PBL 1 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

TUGASAN PBL (PROJECT BASED LEARNING) BIOLOGI KSSM TINGKATAN 4 2020 Tema Bidang pembelajaran Standard Kandungan



1. Asas Biologi Bab 3 : Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma 3.4 Pergerakan bahan merentasi membran plasma dalam kehidupan harian.



Standard Pembelajaran



3.4.3 Menghuraikan dengan contoh aplikasi konsep pergerakan bahan merentasi membran plasma dalam kehidupan harian.



Tajuk projek



Penggunaan larutan hipertonik dalam pembuatan Jeruk Buah-buahan / Jeruk Sayur-sayuran,



Tempoh Pelaksanaan Tarikh hantar Nama guru kimia Kumpulan sasaran



pengawetan telut dan ikan masin. 28 Ogos – 1 September 2020 (5 hari) 2 September 2020 (Rabu) Semua murid kelas 4 I



Pengenalan: Sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan antara makanan yang memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Buah-buahan dan sayur-sayuran bertindak sebagai serat dan sumber vitamin terhadap tubuh badan kita. Namun, buah-buahan dan sayur-sayuran tidak dapat bertahan lama dan akan mudah rosak apabila mencapai tempoh masa tertentu. Salah satu kaedah yang boleh digunakan bagi memastikan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat disimpan dengan lebih lama adalah dengan cara menjeruk buah-buahan atau sayur-sayuran tersebut. Tahukah anda bahawa proses penjerukan atau pembuatan jeruk melibatkan larutan hipertonik dan proses osmosis? Objektif Projek:



1



Memahami dan menghargai kepentingan pergerakan bahan merentasi membran plasma dalam kehidupan seharian. Arahan untuk Melaksanakan Tugasan: 1. Semua murid tingkatan 4 I yang mengambil mata pelajaran Biologi dikehendaki untuk membuat satu tugasan PBL iaitu menyediakan jeruk buahbuahan dan menyediakan laporan dalam bentuk folio. 2. Projek ini dijalankan secara individu atau berpasangan (berdua). 3. Setiap murid bebas memilih buah-buahan yang ingin digunakan serta bahanbahan untuk membuat jeruk, namun bahan utama pembuatan jeruk mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 3 bahan asas iaitu garam dan gula. Jenis bahan lain yang ditambah adalah bebas. 4. Tempoh melaksanakan tugasan selama 5 hari, iaitu bermula pada 28 Ogos – 1 September 2020. Hasil projek dan folio INDIVIDU perlu dihantar pada 2 September 2020 (Rabu) . 5. Tugasan yang lengkap adalah termasuk folio INDIVIDU dan hasil projek, iaitu jeruk yang dibuat di rumah. 6. Folio projek yang dihasilkan mesti bertulis tangan dengan kemas menggunakan kertas bersaiz A4 dan dihantar bersama-sama fail . 7. Jumlah muka surat folio yang dicadangkan adalah 12 muka surat sahaja (tidak termasuk muka hadapan).



Kandungan Folio:



2



Folio projek yang dihasilkan perlulah mengandungi perkara-perkara berikut: 1) Muka hadapan folio mengandungi: (a) Logo dan nama Sekolah (b) Tajuk Projek (c) Nama murid (d) Kelas: 4 Bestari (e) Subjek : Biologi KSSM (f) Nama Guru Biologi : …………………………………………………. 2) Isi kandungan 3) Penghargaan ringkas kepada guru Biologi, ibu bapa dan kawan-kawan 4) Pengenalan dan objektif projek 5) Prosedur penghasilan jeruk (berserta gambar foto) serta langkah berjaga-jaga. 6) Senarai bahan dan alat radas yang digunakan 7) Perbincangan (menjawab soalan perbincangan yang diberikan oleh guru). 8) Anggaran belanjawan / kos . 9) Sumber Rujukan (cth : Buku teks, buku rujukan, internet (nyatakan link)



Soalan Perbincangan (20 markah) :



3



1. Nyatakan proses yang berlaku untuk penjerukan buah/makanan. (1 markah) 2. Terangkan proses tersebut di soalan 1. (2 markah) 3. Apakah fungsi garam dan gula dalam penghasilan jeruk? (2 markah) 4. Selain daripada garam dan gula, namakan satu bahan lain yang digunakan untuk proses penjerukan serta terangkan mengapa bahan tersebut digunakan. (3 markah) 5. Jeruk nanas disediakan dengan merendam kepingan nanas dalam larutan gula pekat. Nyatakan dua kebaikan dan dua keburukan kaedah ini berbanding dengan menyimpan nanas segar. (4 markah) 6. Seorang suri rumah menggunakan baja natrium nitrat dan fosfat secara berlebihan untuk ditaburkan pada pokok cili selepas 3 hari, dia mendapati pokok cilinya telah layu dan mati. i) Terangkan apa yang berlaku kepada pokok itu selepas di tabur baja tersebut? (4 markah) ii) Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh suri rumah itu sebelum menabur baja ke tanah untuk mencegah pokok daripada menjadi layu. (4 markah)



SEKIAN, TERIMA KASIH



LOGO SEKOLAH NAMA SEKOLAH



4



PROJECT-BASED LEARNING BIOLOGI TINGKATAN 4 / 2020 TAJUK PROJEK : Kriteria



Reka Bentuk 20%



Proses 20%



Applikasi 20%



Pengetahuan 20%



Nama Nombor K/P Kelas



: ………………………………… : ………………………………… : ………………



Aspek Kertas kerja mestilah mengandungi :  Muka hadapan  Tajuk projek  Tarikh dan masa  Kandungan  Penghargaan  Pengenalan dan Objektif  Prosedur / langkah eksperimen (dengan gambar)  Kesimpulan  Sumber Rujukan Proses untuk menghasilkan produk merangkumi:  Senarai bahan & radas :  Langkah berjaga-jaga  Anggaran belanjawan  Gambar /keputusan eksperimen/jadual Kemahiran :  Penyelesaian masalah  Mengeksperimen  Mengukur  Berkomunikasi  Berfikir secara kritis dan kreatif Penjelasan konsep sains dalam Biologi dengan menjawab soalan dalam aspek berikut :  KBAR (S 1-4)  KBAT (S 5-7)



Markah 2 2 2 2 2 2 4 2 2



5 5 5 5 4 4 4 4 4



8 12



• Eviden (folio, hasil) Persembahan 20%



• Kretiviti (hasil persembahan / folio/ kemahiran berkominukasi/ penerangan) • Kolaboratif (antara ahli kumpulan)



Markah penuh



100%



Di semak oleh: …………………………….. ( NAMA GURU ) GURU BIOLOGI



5



10 5 5