Teori Huraian Bahasa [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

3.0 TEORI HURAIAN BAHASA



Teori huraian bahasa merupakan asas penting bagi mengenalpasti bahan pengajaran dan prosedur-prosedur mengajar. Teori huraian bahasa terbahagi kepada empat aliran pemikiran teori huraian bahasa iaitu Teori Tradisonal, Teori Struktural, Teori Transformasi Generatif dan Teori Fungsional.



Teori Tradisional oleh Panini (tokoh fonetik India) menganggap bahawa bahasa ialah ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara.



Selain itu, ciri nahu teori ini



mementingkan bahasa tulisan. Dalam hubungan ini, semua bahasa mempunyai peraturan yang sama dengan bahasa Yunani. Lalu bahasa Yunani tapak kepada tatabahasa Inggeris yang amat mengutamakan makna bagi sesuatu unit nahu itu. Di samping itu semua penutur diwajibkan mematuhi peraturan dan kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan.



Konsep teori ini diikuti oleh huraian.



pengajarannya lebih banyak tertumpu pada pengajaran nahu



terjemahan.



Penghasilan tatabahasa tradisional pula bersifat anggapan yang merupakan kajian yang berdasarkan kepercayaan atau tanggapan.



Konsep tatabahasa tradisional



Tidak mementingkan pemilihan dan pemeringkatan bahan-bahan



Bersifat nasional, dan bukannya bersifat formal atau struktural.



Bahasa merupakan satu organisma yang bersifat hidup dan berubah



Tidak mempunyai pola-pola contoh untuk tujuan membuat berbagaibagai struktur



Bahasa adalah bersifat konvesional



Sebagai tambahan, buku-buku yang dikeluarkan untuk mengajar bahasa Melayu yang dihasilkan oleh orang barat bahkan Za’ba sendiri terang-terang didasarkan tatabahasa bahasa Inggeris yang pada mulanya disadur dengan bahasa Latin. Cara penghuraian kata dalam bahasa Melayu juga adalah sama dengan cara yang digunakan untuk bahasa Latin. Inilah salah satu ciri tatabahasa tradisional dalam bahasa Melayu sehingga kini.



Ciri-ciri tatabahasa struktural



Mengkaji semua ujaran dengan tujuan untuk menghuraikan ciri-ciri yang berbeza.



Menekankan penganalisaan tatabahasa mengenai morfologi dan sintaksis yang berlandaskan struktur yang berlandaskan kepada konstituen yang terdekat



Tatabahasa struktur menyatakan data-data bahasa yang dapat diperhatikan.



Kategori-kategori tatabahasa tidak dapat didefinisikn mengikut makna.



Faktor-faktor yang berkaitan dengan psikologi, logik dan metafizik.



Teori Struktural yang dipelopori oleh Bloomfield, Edward Sapir, De Saussure dan Otto Jespherson menyetujui bahawa bahasa adalah sistematis, mempunyai tatabahasa sendiri, hidup, dan berubah.



Mereka juga berpendapat bahawa



perkaitan antara fonem sebagai unit bahasa yang terkecil dan unit tatabahasa dan ayat dapat dianalisis secara konstituen terdekat. Dalam kajian tentang nahu pula, mereka berpendapat bahawa bahasa sebagai satu sistem yang mempunyai ciri peraturan, satu sistem, arbitrari dan untuk perhubungan. kajian terhadap fonologi. morfologi, dan sintaksis.



Mereka menumpukan



Golongan struktural juga



berpendapat bahawa huraian bahasa dilakukan secara induktif.



Golongan ini



berpendapat huraian bahasa tidak mementingkan makna dan analisis dibuat secara luaran.



Mereka bersetuju bahawa penguasaan bukanlah semata-mata merupakan ilmu pengetahuan tetapi dikuasai melalui latihan dan mesti dipelajari lebih daripada biasa di mana cara-cara lain tidak bersesuaian. Beliau menambah bahawa analogi digunakan melalui latih tubi pola untuk menghasilkan penguasaan struktur bahasa tanpa menghabiskan masa dan tenaga untuk menerapkan konsep-konsep tatabahasa. Aliran ini berpendapat bahawa pembelajaran adalah satu proses mekanikal untuk membuat tabiat dan ini dilakukan melalui latihan dan pengulangan yang banyak.



Manakala Teori Transformasi Generatif



yang dipelopori oleh Noam



Chomsky bersetuju bahawa manusia dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa.



Penutur natif berkebolehan membentuk



pertuturan yang baru.



dan memahami



Daripada kebolehan ini, akan terbentuklah rumus-rumus



bahasa secara transformasi yang lengkap berdasarkan penutur natif. Chomsky dalam kajiannya mendapati bahawa penguasaan bahasa adalah berdasarakn bahasa pertama terlebih dahulu. Binaan ayat bisaanya mempunyai hubungan erat (antara elemen) dan menggunakan simbol atau rumus untuk menganalisis nahu. Sesuatu binaan ayat dapat dihuraikan dengan memahami struktur luaran dan struktur dalaman.



Generative bermaksud menerbitkan. Ini bermula daripada unsur-unsur yang terhad dan akan berambah iaitu daripadanya dapat diterbitkan unsur-unsur yang lebih besar melalui beberapa proses menurut rumus-rumus tertentu. Rumus-rumus itu hendaklah member pemerian yang tepat terhadap segala ayat dalam sesuatu bahasa itu. Transformasi dalam erti kata yang mudah bermaksud mengubah. Mengubah ini pula beerti menukar atau menuliskan semula bentuk struktur ayat asas kepada bentuk struktur yang lain tanpa menghilangkan makna asalnya. Dalam bahasa Melayu misalnya struktur asas adalah terhad bilangannya. Kemudian transformasi dilakukan kepada struktur-struktur asas tadi untuk menambah bilangan struktur itu sehingga tidak terhad banyaknya. Tatabahasa ini mengemukakan beberapa ciri penting :-



1. Ianya adalah satu urutan yang teratur daripada rumus-rumus 2. Ia bertujuan untuk menghasilkan satu huraian bahasa yang dapat mengemukakan asas bagi menerangkan tentang bagaimana ayat-ayat boleh dihasilkan dan difahami. 3. Tatabahasa ini menganalisa fonologi, morfologi dan sintaksis. Ianya menggunakan simbol-simbol dan rumus-rumus.



Halliday dan Wilkins merupakan tokoh awal bagi teori Fungsional yang berkembang sekitar tahun 1960-an dan 1970-an. Ahli-ahli bahasa Fungsional ini bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi struktur, malahan mereka juga memberi tumpuan kepada kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika seseorang berkomunikasi. Ahli-ahli bahasa Fungsional ini juga mempunyai pendapat tertentu berkaitan bahasa, antaranya ialah sistem bahasa yang digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi bukan merupakan satu sistem yang tertutup dan statik sebaliknya terbuka dan dinamik. Kedua, asas elemn-elemen dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukannya hubungan sintaksis. Ketiga, oleh sebab bahasa tidak statik, maka terdapat variasi dalam penggunaan bahasa. Variasi bahasa ini timbul disebabkan tuntutan sesuatu situasi sosial. Dan keempat, sebagai alat perhubungan, fungsi bahasa bukan setakat untuk menggambarkan fikiran tetapi juga dapat menggambarkan penuturnya.



Secara umumnya, teori huraian bahasa menjelaskan bahawa unsur-unsur bahasa yang diajarkan boleh dihurai. Selain itu, bahan dan prosedur pengajaran melalui keempat-empat teori huraian bahasa di atas amatlah penting bagi kegunaan untuk menyampaikan isi pengajaran.



3.2 : IMPLIKASI TEORI HURAIAN BAHASA TERHADAP P dan P



Teori Tradisional Kaedah Pengajaran : Nahu, Nahu terjemahan



Teori Tradisional mengutamakan bahasa tulisan. Kemahiran menulis lebih penting daripada kemahiran lisan iainya termasuklah latihan terjemahan daripada bahasa asaran kepada bahasa ibunda ataupun dikenali sebagai bahasa pertama. Ini kerana bahasa bersifat sejagat. Pengajaran tatabahasa ini ianya secara deduktif. Penghafalan hukum tatabahasa yang diajarkan secara deduktif dan diaplikasikan ke dalam penulisan. Terdapat juga kekecualian daripada hukum-hukum biasa kerana setiap hukum tidak dapat elak daripada kekecualian. Kesilapan ini menjadikan masalah kepada murid dan ianya perlu diberikan perhatian.



Teori Struktural Kaedah Pengajaran : Kaedah Terus, Kaedah Dengan Tutur/Audiolingual, Kaedah Fonetik



Bahan pembelajaran bahasa berfokuskan dalam bentuk lisan iaitu mendengar dan bertutur terlebih dahulu kerana ianya lebih berkesan, kemudiannya secara bertulis. Menghafaz struktur ayat yang akan digunakan dalam perhubungan. Latih tubi sangat berkesan kerana membantu murid-murid membina rumus dalam minda. Semuanya secara induktif dalam mempelajari tatabahasa. Penyampaian makna tidak penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa



sasaran



dan



budaya



perlu



diajarkan



bersama



menghasilkan ujaran penutur jati.



Teori Transformasi Generatif Kaedah Pengajaran : Kaedah kod Kognitif dan Kaedah Kognitif



supaya



boleh



Pertamanya dengan menguasai secara sedar pola-pola fonologi, sintaksis dan leksikal satu-satu bahasa. Kecekapannya bergantung kepada pengetahuan rumus (Grammatical knowledge). Ianya boleh diserap dan dipelajari secara tidak langsung



melalui



pengalaman



menggunakan



bahasa.pengajaran



rumus



tatabahasa secara deduktif, sedar dalam konteks penggunaan. Selain itu, kita juga boleh menganggap kesilapan bahasa sebagai mencuba hipotesis sebelum murid mencapai tahap kecekapan mereka. Ianya menekankan pemahaman kepada struktur bahasa asing untuk mem[elajari bahasa tersebut. Kemahiran menulis adalah kecekapan yang sangat penting bagi membina kecekapan berbahasa (competence) dan bukan hanya kebiasaaan atau perlakuan bahasa. Ini bagi menggalakkan murid untuk menghasilkan ayat-ayat kreatif tanpa batas berdasarkan pengetahuan rumus.



Teori Fungsional Kaedah Pengajaran : Kaedah Komunikatif



Murid harus diajarkan menguasai sistem bahasa dan menggunakannya dalam situasi komunikasi secara spontan dan fleksibel. Sistem tatabahasa yang dipelajari mestilah difahami sebagai sebahagian daripada sistem yang bersifat komunikatif. Murid juga perlu diajarkan pelbagai strategi berbahasa bagi menyampaikan makna. Murid juga perlu diajarkan makna sosial sesuatu bentuk bahasa bukan sekadar makna permukaannya. Kesilapan tatabahasa diizinkan pada peringkat awal pembelajaran untuk membina keyakinan berkomunikasi. Oelh itu, guru haruslah peka tentang kesilapan bahasa murid dan membetulkan kesilapan



dengan



cara



yang



sesuai.



Kriteria



terakhir



ialah



kejayaan



berkomunikasi dalam situasi berteraskan ketepatan tatabahasa.



1.0 TEORI PEMEROLEHAN BAHASA



Pemerolehan bahasa sering dikaitkan dengan cara-cara bahasa dikuasai oleh seseorang kanak-kanak. Asas kenyataan ini adalah berteraskan hipotesis yang



ditemukan oleh ahli psikologi dan ahli bahasa yang tersohor pada abad yang lalu. Sama ada bahasa pertama atau pun bahasa kedua, pemerolehan bahasa terjadi setelah melalui beberapa proses yang sistematik. Proses ini dapat kita fahami melalui empat teori pemerolehan bahasa iaitu Teori Behaviurisme, Teori Mentalis, Teori konstruktivisme, dan Teori Interaksionalisme.



Teori Behaviorisme dipelopori oleh Bloomfeild, Edward Sapir, Fries, Boas dan Brooks. Ahli Psikologinya ialah Skinner, Pavlov, Hull dan Thorndike. Golongan ini berpendapat bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa haruslah menekankan latihan dan pengulangan yang banyak.



Dengan kata lain,



proses penguasaan bahasa melalui latihan



memerlukan mekanisme yang bersistem.



Teori ini mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran



dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan



mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. Teori ini berasaskan teori pelaziman klasik, iaitu kanak-kanak mempelajari bahasa menerusi hukuman dan ganjaran. Contohnya, cikgu Zainal menyebut nama serta memberi pujian kepada murid yang memberi jawapan yang betul.



Sesuatu ujaran terbentuk kerana adanya rangsangan dan gerak balas dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa, misalnya penggunaan kata bagus, anggukan dan sebagainya.



Proses ulangan pula memainkan peranan yang penting dalam



pengajaran bahasa.



Guru tidak perlu mengambil tahu pengetahuan sedia ada murid dan perubahan yang berlaku dalam minda semasa pengajaran



Menekankan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan.



BEHAVIORISME



Pengajaran dirancang berdasarkan objektif perlakuan yang boleh diukur atau diperhatikan



Manakala Teori Mentalis pula dipelopori oleh Chomsky.



Teori ini



mengutamakan proses berfikir berbanding dengan pelakuan kanak-kanak. kanakkanak dikatakan berupaya membuat rumusan, sebab itulah cikgu Zainal mengajar murid-muridnya tentang peraturan pembinaan ayat. Perkembangan bahasa kanakkanak pula



mengikut tahap umur mereka.



Mereka menguasai kebolehan



memahami terlebih dahulu sebelum kebolehan bertutur. Murid cikgu Zainal dapat membina ayat selepas merumuskan apa yang disampaikan oleh cikgu Zainal. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, tulisan dan bacaan diutamakan. Namun demikian, kemahiran menulis lebih penting daripada kemahiran lisan.



Pembelajaran bahasa kanak-kanak pula diukur melalui kecekapan dan



pencapaian mereka. Penyampaian makna juga lebih diutamakan daripada struktur bahasa. Selain itu, tatabahasa diajarkan secara formal melalui kaedah deduktif. Teori mentalis menganggap pengetahuan seseorang pelajar tentang strukturstruktur bahasa yang hendak dipelajari itu penting kerana dipercayai pengetahuan ini memudahkan pembelajaran seseorang itu. Teori ini memainkan beberapa ciri penting :a) Manusia sejak lahir sudah mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa. Perkara ini adalah semulajadi. b) Ada dua bahagian penting di dalam proses penguasaan bahasa. Pertama disebut kemampuan atau kecekapan dan yang kedua disebut prestasi.



c) Bahasa mempunyai pertalian yang erat dengan pemikiran. Penguasaan bahasa ada kaitannya dengan keupayaan mental. d) Bahasa mempunyai ciri kesejagatan. e) Bahasa mempunyai ciri-ciri kreativiti. f) Dalam pengajaran dan pembelajaran aspek pemikiran, pengetahuan dan makna ditekankan dan bukannya latihan-latihan yang membentuk kebiasaan. g) Bahasa dihuraikan melalui transformasi generatif. h) Kesalahan pelajar bukanlahmerupakan kegagalan mereka tetapi merupakan percubaan hipotesis.



Teori konstruktivisme. Teori ini pula mementingkan pembelajaran yang diperoleh murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah sama ada dengan rakan mahu pun dengan guru. Teori Konstruktivisme ini dipelopor ialah McBrien & Brandt (1997), Briner M (1999), Brooks & Brooks (1993), Sushkin N. (1999) dan Nik Aziz Nik Pa (1999). Ahli-ahli bahasa yang menganut fahaman ini bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi strukturnya malah mereka juga memberi perhatian yang serius terhadap fungsi bahasa itu. Hal ini bermakna mereka menegaskan bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi . Antara prinsip pengajaran bahasa daripada pandangan dan pendapat ahli-ahli Fungsionalis ialah sistem bahasa dan fungsi bahasa adalah dua perkara yang diketengahkan. Selain itu, variasi-variasi bahasa juga dapat mempertingkatkan tahap kemahiran berbahasa pelajar-pelajar selain, bahasa, adalah alat untuk berhubung antara satu sama lain. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, murid-murid harus dapat menentukan fungsi-fungsi komunikatif pada bentuk-bentuk bahasa yang mereka kuasai. Oleh itu, Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baharu. Teori yang terakhir adalah Teori interaksionalis pula mementingkan aktiviti komunikasi.



Seseorang menghasilkan bahasa apabila dia memerlukannya.



Sebagai contoh seorang guru melakukan aktiviti lakonan agar muridnya berinteraksi



antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa.



Perkembangan bahasa



melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Melalui interaksi, terhasillah ayat penyata dan ayat perintah. Hasil interaksi yang dilakukan akan mempengaruhi kanak-kanak untuk mempelajari sistem bahasa. Menurut teori pembelajaran interaksionalis kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka boleh mempelajari cara-cara menggambarkan makna-makna kognitif dalam bentuk linguistik dengan tepat dan jelas. Teori ini menekankan betapa pentingnya proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam sesuatu pembelajaran bahasa itu. Seseorang pelajar harus boleh menggunakan strruktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna. Kebolehan ini adalah penting bagi membolehkan mereka itu berkomunikasi dalam bahasa masyarakat itu dengan baik dan berkesan. Dalam pembelajaran bahasa, teori ini menyarankan supaya guru-guru memberi banyak latihan kepada pelajar-pelajar. Walaupun pada dasarnya teori ini menganggap penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur



bahasa



namun kedua-dua makna dan struktur harus berjalan serentak. Langkah ini dapat menolong murid-murid menggunakan sistem bahasa yang dipelajarinya dengan betul. Selain itu, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan menarik adalah juga penting difikirkan. Menurut teori ini, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan membolehkan murid-murid bukan sahaja



berusaha menguasai dan



memperbaiki penggunaan sistem bahasa itu tetapi juga berkemampuan untuk menggunakannya dengan fasih dan lancar. 5.0 APLIKASI PKT BERDASARKAN TEORI HURAIAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA DALAM RPH



5.1PENGENALAN Pendekatan, Kaedah, dan Teknik (PKT) merupakan trio yang saling berkait antara satu sama lain. Trio ini wajib dikuasai oleh semua guru untuk memastikan kelancaran proses P dan P di dalam kelas kelak.



PKT akan mempengaruhi RPH pada suatu masa. Oleh itu, sebagai guru, pemilihan PKT yang sesuai amat penting bagi memastikan objektif pengajaran tercapai seterusnya kemahiran yang hendak diajarkan mampu dikuasai oleh murid. Terdapat 3 pendekatan utama yang sering digunakan oleh para guru di sekolah iaitu pendekatan berpusatkan murid, pendekatan berpusatkan guru, dan pendekatan berpusatkan bahan. Setiap pendekatan mempunyai kelemahan dan kelebihan masing- masing yang harus difahami dan dikuasai oleh seorang guru.



5.2 PEMILIHAN PKT DALAM RPH



Untuk menjadikan PKT lebih jelas, kami telah ditugaskan untuk merangka RPH berdasarkan PKT yang kami pilih sendiri untuk kami jalankan di kelas kelak. Setelah membuat beberapa siri perbincangan antara kami, dan bersama Puan Zainiyah, kami telah memilih PKT yang berikut.



5.2.1)



Pendekatan



Kami telah memilih pendekatan Komunikatif. Pendekatan komunikatif merupakan salah satu pendekatan yang berpusatkan murid. Kami telah memilih pendekatan komunikatif ini kerana pendekatan ini sangat sesuai untuk diajarkan bagi memastikan pelajar memahami pembelajaran pada hari itu mengikut aras yang kami telah tetapkan iaitu hasil pembelajaran 1.4 aras 3 (i)



Pendekatan komunikatif memastikan murid mengambil bahagian secara aktif di dalam kelas supaya mereka memahami isi pengajaran kami pada hari berkenaan. Dalam rancangan kami, murid kami di sekolah tidak diajarkan struktur ayat secara formal oleh guru, akan tetapi murid akan menggunakan ayat yang sudah biasa digunakan di rumah masing- masing agar mereka dapat berkomunikasi secara telus dan guru dapat membetulkan kesalahan mereka.



Seterusnya, murid akan berlakon berdasarkan kad imbasan yang dibekalkan oleh kami. Di dalam kad imbasan itu kami akan memberi beberapa situasi yang biasa dialami oleh murid seterusnya memberi reaksi secara spontan dengan erti



kata lain berlakon sesama sendiri bagi memastikan situasi yang digambarkan didalam kad imbasan jelas dan difahami.



5.2.2) Kaedah Kami juga telah memilih untuk menggunakan kaedah komunikatif. Kaedah komunikatif pula merupakan kaedah yang digunakan bagi memastikan berlakunya komunikasi antara pelajar. Kaedah ini juga berasaskan teori interaksi.



Penganjur kaedah ini berpegang kepada beberapa prinsip penajaran bahasa pertama, pengajaran bahasa mestilah berpandukan proses perolehan bahasa kanak-kanak. Oleh sebab proses pemerolehan bahasa kanak –kanak melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa,maka pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa (tatabahasa) serta kecekapan komunikatif ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaan



Kami lihat, kaedah ini sangat sesuai dengan aras pengajaran kami iaitu, murid dikehendaki untuk merayu dengan menggunakan strategi yang berkesan. Oleh itu, murid tidak boleh tidak, harus berkomunikasi sesama mereka bagi menampakkan proses merayu dengan strategi yang berkesan itu.



5.2.3) Teknik Dari segi teknik, kami telah memilih teknik simulasi. Melalui teknik ini murid – murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting dan pelbagai lagi



Semasa di dalam proses ini murid-murid digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini juga pelbagai



kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca dan menulis



Kami telah menyediakan beberapa situasi yang bersesuaian dengan aras pembelajaran kami dan beberapa wakta untuk menampakkan situasi itu lebih autentik. Oleh itu, murid dikehendaki untuk melakonkan semula bersesuaian dengan watak dengan situasi di dalam tugasan yang diberikan.