belajar. Kaunselor dan pihak sekolah telah me laksanakan pelbagai aktiviti bagi menarik pelajar-pelajar ini



datang ke sekolah. Namun semuanya tidak dapat mencapai matlamat sekiranya tidak mendapat sokongan dari ibu bapa serta kemahuan pelajar itu sendiri. Beberapa per kara yang dapat menarik minat mereka untuk datang ke sekolah adalah seperti akti viti di luar sekolah seperti perkhemahan dan lawatan,kegiatan kokurikulum dan gu ru yang berkesan. CADANGAN i) ii) iii) iv) v) vi) Pelajar perlu lebih didedahkan dengan dunia luar bagi memberi kesedaran tentang akibat ponteng sekolah Pelajar perlu ada sikap yang lebih positif untuk hadir ke sekolah dan tidak terlibat de ngan gejala yang tidak sihat Ibu bapa sepatutnya mendenda anak mereka yang tidak hadir ke sekolah dan tidak mengharapkan guru semata-mata. Ibu bapa perlu lebih bertanggungjawab dalam memastikan kehadiran anak mereka ke sekolah Guru perlu me ningkatkan gaya penyampaian pelajaran supaya pelajar akan lebih berminat untuk m engikuti pengajaran guru. Guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran dan melaku kan aktiviti luar kelas bagi menarik minat pelajar.



RUJUKAN Abdul Aziz ( 2007 ), Masalah ponteng pelajar tingkatan 4 sekolah-sekolah dalam daerah Muar, satu kajian kes, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Kamu s Dewan, edisi-4 (2005), Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur, Malaysia. Carol A.Bailey (2007), A Guide to Qualitative Field Research. United States of Americ a : Sage Publication India Pvt. Ltd Hashimah Mohd. Yunus (2004) Pengantar Penyel idikan dan Kajian Tindakan. Nota Kuliah PGT 303 : Tidak Diterbitkan. Jumaat Hasi m (2004). Pandangan Pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Luar Bandar Terhadap Pengajaran Guru Mata Pelajaran Sains Dan Matematik Di Dalam Bahasa Inggeris. Un iversiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda. Mohamad Najib Abdul Ghafar (19 99), Penyelidikan Pendidikan. Skudai, Johor : Penerbit Universiti Teknologi Mala ysia. Mohamed Sharif Mustafa. (2001) . The Analysis of Counselling in Context: A Qualitative Case Study Apporach to Practice In Malaysian Secondary Schools. Aus tralia: Queensland University of Technology. Tidak di Terbitkan. Mohd Majid Kont eng (2004) , Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa d an Pustaka. Othman Lebar (2006). Penyelidikan Kuantitatif Pengenalan Kepada Teor i dan Metod. Tanjung Malim : Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sharle ne Nagy Hesse-Biber, Patricia Leavy (2006), The Practice of Qualitative Research .



United States of America : Sage Publications.Inc. SOALAN BERSTUKTUR UNTUK TEMUBU AL. I) 1. 2. 3. 4. Soalan temubual dengan pelajar. Kenapa anda tidak hadir ke se kolah ? Apa yang sering anda lakukan semasa ponteng sekolah ? Apakah tindakan ib u bapa anda apabila mengetahui anda ponteng sekolah ? Apakah yang dapat menarik minat anda untuk hadir ke sekolah ? II) 1. 2. 3. 4. Soalan temubual dengan ibu bapa. Adakah anda mengetahui yang anak anda ponteng s ekolah ? Dari mana anda mengetahui anak anda ponteng sekolah ? Apakah tindakan a nda semasa mengetahui anak anda ponteng sekolah ? Apakah yang sering anak anda l akukan semasa ponteng sekolah ? III) 1. 2. 3. 4. Soalan temubual dengan kaunselor sekolah. Mengapa pelajar ponteng ? Apakah akiba t pelajar yang sering ponteng? Apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak sek olah dalam mengatasi masalah ini? Bagaimana kaunselor boleh membantu pelajar yan g ponteng?