Instrumen Intervensi 2M [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

INSTRUMEN INTERVENSI 2M (II2M) MENENGAH RENDAH (TINGKATAN 1,2 DAN 3) 1.0 Pengenalan Instrumen Intervensi 2M (II2M) bertujuan untuk mengesan tahap penguasaan Bahasa Melayu murid-murid. Instrumen ini boleh dijadikan sebagai instrumen saringan yang piawai untuk menentukan sama ada seseorang murid sudah atau belum menguasai 2M. 2.0 Kandungan Instrumen yang digunakan terdiri daripada Bahan Penguji dan Murid, meliputi:



Bahan



2.1 II2M (BACAAN) : Ujian Bacaan Mekanis, mengandungi 9 item. 2.2 II2M (LISAN) : Ujian Pemahaman Lisan, mengandungi 5 item. 2.3 II2M (TULISAN) : Ujian Pemahaman Bertulis, mengandungi 3 item. 3.0 Rekod Penentu Pencapaian (RPP) RPP ialah borang yang mesti diisi oleh penguji untuk merekodkan wajaran bagi setiap murid. RPP ini dapat menunjukkan tahap penguasaan 2M murid-murid. SKOR 1. II2M (BACAAN) Murid yang menguasai 6 daripada 9 item dianggap sudah menguasai Ujian Bacaan Mekanis. 2. II2M (LISAN) Murid yang menguasai 3 daripada 5 item dianggap sudah menguasai Ujian Pemahaman Lisan. 3. II2M (TULISAN) Murid yang menguasai 2 daripada 3 item dianggap sudah menguasai Ujian Pemahaman Bertulis.



CONTOH SKOR INSTRUMEN II2M (BACAAN) II2M (LISAN) II2M (TULISAN) Jumlah Catatan:



JUMLAH SKOR 9 5 3 17



SKOR 6 3 2 11



SUDAH MENGUASAI √ √ √ √



BELUM MENGUASAI



Murid yang menguasai II2M (BACAAN), II2M (LISAN) dan II2M (TULISAN) dianggap sudah menguasai 2M.



PANDUAN UNTUK PENGUJI



II2M (BACAAN) : UJIAN MEKANIS 1. Keluarkan bahan penguji, bahan murid dan Rekod Penentu Pencapaian (RPP). 2. Uji murid secara individu. 3. Berikan teks Set 1, 2 atau 3 daripada bahan guru dan minta murid membaca dengan terang dan jelas. 4. Berikan masa hanya 4 minit sahaja. 5. Rekodkan pencapaian murid dalam RPP dengan menandakan (√ ) pada lajur yang berkenaan. 6. Murid yang gagal melepasi II2M (BACAAN) tidak perlu meneruskan ujian II2M (LISAN) dan II2M (TULISAN). Pemberian Skor 1. Sebutan jelas dan tepat 1.1 Murid yang menyebut perkataan dengan jelas dan tepat dianggap sudah menguasai. 1.2 Bagi murid yang gagap, pelat atau sengau yang tidak dapat menyebut perkataan dengan jelas dan tepat, masih boleh dianggap sudah menguasai. Catatkan butir-butir kelainan murid pada ruang catatan. 2. Lancar 2.1 Murid yang dapat membaca dengan lancar dianggap sudah menguasai. 2.2 Murid yang membaca tersekat-sekat atau teragak-agak dianggap belum menguasai. 3. Intonasi betul 3.1 Murid hendaklah akur dengan tanda baca. 4. Tidak mengeja 4.1 Murid yang membaca tanpa mengeja dianggap sudah menguasai. 5. Tidak mengulang perkataan dan ayat 5.1 Murid yang tidak mengulang perkataan dan ayat dianggap sudah menguasai. 6. Tidak menambah perkataan dan ayat 6.1 Murid yang tidak menambah sebarang perkataan dianggap sudah menguasai. 7. Tidak meninggalkan perkataan dan ayat



7.1 Murid yang tidak mengubah perkataan dan struktur ayat dianggap sudah menguasai. 8. Tidak mengubah perkataan dan struktur ayat 8.1 Murid yang tidak meninggalkan sebarang perkataan dan struktur ayat dianggap sudah menguasai. 9. Tidak lebih daripada 4 minit 9.1 Murid yang mengambil masa 4 minit atau kurang dianggap sudah menguasai. 9.2 Murid yang mengambil masa lebih daripada 4 minit dianggap belum menguasai.