Mengapakah Penyediaan RPH Penting Bagi Guru Matematik [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

i.



Mengapakah penyediaan RPH penting bagi guru Matematik?



Kepentingan persediaan mengajar tidak boleh dipertikaikan bagi setiap orang guru.Bagi guru matematik juga adalah tidak dikecualikan. Penyediaan rancangan mengajar harian adalah sesuatu langkah yang penting sekali bagi guru matematik untuk meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk ke bilik darjah untuk mengajar.Apabila mempunyai persediaan, guru matematik tidak akan berasa bimbang dan ketegangan untuk membawa murid ke aktiviti yang seterusnya.Dengan secara tidak langsung, guru akan dapat mengendalikan kelasnya dengan lancar. Selain itu,guru metematik juga dapat merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran: Objektif, pengetahuan sedia ada yang berkaitan, peralatan / bahan Bantu mengajar yang diperlukan, isi pelajaran, strategi dan kaedah penyampaian yang berkesan, aktiviti guru-murid, penilaian, penutup, tugasan pengukuhan, dan sebagainya.Contohnya, dalam pengajaran tentang topik “masa”,guru hendaklah menentukan objektif yang hendak dicapai pada hari tersebut.Kemudian,guru boleh menyediakan satu alat bantu mengajar iaitu jam ataupun mempersembahkan Power Point.Guru juga boleh menyediakan lembaran kerja kepada murid untuk mengukuhkan pembelajaran mereka. Penyediaan rancangan pengajaran dapatlah mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara / aspek yang perlu diajar (sebagaimana yang disarankan dalam Sukatan Pelajaran).Guru akan menyediakan isi plejaran yang selaras dengan sukatan pelajaran. Dalam masa yang sama, sukatan pelajaran dapat dihabiskan dalam masa yang ditentukan.Dengan ini,guru mempunyai masa yang berlebihan untuk mengulangkaji bersama murid supaya mereka dapat mempunyai persediaan yang mencukupi untuk menghadapi peperiksaan yang akan datang. Dengan kata lain ialah menghadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu yang diperuntukkan supaya segala objektif pengajaran dapat dicapai dengan berkesan.



Guru dapat membuat pertimbangan yang sesuai bagaimanakah cara menggunakan teknik terbaik untuk menyampaikan isi pelajaran serta menilai pembelajaran murid.Sekiranya, guru mengetahui kelasnya lebih berminat untuk belajar apabila guru menjalankan aktiviti berkumpulan,guru tersebut bolehlah menjalankan aktiviti berkumpulan.Dalam aktivti berkumpulan, murid akan berbincang bersama untuk menemui dan meneroka konsep matematik,manakala guru juga berperanan sebagai fasilitator. Dari segi ini, guru dapatlah membuat penilaian terhadap tahap pembelajaran murid dengan teliti. Kepentingan seterusnya untuk guru matematik ialah pengajaran matematik dapat diperkembangkan secara lancar dan tersusun, di mana setiap aspek yang diajar dapat dikaitkan antara satu dengan lain, secara jelas dengan menyediakan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang lebih menarik dengan cara mengaitkan tajuk dengan isu semasa atau fenomena harian yang biasa ditemui atau dilakukan murid semasa diluar bilik darjah. Contohnya, semasa mengajar tajuk nombor, guru boleh menyuruh murid mengira bilangan pokok dan bilangan batu-bata di taman matematik.Ini adalah untuk membolehkan murid memahami bahawa matematik adalah di sekeliling mereka.



ii.



Nyatakan apakah rasional pemilihan teknik untuk aktiviti yang dirancang dalam RPH.



Dibawah konteks pendidikan teknik mengajar boleh ditakrifkan sebagai kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Terdapat pelbagai jenis teknik ia adalah seperti teknik main peranan,teknik latih tubi,teknik inkuiri,teknik kuiz,teknik soal jawab,teknik simulasi,teknik perbincangan dan lain-lain lagi.Mempunyai beberapa rasional pemilihan teknik untuk aktiviti yang dirancang dalam RPH.



Pertama,teknik pengajaran yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan tahap pembelajaran murid.Contohnya,kepada murid tahap rendah,guru hendaklah



membuat penjelasan dulu sebelum menggunakan teknik latih tubi.Guru haruslah memberi arahan yang jelas tentang kehendak soalan supaya murid dapat memenuhi kehendak soalan.Tambahan lagi, soalan yang diberi hendaklah bersesuaian dengan tahap murid dan bilangannya juga jangan terlalu banyak.Ini adalah untuk mengelakkan murid berasa tertekan dan kehilangan keyakinan dalam menjawab soalan.



Kedua,guru perlu mengambil tahu tentang pengetahuan yang sedia ada pada murid-murid.Guru haruslah memastikan murid mempunyai pengetahuan sedia ada sebelum menjalankan teknik soal jawab dan perbincangan.Rasional ini dititikberatkan juga adalah untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif pembelajaran.



Rasional pemilihan ketiga ialah minat murid. Sebagai guru boleh memerhati tindakbalas murid terhadap teknik pengajaran sebelum dan membuat rumusan tentang teknik pengajaran yang paling berkesan.Misalnya,guru mendapati murid lebih berminat belajar dengan menggunakan teknik pembelajaran melalui permainan.Guru boleh menjalankan permainan manipulatif apabila topik pengajaran untuk tajuk itu adalah bersesuaian untuk mengadakan permainan.Dalam permainan manipulatif, murid-murid menggunakan alat-alat kecil seperti „puzzles‟, „counting rods‟ atau „peg sets‟.



Keempat iaitu objektif pengajaran dan pembelajaran.Sebelum memulakan pengajaran guru perlu memikirkan apakah objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai. Setelah menyenaraikan objektif-objektif pengajaran ini guru perlu menentukan apakah kaedah yang paling sesuai untuk mencapai objektif tersebut.



Kelima,janka masa P&P. Kebanyakan sekolah menetapkan jangka masa pengajaran di antara 30 hingga 40 minit sebulan atau 60 hingga 80 minit sekiranya pelajaran tersebut diberikan masa berturutan. Dengan jangka masa yang ditetapkan itu, guru perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan dalam jangka masa tersebut.



iii.



Huraikan bagaimana pengalaman dalam menyiapkan tugasan ini mampu meningkatkan kefahaman dan kemahiran anda untuk menjadi guru yang efisien.