Penampilan Diri [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

TAKLIMAT PENAMPILAN DIRI Oleh; Hassan bin Ibrahim, PPT. Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Pengurusan Pembangunan Manusia Pejabat Pelajaran Daerah Kerian, Parit Buntar, Perak.



1



KANDUNGAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.



PENGENALAN PENAMPILAN FIZIKAL PENAMPILAN SAHSIAH DIRI PENAMPILAN DIRI DALAM MAJLIS RASMI INTERAKSI YANG MENGKAGUMKAN UCAPAN FORMAL DALAM MAJLIS RASMI PENAMPILAN DALAM MEMBURU KERJAYA KESIMPULAN



2



1. PENGENALAN a. Penampilan diri ialah pembentukan diri seseorang agar kelihatan menarik terutama dari segi fizikal pembentukan keperibadian yang mempersonakan.



dan



juga



b. Penampilan diri terbentuk daripada asuhan, pendidikan dan juga pendedahan daripada ibubapa, rakan sebaya, guru dan masyarakat sekeliling. c. Kesan positif hasil daripada penampilan diri ialah; * Sifat diri yang berakhlak * Sifat diri yang bersopan santun * Sifat diri yang berkualiti * Sebagai persediaan menghadapi pekerjaan * Sebagai persediaan hidup dalam masyarakat 3



2.



PENAMPILAN FIZIKAL



a.



Menjadi tumpuan orang ramai



b.



Tatacara penampilan • • •



Muka Rambut Tangan



* Bibir * Mata * Suara



4



2.1.



MUKA a.



Muka merupakan tempat utama yang dapat menarik perhatian.



b.



Gambaran air muka; * Air muka keruh - bimbang dan tidak gembira. * Air muka kering - marah, iri hati, niat jahat. * Air muka jernih - bahagia, tenang, gembira



5



2.2.



RAMBUT Petikan Surat Pekeliling Iktisas Bil.2/1976



(Tajuk : Potongan Rambut) Istilah rambut panjang seperti berikut; a. Di belakang : rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping telinga. b. Di depan : rambut menutup garisan tengah dahi. c. Di tepi : rambut menutup kedua-dua telinga d. Di atas : rambut lebih 6 inci.



6



2.3.



TANGAN



i.



Gerak tangan menggambarkan;



a. b. c. d. e. f. g.



Tangan di dada : tidak gembira dengan pertemuan. Menggigit jari : tidak yakin dan rasa gugup. Mengendang jari ke meja : memperkecilkan pandangan orang. Duduk menongkat dagu : tidak mengambil berat. Duduk menongkat kepala : mendengar sepenuhnya. Tangan dalam poket : tidak yakin pada diri sendiri. Menggosok-gosok batang hidung : perlu masa untuk berfikir.



7



ii. KUKU a. Penilaian seseorang itu sama ada cantik atau



tidak akan dinilai dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki. b. Kebersihan tangan, kaki & kuku menggambarkan; * Kerajinan atau kemalasan * Kebersihan atau kekotoran * Bertanggungjawab atau ambil mudah * Berdisiplin atau cuai * Berkualiti atau lemah



8



2.4. a.



BIBIR DAN SENYUMAN Pepatah ada menyatakan ‘bibir bak delima merekah’ atau ‘bibir bak limau seulas’, ia menggambarkan personaliti seseorang.



b.



Bibir dan senyuman menggambarkan; * Kecantikan * Penunjuk * Keikhlasan * Kemesraan * Kelembutan * Keegoan 9



2.5. a.



MATA Pepatah Melayu ada menyatakan; ‘mata bertentang mata, lidah kelu hendak berkata’ menggambarkan peranan mata dapat menentukan sesuatu.



b.



Mata berperanan; * Menggetarkan emosi dan fikiran. * Memerintah * Perasaan dan nikmat * Kejujuran dan kesopanan * Menghina dan mengancam 10



2.6.



SUARA a. Kunci penampilan seseorang b. Pujangga Shakespeare ada menyatakan tentang kemerduan suara; ‘suara yang menyenangkan bagai muzik yang merdu’ menggambarkan bagaimana suara dapat mempersonakan sesiapa sahaja yang mendengarnya. c. Suara yang baik : jelas, beralun dan bertenaga.



11



3.



PENAMPILAN SAHSIAH DIRI



a.



Pertemuan yang bermakna ialah pertemuan yang meninggalkan kesan, ingatan dan abadi.



b.



Penampilan sahsiah diri / dalaman akan menjadikan seorang itu; * disayangi * dikagumi * dicintai



12



c.



Antara ciri-ciri penampilan sahsiah diri ialah; * Bersifat peramah * Menunjukkan suasana yang menggembirakan * Penampilan lahiriah yang menyenangkan * Mencintai diri sendiri (cergas, aktif) * Bersyukur (rasa rendah diri, tidak cemburu, pendendam) * Menghargai harta yang dimiliki (tamak, merungut-rungut)



* Menjauhi kehidupan di luar kemampuan * Bergembira bersama tetamu (riang, tenang, senyum) 13



4.



PENAMPILAN DIRI DALAM MAJLIS RASMI



a.



Menjadi tumpuan ramai.



b.



Tempat pertemuan, berkenalan dan mengenali antara satu sama lain.



c.



Penampilan yang perlu; *



Tingkah laku yang sopan



*



Budi bahasa yang baik dan tertib



*



Imej sosial yang baik (pakaian, perhiasan)



*



Keyakinan dan gaya diri 14



4.1.



PERSONALITI * Ialah perwatakan, peribadi dan imej seseorang sama ada lelaki atau perempuan. * Personaliti yang baik akan dipandang segak, kacak, cantik dan mempersonakan. * Seseorang yang berpersonaliti dapat menarik perhatian umum * Personaliti yang baik dapat dibina dengan ; ` cara menghiasi diri ` cara bergaul ` berkelakuan sopan ` cara berjalan ` cara duduk 15



4.2. TATASUSILA BERPAKAIAN * Pakaian adalah perhiasan diri dan merupakan cermin hati yang dapat memperlihatkan personaliti dan penampilan imej keperibadian seseorang. * Perkara yang perlu diberi perhatian kepada pakaian ialah;



` ` ` `



fesyen warna jenis kain jenis pakaian



* Pakaian akan mencerminkan personaliti, pangkat dan kekayaan, nilai diri dan kejujuran.



16



4.3. PAKAIAN KE PEJABAT / SEKOLAH a.



Petikan Pekeliling Iktisas Bil. 6/1985 ( Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/ Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Pendidikan )



Sebagai golongan pendidik, guru-guru, pensyarah dan lain-lain pegawai perkhidmatan pelajaran adalah sentiasa menjadi tumpuan pemerhatian pelajar-pelajar dan masyarakat, baik di dalam atau di luar sekolah / maktab / pejabat serta mempunyai pengaruh ke atas pendidikan pelajar-pelajar, termasuk menyemai akhlak dan nilai hidup yang baik. Untuk mencapai matlamat ini, guru-guru dan lain-lain pegawai pelajaran sewajarnyalah menunjukkan pakaian yang sesuai apabila bertugas di dalam atau di luar sekolah / maktab / pejabat. Oleh yang demikian, di samping pakaian yang kemas dan bersih, pakaian yang berpatutan dan bersesuaian bagi guru-guru / pensyarah serta pegawai-pegawai dan kakitangan perkhidmatan pelajaran adalah penting. Pakaian seumpama ini adalah melambangkan disiplin dan imej profesion perguruan.



17



b.



Bagi kaum lelaki * Seluar panjang, berbaju kemeja dan bertali leher atau ‘buch jacket’ / ‘lounge suit’. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam. Tangan baju jangan dilipat. * Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya.



c.



Bagi kaum wanita



* Pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing dan lain-lain pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata. * Kasut sukan, ‘jeans’, ‘slack’, seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka atau yang menjolok mata, tidak boleh dipakai.



18



4.4. KETEPATAN MASA (Petikan Surat Pekeliling Iktisas Bil.2/1981) *



Semua Pegawai Perkhidmatan Pelajaran dan kakitangan sekolah serta murid-murid perlu memelihara dan mengekalkan amalan menepati masa datang dan hadir ke sekolah / pejabat.



*



Adalah diharapkan semua guru mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu bertugas di sekolah, baik semasa datang ke sekolah atau pun balik dari sekolah, mahu pun ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar atau menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah. Ketepatan masa juga bermakna seorang guru itu hendaklah mengikut jadual pengajaran dan tidak boleh meninggalkan kelasnya atau kawasan sekolah sebelum tibanya masa untuk berbuat demikian.



19



4.5. KASUT UNTUK KE PEJABAT Bagi menjaga penampilan diri dan pergerakan anda di pejabat maka pemilihan kasut yang bersesuaian amat dititikberatkan



* Bagi kaum lelaki; ` ` `



Tumit sederhana rendah dan agak lebar Tapak yang tidak mengeluarkan bunyi Berwarna hitam / coklat



* Bagi kaum wanita; ` ` ` ` `



Tumit sederhana tinggi Tapak tidak mengeluarkan bunyi Berwarna hitam / coklat Sandel bertumit bertutup di hadapan (baju kurung / kebaya) Bertutup penuh (skirt labuh) 20



4.6. BEG TANGAN * Bagi



kaum



wanita,



beg



tangan



merupakan



sebahagian



perhiasan yang wajib. * Saiz beg tangan yang di bawa ke pejabat lebih besar daripada saiz beg yang di bawa ke majlis sosial.



* Warna beg tangan yang di bawa ke pejabat tidak berkilat seperti beg ke majlis sosial. * Cara membawanya; ` disandang di bahu kiri ` tidak melintangi badan ` pegang pangkal beg untuk keselamatan 21



4.7. PERHIASAN SEMASA KE PEJABAT * Untuk menambahkan gaya dan kejelitaan penggunaan perhiasaan yang tidak keterlaluan digalakkan.



maka



* Barang kemas daripada emas dan berlian tidak sesuai dipakai untuk ke pejabat tetapi sesuai ke majlis sosial. * Bagi kaum lelaki, perhiasan yang sesuai hanyalah seutas jam tangan, sebentuk cincin, sebatang pen, tali leher dan cermin mata (bagi yang memerlukan)



22



4.8. PAKAIAN KE MAJLIS FORMAL * Jika anda menghadiri majlis formal sama ada siang atau malam maka pemilihan pakaian yang bersesuaian amat perlu. * Pakaian yang sesuai hendaklah menepati kehendak dalam kad jemputan. * Kalau tidak dinyatakan dalam kad jemputan pakailah;



`bagi kaum wanita (baju kurung, kebaya, selendang,skirt labuh) `bagi kaum lelaki – pakaian yang sesuai ialah baju batik berlengan panjang (jamuan)



`untuk minum pagi / makan tengahari / minum teh petang – pakaian yang sesuai ialah pakaian kerja.



23



4.9. PAKAIAN KE MAJLIS PERKAHWINAN •



Majlis perkahwinan adalah satu-satunya majlis yang bersejarah dan utama bagi sesorang individu dalam hidupnya.







Pemilihan pakaian perlu disesuaikan.







Pengantin Pakaian mesti bersesuaian dengan gaya, imej, warna dan jenis kain (dapatkan pandangan daripada ‘mak andam’)







Pengiring Pakaian yang sesuai, cantik tetapi tidak melebihi daripada pakaian pengantin.







Tetamu Biasa Pakaian yang bersesuaian dan kemas. 24



4.10. PAKAIAN KE MAJLIS KEMATIAN • Tanpa mengira siapa dan agama yang dianuti, kita harus memahami bahawa kematian adalah suatu peristiwa yang sedih. • Untuk menunjukkan rasa sedih dan simpati maka pakaian yang sesuai ialah; `



berwarna putih atau berwarna gelap



`



elakkan pakaian yang berwarna warni dengan warna yang terang.



25



4.11. PAKAIAN KE MAJLIS DIRAJA •



Rujuk maklumat yang tercatat dalam kad jemputan







Bagi lelaki Melayu : Pakaian Kebangsaan bersamping dan bersongkok hitam.







Bagi lelaki bukan Melayu : Pakaian ‘lounge suite’ berwarna gelap.







Bagi wanita Melayu : berselendang panjang.







Bagi wanita bukan Melayu : Pakaian cara barat, baju berlengan panjang dan bergaun labuh hingga ke bawah lutut.



Pakaian kebaya panjang / baju kurung



26



4.12. PAKAIAN KE MAJLIS JAMUAN a.



Pilihlah pakaian yang bersesuaian yang dapat menunjukkan bahawa anda menghormati majlis yang dihadiri itu. Rujuk kad jemputan.



b.



Semua pakaian sesuai dipakai asalkan ianya cantik, bersih dan sesuai



c.



Pakaian yang dipakai hendaklah; * tidak terlalu pendek * tidak terlalu ketat * tidak terlalu jarang * tidak menjolok mata * tidak mendedahkan sebahagian tubuh anda * tidak lapuk dan lusuh



27



4.13. TINGKAH LAKU DI MAJLIS JAMUAN



a.



Majlis jamuan yang diadakan bertujuan untuk menggembirakan tetamu.



b.



Jamuan dibahagikan kepada jamuan formal dan jamuan tidak formal.



c.



Sebagai tetamu, anda perlu mengetahui; * * * * * *



Tatatertib pergaulan Cara duduk dan berdiri Bersopan santun dan berbudi bahasa Saat ketibaan Tertib di meja makan Tertib semasa makan



28



4.14.



CARA MAKAN Cara Makan Berdiri



a. Dilarang mengisi pinggan terlalu penuh b. Memegang pinggan dengan tangan kiri dan sudu di tangan kanan. c. Elakkan mengangkat pinggan terlalu tinggi semasa menyuap makanan. d. Kain lapik (napkin) ada di bawah pinggan. e. Kurangkan pergerakan semasa makan. f. Dilarang meninggalkan majlis sebelum tetamu kehormat berangkat pulang. g. Ucapan terima kasih kepada penganjur / tuan rumah.



29



Cara Makan Duduk a.



b. c. d. e. f. g.



h.



Tiba di tempat jamuan lebih awal 5 – 15 minit sebelum majlis bermula. Duduk dengan selesa dan rapatkan kaki. Elakkan daripada meletakkan kedua-dua belah siku di atas meja. Gunakan tangan kiri untuk menyenduk nasi dan lauk sekiranya makan dengan tangan. Pastikan gelas minuman anda berada di sebelah kiri anda. Anda perlu berhenti makan apabila semua orang yang semeja anda sudah berhenti makan. Anda dilarang meninggalkan majlis sebelum tetamu kehormat berangkat pulang. Ucapan terima kasih kepada tuan rumah atau penganjur sebelum pulang.



30



LARANGAN DI TEMPAT MAKAN



a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k.



Bercakap-cakap semasa makan. Menyuap makanan terlalu banyak dalam satu suapan Memilih-milih makanan Menumpahkan makanan Melaga-lagakan sudu, garfu dan pinggan mangkuk. Menerpa ke makanan yang baru dihidangkan. Menolak terus makanan yang dihidangkan. Menghisap rokok Meluahkan makanan dari dalam mulut. Meninggalkan banyak baki makan yang diambil Menggigit kuku, mengorek telinga atau mencungkil gigi.



31



32



33



34



35



5. INTERAKSI YANG MENGKAGUMKAN *



Interaksi yang mengkagumkan terhasil apabila suara yang baik dapat disampaikan secara berdiplomasi.



*



Seseorang yang bijak berbual tahu bila ia perlu bercakap dan bila pula perlu mendengar,



*



Bahan perbualan yang perlu dielakkan; ` ` ` ` `



cerita tentang kekayaan sendiri / peribadi cerita tentang penyakit yang menjijikkan. mengata keburukan orang mengada-ngadakan cerita menyebutkan nama pembesar sebagai rakan sepermainan sahaja.



36



5.2. Interaksi Bukan Lisan * *



Penampilan perilaku yang mengiringi pertuturan iaitu bermula dari wajah iaitu mata, bibir, kepala, senyuman dan air muka hinggalah kepada pergerakan tangan dan jari anda;



Antara perlakuan yang membawa pengertian; ` Senyuman : bersedia / perhatian ` Meninggi suara : marah ` Tunduk dan memusingkan muka : tidak berminat ` Menongkat dagu : tidak mengambil berat ` Menongkat kepala : Mendengar sepenuhnya ` Berpeluk tubuh : tidak gembira dengan pertemuan



37



5.3. Menjadi Pendengar Yang Unggul * Selain daripada berinteraksi secara lisan, satu lagi kemahiran yang mengkagumkan ialah kemahiran mendengar. * Pepatah ada menyatakan ‘bercakap itu perak diam dan mendengar itu emas’.



* Orang yang berkemahiran mendengar akan dikenali sebagai yang bertimbang rasa dan mempunyai sifat yang bersopan santun. * Berikut panduan menjadi pendengar yang baik (Jangan bercakap semasa mendengar / tumpukan perhatian / bersabar / bersederhana dengan hujah dll)



38



5.4. Interaksi Formal Megikut Tempat INTERAKSI DI PEJABAT



* * * * * * * * * * *



Mengutamakan tetamu yang berurusan ke pejabat Tetamu yang datang dibiar tanpa layanan Sedia menolong dan membantu Mengiringi tetamu / berjalan seiring Menolak dengan sopan sesuatu pemberian Senyuman Tidak bersalaman terlalu lama Perkenalkan tetamu kepada majikan Menghormati pegawai Tidak menunjukkan gelihati jika ada sesuatu keganjilan Pejabat tempat bekerja bukan tempat berbual 39



INTERAKSI DALAM MAJLIS SOSIAL YANG FORMAL •



Kesopanan, kepekaan, lembut dan memahami merupakan perkara utama semasa berinteraksi dalam majlis sosial yang formal.







Perkara yang perlu diberi perhatian ialah; ` tajuk perbualan yang bersesuaian ` utamakan minat orang yang lawan bercakap ` bentuk perbualan yang bersesuaian dengan majlis ` elakkan berbual semasa makanan ada di dalam mulut







Tajuk perbualan yang dilarang dalam majlis sosial; ` perbualan tentang kewangan / kekayaan peribadi ` barang-barang perhiasan yang dipakai ` peralatan rumah ` agama dan politik 40



6 UCAPAN FORMAL DALAM MAJLIS RASMI UCAPAN PENDEK DALAM MAJLIS SOSIAL *



Antara majlis sosial ialah majlis keramaian, majlis perpisahan, majlis kesyukuran, majlis hari jadi dll.



*



Berikut ialah panduan ringkas untuk berucap; ` ` ` ` ` ` ` `



ambil sedikit masa untuk mengurangkan kegugupan. berdiri dengan yakin, tenang dan tumpukan perhatian mulakan dengan ucapan selamat dan mengalu-alukan mengucapkan terima kasih isi ucapan akhiri ucapan dengan harapan, cadangan dan sokongan penutup ucapan dengan terima kasih dan mohon ampun duduk semula di tempat asal dengan sopan 41



MEMPENGERUSIKAN MAJLIS RASMI Berikut ialah panduan menjadi pengacara / pengerusi majlis /



pembentangan kertas kerja. a. b. c. d. e. f. g.



Ucapan permulaan (mengalu-alukan kehadiran dan memaklumkan tujuan majlis tersebut) Mengucapkan terima kasih kepada penceramah dan penganjur majlis Mempersilakan penceramah Memperkenalkan penceramah / baca biodata penceramah Menyampaikan sedikit ulasan sekiranya ada masa. Membukakan majlis kepada sesi soal jawab Rakaman terima kasih kepada penceramah dan penganjur 42



MEMPENGERUSIKAN MAJLIS JAMUAN •



Terdapat pelbagai jenis majlis jamuan, antaranya jamuan perpisahan, meraikan kenaikan pangkat, hari lahir, pindah ke rumah baru, bersara, menunaikan fardu haji dll.







Berikut ialah panduan mempengerusikan majlis tersebut; a. b. c. d. e f. g.



Mengetahui majlis tersebut Mengetahui senarai jemputan yang hadir Menyediakan teks pengacaraan majlis Mengalu-alukan kehadiran bagi pihak penganjur Mempersilakan penganjur menyampaikan ucapan Acara selingan Rakaman terima kasih dan menutup majlis



43



MEMPENGERUSIKAN MAJLIS MESYUARAT Berikut ialah panduan ringkas; a. b. c. d. e. f. g. h. i. j.



Sebagai pemimpin / kuasa tertinggi dalam mesyuarat Mengetahui tujuan mesyuarat Melihat, memimpin dan mengawal mesyuarat Mengalu-alukan kehadiran Mengetahui agenda mesyuarat Memberi peluang kepada semua JK memberi pendapat Mendengar dengan tenang dan sabar Mengikut agenda Membuat keputusan Mengucapkan terima kasih dan menangguhkan mesyuarat



44



6. PENAMPILAN DALAM MEMBURU KERJAYA 6.1. STRATEGI * * * * * * * *



Menyediakan perancangan tentang kerjaya Tinjauan tentang kerjaya yang dipohon Dapatkan nasihat dan bimbingan kerjaya Rujuk buku panduan kerjaya dan sentiasa menyemak iklan Hubungi pihak yang berkaitan dengan jawatan tersebut Kenalpasti kerjaya atau pekerjaan tersebut Sediakan biodata ‘resume’ dengan lengkap dan padat Menyediakan diri dengan maklumat dan kemahiran yang berkaitan dengan kerjaya tersebut sebelum menghadiri temuduga



45



6.2.



PENGISIAN BORANG PERMOHONAN



*



Semua jawatan kosong perlu dipohon dengan mengisi borang permohonan terlebih dahulu kecuali bagi jawatan yang hanya memerlukan temuduga secara terbuka



*



Borang permohonan adalah wakil diri pemohon kepada majikan



*



Borang permohonan yang kemas, bersih dan lengkap dengan segala maklumat akan mendapat perhatian utama daripada majikan berkenaan



*



Ikut segala arahan yang dinyatakan dalam borang permohonan dan juga iklan jawatan berkenaan



46



6.3.



TEMUDUGA PEKERJAAN



Rujuk pekeliling Iktisas Bil.6/1986 (Urusan Temuduga Guru-Guru ke Jawatan Tetap) 6.3.1 Adalah disyorkan agar semua guru-guru memahami perkaraperkara berikut sebelum menghadiri temuduga anjuran SPP; ~ ~ ~ ~ ~ ~



berpakaian kemas / pakaian purdah tidak dibenarkan menunjukkan tingkah laku yang bersopan berusaha menjawab semua soalan yang ditanya memahami perintah-perintah AM Bab A – G mengetahui isu-isu semasa memahami tugas / kerjaya yang dipohon



47



6.3.2.



Temuduga merupakan suatu kemestian dan wajib dihadiri sebelum ditawarkan jawatan.



6.3.3.



Tujuan temuduga a. Menghadkan jumlah pemohon / tapisan kelayakan b. Memilih calon yang benar-benar layak



6.3.4.



Ciri-ciri yang diberi perhatian dalam temuduga; a. Penampilan diri (fizikal) b. Gaya dan perwatakan (sahsiah) c. Petah dan lancar bercakap d. Bertenaga dan bermotivasi tinggi e. Sikap positif dan ketenangan f. Peka dan berdaya fikir g. Berkarisma (senyuman) h. Berpengetahuan dan berkelayakan 48



6.4.



KELEMAHAN CALON-CALON DALAM URUSAN TEMUDUGA



Petikan Surat Pekeliling Iktisas Bil.6 / 1990 Berdasarkan laporan lembaga temuduga SPP, antaranya; a. b. c. d. e. f. g. h. i. j.



Pakaian calon lelalki Pakaian calon wanita Rambut Tanda nama Kehadiran Adab temuduga Persiapan dokumen Maklumat diri Pengetahuan iktisas Pengetahuan am 49



7. KESIMPULAN Pengurusan diri yang sempurna akan membentuk penampilan diri yang mempersonakan.Untuk mencapai itu, latihan yang rapi dari peringkat awal amat diperlukan. Hasilnya,ia dapat melahirkan insan yang berakhlak, bersopan santun serta berkeyakinan tinggi sebagai bekalan dihari muka dan seterusnya akan menjadikan diri anda sentiasa terkenal, gembira dan bahagia. Menyedari hakikat perlunya penampilan diri khususnya dari segi penampilan fizikal, sahsiah, interaksi dan juga pengucapan maka adalah diharapkan dengan sedikit sebanyak panduan yang ada dimuatkan di dalam nota ringkas ini akan dapat dijadikan panduan kepada remaja dalam mempersiapkan diri menghadapi hari depan. Disediakan oleh, HASSAN IBRAHIM PPT PEJABAT PELAJATAN DAERAH KERIAN.



50



Sekian Terima kasih



51