Refleksi Praktikal [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Pendahuluan Pada setiap semester 2 bagi sesi 2014/2015 semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, Universiti Malaya dikehendaki menjalani latihan mengajar di sekolah yang telah ditetapkan selama satu semester. Tarikh yang ditetapkan untuk menjalani latihan mengajar ialah bermula pada 23 Februari 2015 dan berakhir pada 5 Jun 2015. Setiap pelajar yang akan mengikuti latihan mengajar mestilah lulus subjek selama tujuh sem yang lepas. Jika guru pelatih tersebut mengalami masalah mereka tidak akan mengikuti latihan mengajar ini. Tujuan latihan mengajar ini diadakan adalah untuk memberi peluang dan pengalaman kepada guru pelatih sebagai pendedahan awal tentang kerjaya sebagai seorang guru yang meliputi aspek kurikulum, kaedah pengajaran dan sebagainya. Dengan ini, para pelajar dapat mengambil segala ilmu semasa latihan mengajar yang telah diikutinya. Para pelajar juga akan dapat menyesuaikan diri dengan kerjaya sebagai seorang.



Setiap pelajar dibenarkan untuk memilih seorang pasangan dalam bidang yang sama, sama ada Pengajian Al-Quran mahupun Pendidikan Islam bagi menjalani latihan mengajar di sekolah. Setiap pelajar juga ditetapkan seorang penyelia bagi memantau dan menyelia cara pengajaran pelajar tersebut dengan lebih berkesan. Tujuan latihan mengajar ini diwajibkan ke atas setiap pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam memberi



pengalaman



dan



pendedahan



kepada



adalah untuk



pelajar



dengan



menggunakan sepenuhmya segala ilmu yang telah dipelajari dalam dunia sebenar pengajaran.



REFLEKSI BERKAITAN PENGURUSAN TEMPAT LATIHAN MENGAJAR SEBELUM MENJALANI PRAKTIKAL



PENGURUSAN PENEMPATAN LATIHAN MENGAJAR



Seperti yang kita sedia maklum, sebelum guru pelatih menjalankan latihan mengajar di sekolah, calon guru pelatih mestilah memilih tempat atau lokasi untuk menentukan sama ada di Selangor mahupun di Kuala Lumpur. Sehubungan dengan itu, Program Pendidikan Islam juga telah memberi pilihan untuk memilih pasangan yang akan menjalankan latihan mengajar di sekolah yang sama sama ada dalam bidang Pendidikan Al – Quran mahupun Pendidikan Islam. Dengan itu, saya telah memilih pasangan saya iaitu Nur Nazurah Binti Md Noor daripada bidang Pendidikan Al – Quran . Penempatan sekolah untuk latihan mengajar adalah ditetapkan oleh pihak Program Pendidikan Islam. Akan tetapi jika sekolah yang diberikan mempunyai masalah, pelajar dibolehkan untuk membuat pertukaran dengan sekolah yang lain. Sekolah yang telah diberikan oleh pihak Program Pendidikan Islam ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abu Bakar Baginda bagi menjalankan latihan mengajar. Kami diberi maklumat awal



mengenai penempatan nama sekolah yang akan dijalankan latihan supaya dapat membuat persediaan awal dari segi latar belakang sekolah, tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya. Sebelum kami menjalani latihan mengajar di sekolah ini, saya dan bersama pasangan praktikal yang lain telah membuat lawatan ke sekolah tersebut untuk berjumpa dengan pengetua sekolah tersebut iaitu Puan Hajjah Hamidah bagi memaklumkan penempatan kami sebagai guru praktikal di sekolah tersebut sekaligus menyerahkan maklumat tentang diri kepada pihak sekolah supaya pihak sekolah dapat mengatur jadual waktu bagi subjek yang akan diajar iaitu Pendidikan Islam atau Pendidikan Quran dan Bahasa Arab. Perjumpaan pertama ini juga dilakukan adalah untuk mengetahui hal – hal berkaitan dengan sekolah seperti peraturan – peraturan sekolah, bangunan pelajaran, bangunan pentadbiran dan lain – lain. Setiap guru praktikal bersama pasangan dalam bidang masing – masing



telah



diberikan



maklumat



mengenai



penyelia



yang



akan



menjalankan seliaan iaitu Dr Mohsien daripada fakulti pendidikan. Saya bersama pasangan telah cuba mendapatkan nombor telefon beliau dan cuba membuat temujanji dengan beliau sebelum latihan mengajar dijalankan, namun tidak mempunyai kesempatan waktu. Dengan itu, perjumpaan dengan penyelia tidak dapat dilakukan kerana beliau tiada kelapangan waktu. memaklumkan kepada beliau mengenai diri saya yang akan berada di bawah seliaan beliau sepanjang tempoh latihan mengajar. Oleh itu, perhubungan melalui email telah dilakukan untuk memaklumkan kepada beliau mengenai diri saya serta memaklumkan penghantaran jadual pengajaran untuk memudahkan seliaan dilakukan. Di samping itu, lawatan untuk kali yang kedua ke sekolah telah dilakukan iaitu pada tarikh 18 Februari 2015. Sebelum bertandang ke sekolah tersebut saya telah membuat temujanji dengan pihak sekolah pada tarikh tersebut untuk berjumpa dengan pengetua sekolah bagi mendapatkan



maklumat berkaitan jadual waktu pengajaran yang akan dijalankan. Walau bagaimanapun, pada perjumpaan tersebut saya bersama pasangan tidak dapat mengetahui tentang jadual waktu pengajaran kerana jadual tersebut telah diberikan kepada Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Pn Hajah Roslina. Pengetua



sekolah



tersebut



telah



memaklumkan



kepada



kami



untuk



mendapatkan jadual tersebut pada 23 Februari 2015. Pada tarikh 23 Februari 2015, saya bersama rakan praktikal telah berjumpa dengan Pn Hajah Roslina untuk mendapatkan jadual waktu pengajaran. Semasa perjumpaan ini, Pn Hajah Roslina telah memberi pendedahan tentang jadual waktu tersebut. Beliau juga telah membawa kami untuk berkenalan dengan guru pembimbing, guru – guru di sekolah dan membawa kami untuk meronda si seluruh kawasan sekolah. Saya telah diberi tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Arab sebanyak 6 waktu dan Kelas Kemahiran Al-Quran sebanyak 6 waktu. Saya dikehendaki mengajar mata pelajaran Bahasa Arab bagi pelajar Tingkatan 1 Bestari, manakala Kelas Kemahiran Al-Quran bagi pelajar Tingkatan 1 Arif dan Tingkatan 1 Bestari. Saya juga diberi dua orang guru pembimbing dari sekolah tersebut iaitu Puan Siti Sakinatun bagi mata pelajaran Bahasa Arab dan Ustaz Zulkifli bagi mata pelajaran Kemahiran Al-Quran. Tujuan guru pembimbing ini adalah sebagai tempat rujukan kepada saya sepanjang menjalani latihan di sekolah tersebut. Seterusnya berkaitan dengan tempat tinggal, pada awalnya saya menghadapi



sedikit



kesukaran



untuk



mencari



tempat



tinggal



yang



berdekatan dengan kawasan sekolah memandangkan saya tidak biasa dengan kawasan sekitar tersebut. Namun masalah tersebut dapat diatasi apabila saya cuba mendapatkan bantuan daripada beberapa pihak dan mencari di laman sesawang. Tempat tinggal sepanjang saya menjalani latihan mengajar ialah berdekatan dengan Universiti Kebangsaan Malaysia dan ianya jauh dengan kawasan sekolah. Dengan itu, saya memerlukan pengangkutan seperti motorsikal ataupun kereta untuk ke sekolah. Saya juga



mempunyai masalah pengankutan ke sekolah memandangkan saya daripada golongan yang tidak berkemampuan untuk mempunyai kenderaan seperti motorsikal dan kereta. Walau bagaimanapun, masalah ini dapat di atasi dengan bantuan pinjaman kereta daripada sauadara terdekat iaitu bapa saudara yang menetap di Puchong. Beliau telah memberi keizinan untuk menggunakan kerata beliau sepanjang tempoh latihan mengajar. Hal – hal seperti ini sedikit sebanyak memberi pengalaman kepada saya untuk lebih berdikari



dan



berusaha



untuk



mendapatkan



sesuatu



serta



memberi



persediaan yang rapi dan tersusun kepada saya dalam sesuatu bidang pekerjaan pada masa datang. Ia juga dapat mengajar saya erti kesabaran dan ketabahan dalam mendapatkan sesuatu perkara. Bak kata Pepatah Melayu “usaha tangga kejayaan”.



REFLEKSI BERKAITAN SEPANJANG 14 MINGGU SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Refleksi Sepanjang 14 Minggu Sesi Pengajaran dan Pembelajaran



Refleksi sepanjang 14 minggu sesi pengajaran dan pembelajaran adalah meliputi aspek – aspek yang berikut :  Penguasaan Kandungan Kurikulum Yang Diajar :



Pada minggu yang pertama bagi sesi latihan mengajar ini dapat dilihat daripada aspek interaksional iaitu pada minggu pertama ini digunakan sebaik mungkin untuk berkenalan dengan guru pembimbing, guru ketua bidang bahasa dan kemanusiaan dan juga guru panitia Bahasa Melayu. Selain itu, saya juga turut berkesempatan untuk berkenalan dengan guru – guru praktikal yang lain yang turut menjalani praktikal di SMKDABB yang datangnya dari Universiti Kebangsaan Malaysia seramai enam orang. Di awal sesi pembelajaran juga, saya telah diberi kesempatan dan peluang untuk melihat cara pengajaran dan pembelajaran guru – guru yang sebenar. Saya telah diberikan tugas untuk mengambil alih kelas Puan Nor Azura bagi subjek Bahasa Arab untuk Tingkatan 1, manakala, bagi subjek Kelas Kemahiran Al – Quran saya telah mengambil alih tugas pengajaran kelas Ustaz Zulkifli. Seperti yang kita ketahui, penguasaan dalam sesuatu kandungan kurikulum yang diajar adalah penting bagi tugas seorang guru. Saya juga telah meneruskan tajuk pengajaran daripada guru tersebut dan akan merujuk kepadanya tentang perkara yang tidak difahami serta sedikit sebanyak belajar daripadanya tentang cara untuk menguasai kurikulum yang diajar. Penguasaan kurikulum sebelum pengajaran perlu diberi perhatian untuk mengelak kreadibiliti seseorang guru itu dipandang rendah oleh para pelajar.



 Pengaplikasian kaedah pengajaran terhadap subjek yang diajar : Sebagai seorang guru, kepelbagaian kaedah pengajaran dalam sesuatu subjek yang diajar adalah penting. Hal ini kerana ianya dapat menarik minat



untuk para pelajar memberi perhatian yang semaksimum mungkin dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seperti yang kita sedia maklum, Program Pendidikan Islam di Universiti Malaya telah memberi pendedahan awal tentang kaedah pengajaran yang berkesan bagi sesuatu subjek yang diajar. Oleh itu, tidak menjadi masalah untuk saya mengaplikasikannya semasa mengajar. Saya hanya perlu memikirkan kaedah pengajaran yang sesuai mengikut topik yang akan didedahkan kepada pelajar memandangkan pelajar adalah dari tingkatan 1. Bagi subjek Bahasa Arab, pada mulanya pelajar



kelihatan



agak



sukar



menerima



pengajaran



Bahasa



Arab



memandangkan bahasa percakapan yang saya gunakan adalah dalam Bahasa Arab. Namun saya cuba berinteraksi dengan pelajar dengan menggunakan bahasa yang mudah dan pelbagai gaya bahasa badan bagi lebih



memudahkan



pelajar.



Walaupun



demikian,



saya



juga



terpaksa



menggunakan bahasa melayu untuk perkataan yang sukar difahami oleh pelajar setelah menggunakan bahasa badan dan contoh – contoh yang mudah difahami. Bagi Kelas Kemahiran Al - Quran, ianya juga tidak menjadi masalah kepada saya kerana ianya di bawah bidang pengajaran saya. Saya juga telah melakukan perkara yang sama seperti pengajaran bagi subjek Bahasa Arab.



 Kondisi pelajar Dari segi kondisi pelajar sama ada subjek Bahasa Arab mahupun Kelas Kemahiran Al – Quran adalah sama tahapnya iaitu berada dalam tahap sederhana kerana saya mengajar kedua – duanya dari tingkatan 1. Langkah yang saya telah ambil adalah dengan meminta para pelajar untuk menyalin perkataan yang sukar difahami di dalam buku nota mereka dan meminta para pelajar mengulang beberapa kali perkataan tersebut supaya para pelajar dapat



mengingatnya. Namun, wujud beberapa masalah seperti



terdapat beberapa orang pelajar yang tidak masuk ke kelas atau ponteng dari sesi pembelajaran dan pengajaran. Antara masalahnya ialah mereka



tidak mahu mengikuti Kelas Aliran Agama (KAA) kerana mereka telah disuruh oleh ibu bapa mereka untuk mengikuti kelas KAA walaupun mereka tidak mahu mengikuti kelas tersebut.  Kawalan kelas Hal yang berkaitan dengan kawalan kelas ialah saya perlu memberi tumpuan dengan melakukan pemantauan secara keseluruhan kelas kerana terdapat sebahagian pelajar yang tidak memberi tumpuan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Masalah seperti ini telah saya selesaikan dengan kaedah bersoal jawab dengan pelajar supaya penglibatan aktif pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diwujudkan. Selain itu, jika terdapat pelajar



yang



tidak



memberi



tumpuan



semasa



sesi



pengajaran



dan



pembelajaran, saya akan mengajukan pelbagai soalan kepada pelajar tersebut berkaitan pelajaran yang diajar bagi mengalih perhatian pelajar tersebut. Saya juga telah menjalankan aktiviti secara berkumpulan untuk menambahkan lagi minat pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, saya dapat memastikan semua pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan.



 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Terhadap Subjek Yang Diajar : Dari segi bahan bantu mengajar (BBM), sebagai seorang guru mestilah kreatif dan kritis dalam menyediakan BBM untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. BBM yang disediakan mestialah menarik, menjimatkan masa, tenaga dan juga tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menyediakannya. BBM juga mestilah bahan mudah alih supaya ianya senang dibawa ke mana – mana tempat. Sebagai contoh, bagi subjek Bahasa Arab saya telah menyediakan bahan pengajaran secara tradisional berbentuk gambar, kertas yang berwarna, kertas manila, dadu, kotak beracun, papan



putih dan lain – lain lagi. BBM yang disediakan adalah merangkumi aspek – aspek untuk set induksi, sesi penerangan isi pelajaran, sesi ransangan kepada isi pelajaran, penilaian dan pengukuhan serta penutup. Saya juga telah menyediakan nota – nota ringkas berbetuk peta minda kepada pelajar supaya pelajar lebih memahaminya dengan lebih mudah. Bagi Kelas Kemahiran Al – Quran pula saya lebih banyak menggunakan bahan secara moden dan juga secara tradisional. Antara bahan secara moden ialah bahan berbentuk



visual dan video dan bahan secara



tradisioanal seperti kotak dadu, kotak beracun, manila kad dan papan putih dan sebagainya. Dengan berbekalkan BBM yang menarik dan pelbagai dapat menjadikan pelajar tidak mudah berasa bosan dan isi pelajaran yang disampaikan dapat difahami dengan cepat dan lebih mudah berbanding dengan hanya disampaikan dengan hanya menggunakan buku teks sahaja. BBM disediakan adalah untuk membantu para guru untuk membuat sesi pengajaran lebih menarik dan dapat menjadikan pelajar dapat menumpukan kepada sesi pengajaran dari awal pembelajaran sehinggalah ke akhir pembelajaran. Dengan menggunakan BBM juga dapat membantu saya mengajar tajuk – tajuk yang isi pelajarannya banyak dan panjang serta yang memakan masa yang lama untuk mengajarnya.



 Penilaian Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Subjek Yang Diajar : Setelah penyampaian dari segi set induksi, penerangan isi pelajaran dan juga ransangan kepada isi pelajaran guru mestilah melakukan aktiviti penialaian ke atas pengajaran yang telah dijalankan bagi menguji tahap pengetahuan dan penguasaan pelajar terhadap sesuatu isi pelajaran yang telah diajarkan. Antara bentuk penilaian yang telah dilakukan ialah secara individu dan juga berkumpulan. Hal ini kerana ianya dapat menguji pemahaman pelajar secara individu dan juga pemahaman dalam aktiviti



secara berkumpulan. Bagi aktiviti penilaian ini, saya telah menyediakan pelbagai soalan dalam pelbagai aktiviti sama ada dalam bentuk soal jawab, permainan, kertas soalan dan lain – lain lagi. Akan tetapi, aktiviti penilaian dalam bentuk permainan lebih menarik minat pelajar kerana mereka lebih gembira dalam penglibatan dalam aktiviti tersebut. Melalui kaedah penilaian ini saya dapat menilai sejauh mana keberkesanan pengajaran saya. Jika terdapat kekurangan dalam kaedah yang digunakan, saya akan mencuba kaedah yang lebih mudah untuk pemahaman pelajar.  Pencapaian Pelajar



Pencapaian



pelajar



sepanjang



14



minggu



pengajaran,



telah



menunjukkan peningkatan yang baik dalam pembelajaran sama ada subjek Bahasa Arab mahupun Kemahiran Al – Quran. Bagi subjek Bahasa Arab pelajar sudah mula menunjukkan minat dalam Bahasa Arab berbanding pada awal sesi pengajaran. Hal ini juga dapat dibuktikan dengan pencapaian pelajar melalui peperiksaan Ujian Bulanan 1, hampir keseluruhan pelajar telah menunjukkan pencapaian yang baik walaupun ada beberapa yang perlu diberi perhatian. Seterusnya, pencapaian pelajar dalam peperiksaan Ujian Pertengan Tahun pada minggu 13 saya di sekolah telah menunjukkan peningkatan yang sangat baik oleh semua pelajar. Manakala



bagi



kelas



Kemahiran



Al







Quran



pelajar



banyak



menunjukkan perkembangan dalam tajuk - tajuk yang sukar seperti qiraat, tajwid, dan tarannum. Rata – rata pelajar sebenarnya mudah menerima pengajaran yang disampaikan akan tetapi ianya perlu diberi perhatian yang lebih dengan melakukan lebih banyak pengulangan dan pengukuhan. Guru mestilah mengambil berat terhadap pencapaian pelajar supaya guru dapat mengesan pelajar yang pencapaian yang lemah dalam sesuatu subjek.  Tindakan Susulan Terhadap Sesi Penyeliaan Dari Pensyarah Dan Guru Pembimbing :



Sebagai guru praktikal yang sedang menjalani latihan mengajar sudah tentu terdapat beberapa



perkara yang masih perlu diperbaiki dan dibuat



penambahbaikan. Setelah mendapat seliaan daripada pensyarah sebanyak dua kali untuk kedua – dua subjek, pelbagai komen dan nasihat yang disampaikan oleh beliau supaya ianya dapat diperbaiki dan ditingkatkan. Antaranya ialah sebagai seorang guru, kita mestilah memberi perhatian kepada semua pelajar dari setiap sudut agar para pelajar tidak ketinggalan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, seorang guru juga perlu memberi pengukuhan yang tinggi dalam sesuatu isi pelajaran yang diajar dan jangan menerima jawapan pelajar tanpa mengujinya terlebih dahulu. Guru juga pelu lebih kerap bersoal jawab dengan pelajar agar pelajar lebih faham dan lebih mengingatinya. Beliau juga berpesan supaya mencuba untuk bercakap dalam Bahasa Arab walaupun dalam bahasa yang mudah difahami. Sebagai tindakan susulan, saya akan lebih memantau para pelajar dan memberi perhatian kepada keseluruhan mereka dengan lebih kerap dan memberi perhatian dari setiap sudut kedudukan pelajar. Seorang guru juga perlu lebih kerap menguji terlebih dahulu jawapan pelajar sebelum mengatakan jawapan tersebut kepada pelajar. Dengan cara ini, guru dapat menguji pemahaman pelajar. Saya juga perlu mencuba untuk berkomunikasi dalam kelas dalam Bahasa Arab yang mudah difaahami oleh pelajar.  Motivasi Guru Pelatih



Sepanjang menjadi seorang guru pelatih banyak perkara dari pelbagai aspek yang mana ianya mengajar saya mengenai banyak perkara. Antaranya ialah pengalaman sebagai guru pelatih telah banyak menjadikan saya lebih semangat untuk memperbaiki mutu pengajaran ke arah yang lebih baik demi membentuk anak – anak didik menjadi menjadi modal insan yang diperlukan oleh masyarakat sekarang. Dengan itu, tugas guru ini merupakan amanah yang besar dan berat yang harus dipikul supaya anak – anak didik menjadi insan yang berguna suatu hai nanti. Melalui latihan mengajar ini juga ianya



banyak mengajar saya supaya berdepan dengan sebarang perkara yang dihadapi



dan



perlu



membuat



keputusan



dengan



menangguhkannya.



 Lampiran Gambar-Gambar Yang Berkaitan



cepat



tanpa



pelu



REFLEKSI BERKAITAN PENYERTAAN DALAM KEGIATAN KO-KURIKULUM DI DALAM ATAU DI LUAR



penyertaan dalam kegiatan ko-kurikulum di dalam atau di luar sekolah Aktiviti ko – kurikulum diadakan pada setiap minggu iaitu pada setiap hari Selasa dan Rabu. Aktiviti ko – kurikulum untuk hari selasa ialah persatuan atau kelab dan akan berselang pada minggu berikutnya untuk perjumpaan sukan dan permainan. Pada hari Rabu, aktivitinya adalah perjumpaan untuk unit beruniform. Setiap guru praktikal telah diberi tugasan sebagai guru pembimbing atau pemantau dalam sesuatu sukan, kelab atau persatuan dan unit beruniform. Bagi kategori sukan saya telah diberi tugasan untuk menguruskan sukan Bola Jaring. Manakala kelab atau persatuan pula, saya telah diarahkan untuk menjadi guru pembimbing bagi Kelab Kebudayaan Warisan dan badan unit beruniform pula saya telah ditugaskan sebagai guru pembimbing Pengakap. Terdapat banyak aktiviti dan program yang telah dijalankan oleh pihak sekolah dan semestinya sebagai guru pembimbing haruslah memantau setiap aktiviti yang telah dijalankan. Selain itu, bagi bidang kelab dan persatuan iaitu Kelab Kebudayaan Warisan pula tidak banyak aktiviti mahupun program yang dijalankan kerana persediaan sukan tahunan peringkat sekolah terpaksa dilalukan. Kelab ini banyak melahirkan pasukan yang menjadi kebanggaan sekolah seperti pasukan nasyid, pasukan nanyian berirama dan banyak lagi. Walaupun, saya tidak mempunyai bakat untuk melatih mereka. akan tetapi saya telah diberi kesempatan untuk melihat latihan pasukan nasyid sekolah membuat latihan. Pasukan nasyid ini telah dilatih atau dipimpin oleh beberapa orang pelajar dari Institusi Perguruan, Guru, Bangi. Di samping itu, sukan juga penting dalam aktiviti kokurikulum. Akan tetapi, sepanjang menjalani praktikal di sekolah ini pasukan Bola Jaring telah dapat mewakili sekolah ke peringkat PPD. Pada setiap petang sepanjang bulan Mac pelajar – pelajar yang terlibat telah membuat latihan sebagai persediaan untuk perlawanan tersebut. Guru – guru pembimbing diminta untuk memantau para pelajar membuat latihan supaya tiada sebarang perkara yang tidak diingini terjadi seperti kecederaan, sakit – sakit dan lain – lain. Dengan itu, guru penyelaras Bola Jaring telah memberi tugasan supaya menjadi guru pengiring semasa hari perlawanan. Akan tetapi, pihak



pentadbiran tidak membenarkan guru praktikal menjadi guru pengiring kerana mungkin tiada pengalaman untuk mengendalikan para pelajar. Pencapaian terhadap kegiatan kokurikulum yang telah dipantau dan dibimbing ialah seperti berikut : Badan Unit Beruniform : Pengakap Seperti yang kita sedia maklum, apabila diberi tugasan dan ianya dikendalikan dengan jayanya, pihak pentadbiran dan guru – guru yang lain telah memberi penghormatan dengan menghargai hasil yang telah dilakukan dengan jayanya dengan hanya ucapan terima kasih. Hal ini berbeza apabila guru praktikal yang mengendalikan sesuatu majlis atau program. Dengan berbekalkan pengalaman yang ada dan bantuan tunjuk ajar daripada guru – guru yang lain ianya akan menjadikan majlis yang dikendalikan berjalan dengan jayanya walaupun terdapat sedikit cacat cela sesuatu program atau majlis itu. Selain itu, ianya dapat dijadikan pengalaman untuk menguruskan sesuatu majlis atau program dengan lebih baik pada masa akan datang. Sukan Tahunan Peringkat Sekolah Bertitik tolak lagi, pencapaian terhadap sukan tahunan peringkat sekolah juga membanggakan. Untuk pengetahuan pihak tuan, tema untuk mascot pada tahun ini ialah bertemakan “ Angry Bird ”. Setiap rumah sukan diwajibkan untuk menyediakan mascot “ Angry Bird ” untuk acara pembarisan. Dengan itu, setiap rumah sukan telah diberi tugasan seperti menguruskan acara pembarisan, makanan, penyediaan mascot dan lain – lain. Saya dan beberapa orang guru bagi rumah sukan kuning ataupun Saidina Al – Umar telah diberi tugasan untuk menyediakan mascot “ Angry Bird ”. Mascot “ Angry Bird ” telah dicipta dan dihias mengikut kreativiti masing – masing. Pencapaian dalam pertandingan mascot ini telah mendapat tempat naib juara. Masalah yang wujud dalam penglibatan kokurikulum ini ialah kehadiran para pelajar ke setiap perjumpaan yang diadakan. Masalah ini telah diatasi oleh guru - guru disiplin dengan meronda ke seluruh bangunan di sekolah untuk memantau pelajar yang ponteng dan tidak hadir



ke perjumpaan yang diadakan. Tindakan disiplin dikenakan ke atas pelajar yang telah ponteng dan juga tidak hadir ke sesi perjumpaan yang telah diadakan. Lampiran Gambar – Gambar Yang Berkaitan :



REFLEKSI BERKAITAN PENGLIBATAN DALAM ASPEK PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN DI DALAM SERTA DI LUAR SEKOLAH



penglibatan dalam aspek pengurusan dan kepimpinan di dalam serta di luar sekolah



Pada 7 April 2015 dan 10 April 2015, Panitian Pendidikan Islam Tingkatan 1 telah menganjurkan program iaitu Progam Latih Amal 2015 yang mana ianya



dibawah



kerjasama



pihak



SMKDABB



dengan



pihak



Institusi



Perguruan (IPG), Bangi. Pihak Panitia Pendidikan Islam telah meminta saya dan rakan – rakan guru praktikal Pendidikan Islam untuk menjadi fasilitator dalam program ini. Antara objrktif bagi program ini adalah untuk Mendedahkan pelajar dengan nilai – nilai



agama Islam, melatih



pelajar untuk solat dengan sempurna dan tertib dan memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan pembinaan sahsiah diri. Program ini melibatkan semua murid daripada Tingkatan 1. Proram ini berlangsung selama dua hari iaitu pada hari Selasa 7 April 2015 melibatkan pelajar tingkatan 1 Ehsan, 1 Fikriah, 1 Gigih dan 1 Harmoni.



Sebelum



aktiviti



dijalankan,



taklimat



dan



pembahagian



kumpulan telah dilakukan. Aktiviti amali ini dijalankan dalam secara berkumpulan atau dinamakan “Explorace”. Antara aktiviti yang dijalankan ialah cara mengambil wudhuk secara teori, wudhuk secara amali, mandi hadas dan solat fardhu (rukun qauli) dan solat fardhu (rukun fi’li). Manakala pada hari Jumaat 10 April 2015 pula melibatkan pelajar Tingkatan I Arif, 1Bestari, I Cerdik dan 1 Dinamik. Selepas aktiviti “explorace” dijalankan bagi kumpulan ini, sesi muhasabah diri yang disampaikan oleh wakil daripada pelajar IPG, Bangi. Selain itu, guru – guru pelatih juga diminta untuk mengikuti sesi mesyuarat yang telah dijalankan oleh pihak sekolah. Pada minggu ketiga ini merupakan minggu yang agak sibuk



kerana boleh dikatakan setiap hari terlibat dengan mesyuarat. Pada hari Isnin merupakan mesyuarat pengurusan aset yang telah disampaikan oleh wakil dari KPM. Mesyuarat bermula setelah selesai waktu persekolahan dan selesai pada jam 4 petang. Pada hari Selasa pula telah diadakan mesyuarat untuk penganjuran pesta pantun peringkat daerah Sepang. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abu Bakar Baginda telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi pertandingan tersebut. Seterusnya, pada hari Rabu pula merupakan mesyuarat kurikulum dan juga mesyuarat guru. Kedua – dua mesyuarat ini diadakan sekali dan melibatkan pelbagai agenda atau isu. Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh puan pengetua iaitu Puan Hajah Hamidah Binti Said. Semasa mesyuarat tersebut, terdapat permintaan daripada guru – guru untuk berkenalan dengan guru – guru praktikal. Pada hari Sabtu telah diadakan Latihan dalam perkhidmatan (LADAP). Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Terdapat dua sesi semasa LADAP tersebut berlangsung. Untuk sesi pertama, taklimat berkaitan dengan kajian penyelidikan tindakan telah disampaikan oleh pensyarah Institut Perguruan Pendidikan Islam, Bangi. Beliau telah memberikan maklumat kepada semua guru mengenai kajian tindakan yang sepatutnya dijalankan oleh guru iaitu untuk mengesan dan meningkatkan kualiti dalam amalan pendidikan. Untuk sesi kedua, aktivitinya adalah secara santai dan bertujuan untuk membentuk jalinan kekeluargaan dalam kalangan guru di SMKDABB. Pada hari Khamis 30 April 2015, telah diadakan mesyuarat sempena program yang akan diadakan pada hari Sabtu iaitu Program Bumi Hijau. Program Bumi Hijau ini merupakan aktiviti gotong – royong menanam pokok di sekitar kawasan sekolah. Program ini merupakan program kerjasama antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan SMKDABB. Pada hari Sabtu 2 Mei 2015, program Bumi Hijau untuk aktiviti bergotong – royong telah diadakan. Guru – guru praktikal terlibat dengan aktiviti menanam pokok bunga di sekitar kawasan yang terlibat. Murid – murid juga turut terlibat membantu para guru untuk aktiviti tersebut. Aktiviti gotong – royong itu bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Pada hari Khamis 7 Mei 2015, kejohanan sukan tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abu Bakar Baginda (SMKDABB) telah diadakan di Institut Penilaian Negara (INSPEN) Putrajaya Presint 14. Kejohanan sukan sekolah tersebut bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir



pada jam 1.30 tengah hari. Kebanyakannya terdiri daripada acara padang dan pemenang bagi kejohanan sukan tahunan sekolah pada kali ini dimenangi oleh rumah merah. Selain itu juga, semua guru pelatih telah diberi tugasan untuk menyiapkan lukisan dinding. Semua guru pelatih telah diberikan tempat yang perlu disiapkan. Lukisan dinding ini dilakukan sebagai kenangan dan tanda ingatan bahawa guru – guru pelatih telah menjalani latihan mengajar di sekolah tersebut. Lukisan dinding ini dijalankan secara berpasangan bagi memudahkan kerja – kerja lukisan dinding ini dilakukan. Lukisan dinding yang telah saya dan pasangan saya lakukan ialah berkaitan dengan pemandangan semula jadi seperti pokok – pokok, langit dan lain – lain.



Pada setiap hari setiap minggu pada sesi persekolahan, guru pelatih juga diminta mengganti mana – mana guru yang tidak menghadirkan diri ke sekolah ataupun terlibat dengan aktiviti luar. Kelas yang diberikan adalah mengikut yang telah disediakan untuk para guru. Saya perlu memastikan kelas yang diganti berada dalam keadaan baik dan meminta pelajar menyelesaikan kerja yang telah ditinggalkan oleh guru mata pelajaran sebaik mungkin. Selain itu, pada 18 Mei 2015 SMKDABB telah menjalankan sambutan hari guru peringkat sekolah. Terdapat banyak program yang telah dijalankan antaranya ialah sukaneka bersama guru – guru, persembahan daripada pelajar dan tidak dilupakan persembahan daripada guru – guru pelatih. Manakala, pada 23 Mei 2015 juga telah diadakan majlis sambutan hari guru peringkat daerah Sepang. Antara aktiviti yang diadakan ialah perlawanan sukaneka antara daerah tersebut, persembahan lagu guru iaitu daripada gabungan sekolah – sekolah dan sebagainya.



 Lampiran Gambar – Gambar Yang Berkaitan : Program Latih Amali 2015 :



Penutup



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana telah menamatkan latihan mengajar dengan jayanya. Sepanjang hampir 14 minggu berada di SMKDABB banyak pengalaman yang telah diambil semasa menjalankan latihan mengajar ini walaupun terdapat pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi sebagai guru pelatih di SMKDABB. Namun, cabaran dan dugaan inilah telah menyuntik semangat yang jitu dalam diri saya untuk terus memperbaiki diri ke arah yang lebih baik apabila bergelar sebagai guru kelak. Sebagai kesimpulannya, sebagai seorang guru pelatih haruslah bijak mengambil peluang dan pengalaman yang telah diberikan sepanjang tempoh latihan mengajar ini. Seperti yang kita ketahui, tugas seorang guru bukanlah semudah yang disangkakan. Sebagai seorang guru juga haruslah bijak dalam mengatur dan merancang langkah dan strategi yang berkesan ke arah menjadikan pelajar – pelajar sebagai seorang insan yang berguna



pada masa akan datang. Guru merupakan cahaya kepada anak – anak didiknya dikala gelap. Ilmu – ilmu yang disampaikan merupakan cahaya dan panduan untuk terus mencapai kejayaan yang diimpikan oleh setiap pelajar.