Tuliskan Sebuah Cerita Berdasarkan Peribahasa Yang Bertajuk [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa yang bertajuk “ Bagai Aur Dengan Tebing”. Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Bagai Aur Dengan Tebing Pada suatu hari, kawasan hutan di belakang rumah Pak Karim di kampong saya telah terbakar. Api merebak dengan cepat kerana angin kencang. Ketika itu sebahagian penduduk kampung itu sedang bekerja. Seorang penduduk ternampak kebakaran yang mula marak ke kawasan lain itu. Dia menjerit meminta tolong. Penduduk kampung yang tidak bekerja berkejar ke tempat kebakaran itu. Penduduk kampung berusaha sedaya upaya untuk memadam kebakaran itu. Mereka mengangkut air dari sungai berdekatan untuk memadam kebakaran itu.Ketika itu, Pak Karim baru pulang dari pekan. Dia sangat terkejut apabila melihat api sedang marak di kawasan belakang rumahnya. Berkat kerjasama penduduk Kampung Saga, kebakaran itu berjaya dipadamkan. Pak Karim berasa sungguh gembira kerana rumahnya terselamat daripada dijilat api. “Saya ucapkan terima kasih kepada saudara-saudari sekalian kerana memadamkan kebakaran ini. Jika tidak tentu rumah saya hangus dijilat api,” katanya. “Begitulah caranya kita hidup bermasyarakat. Mesti tolong menolong antara satu sama lain seperti kata peribahasa MelayuBagai Aur Dengan Tebing,” jawab salah seorang daripada penduduk kampung itu.