Refleksi Simulasi Terapi Bermain [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

REFLEKSI SIMULASI TERAPI BERMAIN Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T di atas limpah kurnia dan rahmat-Nya yang tidak terhingga akhirnya saya berjaya menyiapkan laporan simulasi bagi terapi bermain. Kami telah menjalankan aktiviti terapi bermain di Bilik Tutorial, IPG Kampus Pendidikan Teknik Bandar Enstek. Aktiviti yang dijalankan lebih menjurus kepada bermain kerana terapi yang hendak dijalankan adalah terapi bermain. Untuk sesi rapport, aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti permainan ‘Musical Chair’. Lagu-lagu yang dipilih adalah lagu kanak-kanak. Pergerakan adalah digalakkan dalam aktiviti permainan tersebut. Ini adalah disebabkan klien boleh menggerakkan motor halus dan motor kasar mereka sambil mereka bermain. Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti



yang



memberikan



kegembiraan



dan



kepuasan



kepada



kanak-kanak



tanpa



menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing.Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar. Terapi main membantu klien mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan. Selain itu, kami juga telah menyediakan pelbagai jenis alat permainan untuk terapi. Kami dikehendaki untuk mereka satu aktiviti yang boleh dijalankan dengan menggunakan alat permainan tersebut. Melalui aktiviti ini, ianya memberi peluang kepada kami guru pelatih untuk menyelami diri klien ketika bermain dan terlibat sama dalam aktiviti tersebut. Permainan yang direka adalah mengikut kekreatifan kumpulan masing-masing. Di samping dapat menyelami diri klien, guru pelatih juga dapat bertukar-tukar pendapat dan idea tentang aktiviti permainan yang hendak dijalankan. Aktiviti yang dijalankan dapat membuka minda guru pelatih untuk memikirkan sesuatu yang kreatif dan menarik yang boleh dijalankan kepada klien-klien sebagai satu terapi main. Aktiviti dalam kumpulan yang dijalankan ini memberi peluang kepada guru pelatih untuk bertukar-tukar pendapat atau mengeluarkan idea-idea yang bernas dan kreatif berkaitan aktiviti yang hendak dirancangkan.



Terapi bermain berpeluang untuk mendiagnosis seseorang terapi ini dapat diperhatikan melalui aktiviti bermain dengan menggunakan alat permainan. Alat permainan digunakan untuk mengenalpasti gangguan tingkah yang dialami oleh klien khususnya kanak-kanak. Melalui terapi bermain, kaunselor akan mengenalpasti apa sebenarnya yang dirasai oleh kanak-kanak, ia lebih berkesan dibandingkan dengan meminta kanak-kanak meluahkan dalam bentuk katakata. Secara kesimpulannya, aktiviti terapi bermain adalah terapi yang sangat digemari dan menyeronokkan bagi klien-klien mahupun sesiapa sahaja yang terlibat sama. Terpulang kepada diri individu itu sendiri untuk menjadikan sesuatu aktiviti main menjadi lebih seronok. Sebagai seorang guru, kekreatifan dalam mereka aktiviti main adalah satu kelebihan kerana dengan itu ia dapat menarik minat klien untuk mengikuti aktiviti yang kita laksanakan.