Dialek Geografi [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Dialek Geografi Mengikut Nik Safiah Karim dalam bukunya yang berjudul sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Pengajaran, “dialek geografi” bermaksud sesuatu bahasa mungkin mempunyai banyak variasi ,bergantung pada sejarah perkembangannya jumlah penduduk dan luar daerah penyebaran. Variasi bahasa yang terhasil akibat ruang geografi yang berbeza. Perbezaan sebutan dialek geografi merujuk kepada perbezaan tempat asal penggunaan tersebut. Variasi bahasa wujud akibat faktor pengguna. Mengikut Asmah Haji Omar dalam bukunya yang berjudul Susur Galur Bahasa Melayu, “dialek geografi” juga bermaksud memberi keterangan kepada kejadian-kejadian atau peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam sejarah bahasa yang berkenaan yang menurunkan dialek-dialeknya atau perkembangan yang berlaku dalam masing-masing dialek itu secara tersendiri atau secara berkaitan dengan dialek-dialek lain. Dialek geografi (pengguna) orang yang menggunakan bahasa : didapati bahawa bahasa boleh dibezakan dari segi yang menggunakannya (Halliday, 1968). Dialek Sosial “Bentuk pertuturan yang dikaitkan dengan kelas sosial atau kumpulan yang sama dalam sesebuah masyarakat, berbeza dengan dialek yang biasa yang berkaitan dengan kawasan atau dialek geografi”. Holmes (1992) “Dialek sosial dibezakan menerusi ciri lafaz, kosa kata dan tatabahasa mengikut kumpulan sosial pentutur”. Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ke-4, “dialek sosial” bermaksud variasi bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, misalnya bahasa istana. Variasi bahasa yang terhasil berdasarkan aspek penggunaan telah menghasilkan dialek sosial. Dialek sosial (penggunaan) kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan sewaktu penggunaan bahasa itu (Halliday, 1968)



Perbezaan : Dialek Geografi Sebutan Perkataan air akan menjadi ayaq atau ayo Tatabahasa Penggunaan imbuhan per- dan –kan Perbesar ( dielak Kedah) dan besarkan (dialek Johor) Kata ganti diri



Perkataan demo- dialek Kelantan bermaksud awak Perkataan hang- dialek utara bermaksud awak Kosa kata Perkataan bewah- dialek Kelantan bermaksud kenduri Dialek Sosial ( Bahasa Pasar dan Bahasa Slanga) Sebutan Kebanyakannya dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur, contohnya penutur Cina Orang menjadi olang Tak ada menjadi talak Tatabahasa Hukum dialek Melayu dan penjodoh bilangan diabaikan Orang ini disebut ini orang Kata ganti nama Banyak dipengaruhi oleh bahasa ibunda Saya disebut gua Penggunaan kata penguat Penggunaan perkataan “punya” dan “banyak” Adiknya menjadi dia punya adik Sakit sangat menjadi banyak sakit Bahasa Slanga Kosa kata yang digunakan oleh golongan remaja mempunyai maksud tersendiri awek, kantoi, sempoi, tangkap lentak.



Kesimpulan Secara kesimpulannya, dialek merupakan variasi bahasa yang berbeza dari segi kosa kata dan sebutan. Sesuatu bahasa mempunyai beberapa jenis dialek dan salah satu



daripada jenis dialek menjadi variasi bahasa. Sebagai contoh, Bahasa Melayu sendiri mempunyai variasi bahasa seperti bahasa baku, dialek geografi dan dialek sosial.