Penilaian Refleksi RPH [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

CONTOH PENILAIAN REFLEKSI RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Nama Penerangan Aktiviti Aktiviti Langkah Sewaktu membuat 2 persediaan bahan, saya telah menyusun semua bahan demonstrasi saya dan murid di atas meja guru. Ini menjadikan meja guru mejadi sesak. Malangnya sewaktu membuat demonstrasi, saya terlanggar meja tersebut dan satu daripada bekas akuarium terjatuh ke lantai lalu retak.



Perasaan Semasa Menjalankan Aktiviti. Saya telah membuat persediaan bahan untuk demonstrasi dan yakin boleh membuatnya kerana baru melakukan amali yang sama pada kelas lain semalam. Sewaktu melanggar meja tersebut, saya dah nampak bekas tersebut bergoyang tetapi tak sempat capai dan berdoa supaya ia tidak jatuh. Bila bekas tersebut jatuh, bermakna satu kumpulan tidak dapat membuat amali persediaan bekas akuarium seperti yang ditunjukkan. Oleh kerana kekurangan satu bekas akuarium, saya terpaksa pecahkan 8 kumpulan kepada 7 kumpulan.



Kegunaan Aktiviti Demonstrasi ini bertujuan untuk membimbing pelajar melakukan amali penyediaan bekas akuarium. Walaupun begitu demonstrasi ini sebagai panduan sahaja dan pelajar boleh melakukan perubahan mengikut kreativiti masing -masing.



Tindakan Pada masa akan datang, saya akan mengasingkan bahan-bahan untuk demonstrasi guru dan murid untuk mengelakkan kesesakan meja.