Sony Full Complete (1) Report [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

BAB 1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI DAN ORGANISASI



1



1.1 Pengenalan



Latihan industri adalah salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum melaksanakan setiap individu pelajar itu sendiri untuk dianugerahkan sijil atau diploma. Setiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum dibenarkan memasuki semester berikutnya. Pada umumnya, latihan industri telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia supaya dapat memberi suatu pengalaman dan para pelajar menimba pengalaman sebaik mungkin semasa berada di alam pekerjaan.



Latihan Industri ini diwajibkan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti sijil bagi semester 3 dan mengikuti diploma untuk semester 4. Pelajar-pelajar yang terlibat akan menjalani latihan ini dalam jangka masa lima ataupun enam bulan iaitu satu semester.



Pihak politeknik menempatkan palajar-palajar ke tempat yang sesuai dengan kursus yang diikuti di politeknik akan cuba iaitu sama ada ke organisasi kerajaan mahupun swasta. Setiap pelajar perlu menggunakan kesempatan yang ada untuk mempelajari sesuatu ilmu yang baru dan belajar menyesuaikan diri dalam suasana pekerjaan yang mungkin berbeza dari dihajati.



Selain itu, para pelajar juga perlu lulus dalam modul softskills sebagai syarat menyertai progam ini. Ia juga boleh dikatakan sebagai pelengkap kepada proses pembelajaran kerana seorang pelajar politeknik perlu mahir dari segi teori dan amali. Melalui program ini, pelajar akan dapat memperkembang dan meningkatkan



2



lagi kemahiran-kemahiran yang sedia ada. Secara tidak langsung, para pelajar akan dapat memperbaiki segala kelemahan yang ada pada diri kerana mereka akan di didik dan mendapat tunjuk ajar daripada pihak organisasi untuk bekerja



1.2 Objektif latihan industri



Tujuan utama Latihan Industri adalah untuk menambah pengalaman para pelajar dari pelbagai aspek termasuk bidang yang diceburi. Selain itu, pelajar dapat membina personaliti individu di dalam proses membuat kerja kerana hasil kerja yang di lakukan melambangkan sifat di dalam diri seseorang. Secara tidak langsung member peluang kepada pelajar untuk memahami aspek pengurusan dan berkomunikasi antara kakitangan dalam pelbagai bidang. Di antara objektif lain adalah: 1. Latihan ini adalah salah satu daripada syarat yang diwajibkan kepada setiap pelajar politeknik bagi melayakkan diri mereka untuk mendapatkan sijil ataupun diploma. 2. Latihan ini juga adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang alam pekerjaan yang sebenar disamping menimba pengalaman bekerja. 3. Ketika menjalani latihan ini juga, para pelajar dapat menanam serta memupuk semangat kerja berpasukan dan dapat menjalinkan hubungan baik antara pelajar dengan pekerja serta majikan. 4. Pelajar dapat mengaitkan segala apa yang dipelajari secara teori dan dipraktikalkan dengan sebaik mungkin dan ini akan membuatkan pelajar lebih memahami sesuatu perkara itu dengan lebih mendalam lagi. 5. Memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari pengatahuan dan pengalaman yang tidak terdapat dalam pembelajaran. 6. Pelajar dilatih supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh majikan dan ini akan membentuk disiplin dalam diri pelajar agar sentiasa menjaga disiplin terutamanya dalam disiplin kerja.



3



7. Latihan industri ini juga dapat membina keyakinan diri pelajar dalam melakukan sesuatu kerja. 8. Selain itu sifat amanah dan bertanggunjawab dapat disemaikan pada pelajar. 9. Mengaitkan teori kepada praktis yang sebenar bagi menambahkan lagi pengetahuan yang lebih berkesan. 10. Melatih pelajar mengikut segala peraturan dan disiplin yang ditetapkan bagi membolehkan pelajar memahami etika kerja yang sebenar disamping dapat membentuk keperibadiaan yang tinggi. 11. Dapat menyediakan sebuah laporan setelah tamat latihan dengan lengkap agar dapat dijadikan rujukan atau panduan dalam kerjaya kelak.



1.3 Objektif laporan latihan industri



Laporan Latihan Industri ini di taip mengikut format yang telah diselaraskan kepada semua pelajar seperti di dalam Buku Garis Panduan Latihan Industri. Laporan ini mengandungi segala proses-proses gerak kerja yang telah dilakukan oleh pelajar di organisai terbabit. Antara objektif utamanya adalah: 1. Membolehkan pihak politeknik menilai pencapaian pelajar dalam latihan industri. 2. Menjadikan bukti kepada latihan yang telah diikuti. 3. Mencatatkan segala pengetahuan dan pengalaman yang dibelajari dalam latihan industri 4. Mendokumentasikan aktiviti-aktiviti pelajar sepanjang latihan industri. 5. Melatih pelajar menhasilkan satu laporan yang bersistematik. 6. Menjadi panduan pada masa depan. 7. Melatih pelajar menggunakan komputer untuk menulis serta menyediakan laporan. 8. Sebagai cacatan mengenai segala maklumat baru atau penting yang diperolehi.



4



1.4 Kepentingan Latihan Industri



Latihan industri adalah sangat penting kepada para pelajar kerana dengan adanya pengalaman kerja, maka para pelajar akan berasa sangat



senang



apabila mengikuti pengajaran yang akan diadakan pada semester yang seterusnya. Semasa menjalani latihan industri, para pelajar akan dilatih untuk mempelajari cara-cara menerima arahan dan melaksanakan arahan yang diamanahkan kepada dirinya. Kecekapan menerima dan melaksanakan arahan merupakan prinsip kerja yang sangat penting dan perlu diamalkan oleh setiap pekerja untuk menyelesaikan kerja dengan sempurna dan cepat.



Selain itu, latihan industri juga dapat melatih para pelajar untuk mengamalkan



sikap



berdikari,



bertanggungjawab,



hormat-menghormati,



keyakinan diri, kesabaran, ketabahan serta kerjasama dengan pekerja lain dalam suatu alam pekerjaan yang sama. Sikap-sikap tersebut dapat dijadikan sebagai amalan hidup yang baik untuk memperbaiki diri kita.



Dalam latihan industri, para pelajar akan menemui ilmu-ilmu yang baru dan cuba belajar untuk menyesuaikan diri dengan suasana pekerjaan yang mungkin berbeza dengan alam pelajaran. Dengan adanya pengetahuan dan pengalaman yang lebih mendalam, maka masa depan untuk para pelajar akan terjamin terutamanya apabila keluar dari alam pelajaran dan seterusnya masuk ke alam pekerjaan.



5



Melalui ilmu-ilmu baru yang telah pelajari dan latihan yang diperolehi semasa latihan industri, ia boleh membantu kita dalam melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan berkesan apabila balik dari latihan industri mahupun bekerja di masyarakat pada masa depan yang akan datang nanti.



Secara



kesimpulannya, latihan industri sebenarnya boleh menguji



ketabahan, kesabaran, amanah, kecekapan dan sebagainya terhadap seseorang pelajar. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari ilmu-ilmu baru yang lebih luas dan lain-lain lagi yang merupakan satu pengalaman penting yang amat berguna untuk kita apabila hendak memohon kerja selepas menamatkan pengajian.



1.5 Penyusunan Laporan Latihan Idustri



Laporan Latihan Industri (LLI) saya telah disediakan dengan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Piawaian yang ditetapkan tersebut dapat memberi satu panduan yang baik kepada seseorang pelajar untuk menyusun laporannya dalam keadaan yang teratur dan bersistematik. Piawaian ini juga melatih pelajar supaya berupaya untuk mengikut arahan-arahan yang telah ditetapkan dan memenuhi kehendak-kehendak sesebuah institusi.



Sebuah laporan yang lengkap boleh dibahagikan kepada tiga bahagian yang penting iaitu bahan hadapan, bahan laporan dan bahan belakang. Tiap-tiap bahagian tersebut mempunyai piawaian-piawaian yang telah ditetapkan.



Bahagian bahan hadapan merangkumi tajuk-tajuk yang disusun mengikut turutan yang ditunjukkan seperti di bawah:-



6



i.



Kulit laporan



ii. Surat tamat latihan industri iii. Perakuan iv. Dedikasi v. Penghargaan vi. Jadual kandungan vii. Senarai rajah viii. Senarai lampiran



Bahagian yang seterusnya adalah bahagian bahan laporan yang disusun dalam tajuk-tajuk seperti di bawah:-



i.



Pengenalan



ii. Latarbelakang Firma iii. Jadual Aktiviti Latihan Industri iv. Kandungan Teknikal (Dalam berbagai BAB) v. Kesimpulan vi. Saranan dan cadangan vii. Rujukan



Akhirnya, bahagian yang terakhir ialah bahagian Bahan Belakang yang mengandungi tajuk-tajuk seperti berikut:-



i.



Rujukan



ii.



Lampiran



1.6 Sejarah penubuhan organisasi



7



Pada awal, SONY Corporation ditubuhkan dengan gelaran nama Tokyo Comunication Research Institute atau dengan nama Totsuka. Syarikat ini telah ditubuhkan oleh seorang rakyat Jepun sendiri yang bernama MASARU IBUKA. Beliau telah menubuhkan syarikat Totsuka pada masa kejatuhan Jepun dalam perang dunia kedua iaitu lapan belas hari selepas pengunduran tentera Jepun dari perang dunia kedua pada tahun 1946.



AKIO MORITA yang mana sebelum ini, berkerja secara sambilan dengan Totsuka akhirnya mengambil keputusan untuk menyertai Totsuka dengan sepenuh masa setelah beliau berhenti menjadi pensyarah disebuah University di Tokyo, iaitu Tokyo Tecnical University (Tokyo Kodai). Pada masa ini beliau telah memegang jawatan sebagai pengarah urusan (Managing Director).



Rajah1.2.1 Gambar pengasas SONY



Memandangkan barangan keluaran Totsuka mendapat tempat di pasaran U.S.A, MASARU IBUKA dan AKIO MORITA berhasrat menggunakan satu nama baru bagi mengantikan nama lama iaitu Totsuka. Pada tahun 1958 nama ‘SONNY’ diambil dari satu perkataan SONUS yang mempunyai maksud tersendiri dalam bahasa Jepun. Namun begitu di dalam Romanisma bahasa Jepun, perkataan SONNY disebut sebagai SOHN – NEE. Perkataan ini membawa maksud kerugian. Sehubungan dengan itu ianya menjadi satu masalah kepada mereka dan pada akhirnya mereka terus mengambil keputusan untuk menggugurkan satu daripada huruf ‘N’ di dalam perkataan tersebut. Ianya lebih bermaksud kepada bunyi atau audio. Sehubungan dengan itu, terhasillah satu perkataan yang begitu terkenal sehingga kini iaitu SONY.



8



1.7 Sejarah bagi SONY COPERATION



Dibuka pada



: May 1946



Pengasas



: -Masaru Ibuka -Akio Morita



Pengerusi



:



Nario Ohga



Pekerja



: 110,000



Kewangan



:



US$8 billion



SONY CORPORATION mempunyai lebih kurang 110,000 orang pekerja di seluruh dunia. Ia berpusat di Sony Headquater yang berlokasi di Jepun. Anak-anak syarikat termasuk di USA, Indonesia, Eropah dan banyak tempat lagi. Setelah mengharungi berbagai rintangan, SONY Coperation telah mengembangkan sayapnya selaku peneraju bidang elektronik audio ke beberapa buah negara. Antara cawangan yang telah ditubuhkan di bawah SONY Coperation ialah :-



EROPAH -



Sony Europe G.M.B.H



-



Sony Distribution Centre (europe) B.V



-



DADC Austria Ges.M.B.H



-



Sony (U.K) Ltd. TV Europe



-



Sony France S.A



AMERIKA UTARA -



Sony Corporation of Amerika



-



Sony Magnetic Products Inc. of Amerika (S.P.M.A)



-



Sony of Canada



9



TIMUR TENGAH -



Sony Saudi Arabian Company Ltd



-



Sony Gulf Co



ASIA -



Sony Singapore Pte Ltd



-



Korea Toyo Radio Co. Ltd



-



Sony Thai Co. Ltd



-



Sony Corporation of Hong Kong Limited



-



Sony Video Taiwan Co. Ltd



-



Sony TV Industries (M) Sdn. Bhd



-



Sony (Malaysia) Sales and Service Sdn. Bhd



-



Sony Electronic (M) Sdn. Bhd



-



Sony Mechatronics Products (M) Sdn. Bhd



1.8 Penubuhan SONY ELEKTRONIK MALAYSIA



Sony Elektronik Malaysia (SEM) adalah salah satu anak syarikat Sony Corporation yang menjalankan pengeluaran bagi barang audionya di Malaysia. Pada tanggal 15 JAN 1987, SEM telah memulakan operasinya di Malaysia dibawah naungan ‘Sony Coperation’.



Pada peringkat awal SEM memulakan operasinya hanya pada bahagian GA sahaja dengan ukuran keluasan 27758M2. Setelah memulakan operasinya dalam satu jangka masa yang agak singkat SEM telah memperluaskan lagi pengoperasiannya dengan menambahkan satu lagi bahagian utamanya yang dikenali sebagai 1B iaitu bahagian pengeluaran set HI – FI. Perluasan ini adalah disebabkan oleh salah satu



10



faktor yang utama iaitu kos pengoperasiannya dan tenaga kerja yang agak sederhana.



Perluasan ini telah dimulakan pada 16 MAC 1990. Berikutan dengan perluasan ini, pada 20 julai 1991 secara rasminya SONY Malaysia telah memulakan pengoperasiannya dengan secara meyeluruh di Malaysia dengan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Mahathir b. Mohammad selaku Perdana Menteri Malaysia.



Diantara syarikat-syarikat SONY yang terdapat di Malaysia adalah seperti berikut :i.



SONY ELEKTRONIK ( M ) SDN. BHD.



ii.



SONY MEKATRONIK ( M ) SDN.BHD.



iii.



SONY SALE AND SERVICE ( M ) SDN.BHD.



iv.



SONY LOGISTIK ( M ) SDN.BHD.



v.



SONY TELEVISION ( M ) SDN.BHD.



vi.



SONY VIDEO ( M ) SDN.BHD.



1.9 Ringkasan kejayaan SONY



TAHUN



BULAN KEJAYAAN



1946



Mei



1950



Jan



1954



April



1955



Jun



1957



Feb



Jenama Sony diperkenalkan oleh Masaru Ibuka Memperkenalkan perakam kaset magnetik pertama bagi keluaran Jepun. Mencipta transistor pertama. Memperkenalkan radio transistor pertama di Jepun (Model TR-55) Pertama kali di dunia sebuah radio transistor telah 11



berjaya dipasarkan. 1960



Jan



1962



Mei



1964



Ogos



Sebuah televsion set transistor pertama di dunia telah berjaya dihasilkan. Mengelurkan set television sepenuhnya yang terkecil dan teringan. Menghasilkan radio litar bersepadu (IC) untuk pasaran antarabangsa. Mengeluarkan perakam video untuk kegunaan rumah



1965



Nov



yang pertama di dunia. Television trinitron yang pertama di dunia bagi



1968



Mei



1970



Jun



Menubuhkan Plant Inchinomiya



1972



Feb



Menubuhkan Plant San Diego



television warna.



Menerima anugerah television terbaik oleh american 1973



July



academy of art and scinece kerana teknologi trinitronnya. Video keset yang menggunakan teknologi Betamex



1975



Sep



untuk kegunaan rumah telah berjaya dipasarkan dan menubuhkan SONY WEGA PRODUCTION di German barat.



1979



Dis



1980



Okt



1982



Mac



1983



April



1984



Jan



Memperkenalkan walkman. Menubuhkan SONY AMAZONIA Ltd. Di brazil untuk penyelidikan aplikasi laser. Memperkenalkan compect disk yang pertama di dunia untuk kegunaan rumah. Menubuhkan DIGITAL AUDIO DISC CORPORATION bagi keluaran CD di America Syarikat. Menubuhkan SONY TOYO AUDIO (M) bagi



12



pengeluaran pemain CD. Menghasilkan sebuah video commander yang terkecil dan bersiaz 18mm. 1985



July



Menubuhkan SONY MAGNETIC CORPORATION di 1987



Ogos



Thailand dan SONY ELECTRONIC MALAYSIA di Malaysia.



1990



April



Memperkenalkan Data Discman



1996



Mei



Memyambut Ulang Tahun ke 50 tahun penubuhannya



1999



Okt



Sony Corporation kehilangan pengasasnya iaitu Mr. Akio Morita.



1.10 Ringkasan kejayaan SONY ELEKTRONIK MALAYSIA



1987



Jan



Melantik En. Murai sebagai pengarah urusan.



Mei



Perjanjian pembelian tanah



Ogos



Majlis pecah tanah telah diadakan



Mac



Segala kelengkapan kilang telah siap.. Majlis perasmian bangunan kilang.



April



Penjualan pertama (CFS – 1000S) untuk kawasan di sekitar Asia.



1988 Jun



Perjanjian dengan CSA telah termeterai.



July



Perjanjian dengan Ultelah termeterai.



Dec



Operasi shift kedua bermula.



13



Mei



telah diterima.



1989 Ogos



1990



1991



Majlis pecah tanah bagi satu lagi bahagian dalam SONY telah berlangsung.



Oct



Menerima lesen bagi BEAB



Mac



Bahagian 1B telah siap dengan sepenuhnya.



April



Permulaan dalam pengeluaran HI-FI.



Mei



Anugerah ZD (Zero Defect) diterima.



Feb



Upacara pencapaian 10 juta set untuk GA.



April



Upacara pencapaian 1 juta set HI-FI.



July



Jan 1992



Anugerah pencapaian pengeluaran bagi tahun 1988



Ogos Sept



Feb Mac



1993



Upacara pembukaan secara rasmi SONY Elektronik Malaysia yang dirasmikan oleh Perdana Menteri. Anugerah presiden 1991 diterima (Kumpulan Audio Penang) Operasi STREAM bermula. Memenangi pertandingan kecantikan kilang diperingkat negeri pulau pinang Majlis meraikan set hi – fi yang kelima juta telah dilangsungkan. Menerima anugerah iso9002



Pengeluaran discman telah bermula. Jun July



1994



Feb



Memindahkan semula operasi penghantaran ke SLM ( SONY Logistik Malaysia ) Pengeluaran walkman bermula.



14



Jun



Dec



Menerima anugerah yang pertama bagi kempen menjaga alam sekitar. Majlis meraikan set hi – fi yang ke 10 juta telah berlangsung. Penggabungan tiga Syarikat Sony di utara tanah air



1998



Mac



dibawah satu mana iaitu SONY ELECTRONIK(M) Sdn.Bhd. Penggabungan buat kali kedua bagi cawangan selatan



2004



Mei



dan utara dibawah satu nama iaitu SONY EMCS (MALAYSIA SDN. BHD.



1.11 Profil SONY ELEKTRONIK MALAYSIA



Permulaan pengeluaran



:



11 April 1988



Modal saham



:



RM 40,000,000.00



Jumlah pelaburan



:



RM 350,999,000.00



Pemegang stok



:



Sony Corporation (76.7%) Sony International (S) PTE. LTD (23.3%)



Pekerja



:



6,000 orang



Keluasan tempat



:



101,000 meter persegi



Pembinaan tempat



:



54,000 meter persegi



Keluaran



:



Pemaian CD, Perakam Radio Kaset, Sistem HIFI, Discman, VCD dan komponen



Kapasiti keluaran audio



:



29,765,000 set keluaran Mekanisme 15



40,227,000 dek mekanikal Destinasi



:



USA 40%, EUROPE 30%, Lain-lain 30%



Rajah 1.2.2 Gambar pandangan atas SONY EMCS (M) Sdn. Bhd.



1.12 Matlamat syarikat



i.



Menghasilkan pengeluaran audio yang bermutu tinggi untuk dieksport keluar negara.



ii.



Mengeluarakan barangan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan murah dan menjimatkan.



iii.



Menubuhkan syarikat yang berjaya dengan bantuan teknologi dan nasihat dari Sony Corporation Jepun.



iv.



Melatih dan memajukan tenaga teknik dan pengurusan tempatan supaya syarikat ini dapat dikendalikan dengan baik dan bebas.



v.



Menubuhkan sistem Maklumat Pengurusan yang lengkap untuk penempatan penyata dan keputusan.



1.13 Kemudahan yang disediakan untuk pekerja SOEM



i.



Setiap pekerja yang baru akan dibekalkan dengan pakaian seragam dua helai dan kasut dua pasang secara percuma. Setiap pekerja akan menerima pakaian tersebut pada hari pertama selepas mereka mendaftarkan diri untuk berkhidmat dengan Sony dan mereka haruslah memulangkan pakaian tersebut apabila meletakkan jawatan mereka sebagai pekerja SOEM.



ii.



Syarikat Sony juga menyediakan perkhidmatan bas kilang dan van untuk mengangkut pekerja berulang-alik semasa bekerja



16



iii.



Syarikat juga menawarkan rawatan perubatan percuma di klinikklinik swasta yang dipilih oleh syarikat dimana klinik-klinik tersebut dipilih di kawasan tempat paling ramai pekerja Sony tinggal. Pihak syarikat juga akan membiayai segala perbelanjaan perubatan seperti tertulis di atas resit dari klinik swasta.



iv.



Kemudahan-kemudahan yang lain juga disediakan untuk pekerja seperti berikut : •



Kemudahan Kafeteria 1A dan 1B







Almari peribadi untuk setiap pekerja







Kemudahan S’coop







Tempat beristirehat (rest area)







Skim pembelian barangan Sony (PBS)







Surau lelaki dan perempuan







Lawatan dan perbelanjaan kematian serta cuti ehsan







Rekreasi seperti bola tampar, bola sepak, ping pong, tenis dan lain-lain lagi.



v.



Jamuan tahunan Sony yang diadakan setiap tahun.



vi.



Hari keluarga Sony.



vii.



Sukan tertutup antara pekerja Sony



1.14 Organisasi kilang SOEM



BAHAGIAN KAWALAN DAN PERANCANGAN



BAHAGIAN PROCUREMENT



BAHAGIAN PENTADBIRAN



17



BAHAGIAN KEJURUTERAAN



BAHAGIAN KEWANGAN



BAHAGIAN KEJURUTERAAN INDUSTRI



BAHAGIAN PENGELUARAN



BAHAGIAN KAWALAN MUTU



Pengeluaran merupakan faktor perkembangan yang penting bagi SOEM maka bantuan



daripada



jabatan-jabatan yang



lain untuk



menentukan



pengeluaran yang tinggi dan bermutu adalah amat penting.



daya SOEM



mengamalkan konsep pengeluaran yang berperingkat, supaya pengurusan yang cekap serta membuat penyusunan yang teliti supaya jaminan barangan



18



keluaran yang berkualiti dan dapat mencapai matlamat seperti yang dicadangkan oleh syarikat.



Matlamat organisasi ini adalah untuk menlancarkan lagi pengurusan syarikat. Pihak pengurusan pengeluaran akan mengatur semula susunan organisasi mengikut perubahan pengeluaran dari masa ke semasa.



Tujuan utama



susunan ini adalah untuk memajukan operasi syarikat SOEM.







BAHAGIAN PENTADBIRAN



Jabatan ini bertanggungjawab ke atas sistem pentadbiran yang sempurna disusun untuk melicinkan tugas pada setiap bahagian.



SOEM juga



mengamalkan pengurusan yang cekap dan berkualiti untuk meningkatkan produktivi.



Secara umunnya bahagian ini dipanggil jabatan perjawatan.



Jabatan



perjawatan ini bertanggungjawab untuk menguruskan pengambilan pekerja, urusan dengan kontraktor yang memberi tenaga pekerja dan memilih pekerja yang berkelulusan dengan kerja yang dilakukan. Ia juga memastikan bahawa tenaga kerja yang mencukupi untuk melakukan kerja-kerja.







BAHAGIAN PROCUREMENT



I.Q.C - bahagian ini bertanggungjawab untuk memeriksa bahan mentah yang dihantar kepada kilang SOEM dalam kualiti yang baik. Ia juga mempunyai satu speksifikasi terhadap bahan mentah yang digunakan.



19



Stor Cork



-



jabatan ini bertugas dalam pemberian stok pembekal yang



disimpan dan disenggarakan dalam kilang.



Kawalan Procurement - bertugas untuk mengawal kos model, kos pembelian dan kesemua bahan yang berkaitan.



Sourcing - jabatan ini bertanggungjawab untuk mencari pembekal yang baik untuk mendapat bahan yang berkualiti dan mempunyai harga yang berpatutan.



Expediting



-



jabatan



ini



bertanggungjawab



untuk



menempah,



mempercepatkan penghantaran bahan yang dihantar. Ia juga menentukan kualiti dan kuantiti bahan diterima pada masa yang tepat.



Kawalan Bahan



-



jabatan ini bertugas menyenggarkan kawalan stok,



memberi dan menyediakan bahan kepada pengeluar serta penjaga stok.







BAHAGIAN KAWALAN DAN PERANCANGAN



Kawalan Pengeluaran - bahagian ini bertanggungjawab untuk merancang aktiviti-aktiviti pengeluaran barangan dalam di atas permintaan daripada pelanggan. Mereka akan menyediakan jadual yang dipanggil MPP (Monthly



20



Production Plan) dan jadual perkapalan untuk menghantar barangan yang telah siap diproses untuk eksport ke luar negara.



Perancangan Perniagaan - bahagian ini bertanggungjawab untuk mengurus dan merancang seluruh perniagaan yang telah dijalankan dalam kilang ini.



Jabatan Perkapalan



-



jabatan ini bertugas untuk mengendalikan semua



barangan yang telah dikeluar oleh bahagian pengeluaran. Barangan-barangan perlu melalui pemeriksaan oleh QC sebelum dihantar ke luar negeri atau negara.







BAHAGIAN KEWANGAN



Jabatan Kos - jabatan ini bertanggungjawab untuk mengemaskinikan akaun kos syarikat dan kos stok syarikat serta pembiayian yang diperlukan pada masa yang akan datang.



Jabatan Akaun - jabatan ini bertanggungjawab untuk menyenggara akaun penuh syarikat termasuk semua urusan yang berkaitan dengan kewangan syarikat. Mereka juga akan mengkaji tahap kewangan syarikat dari masa ke semasa.



E.D.P - tugas bahagian ini adalah menguruskan fungsi proses data syarikat.







BAHAGIAN KEJURUTERAAN (ENGINEERING)



21



Jabatan Kejuruteraan Alat (Maintanance)



-



Menganalisa dan mengatasi



masalah alat-alat pengeluaran, menyokong kepada I.Q.C. dan para pembekal. Proses pemindahan alat-alat juga diluluskan oleh jabatan ini.



Jabatan Pengeluaran



-



Mengendalikan tugas-tugas teknikal termasuk



melakar pelan, menentukan spesifikasi dan mengatasi masalah-masalah pengeluaran.



Kejuruteraan Industri (Industrial Engineering)



-



Bertanggugjawab untuk



menyusun pengeluaran, proses kemajuan, kajian masa, penyusunan kilang, perancangan tenaga kerja pengeluaran dan penyediaan waktu penentu pengeluaran.



Kejuruteraan Pembuatan (Manufacturing Engineering) -Bertanggungjawab mengendalikan rekaan alat-alat, jigs, kelengkapan dan proses mesin dalam barisan pengeluaran.



Jabatan Penyenggaran (Facilities) - Mengendalikan perancangan menyusun rapi kelengkapan kilang, menjaga kebersihan dan keselamatan serta kerja am syarikat.







BAHAGIAN PENGELUARAN (PRODUCTION)



Auto Insertion (Jabatan Penyelitan Automatik) - Jabatan ini menceburi dalam proses-proses automatik dan teknologi terbaru dalam bidang pengeluaran.



22



Jabatan Pengeluaran - Bahagian ini mengendalikan semua aktiviti-aktiviti pengeluaran syarikat. Jabatan ini sebagai kuasa dalam perkembangan kilang di mana ia bergantung kepada daya dan mutu pengeluaran. Oleh itu, adalah mustahak bagi semua jabatan untuk memberi sokongan penuh supaya proses pengeluaran dapat berjalan dengan lancar dan rapi.



BAHAGIAN KAWALAN KUALITI







Jabatan Kawalan Kualiti ( Quality Control ) - Jabatan ini bertugas memeriksa, menyelidik dan memastikan pengeluaran selalunya bermutu tinggi. Kualiti pengeluaran merangkumi beberapa aspek termasuk reka bentuk, suara dan operasi.



Perancangan Sistem Kualiti



-



Jabatan ini bertanggungjawab memajukan



sistem pemeriksaan dan dokumentasi serta menyelenggarakan sistem penempahan tapak ujian.



Perancangan Sistem



-



Bahagian ini bertanggangjawab menyokong reka



bentuk sistem semua aktiviti projek,



menjayakan peraturan dan tatacara



operasi tugas.







QUALITY CONTROL( QC )



Tugas utama bahagian QC ialah memeriksa, menyelidik dan memastikan pengeluaran adalah bermutu tinggi dan berada dalam keadaan yang sempurna sebelum diedarkan ke pasaran.



23



QC dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu:



a



Quality Assurance( QA) - Melakukan pelbagai ujian untuk memastikan pengeluaran adalah dalam keadaan sernpurna.



-



Memastikan rekabentuk yang berkualiti daripada pengeluaran dan mengesan potential defect yang disebabkan oleh pertukaran proses, rekaan dan kegunaan bahagian.



b. Quality Control( QC) -



Melaksanakan inspection harian dan membuat cadangan atau pemandangan pada lot pengeluaran.



c. Product Safety (PS )



-



Menjamin keselamatan barang pengeluaran. Pastikan dan 'Follow-up' semua proses keselamatan dalaman ( Internal Safety ).



d. Quality System Planning ( QSP) -Merancang, Simulate, pengenalan dan Follow-up sistem QC untuk mencapai cabaran Zero Defect. - Mengasaskan peraturan dan standard. - Mengawal budget daripada bagagian QC. - Menentukan setiap fungsi pekerjaan pada bahagian QC.







P.Q.A. (PART QUALITY ASSURANCE)



24



Bahagian ini bertanggungjawab untuk memastikan bahagian-bahagian atau barangan yang tiba di stor mempunyai mutu yang baik dan menganalisakan semuanya mengikut peraturan mutu yang telah ditetapkan. Jika di Assembly menghadapi masalah dengan pemasangan set-set yang berkaitan dengan barangan bekalan dari stor maka jabatan inilah yang bertanggungjawab sepenuhnya.



1.15 Carta Organisasi Production Line. General foreman



Engineer



Foreman



Technician



Line Leader



25



Utility Operator



Operator



1.16 Tugas bagi setiap pekerja.



1.16.1 General Foreman



1) Merupakan ketua kepada semua Foreman.



2) Setiap General Foreman akan diarahkan untuk menjaga beberapa barisan (line) 3) Sentiasa menjalankan langkah-langkah untuk meningkatkan kualiti dan aktiviti supaya mencapai sasaran yang ditetapkan.



26



4) Selain itu, dia juga melatih dan mengajar orang bawahannya untuk mencapai sasaran kualiti mengikut arahan sebagaimana yang terdapat dalam sistem kualiti pengeluaran. 5)



Mengesahkan dokumen kualiti diantara bahagian.



1.16.2 Engineer



1)



Menolong atau menyokong General foreman secara teknikal supaya dapat mencapai kualiti dan aktiviti yang telah dirancangkan.



2) Dari semasa ke semasa, dia akan support line dan membuat analisa untuk meningkatkan kualiti pengeluaran.



3) Berusaha untuk mengurangkan reject di line dan sentiasa follow up aktiviti berkaitan kualiti yang mana difikirkan perlu.



1.16.3 Foreman 1) Ketua bagi line yang dijaganya.



2) Pengurusan line umpamanya mengawal line agar keluaran set adalah ditahap maksimum. Manakala reject set adalah yang minimum.



3) Memberikan nasihat dan menyelesaikan masalah line leader, utility operator dan technician. 4) Memeriksa kedatangan orang baru terutama sekali operator serta mengkaji dan meluluskan sebarang permohonan untuk mendapatkan cuti bagi operator.



27



5) Menyusun data-data dan fail yang digunakan serta menulis laporan harian dan mingguan bagi pengeluaran line tersebut.



6) Melaksanakan 5’S dalam line tersebut. 7) Sentiasa memperbaiki kualiti dan kuantiti hasil pengeluaran dengan merujuk kepada laporan harian yang dibuat oleh technician.



1.16.4 Technician



1) Pembantu bagi Foreman



2) Mesti cekap dalam memperbaiki set-set yang reject serta memastikan masalah atau kerosakan yang sama tidak berulang.



3) Mendidik atau memberi nasihat kepada operator tentang kerja-kerja seperti soldering, screwing dan lain-lain lagi yang berkaitan.



4) Menjaga dan membaiki jig atau perkakasan yang digunakan pada line. 5) Mengkaji sesuatu masalah yang menyebabkan set rosak serta mencari jalan penyelesaiannya.



6) Semasa pertukaran version / model, adalah waktu yang sibuk bagi seorang technician kerana perlu menukar program pada perkakasan untuk ICT dan checker. 7)



Berusaha dalam meningkatkan mutu produktif dan proses barisan.



1.16.5 Line Leader



28



1) Menjaga pengurusan barisan seperti semakan barangan-barangan yang perlu digunakan adalah cukup. 2)



Membantu dalam pengeluaran setiap hari.



3)



Mengawal kualiti yang dikeluarkan serta kuantiti yang cukup. 4) Memastikan semua operator mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kilang. 5) Bertindak dengan cepat sekiranya menghadapi sebarang masalah.



6)



Memeriksa Operation Standard setiap hari.



7)



Sokongan kepada Foreman dan juruteknik.



8)



Mematuhi serta menjaga 5S setiap masa.



1.16.6 Utility Operator



1) Memerhatikan kerja-kerja operator. 2)



Menggantikan tempat operator yang tidak hadir.



3)



Memastikan barang yang hendak digunakan sentiasa cukup.



4)



Mengambil dan menguruskan kehadiran operator. 5) Mendidik operator yang baru kerja dan memastikan kerja yang dilakukan adalah betul.



6)



Menolong dalam meningkatkan target , kualiti serta produktiviti.



7)



Mengambil jalan penyelesaian sekiranya menemui masalah dalam line.



8)



Sokongan kepada Foreman dan juruteknik serta line leader.



1.16.7 Operator



29



1) Menjalankan kerja-kerja yang diberikan. 2) Memberitahu leader atau foreman sekiranya menghadapi sebarang masalah semasa kerja dijalankan. 3)



Memastikan kerja yang dilakukan sentiasa mengikut OS.



30



SKOP KAWASAN PRAI MELALUI SATELIT



PANDANGAN SONY (EMCS) MELALUI SATELIT



PANDANGAN ATAS SONY EMCS



31



BAB 2 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI



2.1 Pengenalan



Bahagian pengeluaran di syarikat SONY boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian HOME AUDIO (HA) dan satu lagi bahagian PERSONAL AUDIO (PA). setiap pelajar praktikal akan ditempatkan samada di bahagian HA



32



atau PA. Saya telah menjalani latihan industri di SONY EMCS (M) SDN BHD bermula dari



11 Januari 2010 hingga 11 Jun 2010..Saya ditugaskan Di Jabatan PA-IE selaku support trainee di line support.



Waktu bekerja bermula dari pukul 8.00 pagi



sehingga 5 petang. Hari bekerja adalah dari hari Isnin hingga Jumaat. Saya juga perlu datang pada hari Sabtu sekiranya ada OT.



Ringkasan aktiviti latihan industri ini merupakan aktiviti-aktiviti yang telah saya lakukan setiap minggu bersama pekerja-pekerja lain semasa menjalani latihan industri di SONY EMCS (M) SDN BHD.



2.2 Ringkasan aktiviti latihan industri.



Minggu 1



33



1.



Sesi pendaftaran di Post 8 Guard House. Terus dibawa ke bilik baju untuk



mengambil baju dan kasut. 2.



Sesi



taklimat



di



Bunga



Raya



Room



untuk



penyerahan



borang



permohonan. 3.



Diajar membuat proses packing oleh Pn.Habibah.



4.



Mempelajari proses soldering dari En.Riduan.



5.



Re –Layout Line. Ini untuk memendekkan line sekiranya output rendah.



6.



Mempelajari proses Freed di line.



Proses bagaimana sesuatu set itu



dapat dipasarkan ke luar Negara.



Minggu 2



1.



Mencatat masa operator melakukan kerja. Ini dinamakan Line Balancing



Time. Untuk mengetahui output dapat dicapai atau tidak. 2.



Memasang suis di belakang meja supaya mudah untuk digunakan.



3.



Memasang aksesori pada meja supaya mudah operator menjalankan



kerja. 4.



Pasang meja menggunakan yazaki paip untuk meletakkan mesin checker



dan barang-barang yang lain. 5.



Re-Layout line untuk memendekkan line sekiranya output rendah.



34



Minggu 3



1.



Sambungan Re-Layout line.



2.



Pasang table top pada meja. Ini bergantung pada saiz meja yang



dikehendaki 3.



Mengambil masa operator melakukan kerja.



4.



Memasang plastic cover untuk mengelakkan set dari dimasuki habuk.



Minggu 4



1.



Mengambil masa operator melakukan kerja.



2.



Memasang meja untuk operator melakukan oroses yang ditetapkan.



3.



Pasang papan untuk operator menulis report sekiranya ada sebarang



masalah pada set yang dilakukan. 4.



Pasang meja



5.



Pasang galang pada meja supaya mudah operator untuk meletakkan



barang.



Minggu 5



1.



Lekat tape putih di bahagian tepi meja supaya nampak lebih kemas dan



cantik.



35



2.



Skru papan pada meja sekiranya memerlukan ruang untuk meletakkan



barang. 3.



Pasang slanting rack pada meja untuk meletakkan bin atau monitor.



4.



Lekat stiker L&R pada jig supaya mudah untuk operator memastikan



bahagian L&R. 5.



Potong span dan lekatkan pada jig untuk meletakkan PWB supaya tidak



terjatuh.



Minggu 6



1.



Lekat velvet pada jig untuk mengelakkan set dari tercalar.



2.



Lekan greenmat pada meja juga untuk mengelakkan set dari tercalar.



3.



Dismantle line supaya dapat set-up line yang baru.



4.



Pasang galang pada meja.



Minggu 7



1.



Pasang meja.



2.



Potong papan untuk dipasang pada aksesori.



3.



Dismantle line supaya dapat set-up line yang baru.



4.



Pasang table top pada meja.



5.



Shifting line supaya line yang lain dapat di set-up disitu.



36



Minggu 8



1.



Potong arcylic board untuk menutup bahagian yang berwayar terlalu



banyak. 2.



Pasang meja packing.



3.



Lekat greenmat pada table top.



4.



Pasang corrugated di bahagian tepi placon untuk mengelakkan set dari



terjatuh. Minggu 9



1.



Tukar table top yang lebih sesuai mengikut proses.



2.



Lekat velvet pada jig untuk mengelakkan set dari tercalar.



3.



Pasang galang pada meja untuk meletakkan CPU.



4.



Pasang slanting rack pada meja.



5.



Lekat velvet pada jig.



Minggu 10



1.



Buat support base entuk meletakkan nejicco supaya lebih tinggi untuk



memudahkan proses. 2.



Grinding jig supaya lubang menjadi lebih besar untuk meletakkan PWB.



3.



Lekat velvet,salotip dan stiker L&R pada jig.



37



4.



Pasang meja.



5.



Melakukan 5’S di Jig Room supaya lebih kemas dan teratur. Ini salah satu



dari budaya SONY.



Minggu 11



1.



Pasang papan untuk letak barang.



2.



Pasang bangku kaki supaya operator yang rendah dapat berdiri.



Minggu 12



1.



Menebuk lubang pada jig supaya mudah untuk meletakkan PWB.



2.



Potong papan.



3.



Mengambil masa operator melakukan kerja supaya dapat mengetahui



output yang dapat dicapai. 4.



Pasang papan untuk report.



5.



Pasang slanting rack pada meja.



Minggu 13



38



1.



Dismantle line.



2.



Pasang placon supaya jig dapat di paskan semula kepada operator yang



mula-mula menggunakan jig. 3.



Pasang meja.



4.



Shifting line ke kawasan yang lebih sesuai.



Minggu 14



1.



Set up line NW11



2.



Mengambil masa operator melakukan kerja di line NW27.



3.



Dismantle line.



4.



Buat table top untuk proses soldering.



5.



Lekat greenmat pada table top soldering.



Minggu 15



1.



Pasang papan di bawah meja untuk meletakkan solder ion



2.



Pasang meja untuk meletakkan carton di bahagian packing



3.



Buat table top soldering.



4.



Pasang meja packing.



5.



Pasang meja untuk meletakkan CPU.



39



Minggu 16



1.



Buat support base untuk meletakkan barang.



2.



Lekat greenmat.



3.



Pasang slanting rack untuk meletakkan monitor dan keyboard.



4.



Pasang meja.



Minggu 17



1.



Mengambil masa checker



2.



Mengambil masa operator di line NW11&NW21



3.



Membuat lay-out line NW-21 untuk mengurangkan operator.



4.



Membuat planning process dan layout.



5.



Shifting line NW-21 berdasarkan layout yang telah dirancangkan.



Minggu 18



1.



Pasang aksesori pada line.



2.



Praktikal mengambil masa operator melakukan kerja di line HP-33.



40



3.



Training Flow Chart & Line Layout yang disampaikan oleh PIC.



4.



Set-up line.



5.



Pasang slanting rack monitor dan keyboard.



Minggu 19



1.



Potong meja supaya lebih rendah supaya operator dapat melakukan kerja



dengan lebih selesa. 2.



Pasang meja untuk meletakkan audio checker.



3.



Pasang hanger untuk meletakkan skru.



4.



Training SMI(sony manufacturing innovation)



41



BAB 3 MENYEDIAKAN BARISAN (LINE SET UP)



3.1 Pengenalan



42



Sebelum sesuatu model baru dapat dihasilkan oleh sony,bahagian Industrial Engineering( IE ) akan menyediakan line ( barisan ) yang lengkap untuk membolehkan model itu berjalan. Mereka akan menyediakan segala peralatan yang diperlukan untuk proses penghasilan model berkenaan. Kebiasaannya mereka akan mengambil masa selama dua minggu untuk menyediakan barisan berkenaan. Sebelum barisan dapat disediakan, IE akan membuat process planning dan menyediakan layout.



3.2 Menyediakan barisan line set up



Proses ini menerangkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa pertukaran model. Pertukaran model ini juga mewakili pertukaran proses di line tanpa mengira ia adalah pertukaran version ataupun pertukaran model. Ia memberi satu prosedur piawai semasa ‘line set-up’. Dalam proses ini juga, terdapat beberapa pihak yang terlibat dalam susun atur ini: Pihak-pihak yang terlibat dalam susun atur ini ialah seperti :i)



Bahagian Kejuruteraan Industri ( IE- Industrial engineering).



Ii) Bahagian Kejuruteraan Pengeluaran ( PE- Production engineering). iii) Bahagian Pengeluaran ( PA – Production assembly). iv) Bahagian kawalan kualiti ( QC – Quality control ) v) Bahagian Kejuruteraan Pembuatan ( ME – Manufacturing engineering ) Proses ini adalah merupakan kaedah pengeluaran yang unik di mana ia tidak memerlukan mesin untuk menghantar set dari satu tempat kerja ke tempat kerja



43



yang seterusnya. Ia dibentuk dengan kombinasi meja-meja di mana dalam susunan yang beraneka bentuk mengikut kesesuaian model dan kuantiti set yang hendak dikeluarkan pada satu hari.



3.2.1 Barangan – barangan untuk set up line



Berikut adalah senarai barang-barang yang akan digunakan untuk set-up line :1) Table base 2) Table top 3) Paip yazaki 4) Joint 5) Skru & nat 6) Power drill 7) Slanting rack 8) Manual rack 9) Platform (ICT) 10) Micro dacs table 11) Platform table 12) Tool hanger 13) Plywood 14) L-plate



44



15) Green mat 16) Rubber mat 17) Nejico stand 18) L-bracket 19) Angle bracket



3.2.2 Penerangan untuk set up line



Untuk gambaran yang lebih jelas lagi terhadap line set-up, di sini disertakan pelan atau layout pada muka surat berikutnya. Line layout ini disediakan oleh model PIC (Personal In Charge) iaitu orang yang bertanggungjawab ke atas model yang akan dikeluarkan. Model PIC tersebut adalah daripada jabatan Kejuruteraan Industri ( IE ) yang akan merancang atau mengaturkan susunan-susunan yang sesuai untuk model yang hendak dikeluarkan.



Apabila line layout telah siap disediakan oleh model PIC, layout tersebut hendaklah diluluskan terlebih dahulu oleh Department Head dari Kejuruteraan Industri sebelum ianya dilaksanakan di line. Kerja-kerja menyusun atau mengatur meja-meja dan mesin-mesin yang hendak digunakan di line perlulah mengikut layout yang telah disediakan oleh model PIC.



Bagi proses-proses penyediaan alat-alat kelengkapan di line seperti solder iron, nejicco, kipas, equipment seperti ammeter, monitor, osiloskop dan lain-lain akan disediakan oleh ME (Manufacturing Engineering). Kejuruteraan ini juga membuat pendawaian (wiring) serta memasang lampu pada tempat yang diperlukan.



45



3.3 Menentukan Produktiviti



Dalam proses ini adalah amat penting bagi model PIC untuk penyediaan mendapatkan target dalam sesuatu pengeluaran. Ini adalah kerana apabila sesuatu model baru berjalan, pihak Sony EMCS akan menentukan target yang perlu dapat pada tiap-tiap hari bekerja. Oleh yang demikian, untuk mendapatkan target model PIC perlulah membuat perkara-perkara seperti berikut :



1)



Model PIC haruslah menggunakan formula seperti berikut untuk pengiraa bagi output, produktiviti dan pengiraan bilangan pekerja. Masa berkerja = 8.67 x 60 x 60 = 31212 saat



MASA BEKERJA X BIL PEKERJA PRODUKTIVITI = SST (Sony Standard Time) x OUTPUT



2)



Model PIC juga haruslah selalu merujuk pada jadual produktiviti yang dikeluarkan oleh Jabatan Planning & Control pada setiap hari bagi jumlah set yang perlu dikeluarkan.



3)



Maklumat kebolehan produktiviti line yang sedia ada dan yang hampir sama haruslah dipertimbangkan semasa menentukan target.



46



3.4 Permohonan Alatan dan Jig



Permohonan alatan dan jig hendaklah dibuat sebelum sesuatu model itu berjalan lagi. Permohonan tersebut bolehlah dibuat dengan menggunakan borang khas yang disediakan pleh pihak ME. Antara perkara yang perlu dilakukan ialah: 1) Senaraikan semua alatan dan jig yang diperlukan. 2) Berbincang dengan bahagian Manufacturing mengenai design jig. 3) Periksa dan pastikan jig selepas ianya dipasang.



3.5 SST (Sony Standart Time)



Dokumen SST adalah untuk memberi pemahaman tentang Sony Standard Time. Dalam SST perlulah menganggap operator yang mahir bekerja adalah dalam keadaan normal, berkemampuan untuk melakukan kerja dengan sempurna dan perlu mengikut cara operasi yang telah ditetapkan dan juga perlu berpandukan piawai kualiti yang ditetapkan. SST adalah masa bagi seseorang operator untuk melakukan sesuatu proses ke satu proses dalam masa yang tersingkat dan munasabah.



SST juga menganggap bahawa pihak pentadbiran menjalankan tugas dengan berkesan dan mengekalkannya di bawah kawalan yang baik. SST juga dikenakan ke atas operasi secara langsung sahaja pada satu keadaan malar. Ia tidak boleh



47



digunakan dalam keadaan di mana melibatkan kelesuan, tangguhan yang tidak boleh dielakkan, persediaan sebelum beroperasi dan lain keadaan yang tidak normal.



SST akan digunakan dalam keadaan seperti berikut :-



i) Pengiraan kos untuk pengeluaran. ii) Pengukuran untuk produktiviti dan keberkesanan. iii) Proses rekaan. iv) Perancangan tenaga pekerja



3.6 MCN (Manufacturing Change Notice)



MCN adalah untuk memberi satu panduan dalam penyediaan rujukan untuk Manufacturing Change Notice. Ia adalah dokumen di bawah kendalian Kejuruteraan Industri (IE).



Bahagian Kejuruteraan Industri ini akan mengeluarkan dokumen ini bergantung kepada keadaan seperti berikut :i)



Apabila terdapat ECN (Engineering Change Notice) atau PCN (Process Change Notice) di mana ia memerlukan penambahan atau pengurangan untuk sesuatu proses tersebut.



48



ii)



Semasa mendapat pertukaran, pengurangan atau penambahan indirect material.



iii)



Ketika terdapat dalam keadaan rujuk semula untuk SST (Sony Standard Time).



3.7 PCN (Proses Change Notice)



PCN ini adalah dokumen yang dikendalikan oleh pihak Kejuruteraan Industri dan Kejuruteraan Pengeluaran. ‘PCN Requisition Form’ (PRF) ini dikendalikan oleh Jabatan Kejuruteraan Industri. PCN form akan dikeluarkan sekiranya berlaku pertukaran atau pertambahan proses dan yang melibatkan Indirect Material.



3.8 ECN (Engineering Change Notice)



ECN form digunakan apabila melibatkan perkara yang bersangkutan dengan proses pada Operation Standard dan Indirect Material yang dijalankan ke atas sesuatu jenis model seperti :i)



Penambahan part yang baru



ii)



Penukaran part



iii)



Penukaran rekabentuk



Sekiranya berlaku seperti perkara di atas, ECN form ini akan dikeluarkan oleh Jabatan Kejuruteraan Pengeluaran dan diberikan kepada Jabatan Kejuruteraan Industri untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.



49



3.9 Indirect Material



Indirect Material adalah bahagian-bahagian yang tidak boleh dikira kuantitinya dan digunakan untuk pengeluaran set yang disenaraikan di dalam Indirect Material. Tujuan dokumen ini disediakan adalah untuk :i)



Memberi penerangan tentang Indirect Material dan kegunaannya.



ii)



Memberi panduan dalam penyediaan untuk New Model Indirect Material Registration dan Indirect Material Change Notice.



iii)



Memberi maklumat dalam Indirect Material Approval System.



Bahagian-bahagian yang terlibat dalam penyediaan dokumen ini adalah seperti berikut :i)



Bahagian Kejuruteraan Industri.



ii)



Bahagian PQA.



iii)



Bahagian Purchasing.



iv)



Bahagian Material Control.



3.10 Proses Analisis



Proses analisis ini adalah merupakan satu prosedur yang terperinci mengenai pemasangan satu unit set. Ia tidak mengandungi gambar dan mengandungi nombor untuk tempat kerja individu di mana diwakili oleh kuantiti, kualiti dan produktiviti. Penggunaan dokumen ini melibatkan bahagian-bahagian seperti berikut :-



50



i)



Bahagian Kejuruteraan Industri.



ii)



Bahagian Pengeluaran.



iii)



Bahagian Material Control.



iv)



Bahagian Kejuruteraan Pembuatan.



3.11 Pengenalan Model



1. Mengadakan satu panduan piawai untuk aktiviti yang akan dilaksanakan semasa pengenalan model baru yang akan dijalankan. 2. Untuk



meramalkan



masalah



dan



menganbil



tindakan



sebelum



pengoperasian. 3. Untuk mengurangkan kehilangan dan menyediakan barangan yang diperlukan untuk memastikan pengoperasian yang lancar. 4. Bahagian Kejuruteraan Industri adalah terlibat dalam penyediaan dokumen ini dan digunakan ke atas semua model. 5. Sila rujuk rajah seterusnya untuk proses memperkenalkan model baru 6. kejuruteraan industri ( IE ) adalah pihak yang memperkenalkan model terbaru



51



CARTA ALIR UNTUK MEMPERKENALKAN MODEL BARU Pendaftaran bahan sampingan ( Indirect Material ) Permintaan jig / peralatan mesin ( Jig & tool requisition ) Analisis kesan kekerapan kegagalan ( FMEA ) Penyediaan o/s barisan pengeluaran ( UFO ) Pendaftaraan SST ( Sony Standart Time ) Dokumen Kejuruteraan



Penyediaan format rekabentuk barisan pengeluaran ( PDF ) Penyediaan rekabentuk barisan pengeluaran ( Plan Layout ) Pendaftaran Voltan Bar Code Barisan pengeluaran ( line setup )



52



3.11.1 Panduan Kerja ( Process Planning )



53



Dokumen ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat mengenai set-up tempat kerja seperti :-



i)



Bahagian yang diperlukan untuk tempat kerja yang tertentu.



ii)



Alat perkakasan dan jig yang diperlukan untuk tempat kerja.



iii)



Lokasi untuk alat perkakasan dan jig.



iv)



Menitikberatkan proses-proses yang memerlukan pengutamaan kualiti.



v)



Kerja-kerja ini juga adalah di bawah tanggungjawab bahagian Kejuruteraan Industri.



3.11.2 Training Document



Dokumen ini mengandungi maklumat-maklumat seperti berikut :i)



Penggunaan Operation Standard.



ii)



Production Schedule.



iii)



SST (Sony Standard Time).



iv)



Teknik-teknik solder.



v)



Pengenalan pada model.



vi)



Pemahaman dokumentasi



Ia juga memberi program latihan dengan pengetahuan yang asas kepada operator menerima latihan.



3.12 Memperkenalkan Model Baru



54



Pada kebiasaannya model-model baru direkebentuk di Jepun dan sebilangan kecil dari Malaysia oleh pereka bentuk (Designer). Bagi setiap model akan dikhaskan untuk seorang jurutera (Engineer) atau penolong jurutera (AE) untuk menguruskan model tersebut hinggalah ke MP dan seterusnya.



Oleh sebab itu, untuk bagi memudahkan jurutera atau penolong jurutera tersebut mengendalikan model tersebut, maka mereka dikehendaki mengambil bahagian dalam EPP di Jepun yang bertujuan untuk: 1. Mengukuhkan pengetahuan mengenai model tersebut dengan lebih lanjut lagi tentan segi rajah rekebentuk, ciri-ciri dan spesifikasi dari penglibatan dalam EPP. 2. Mengesan segala masalah yang terjadi atau yang mungkin terjadi dari segala segi seperti rekabentuk, proses kerja dan lain-lain serta mencari penyelesaian bagi setiap masalah tersebut. 3. Memberi idea-idea yang bernas terutama dalam memperbaiki dan memperkemaskan lagi rekebentuk model tersebut. 4. Mempelajari dengan lebih lanjut lagi mengenai model tersebut seperti cara untuk memasang, cara untuk memudahkan lagi proses tersebuut dan lainlain lagi. 5. Selepas itu, EPP akan dilakukan lagi di SEM untuk tujuan yang sama ada diikuti oleh IMP (Initial Mass Production) sebelum diperkenalkan di bahagian pengeluaran. Jurutera atau penolong jurutera yang



mengendalikan model



tersebut mestilah menentukan kualiti pengeluaran dan pada masa yang sama menentukan kualiti pengeluaran tersebut.



3.12.1 Mesyuarat memperkenalkan model terbaru



55



Perkara utama yang harus dititikberatkan adalah menyusun jadual bagi setiap model terbaru dan semua bahagian haruslah mempersetujui serta mengikut setiap perjalanan model tersebut. Begitu juga dengan mengeluarkan sesuatu ‘issue’ untuk bahan bagi model baru yang akan dikeluarkan itu. Selain daripada menyusun jadual baru, lain-lain perkara yang perlu dipertimbangkan adalah seperti : -



1. Jadual utama dari EPP1 hingga kepentingan MP. 2. Jadual acuan / komponen sama ada dari pembekal tempatan ataupun Jepun dan ini termasuklah ‘Japan New Mould’ dan ‘Local Punching Tooling’. 3. Jadual IMP, MP, dan lain-lain.



3.12.2 Persediaan bahan untuk model terbaru



Antara persediaaan tersebut ialah:1. Senarai kawalan komponen mekanikal (mechanical part list) i) Senarai komponen baru (new part list) ii) Senarai bekalan komponen dari Jepun. iii) Senarai komponen umum. iV) Senarai pembungkus/pencetak komponen. V) Senarai skru baru atau umum. 2. Senarai alatan tempatan dan penukaran alat. 3. Senarai jig dan mesin yang bakal digunakan. 4. Senarai rubber, film dan control drawing. 5. Senarai proses penyesuain komponen yang lebih lanjut kepada setiap proses. 6. Spesifikasi Moulding.



56



7. Sample kod warna (colour chip) dan lain-lain lagi. 8. Lukisan komponen-komponen baru



3.12.3 Engineering Pre-Production (EEP)



EPP adalah salah satu proses yang penting sebelum MP bagi sesuatu model terbaru dikeluarkan. Ini adalah salah satu proses untuk mengesan dan menyeselaikan sebarang masalah (troble shoot) yang berkenaan dengan komponen atau proses pemasangan. EPP juga melibatkan bahagian IE dalam penggunaan jig serta alat-alat kelengkapan yang lain.



Seterusnya pengesahan ke atas keselamatan dan ujian yang akan dijalankan oleh QA berdasarkan set yang diberikan kepada bahagian tersebut. Proses EPP perlulah melalui beberapa peringkat, iaitu: -



1. Senarai komponen. i) Semua komponen yang dikumpulkan/digunakan hendaklah disenaraikan. ii) Untuk komponen bagi EPP 1 biasanya dihantar dari Jepun (10 hingga 20 set). iii) Mengikut bekalan komponen dari Jepun. Komponen untuk EPP 2 dan EPP 3 kebiasanya menggunakan komponen tempatan iaitu dari pembekal (vendor) dimana bahagian sourcing yang menguruskannya.



2. Penglibatan lain-lain bahagian.



57



i) IE – Bertanggungjawab untuk menganalisa proses pemasangan, penggunan jig, mesin dan menyediakan OI (operation instruction). Mempelajari teknik-teknik pemasangan (untuk melatih operator). ii)



ME – Menyediakan dan menguji jig yang bakal digunakan dalam MP dengan menggunakan komponen EPP. iv) QA – Memastikan kualiti model tersebut dengan melakukan beberapa ujian yang telah ditetapkan.



3. PRD- Mempelajari teknik-teknik pemasangan (untuk melatih operator).



4. Sourcing – menyediakan komponen atau sample untuk EPP.



5. Kuantiti Set Untuk EPP EPP 1 – Sebanyak 15 set akan dipasang, dimana 2 set untuk IE menganalisa, 3 set untuk PE mempelajarinya dan 10 set untuk QA melakukan beberapa ujian. EPP 2 –Sebanyak 15 set akan dipasang, dimana 10 set untuk QA dan selebihnya untuk PE dan IE mempelajarinya.



3.12.4 Initial Mass Production (IMP)



Selepas EPP dilakukan dan QA telah bermesyuarat untuk pengesahan, IE akan melakukan satu lagi percubaan sebelum memperkenalkan sesuatu model baru kepada bahagian pengeluaran (production) iaitu IMP dengan tujuan : -



58



Bagi melatih operator-operator akan teknik-teknik pemasangan komponen. Jumlah set yang akan dikeluarkan semasa IMP ini adalah lebih kurang 50 hingga 200 set setiap hari. Ini bergantung kepada komponen , iaitu jika tiada timbul sebarang masalah.



Semua komponen mekanikal samada yang asal atau yang sebelum IMP, tetapi bagi komponen elektrikal kurang sebulan tarikh IMP. Setiap pengesahan komponen mestilah berdasarkan keputusan EPP. i)



Untuk mengatur susunan OS



ii) Untuk menguji mesin dan lain-lain kelengkapan oleh ME.



3.12.5 Mesyuarat pengesahan QA



Setelah tamat melakukan pemeriksaan dan ujian ke atas set-set EPP, QA akan mengadakan satu lagi mesyuarat untuk memastikan adakah IMP boleh dilakukan.



3.12.5 Mesyuarat pengesahan komponen



59



Semua bahagian seperti IE, PE, ME, MC, PQA, QA dan sourcing akan terlibat dalam mesyuarat ini. Ini adalah bertujuan untuk memastikan part-part ataupun komponen-komponen yang digunakan semasa proses IMP adalah betul.



3.12.6 Mass Production (MP) / Pengeluaran Besar - Besaran



Selepas segala masalah dapat diselesaikan dan mendapat pengesahan dari QA barulah MP dapat dilakukan. Set yang bakal dilakukan mestilah mengikut confirmed order dan juga production schedule yang telah ditetapkan oleh pihak Jepun semasa Katamono dibuat. Jadual untuk MP dan IMP tidak boleh diubah sama sekali. Semasa MP set-set yang hendaklah dikeluarkan mestilah memenuhi lot serta permintaan yang telah dirancangkan.



Mesyuarat pengesahan komponen dan mesyuarat pengesahan QA juga akan dilakukan sebelum mengikut langkah-langkah seperti sebelum IMP. Semasa MP dilakukan oleh IE dan PE mestilah mengikut segala perkembangan model tersebut serta memberi cadangan atau komen yang boleh meningkatkan lagi produktiviti dan kualiti terutamanya bagi model PIC yang mengendalikan model tersebut. Model PIC juga perlulah memastikan kadar kecatatan kurang dari 3% dan mutu keluarannya baik sepanjang proses MP.



Jika terdapat sebarang kecatatan yang banyak, model PIC tersebut perlulah memberi penyelesaian sementara seperti menggunakan cushion, washer, hard rubber, PVC sheet, dan lain-lain bahan untuk memastikan bahagian pengeluaran berjalan dengan lancar.



60



BAB 4



61



ISO DAN DASAR KAIZEN



4.1 Pengenalan ISO 9002



ISO 9002 ialah satu piawaian kualiti antarabangsa untuk kilang-kilang pengeluaran seperti kilang SONY berhasrat memperolehi pendaftaran ISO 9002 semenjak ia ditubuhkan dan telah berjaya memperolehinya pada 30 september 1992. Dengan perlaksanaan ISO 9002 ini bermakna syarikat SONY dapat mengeluarkan dan memasarkan alat-alat audio bersistem dan juga alat pemain cakera padat dengan cara yang sistematik, tersusun dan teratur ke seluruh dunia.



62



4.1.1 Mengapa SOEM melaksanakan konsep ISO 9002



SOEM melaksanakan konsep ISO 9002 kerana;



1) Ialah tunjang kepada amalan pengeluaran dan menghasilkan hasil pengeluaran yang terbaik. 2) Ia diiktiraf di seluruh dunia perindustrian 3) Ialah keperluan untuk mengendalikan perniagaan dengan negara-negara Eropah. 4) Akan memberikan kita kelebihan jika dibandingkan dengan pesaing-pesaing kita. 5) Membolehkan kita menambahkan syer pasaran dan nisbah keuntungan.



4.1.2 Ciri –ciri utama dalam ISO 9002



SOEM bertanggungjawab sepenuhnya di dalam memberi kepuasan kepada semua para pelanggangnya melalui barangan yang sentiasa mencapai tahap kualiti dikehendaki oleh semua pelanggan samada di dalam atau di luar negara.



SOEM akan terus mempertingkatkan kualiti serta kuantiti barangannya dan akan terus berusaha sedaya upaya untuk membuat yang terbaik buat kali pertama dan di dalam jangkamasa yang ditetapkan pada bila-bila masa untuk menjadi pengeluar barangan elektronik yang terulung di seluruh dunia.



4.1.3 ISO 14000



ISO 14000 adalah merupakan salah satu standard yang terdiri daripada spesifikasi untuk menubuhkan Sistem Pengurusan Persekitaran ( Environmental Management System ). ISO 14000 adalah dihasilkan oleh International Organization for standard (ISO).



SONY telah menerima pengiktirafan dan anugerah sijil ISO 14000 kerana SONY memerlukan peningkatan yang berterusan serta mahu menjadikan SONY sebagai sebuah kilang yang mematuhi undang-undang dan peraturan demi untuk meyakinkan para pelanggan mereka. Selain daripada itu juga, ia bertujuan untuk memelihara alam sekitar dan sumber-sumber semula jadi dunia supaya dapat memelihara harmoni antara alam dan manusia.



4.1.4 Kebaikan-kebaikan memperolehi ISO 14000



1. Kebaikan kepada syarikat. i) Kurangkan pembaziran dan penjimatan kos seperti pengurangan penggunaan air dan elektrik. ii) Meningkatkan imej korporat sebagai suatu organisasi yang mementingkan pemeliharaan alam sekitar dalam setiap aspek operasinya.



2. Kebaikan kepada pekerja.



i) Menghasilkan satu persekitaran kerja yang lebih selamat dan sihat.



3.



Kebaikan kepada persekitaran. i) Kesan buruk terhadap persekitaran menjadi kurang kerana perhatian yang diberikan oleh syarikat.



4.1.5 Pendidikan kualiti



Pendidikan kualiti adalah merupakan satu perkara yang mesti diketahui oleh setiap mereka yang bernaung di bawah firma atau syarikat ini. Peranan setiap orang adalah memastikan sikap dan perasaan mementingkan kualiti pada masa bekerja. Ini adalah kerana untuk menjamin setiap usaha yang dilakukan mendapat kepuasan daripada pengguna pada tahap yang maksimum.



4.1.6 Apakah Kualiti?



Kualiti dari segi istilah perindustrian ialah mematuhi segala prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan oleh sesuatu badan yang menguruskan segala hal dan permasalahan yang timbul terhadap sesuatu barangan yang dihasilkan oleh sesebuah firma.



Selain itu, kualiti boleh ditakrifkan sebagai penjelasan yang sebenar-benarnya kepada pengguna sehingga tiada sebarang kekeliruan terhadap produk yang dihasilkan: Bagi Sony takrifan bagi kualiti ialah: i) Comformance to CS-100 ii) Mematuhi CS-100



CS-100 ialah sistem kualiti yang merangkumi: i) Kualiti barangan. ii) Kualiti servis. iii) Kualiti sikap.



4.1.7 Definisi CS-100



Kepuasan pengguna melalui setiap orang berusaha ke arah ZERO DEFECT (Tiada Kecactan) dan ZERO COMPLAINT’( Tiada Aduan ).



Maksud CS-100 C – Customer S – Satisfaction 1 – Everyone 0 – Zero Defects 0 – Zero Complaint



4.1.8 Kenapa perlu kualiti?



Antaranya ialah:-



1) Kualiti perlu untuk meyakinkan dan mempertahankan kepercayaan para pembeli terhadap barangan yang dihasilkan, ianya penting kerana dapat memastikan sesebuah syarikat itu terus kukuh dan juga terus mendapt sambutan untuk satu tempoh jangka masa yang lama. 2) Sekiranya seseorang pembeli tidak berpuas hati dengan barangan yang dibeli, maka sudah tentulah ianya akan menceritakannya tentang perkara tersebut kepada bakal pembeli yang lain, jadi sedikit sebanyak keyakinan pembeli terhadap barangan dari sesuatu firma itu akan terjejas. 3) Imej syarikat perlu dijaga dan dipertahankan. 4) Andai kata salah sebuah produk yang dihasilkan itu tidak baik atau rosak dan sampai kepada pembeli, maka ianya bersamaan seperti kita menjual produk yang tidak baik atau rosak kepada pembeli. 5) Sekiranya kualiti adalah baik keuntungan akanmeningkat dan keuntungan itu juga turut dirasai oleh semua kakitangan lain.



4.1.9 Kesan dan akibat buruk sekiranya kualiti tidak baik



Pertama sekali kita mestilah ingat bahawa kualiti juga diukur dari segi kos menghasilkan kualiti yang didapati dari kos tidak mematuhi peraturan iaitu kos akibat melakukan kerja yang tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak firma.



Secara kasarnya, kos daripada tidak mematuhi peraturan bagi kebanyakan syarikat adalah dianggarkan sebanyak 20% daripada jualan bersih syarikat tersebut. Selain daripada itu, kos keseluruhan kualiti adalah sangat penting kerana ianya memberikan bukti nyata tentang peningkatan dan pengiktirafan pencapaian yang diperolehi.



Kesan-kesan buruk sekiranya kualiti tidak baik ;



1) Kos tidak mematuhi peraturan kos ( reject lot ). 2) Kos rework ( ulang kerja ). 3) Menurunkan dan merendahkan nilai sesuatu set tersebut. 4) Pengguna hilang keyakinan dan minat. 5) Peluang untuk menambahkan pelaburan akan kurang. 6) Hilang monopoli jualan dalam pasaran.



4.1.10 Sebab-sebab kerja tangan tidak sempurna



1. Latihan yang tidak mencukupi atau tidak lengkap. i) Salah faham. ii) Tidak mengetahui peraturan yang sebenar. 2. Kelalaian yang mungkin disebabkan : i) Keletihan. ii) Bersembang.



iii) Tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja. iv) Terlupa.



3. Operator gantian. i) Masa diambil untuk melatih seseorang operator tidak mencukupi. ii) Kurang pemerhatian susulan. iii) Kepantasan kerja dan kerja tangan terjejas.



4.1.11 Bagaimana mendapatkan kualiti



Kualiti adalah merupakan suatu perkara yang tidak boleh dipisahkan daripada produk yang dihasilkan. Oleh yang demikian, bagaimanakah kita untuk mendapatkan kualiti? Antara cara-cara untuk mendapatkan kualiti ialah : i)



Setiap kakitangan sebuah firma mestilah mengetahui apakah maksud kualiti dan polisi kualiti.



ii) Polisi kualiti bagi SONY ialah : -



MAKE PRODUCTS THAT CAN GAIN RELIABILITY IN THE WORLD MARKET. (MENGHASILKAN BARANGAN YANG MENDAPATKAN KEPERCAYAAN DI PASARAN DUNIA).



SONY juga mempunyai etika kerjanya tersendiri iaitu STAMP NO DEFECT. Stamp no defect adalah daripada singkatan bagi perkataan seperti berikut :



S = SONY EMCS MALAYSIA T = TARGET A = ACCEPT NO DEFECT M = MAKE NO DEFECT P = PASS NO DEFECT



4.2 KAIZEN



KAIZEN merupakan perkataan yang berasal daripada perkataan jepun yang bermaksud pembaikan yang berterusan, misalnya memperbaiki perkara yang kecil demi mencapai mutu yang tinggi. Falsafah KAIZEN bermaksud cara hidup kita samada di alam pekerjaan ataupun dalam kehidupan sosial, seharusnya diperbaiki secara berterusan untuk terus maju. Lembaga KAIZEN SOEM mendefinasikan KAIZEN sebagai ‘Pembaikan dan inovasi yang berterusan di tempat kerja’. Oleh itu, sebarang idea atau cadangan untuk memperbaiki dan inovasi adalah merupakan KAIZEN.



4.2.1 Dasar KAIZEN



Idea-idea atau cadangan mestilah boleh digunakan untuk kepentingan berikut: pembaikan proses pengeluaran, kualiti barangan dan pembaikan umum. Pengurangan kos juga dilakukan untuk kepentingan syarikat.Ia meliputi kawalan berkesan dalam sistem pembelian, kualiti, simpanan, penghantaran, pengeluar, peralatan, kewangan, maklumat, pentadbiran, penyelenggaraan, keselamatan dan sebagainya.



4.2.2 Skop KAIZEN



Semua pekerja SOEM adalah digalakkan supaya menyumbangkan idea-idea dan cadangan mereka untuk tujuan KAIZEN dan juga kebaikan SOEM sendiri.



4.2.3 Tujuan KAIZEN



Tujuan KAIZEN adalah seperti berikut: 1) menggalakkan inovasi dan pembaikan di kalangan para pekerja 2) menyelaras dan mengawal aktiviti di SOEM. 3) Memilih dan merancang anugerah KAIZEN 4) Mengkaji semula dasar dan proses jika perlu 5) Mengambil langkah-langkah dan tindakan sewajarnya untuk memajukan SOEM. 6) Merancang keperluan kewangan melaksanakan aktiviti-aktiviti KAIZEN.



4.2.4 Mengapa KAIZEN diperlukan



Sebarang organisasi perlu menjalankan sebarang aktiviti pembaikan yang berterusan dalam segala aspek yang berkaitan. Dengan adanya sistem pembaikan, maka prestasi organisasi akan menjadi lebih baik. Sebaliknya jika sebuah organisasi itu tidak melakukan pembaikan yang berterusan, kemungkinan ia tidak dapat menyaingi organisasi yang lain dan terus mundur.



4.2.5 Pihak yang perlu mengamalkan KAIZEN di SOEM



Setiap pekerja dari jawatan pengarah urusan sehingga ke peringkat pekerja am perlu mengamalkan KAIZEN di SOEM. KAIZEN merupakan tanggungjawab setiap pekerja.



Setiap pekerja perlu melibatkan diri dalam KAIZEN kerana aktiviti-aktiviti KAIZEN adalah sama penting seperti aktiviti dalam setiap peringkat pengurusan.



4.2.6



Lembaga KAIZEN



Satu jawatankuasa khas telah dibentuk untuk mengawasi promosi aktiviti-aktiviti KAIZEN di SOEM. Lembaga ini memegang tanggungjawab utama dalam perancangan, sokongan, koordinasi dan perlaksanaan program KAIZEN.



Lembaga KAIZEN ini mempunyai seorang penasihat dan juga beberapa orang AJK dari pelbagai divisyen dan jabatan. Pengerusi, timbalan pengerusi dan setiausaha adalah dipilih dari AJK pentadbiran di SOEM. Lembaga ini akan mengadakan mesyuarat dari masa ke masa untuk meneliti program aktiviti-aktiviti KAIZEN di SOEM. Untuk setiap 2 tahun AJK yang baru akan dilantik untuk mendapatkan idea baru



4.2.7



Anugerah - anugerah KAIZEN



Terdapat 3 kategori anugerah KAIZEN iaitu: i.



Anugerah KAIZEN pembaikan pengeluaran



ii.



Anugarah KAIZEN kualiti barangan



iii.



Anugerah KAIZEN pembaikan am



Tujuan diadakan penganugerahan ini adalah untuk mengadakan aktiviti KAIZEN dan secara tidak langsung dapat mempertingkatkan aktiviti pengeluaran. Terdapat tiga penganugerahan iaitu: i)



Anugerah Emas KAIZEN



ii)



Anugerah Perak KAIZEN



iii) Anugerah Gangsa KAIZEN



BAB 5 PERALATAN



5.1



Pengenalan



Dalam penghasilan sesuatu kerja, alatan tangan memainkan peranan penting dalam usaha menghasilkan mutu kerja yang lebih baik disamping membantu kita untuk menyiapkan sesuatu kerja dengan sempurna.Bagi sector elektrik dan elektronik terdapat alatan tangan yang dicipta khas bagi membantu kita dalam urusan membuat sesuatu kerja.



Namun begitu, langkah-langkah



keselamatan perlulah diambil kira ketika mengendalikan alat tersebut. Antaranya ialah:







Pastikan kita tahu kaedah menggunakan alatan tangan yang hendak



digunakan. •



Alatan tangan tersebut perlulah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang



tersendiri seperti berpenebat, tidak rosak dan sebagainya. •



Alatan tangan yang hendak digunakan hendaklah sesuai dengan kerja



yang hendak dibuat.



5.2



Jenis-jenis Peralatan Tangan Dan Fungsinya



5.2.1



Pemotong Sisi



Digunakan untuk memotong wayar atau kabel tertentu, Biasanya diameter bagi wayar yang hendak dipotong ialah 1.3mm dengan kapasiti pemotongan ialah 16AWG. Selain digunakan untuk memotong kaki komponen yang telah siap dipateri pada papan PCB.



Rajah 5.2.1 Pemotong sisi



5.2.2 Playar Muncung Tirus



Playar muncung tirus direka khas untuk melaksanakan kerja diruang yang sempit dan rumit. Digunakan untuk memegang benda yang



kecil seperti komponen elektronik dan memotong dawai halus. Juga digunakan untuk membentuk kaki komponen elektronik yang hendak dimasukkan pada papan litar.



Rajah 5.2.2 Playar muncung tirus



5.2.3



Pemutar Skru



Digunakan untuk mengetatkan dan melonggarkan skru. Terdapat dua jenis pemutar skru yang biasa digunakan iaitu jenis mata rata dan jenis mata Philips.



Rajah 5.2.3.1 Pemutar skru



Rajah 5.2.3.2 Pemutar skru plastik



5.2.4



Playar Gabung



Digunakan untuk kerja-kerja seperti memegang dawai, memintal, memotong dawai dan kabel elektrik.Ia juga digunakan untuk mengetat



dan melonggarkan skru.Playar gabung mempunyai dua rahang bergigi untuk mencengkam dan mengapit sesuatu



Rajah 5.2.4 Playar gabung



5.2.5



Timah Pemateri



Semasa membuat pematerian pada litar elektronik , sejenis bahan yang dinamakan timah pateri digunakan. Ia merupakan sejenis bahan aloi yang terdiri daripada campuran timah dan plumbum.



Timah pateri digred mengikut peratusan campuran timah dan plumbum didalamnya. Timah pateri boleh didapati dalam bentuk batang atau bentuk dawai. Terdapat beberapa saiz timah pateri yang berbeza iaitu 0.5mm , 0.8mm dan 1.0mm.



Kualiti timah pateri ini adalah bergantung pada campuran timah dan plumbum ketika menghasilkannya. Saiz timah yang halus membolehkan ‘soldering’ yang dibuat lebih kemas dan cantik. Ini juga bergantung kepada kepakaran individu yang membuat pematerian.



Antara kegunaannya ialah : •



Untuk menyambungkan kaki komponen pada papan litar







Sebagai bahan pengalir dalam litar



Rajah 5.2.5 Timah pemateri



5.2.6



Solder Wick



Merupakan alat yang digunakan untuk menyedut mana-mana bahagian timah yang tidak dikehendaki pada papan litar PWB.Secara amnya alat ini digunakan untuk:







Menyedut timah yang telah dicairkan pada papan PWB yang



disebabkan oleh kesilapan ketika pematerian.



Rajah 5.2.6 Solder Wick



5.2.7



Fluks Pemateri



Fluks pateri diperbuat daripada bahan kimia iaitu cadmium , nikel , iron dan sebagainya.



Fluks pateri digunakan untuk:







Sebagai perantaraan untuk membantu timah pateri melekat



dengan mudah pada papan litar. Ini mungkin disebabkan oleh kandungan fluks dalam timah tidak sempurna kandungannya. •



Fluks ini digunakan semasa membuat pematerian pada litar.



Terdapat dua jenis fluks yang digunakan iaitu jenis cecair dan jenis



pepejal. Biasanya fluks pateri dari jenis pepejal digunakan dalam melakukan projek. Ini disebabkan harganya yang lebih murah dan mudah didapati.



Rajah 5.2.7 fluks pemateri



5.3



Meter Pelbagai



Multimeter adalah satu meter yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis fungsi. Terdapat dua jenis multimeter yang biasa digunakan iaitu jenis analog dan digital. Multimeter amat penting dalam kerja-kerja yang melibatkan bidang elektrikal dan elektronik. Antara kegunaannya ialah:







Menyukat nilai arus (AC/DC), nilai voltan, nilai rintangan dan nilai



kapasitan. •



Menguji sesuatu komponen samada baik atau rosak







Juga untuk mengenal kaki collector, emmiter dan base bagi sesuatu



transistor •



Menguji keterusan litar bagi litar projek yang dibuat



Rajah 5.3.1 Meter pelbagaI



5.3.1



Bahagian-bahagian meter pelbagai



1. ‘Indicator Zero Corrector’ -



penunjuk mesti laras ke ‘0’ pada skala kiri pada setiap kali



penukaran julat ohm digunakan.



2. ‘Range Selector Switch Knob’ -



untuk memilih julat yang hendak digunakan dengan laras



pemilih julat ini yang mengadungi empat julat iaitu DC, AC, OHM, Ampere.



3. ‘Indicator Pointer’ -



penunjuk yang memberikan jumlah nilai bacaan yang telah diukur



4. Terminal (+) dan terminal ( - ) -



prob merah mewakili sebagai terminal positif (+)



-



prob hitam mewakili sebagai terminal negatif ( - )



5. ‘0’ ‘Adjusment Knob’ -



penunjuk dilaraskan pada bacaan ‘0’ pada bahagian



kanan. Kemudian kedua-dua prob disentuhkan dan langkah ini diperlu dilakukan sebelum pengukuran dilakukan



5.3.2



Cara –cara menggunakan meter pelbagai



1. Pemeriksaan DC volt -



setkan julat ke bahagian DC volt



-



sambungkan wayar berwarna merah ke terminal positif



dan wayar hitam ke terminal negatif. Pengukuran akan dilakukan secaea selari. -



2.



bacaan diambil pada skala DC volt yang mengikut julatnya



Pemeriksaan AC volt -



setkan julat ke bahagian DC volt



-



sambungkan wayar ke litar yang hendak diperiksa



-



bacaan diambil mengikut julat yang ada pada DC volt



3. Pemeriksaan DC Ampere -



setkan julat ke bahagian DC ampere



-



sambungkan wayar ke litar mengikut polaritinya dan



pengukuran dilakukan secara sesiri -



bacaan diambil pada skil DC ampere



4. Pemeriksaan Ohm



-



setkan julat ke bahagian ohm



-



pintaskan kedua-dua prob merah dan hitam dab laraskan



pelaras supaya jarum penunjuk menjadi pada kedudukan kosong -



langkah ini bertujuan unutk memastikan nilai yang



diperolehi dengan lebih tepat



5.3.3



-



sambungkan wayar ke perintang yang hendak diukur



-



bacaan diambil mengikut nilai julat yang disetkan



Perkara-perkara penting ketika menggunakan meter pelbagai



a. Perlindungan fius meter digunakan b. Memilih julat bacaan yang betul c. Mengukur bacaan yang tidak diketahui julat mesti disetkan pada julat yang tertinggi. d. Kecuaian ketika menggunakan meter pelbagai akan merosakkannya







Perhatian



-Fius digunakan bertujuan untuk mencegah arus yang berlebihan dapat merosakkaan meter ini -Apabila tidak menggunakkannya , laraskan pemilih julat kepada ‘OFF’ atau pada bahagian AC volt -Ini dapat menjimatkan tenaga bateri berhabisan unutk mengukur rintangan



5.4



Screw torque meter







Digunakan untuk mengukur kelajuan pemutar skru elektrik







Juga sebagai alat menetapkan kelajuan pemutar skru berputar.



Rajah 5.4.1 Screw torque meter



5.5



Wrist strap/ footwear tester



•Digunakan untuk mengukur kerintangan wrist strap dan untuk memastikan wrist strap selamat digunakan.



Rajah 5.5.1 Wrist strap/ footwear tester



5.6



Alat Pemateri



Alat pemateri digunakan untuk mencairkan timah pateri bagi proses mencantumkan kaki komponen pada papan PWB.Secara amnya alatan ini digunakan untuk kerja-kerja memateri semasa membuat penyambungan bagi litar elektronik.Bahagian utama bagi sesuatu alat pemateri ialah mata pemateri, elemen pemanas dan pemegang atau hulu.Kegunaan pada setiap bahagian alat ini adalah seperti berikut:



Rajah 5.6.1 : Pematri Bahagian



Kegunaan



Wayar bekalan



Mengalirkan bekalan elektrik ke elemen pemanas



Pemegang



Tempat untuk memegang pemateri ketika memateri juga sebagai penebat



Elemen pemanas



Memanaskan bit sepanjang penggunaan pemateri



Bit



Mencairkan timah ketika proses memateri



Jadual 5.6.1 Bahagian-bahagian pematri



5.7



Tapak Pemateri



Tapak pemateri merupakan satu alat yang digunakan untuk meletakkan alat pemateri ketika pemateri panas ataupun tidak.Alat ini adalah bertujuan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku ketika kerja pematerian dibuat seperti melecur, bit pemateri terkena kabel dan sebagainya.



Rajah 5.7.1 Tapak Pematri



5.8



Pemutar Skru Elektrik Dan Bit Skru



Pemutar skru elektrik atau screw torque digunakan untuk proses screwing iaitu pemasangan dua bahagian yang berlainan dengan menggunakan skru secara automatic.Ia terdiri daripada screw bit, torque adjusting nut dan screwdriver.



Jenis-jenis skru bit:



Diameter



Panjang



1.4mm



4Omm



1.4mm



6Omm



5.Omm



1OOmm



Jadual 5.8.1 Asas tetapan skru bit



Rajah 5.8.1 Pemutar Skru Elektrik



5.9



Blower



 Digunakan untuk memanaskan dan mencairkan timah pematri.  Sesuai untuk kerja penggantian komponen-komponen kecil seperti IC dan perintang.  Tidak menggunakan bit sebagai pemanas tetapi menggunakan elemen pemanas untuk memanaskan angin yang melaluinya.



Rajah 5.9.1 : Blower



5.10



Kanta Pembesar



 Digunakan untuk melihat dan mengesan kerosakan komponen-komponen yang kecil pada papan litar utama.



Rajah 5.10.1 Kanta Pembesar



5.11



Tweezers



 Terdapat 2 jenis tweezers iaitu ;-



1. Tweezer plastik 2. Tweezers besi



 Kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu memegang komponen kecil dan mengcungkil bahagian set yang tertentu.



Rajah 5.11.1 Tweezers



5.12



Kesimpulan BAB 5



Setelah mengenali peralatan-peralatan yang digunakan oleh juruteknik untuk membaik pulih di barisan kerja, saya mendapati ada beberapa peralatan yang tidak pernah digunakan ketika saya belajar di politeknik. Ini merupakan satu pengetahuan yang baru dan amat berguna kepada saya kerana mempunyai kesempatan untuk belajar cara-cara menggunakan peralatan tersebut. Pada pendapat saya juga, peralatan yang dipilih untuk digunakan mempunyai ciri-ciri keselamatan bagi kerja yang dilakukan oleh juruteknik di SOEM.



BAB 6 KESELAMATAN AM



6.1 PENGENALAN



Keselamatan di tempat kerja atau kilang merupakan satu-satunya perkara penting yang perlu dititikberatkan. Adalah menjadi satu kesalahan besar jika seseorang yang bekerja di kilang tidak mengetahui hal-hal keselamatan semasa berada di kilang. Dari itu, jagalah dan utamakanlah keselamatan anda semasa bekerja di kilang.



Keselamatan di kilang boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu:



i.



Keselamatan Diri.



ii.



Keselamatan Alat dan Mesin.



iii.



Keselamatan Kilang.



6.2 PUNCA KEMALANGAN.



Pada umumnya kemalangan di dalam bengkel terbahagi kepada 2 jenis bergantung pada punca berlakunya kemalangan tersebut.



Kemalangan yang berpunca daripada kecuaian manusia. i.



Kemalangan yang berpunca daripada keadaan peralatan, mesin dan juga keadaan kerja.



6.2.1



KEMALANGAN YANG BERPUNCA DARIPADA KECUAIAN MANUSIA



Sikap cuai semasa mengendalikan peralatan di dalam kilang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Antaranya kecuaian yang biasa berlaku ialah:



i.



Sikap tidak bertanggungjawab.



ii.



Menyalahgunakan peralatan dengan tujuan untuk bergurau senda. Contahnya menyemburkan udara termampat ke arah kawan boleh menyebabkan kecederaan jika terkena mata.



iii.



Tidak mematuhi tanda-tanda amaran umpamanya tanda larangan merokok di tempat-tempat yang mudah terbakar dan sebagainya.



6.2.2 KEMALANGAN YANG BERPUNCA DARIPADA KEADAAN ALAT, MESIN DAN KEADAAN KERJA



Selain kecuaian diri sendiri, kemalangan juga boleh berlaku akibat daripada keadaan peralatan, mesin serta keadaan kerja yang dilakukan. Antaranya ialah:



i.



Logam yang keras dan mempunyai tepi yang tajam boleh menyebabkan luka.



ii.



Serpihan logam atau tatal yang panas dan tajamdaripada operasi memesin, kerja-kerja mengimpal, relau tindakan haba dan daripada kerja-kerja menimpa boleh mengakibatkan kebakaran atau melecur pada bahagian anggota.



iii.



Bahagian-bahagian mesin yang bergerak seperti gear, takal dan tali sawat boleh menyebabkan tangan atau pakaian terperangkap, akibatnya boleh menyebabkan kehilangan pancaindera.



iv.



Logam dan peralatan-peralatan lain yang berat boleh mendatangkan kemalangan apabila peralatan tersebut terjatuh dan menimpa mana-mana bahagian anggota ketika mengangkatnya.



v.



Kerosakan peralatan elektrik atau litar elektrik boleh menyebabkan kebakaran ataupun kejutan elektrik.



vi.



Lantai yang lincin kerana tumpahan minyak dan gris boleh mengakibatkan terjatuh ataupun terlanggar benda-benda keras. Ini boleh mengakibatkan kemalangan dan kecederaan di bahagian kepala.



vii.



Asid juga menjadi punca kemalangan kerana ia boleh menyebabkan melecur terkena pada kulit.



6.3 TANGGUNGJAWAB KESELAMATAN



6.3.1 PEKERJA



i.



Menjaga diri sendiri dan rakan-rakan akibat dari aktiviti di tempat kerja.



ii.



Bekerjasama dengan pihak majikan bagi menentukan keselamatan terpelihara.



iii.



Menggunakan alat-alat perlindungan diri yang disediakan semasa bekerja.



iv.



Mematuhi semua peraturan-peraturan mengenai keselamatan di tempat kerja.



v.



Jika gagal: Denda RM 1000 atau penjara 3 bulan atau kedua-duanya sekali.



6.3.2 MAJIKAN



i.



Memastikan dengan sebaik mungkin keselamatan dan kesihatan pekerjapekerja.



ii.



Memastikan tempat kerja dijaga dengan baik untuk keselamatan pekerja.



iii.



Memastikan ker-kerja yang dilakukan tidak membahayakan pekerja.



iv.



Memberi latihan dan penerangan mengenai keselamatan kepada semua pekerja.



v.



Menyediakan alat-alat perlindungan diri kepada pekerja jika perlu.



vi.



Jika gagal: Denda RM 50,000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali.



6.4 BAHAN KIMIA [CHEMICAL]



6.4.1 Berhati-hati semasa mengendalikan bahan kimia



6.4.1.1 Cara memasuki tubuh manusia



i.



Inhalation – terhidu



ii.



Absorption – menyerap



iii.



Ingestion – termakan



6.4.1.2 Jika bahan kimia terkena kulit



i.



Basuh tangan dengan air yang banyak dan gunakan sabun.



ii.



Basuh lagi sehingga bersih.



6.4.1.3 Jika termasuk ke dalam mata



i.



Basuh dengan air yang banyak.



ii.



Jumpa doktor untuk rawatan lanjut.



6.4.2 TINDAKAN SEGERA YANG PERLU DI AMBIL



6.4.2.1 Jika terhidu bahan kimia



i.



Minum air yang banyak



ii.



Jangan paksa muntah



iii.



Jumpa doktor secepat mungkin



6.4.2.2 Jika terhidu / termakan bahan kimia dan pengsan



i.



keluarkan mangsa ke tempat yang selamat



ii.



jangan paksa mangsa minum air



iii.



bawa ke klinik secepat mungkin



6.4.2.3 Semasa mengendalikan bahan kimia



i.



Pakai sarung tangan yang sesuai



ii.



Pakai penutup mulut jika perlu



iii.



Tentukan ada bekas pelapik semasa menyimpan



6.5 FORKLIFT DAN HANDJACK



6.5.1 FORKLIFT DAN LALUAN



i.



Pekerja tidak dibenarkan menggunakan laluan ini.



ii.



Jika terpaksa, sila beri lebih perhatian



Rajah 6.5.1 forklift dan laluan



6.5.2 HANDJACK [HAND PALLET TRUCK]



i.



Beri perhatian apabila handjack sedang ditarik.



ii.



Beri laluan kepada pekerja yang menarik handjack.



iii.



Jika beban berat, sila minta bantuan



Rajah 6.5.2 handjack [hand pallet truck]



6.5.3 KESELAMATAN FORKLIFT



Hanya orang yang berkelayakan sahaja dibenarkan untuk memandu forklift atau trak industrial. Semua pemandu trak mestilah mematuhi peraturan seperti berikut:



i.



Jauhkan tangan dan kaki diantara masa upright dengan badan kenderaan.



ii.



Sekiranya muatan di hadapan melindungi pandangan, pandu forklift secara mengundur.



iii.



Dilarang bawa muatan yang berlebihan.



iv.



Jangan bergerak di atas objek yang longgar yang terdapat di atas jalan.



v.



Sentiasa gunakan saiz pelet yang sesuai.



vi.



Ikut arahan dan peraturan trafik, terutama had laju. Pemandu trak hendaklah sentiasa mematuhinya agar dapat memberhentikan kenderaan mereka dengan segera sewaktu kecemasan.



vii.



Dilarang memotong kenderaan lain yang bergerak dalam arah yang sama.



viii.



Sentiasa pandang di sebelah jalan, muatan yang dibawa dan tiang atau alang di atas.



ix.



Dilarang sesiapa sahaja berdiri di atas ‘fork’ atau muatan.



x.



Dilarang membawa orang di atas ‘fork’.



xi.



Dilarang bergurau ketika memandu.



xii.



Perlahankan kenderaan dan bunyikan hon ketika di persimpangan atau di tempat yang menghalang pandangan ketika memandu.



xiii.



Jarakkan kenderaan sebanyak tiga kenderaan dengan kenderaan yang di hadapan.



xiv.



Pemandu mesti menumpukan perhatian ketika memandu.



xv.



Sila gunakan beban ‘backrest’ dan pengawal ‘overhead’ ketika menyimpan muatan di tempat yang tinggi.



Xvv. Ketika membelok, kurangkan kelajuan, bunyikan hon dan perhatikan keadaan di belakang. xvi.



Perlahankan kenderaan di tempat yang basah dan licin.



xvii.



Hanya muatan yang stabil dan seimbang sahaja yang boleh dikendalikan, tumpuan yang lebih perlu diberikan bagi muatan yang keseimbangannya tertumpu di bahagian tengah.



xviii. xix.



Dilarang mengangkat muatan sekiranya mast condong ke hadapan. Mesti pakai topi keselamatan untuk mengelakkan kecederaan sekiranaya ada objek yang jatuh dari atas (jika diperlukan).



xx.



Sentiasa berhati-hati ketika memandu di permukaan yang bercerun dan pastikan ‘fork’ ditinggikan sekiranya tiada muatan, samaada ketika naik atau turun.



xxi.



Sentiasa memandu secara berundur ketika membawa muatan menuruni cerun.



6.6 KESELAMATAN ELEKTRIK



Salah faham tentang elektrik boleh mengakibatkan kecederaan yang serius dan kemusnahan harta benda. Voltan elektrik yang tinggi amat merbahaya tetapi ini tidak bermakna elektrik bervoltan rendah tidak boleh menyebabkan kecederaan atau kematian.



6.6.1 PERATURAN ASAS TENTANG KESELAMATAN ELEKTRIK



i.



Dilarang mengendali alatan elektrik sekiranya tidak dilatih untuk melakukannya.



ii.



Dilarang menggunakan alatan elektrik ketika tangan basah atau berdiri ditempat yang basah.



iii.



Dilarang membaiki sendiri peralatan elektrik melainkan itu adalah kerja sendiri. Ianya mesti dilakukan oleh orang yang berkelayakan.



iv.



Alihkan plug dari sumber dengan memgang kepala plug dan bukan menyentap wayarnya.



v.



Dilarang memakai barang kemas seperti cincin, rantai dan tali pinggang yang berkepala ketika bekerja dengan alatan elektrik.



vi.



Dilarang membelakangkan atau mengabaikan alat-alat keselamatan elektrik.



vii.



Dilarang menggunakan peralatan elektrik yang anda rasatelah rosak, pastikan ia telah diperbaiki terlebih dahulu.



viii.



Dilarang menggunakan wayar penyambung di kawasan yang lembab dan basah.



ix.



Sentiasa pastikan wayar tambahan jauh dari pinggir yang tajam atau laluan.



x.



Dilarang menghalang papan suis agihan atau panel elektrik.



xi.



Jika bekerja di tempat yang bervoltan tinggi melebihi 415 volt atau lebih ia memerlukan dua orang untuk melakukan kerja tersebut.



xii.



Dilarang menambah beban yang lebih pada talian elektrik.



xiii.



Sentiasa



pastikan



suis



utama



ditutup



sebelum



memulakan



tugas



penyelenggaraan atau membaiki alatan elektrik (contoh: log out dan tag out pada suis jika diperlukan).



6.6.2



TINDAKAN



YANG



PERLU



DIAMBIL



SEKIRANYA



MANGSA



BERSENTUHANDENGAN ELEKTRIK



i.



Matikan kuasa elektrik.



ii.



Gunakan bahan penebat (contoh : tali pinggang, kain, tali) untuk menarik mangsa.



iii.



Jangan sekali-kali menyentuh badan atau pakaian mangasa ketika arus elektrik masih ada.



iv.



Sebaik sahaja mangsa terlepas, JERIT! Untuk meminta pertolongan.



6.7 BENCANA ATAU KEMALANGAN YANG MUNGKIN BERLAKU



i.



Kebakaran



ii.



Ugutan bom



iii.



Binatang buas



iv.



Histeria



v.



Banjir



vi.



Bahan kimia tumpah



6.7.1 APABILA BERLAKU KEBAKARAN



Jika berlaku kebakaran di tempat kerja, langkah berikut haruslah diambil :



i.



Dapatkan bantuan dengan berteriak “API! API! API!” dan pecahkan kaca penggera.



ii.



Cuba padamkan kebakaran dengan alat pemadam api jika kebakaran adalah kecil.



iii.



Jangan gunakan air pada bahan kimia atau elektrik yang terbakar. Gunakan alat pemadam api jenis CO2 (hitam) atau serbuk kering (biru) sahaja.



iv.



Jika satu alat pemadam api gagal untuk memadamkan kebakaran, keluar dari kawasan kebakaran dan tutup pintu di belakang sebanyak mungkin.



v.



Jika diarah keluar, sila tinggalkan tempat kerja secepat mungkin. JANGAN TUNGGU DAN LIHAT.



vi.



Alat pemadam api adalah satu alat yang berkesan melawan api di peringkat awal.



6.7.1.1 CARA MENGGUNAKAN PEMADAM API



Untuk menggunakannya, harus menarik keluar pin keselamatan dan ikuti langkah berikut :



i.



Halakan nozel pada pangkal api, tekankan pemegang dan gerakkan nozel kiri dan kanan untuk memadamkan kebakaran.



ii.



Jangan memadamkan kebakaran dengan melawan arah tiupajn angin.



iii.



Semasa memadam kebakaran bahan cecair, pastikan cecair tidak bertaburan.



6.7.2 ANCAMAN BOM



Jika menerima panggilan ‘Ancaman Bom’, harus mencuba sedaya upaya mengumpul sebanyak mana maklumat yang boleh dari pemanggil seperti :



i.



Bilakah bom akan diletupkan?



ii.



Di manakah bom itu diletakkan?



iii.



Bilakah bom itu diletakkan?



iv.



Bagaimanakah rupa bentuk bom tersebut?



v.



Apakah jenis bom tersebut?



vi.



Dengarkan dengan teliti bunyi persekitaran semasa perbualan supaya dapat mengenalpasti tempat di mana panggilan di buat.



vii.



Cuba kenalpasti pemanggil samaada lelaki atau wanita, usianya, loghat atau bahasa yang digunakan, kelancaran percakapan dan sikap pemanggil semasa perbualan.



6.8 MELAPORKAN KEMALANGAN DAN KECEDERAAN



Bila berlaku kemalangan di tempat kerja dan pekerja mendapat kecederaan, tindakan berikut hendaklah diambil :



i.



Laporkan dengan segera kepada Penyelia atau Ketua Jabatan.



ii.



Jika ada kecederaan, buat laporan ke klinik dan Penyelia anda akan membuat tindakan susulan.



iii.



Adalah penting untuk membuat laporan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan dengan kadar segera dengan sebarang cara komunikasi.



iv.



Pegawai Keselamatan dan Kesihatan akan membuat penyiasatan di atas sebarabg laporan yang diterima.



v.



Penyelia dikehendaki membuat laporan lengkap dengan mengisi borang ‘Accident Investigation and Report Form' yang memberi sebab berlakunya kemalangan serta cara memastikan kemalangan tidak berulang.



vi.



Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk meneliti dan meluluskan tindakan pembetulan yang akan diambil dan memastikan laporan sampai ke Jabatan Keselamatan dan Kesihatan dalam tempoh 48 jam dari masa kejadian berlaku.



6.9 Keluar Dari Bangunan Semasa Kecemasan



Jika berlaku kecemasan dan penggera diaktifkan, sila patuhi arahan Penyelia masing-masing untuk tindakan mengosongkan bangunan. Anda seharusnya mengetahui :



i.



Sekurang-kurangnya dua jalan keluar



ii.



Tempat berkumpul



6.9.1 Jika arahan keluar dari bangunan dibuat, anda semestinya :



i.



Keluar mengikut laluan yang paling hampir



ii.



Berjalan dan jangan berlari



iii.



Jangan ke bilik air



iv.



Jangan ke bilik loker untuk mengambil barang peribadi.



v.



Jangan masuk ke dalam bangunan sehingga diberitahu oleh pihak pengurusan.



vi.



Jangan keluar melalui kawasan yang berlakunya kemalangan.



vii.



Jika berada di tempat lain semasa kejadian, sila patuh arahan Penyelia kawasan tersebut dan kembali berkumpul semasa di tempat berkumpul.



viii.



Bila saja keluar dari bangunan, sila berkumpul di tempat yang ditentukan.



6.10 PERATURAN KESELAMATAN



Bagi firma yang ‘Multinasional’ seperti SONY peraturan keselamatn tempat kerja adalah merupakan sesuatu yang amat dititik beratkan. Ianya tidak mengira seperti pangkat, jawatan ataupun bagaimana seseorang itu berada.



Sehubungan dengan itu, difirma ini pendekatan bagi peraturan keselamatan lebih dikenali sebagai ‘5S’. ‘5S’ adalah singkatan perkataan-perkataan seperti berikut:-



i.



SEIRI



ii.



SEITON



iii.



SEISO



iv.



SEIKETSU



v.



SHITSUKE



6.10.1 MAKSUD “5S”



6.10.1.1 SEIRI



-



Memilih keluar benda-benda yang tidak diperlukan dan membuangnya.



6.10.1.2 SEITON



-



Menyusun segala benda yang diperlukan supaya mudah dicapai untuk



penggunannya.



6.10.1.2 SEISO



-



Membersihkan tempat kerja dan peralatan anda.



6.10.1.3 SEIKETSU



- Sentiasa mengelakan mutu pencapaian yang tinggi dalam ‘HOUSEKEEPING’ dan organisasi tempat kerja anda.



6.10.1.4 SHITSUKE



- Menggalakan etika kerja dan disiplin yang tinggi melalui pendidikan dan latihan.



6.10.2 PERATURAN SEIRI



i.



Tentukan benda-benda yang hendak disimpan, diperbaiki dan dilupuskan.



ii.



Mengasingkan perkakas dan peralatan mengikut kekerapan penggunaanya.



iii.



Pelupusan barangan mestilah dilampiri dengan borang pelupus yang telah diluluskan oleh pihak atasan.



Rajah 6.10.2 : Peraturan Seiri



6.10.3 PERATURAN SEITON



i.



Mengetahui dan menganalisa masalah keadaan yang dihadapi apabila mengatur tempat kerja.



ii.



Menetapkan tempat simpanan dan keadah penyimpanan.



iii.



Mengekalkan jadual penyimpanan dan penyamakkannya semula dari semasa ke semasa.



Rajah 6.10.3 : Peraturan Seiton



6.10.4 PERATURAN SEISO



i.



Kekalkan pencapaian SEIRI, SEITON dan SEISO.



ii.



Memperkenalkan kawalan pandangan dengan menggunakan arahanarahan bergambar.



iii.



Utamakan keseragaman dalam memperaktikan apa yang telah dipersetujui dalam SEIRI, SEITON dan SEISO.



Rajah 6.10.4 : Peraturan Seiso



6.10.5 PERATURAN SEIKETSU



i.



Menganalisa masalah dan mengambil daya usaha membersihkan tempat kerja



ii.



Memperkenalkan kawalan pandangan dengan menggunakan arahan-arahan bergambar.



iii.



Utamakan keseragaman dalm memperaktikan apa yang telah SEIRI, SEITON dan SEISO.



Rajah 6.10.5 : Peraturan Seiketsu



dipersetujui dalam



6. 10.6 PERATURAN SHITSUKE



i.



Melatih pekerja mempraktikan ‘HOUSEKEEPING’ yang baik.



ii.



Mendidik pekerja untuk menunjukkan tauladan yang baik dalam pekerjaan dan disiplin.



iii.



Memeriksa tempat pertandingan dan perlaksanaan “5S”.



Rajah 6.10.6: Peraturan Shitsuke



BAB 7 BENGKEL MESIN



7.1 Pengenalan



Bengkel mesin merupakan salah satu jabatan di bawah jagaan bahagian maintenance. Bengkel ini ditubuhkan bertujuan membaiki dan menghasilkan barang-barang aksesori bagi sesebuah mesin. Selain itu, ia dapat memperbaiki jig-jig yang rosak. Papan-papan dan meja juga dibuat di dalam bengkel ini. Setiap model pic bertanggungjawab untuk mengisi borang permohonan sekiranya memerlukan meja atau papan. Borang permohonan boleh didapati dari PIC bengkel itu sendiri. Borang itu mesti di approve dari department head, kemudian dihantar semula kepada PIC bengkel itu sendiri.



Contoh borang permohonan:



Rajah 7.1 borang permohonan jid dan alat



7.2 Jenis-jenis mesin



7.2.1 Mesin larik(Lathe Machine)



Fungsi utama mesin larik adalah untuk memesin lilitan bahan-bahan yang berbentuk silinder. Operasi-operasi lain yang boleh dijalankan dengan mesin larik ialah:







Melarik menampang







Melarik penirusan







Mengulir







Menggerudi,menggerek dan melulas







Membuang segi







Memenggal



Bahagian-bahagian mesin larik:







Landasan(carriage)



Landasan mesin larik dibuat dengan besi tuang yang bermutu tinggi. Bahagianbahagian utama mesin seperti alatan hadapan, alatan belakang dan kereta terletak di landasan. Landasan mesin larik dibuat dengan jitu dan dikeraskan permukaannya supaya boleh menahan haus.







Alatan hadapan



Bahagian ini terletak di atas sebelah kiri landasan mesin larik. Behagian ini mengandungi takal atau rangkaian gear yang memutarkan spindal utama. Alatan hadapan bergear lebih baik daripada alatan hadapan bertakal kerana rangkain kelajuan yang banyak akan diperolehi. Alatan hadapan bertakal cuma memperoleh 6 hingga 8 rangkain kelajuan dan apabila terkena minyak takal akan tergelincir.







Alatan belakang



Bahagian ini terletak di sebelah kanan landasan. Bahagian ini digunakan untuk menahan komponen-komponen yang panjang dan tapaknya boleh dikunci di atas panjang landasan keseluruhan. Alatan belakang terdiri dari[ada dua bahagian utama. Tapak dimesin supaya boleh duduk atas landasan dengan tepat. Pada badan alatan belakang terdapat satu spindal yang memperoleh penirusan dalam piawaian Morse. Gerudi, pelulas dan alat-alat lain yang bertangkal tirus boleh dipasang pada spindal tersebut.







Kereta



Bahagian ini terdiri daripada sela, kekesot lintang dan kekesot bergabung. Selanya berbentuk H dan boleh bergerak di atas landasan. Apron dan kekesot lintang dipasang pada sela. Tiang mata alat dipasang pada kekesot bergabung yang terletak di atas



kekesot lintang. Tapak kekesot bergabung boleh dikilas untuk memotong penirusan yang pendek. Keseluruhan bahagian kereta dan kekesot lintang boleh digerakkan secara automatik atau menggunakan tangan. Hujung kekesot lintang dan kekesot bergabung dilengkapkan dengan relang yang ditanda dengan jitu supaya kedudukan mata alat dilaraskan dengan tepat.



7.2.2 Operasi mesin larik



1) Pemeriksaan awal



a) Bersihkan tempat-tempat sliding cross feed, thread square chasing dial, tempat sliding bed dan tailtock. b) Pastikan tempat ini sentiasa berminyak c) Pastikan minyak box (gear box) mencukupi d) Pastiksn coolant sentiasa mencukupi



2) Menghidupkan mesin



a) Handle feed operation



I.



Hidupkan suis ON di belakang mesin. Pastikan lampu pilot lamp menyala.



II.



Putarkan butang main switch ON untuk chuck motor. Switch OFF untuk mematikan chuck motor.



III.



Pastikan half-nut level arah ke atas (C) (half-nut disengaged)



IV.



Pastikan juga feed level arah di atas (B)



V.



Arahkan starting level, mesin akan beroperasi.



VI.



Untuk menggerakkan dan membuat pemotongan, pusing apron wheel dan crocc wheel (L)-(M).



b) Auto feed operation



I.



Hidupkan suis ON di belakang mesin. Pastikan lampu pilot lamp menyala.



II.



Putarkan butang main switch ON untuk chuck motor. Switch OFF untuk mematikan chuck motor.



III.



Set level 1-2-3 mengikut feeding yang dikehendaki. Level 1 set arah B Level 2 set arah L menunjukkan kelajuan. Level 3 mempunyai 9 step untuk feeding dan threading, set level ke arah close.



IV.



Arah level (4) pada kedudukkan M,L untuk membuat thread.



V.



Arahkan level (5) threading change pada kedudukan feeding (free) sekiranya di arah pada feeding untuk membuat thread.



VI.



Arahkan level (6) untuk menggerakkan mata pisau (tool bit) ke hadapan atau ke belakang.



VII.



Arahkan level (c) kearah half-nut disengaged.



VIII.



Arahkn feed engaging level ke bawah untuk membuat thread di arah atas.



IX.



Level



(A)



digunakan



untuk



longitudinal



feed



iaitu



pergerakan tool bit dari kanan ke kiri. Cross feed iaitu pergerakan tool bit dari depan ke belakang.



7.2.3 Mesin pengisar (Milling Machine)



Mesin pengisar berbeza daripada mesin-mesin lain dari segi penggunaan mata alat dan cara memegang benda kerja. Jenis mata alat yang digunakan adalah mata alat tunggal atau mata alat berbilang. Benda kerja pula dipegang oleh pelbagai jenis pemegang atau dipasak terus pada meja mesin. Benda kerja disusupkan dengan menghantar meja kepada mata alat yang sedang berputar. Kedalaman pemotongan pula dibuat dengan menggunakan meja mesin.



Antara kerja-kerja yang dapat dijalankan dengan menggunakan mesin pengisar adalah:



a) Mengisar permukaan rata. Ini termasuklah permukaan ufuk, tegak dan permukaan bersudut atau condong. b) Memotong berbagai-bagai jenis bahu dan alur kunci, lurah T dan tanggam bajang. c) Mengisar permukaan berbentuk atau tidak berbentuk dengan menggunakan mata alat pengisar berbentuk. d) Membuat kerja-kerja melubang.



Untuk membuat kerja-kerja yang disebutkan itu bergantung pada:



I.



Jenis mata alat yang digunakan



II.



Mata alat yang terdapat



III.



Alat tambah atau aksesori yang dibekalkan.



7.3 Jenis jenis mesin pengisar:



I.



Mesin pengisar ufuk ( Horizontal)



Mesin ini dinamakan mesin pengisar ufuk kerana spindalnya terletak dalam kedudukan ufuk. Mata alat pula dipasangkan ke dalam arbor yang dipasang mengufuk pada hujung spindal, yang terletak pada permukaan turus. Mesin pengisar ufuk terdiri daripada dua jenis yang asas:



a) Mesin pengisar ufuk biasa b) Mesin pengisar universal



Kedua-dua jenis mesin ini mempunyai bentuk yang serupa, bezanya hanya dari segi meja. Meja mesin pengisar ufuk biasa tidak boleh dikilas sementara meja mesin pengisar universal boleh dikilas kepada sebarang sudut sehingga 45˚. Ini membolehkan kerja-kerja mengisar sudut dan heliks dilakukan, umpamanya lurah-lurah gear heliks, gerudi dan pelulas. Oleh sebab mesin pengisar ufuk jenis biasa lebih besar saiznya disamping kedudukan mejanya yang tetap, ia lebih tegap kerana kurang bahagian-bahagian yang bergerak. Dengan itu ia boleh membuat pemotongan yang dalam tanpa terdapat gegaran.



II.



Mesin pengisar tegak



Mesin pengisar tagak mempunyai spindal yang berkedudukan tegak(seperti kedudukan spindal gerudi). Cirri-cirinya yang lain serupa dengan mesin pengisar mengufuk. Begitu juga dengan kebanyakan alat tambahan dan aksesorinya yang boleh ditukar ganti. Kelebihannya adalah melakukan kerja-kerja melubang dengan jitu terutama dalam menempatkan jarak pusat lubang.



7.4 Kaedah mengisar



a) Mengisar ke atas



1. Bentuk tatal yang dihasilkan tebal di bahagian hujung manakala bahagian pangkalnya nipis. 2. Menghasilkan permukaan yang lebih kasar 3. Mata alat menolak keluar benda kerja dari ragum, ini dapat mengurangkan kesan kerenggangan skru penghantar meja mesin pengisar. 4. Benda kerja mestilah diikat dengan kuat. 5. Kaedah ini sesuai dilakukan bagi mata alat pengisar yang bersaiz sederhana dan untuk mengisar keluli yang lebih lembut dan mulur.



b) Mengisar kebawah



1. Bentuk tatal yang dihasilkan nipis di bahagian hujung manakala pangkalnya tebal. 2. Menghasilkan permukaan yang lebih halus kerana adanya tindakan mengikis yang kuat. 3. Mata alat menarik masuk benda kerja ke bawah mata alat yang sedang berputar. Mesin mestilah bebas daripada kerenggangan skru penghantar meja.



Seelok-eloknya



meja



mestilah



dilengkapkan



dengan



alat



pencegah kerenggangan. 4. Kaedah ini sesuai dilakukan pada mesin yang dalam kedudukan tegak dan lebih besar saiznya.



BAB 8 KESIMPULAN



Syukur Alhamdulillah kehadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan buku laporan dan dapat menamatkan sesi latihan industri di SONY,Prai. Sepanjang menjalani latihan industri ini, memang banyak pengalaman dan kemahiran yang boleh ditimba dan berguna pada masa-masa akan datang. Sesi latihan industri amat bermanfaat kepada pemegang diploma kerana diberi pendedahan yang meluas mengenai gerak kerja di sesuatu organisasi. Secara tidak langsung, seseorang itu tidak hanya diberi daripada modul bahkan meliputi bahagian praktikal. Pada sesi praktikal tersebut, para pelajar akan melihat secara terus penggunaan asas-asas yang dipelajari di institute pengajian pada suatu organisasi.



Dengan sesi latihan ini, secara tidak langsung diajar ilmu-ilmu teknikal secar tidak formal. Oleh sebab itu, saya akan mudah memahami dan ingat segala penerangan yang diberi kerana segala contoh diberi di depan mata. Disiplin melambangkan keperibadian seseorang pelajar. Kebanyakan organisasi mengamalkan sistem punch card. Dengan wujudnya system ini, saya akan dilatih untuk mendisiplinkan diri dan peka pada waktu bekerja. Sikap pelajar dan kerja yang diberikan juga amat penting. Seseorang yang ikhlas dan amanah akan menghasilkan kerja yang baik dan kemas. Setiap organisasi mahukan hasil kerja yang bagus, secar tidak langsung saya akan diterapkan dengan sikap-sikap begini.



Saya telah ditempatkan di jabatan industrial engineering. Disini saya banyak mempelajari bagaimana untuk menguruskan sesuatu model. Ilmu-ilmu ini adalah sebagai ilmu tambahan yang boleh dijadikan sebagai pengalaman yang berguna dan kelebihan berbanding pelajar-pelajar yang lain. Dengan adanya latihan industri ini, saya



dapat membuka minda dengan lebih luas mengenai alam pekerjaan yang sebenar. Setelah selesainya latihan industri ini saya lebih bersedia untuk menerima segala cabaran dan pelajaran sebagai pelajar Kejuruteraan Mekanikal.



BAB 9 KOMEN DAN CADANGAN



Sesi latihan industri ini memang tidak melibatkan pembelajaran di dalam kelas atau modul. Sesi ini memerlukan luahan kemahiran pelajar terhadap kerja-kerja yang diberikan oleh pihak organisasi tersebut. Setelah hamper 21 minggu menjalani latihan industri di SONY, terdapat beberapa komen dan cadangan yang boleh diberi kepada pihak industri dan politeknik. Diharapkan komen dan cadangan ini boleh memberi dorongan dan faedah yang berguna kepada kedua-dua pihak.



9.1 Komen



Setiap pelajar yang menjalani latihan industri akan dipantau oleh pensyarah masing-masing. Tempoh pemantauan hanyalah sekali dalam tempoh 6 bulan. Dengan ini, pelajar akan mengambil langkah mudah untuk tidak melengkapkan buku laporan harian yang diberikan. Diharapkan pihak pensyarah cuba membuat pemantauan dalam tiga bulan sekali dan ini mungkin akan member inisiatif yang baru dan semangat kepada pelajar untuk menyiapkan buku laporan tersebut.



Kepada pihak organisasi pula didapati tidak berapa yakin dengan ilmu yang sedia ada pada para pelajar. Contohnya di bahagian bengkel. Kerja-kerja yang sedia ada pun selalunya dilaksanakan oleh pekerja itu sendiri. pelajar tidak dibenarkan untuk



mencuba langsung dengan alasan pelajar tidak dilindungi insuran syarikat. Para pelajar politeknik selalunya lebih berminat melakukan kerja daripada mendengar penerangan yang panjang lebar. Dengan ini, pelajar akan lebih memahami dan mahir menggunakan mesin yang sedia ada di industri terutamanya pada pelajar mekanikal. 9.2 Cadangan



Tempat latihan yang ditetapkan oleh pihak industri kepada pelajar yang terpaksa menjalani latihan sebagai seorang operator adalah tidak begitu sesuai dijalankan. Hal ini kerana pelajar tidak mendapat kemahiran yang dikehendaki mengikut kursus yang di ambil. Cadangan yang saya ingain kemukakan adalah:



I.



Menempatkan para pelajar di bahagian yang bersesuaian mengikut kursus masing-masing dan bukannya mengambil kesempatan di atas kekurangan operator.



II.



Membuat rotation, contohnya pelajar akan menukar department setiap sebulan sekali. Dengan ini pelajar akan mendapat lebin pengetahuan dan kemahiran yang lebih.



Dengan wujudnya sistem seperti ini para pelajar pasti akan bersungguhsungguh melaksanakan latihan industri ini.



Selain itu, pengetahuan pelajar akan



bertambah dan lebih meluas serta memberi cabaran kapada pelajar itu sendiri.