Pengaruh Dialek [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PENGENALAN Setiap bahasa mempunyai dialeknya yang tersendiri. Dalam bahasa Melayu, pelbagai dialek yang digunakan mengikut kawasan, seperti dialek Kelantan , Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, dan sebagainya. Menurut Abdul Hamid Mahmood (2006), dialek yang digunakan ditentukan oleh faktor geografi dan faktor sosial. Terdapat perbezaan bahasa pengguna berdasarkan daerah atau disebabkan faktor goegrafi ini dipanggil dialek daerah atau loghat daerah. Dialek daerah merupakan kelainan daripada sesuatu bahasa yang wujud disebabkan kelainan pertuturan antara kumpulan masyarakat sesuatu bahasa itu. Perbezaan atau kelainan itu dapat dilihat berdasarkan kawasan permastautinan kumpulan penutur yang berbeza. Penggunaan dialek ini juga dapat dibezakan dari segi sebutan, kosa kata, kata ganti nama, tatabahasa, dan gaya lagu bahasa . Masyarakat Melayu sering bercakap menggunakan dialek mereka masing-masing tidak kira dalam situasi tidak rasmi dalam perhubungan kekeluargaan dan perhubungan harian. Malahan pengunaan dialek juga turut berlaku di sekolah sama ada dalam kalangan pelajar ataupun warga pendidik. Kesimpulannya, penggunaan dialek sering berlaku dalam sesebuah kelompok masyarakat tanpa mengira masa, situasi, persekitaran dan orang yang dilawan bicara / pendengar. Penggunaan dialek ini perlulah digunakan dalam konteks yang sesuai. Hal ini demikian kerana tidak semua pendengar dapat memahami dialek yang diujarkan oleh penutur.



Kesan Dialek terhadap Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas. Kelas dapat ditakrifkan sebagai ruangan tertentu yang menjadi tempat belajar muridmurid bagi menerima seberapa banyak input berguna yang dijadikan sebagai persediaan untuk mencapai kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan. Oleh itu, bilik darjah seharusnya adalah satu tempat yang menyeronokkan bagi murid. Disamping itu, komunikasi juga berperanan penting dan perlu diberi penekanan oleh setiap guru dalam pengajaran. Hal ini demikian kerana guru bukan sahaja bercakap untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar, malah menurut Moore (2001) guru juga kadangkala menyampaikan maklumat melalui gerak tubuh deperti penggunaan suara, ekspresi muka, cara guru melihat, berdiri dan menggunakan sesuatu perkataan, penggunaan ruang dan sebagainya. Justeru, komunikasi yang berkesan penting dalam



memastikan kelancaran pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, bahasa adalah sangat penting dalam pengajaran terutama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Hal ini kerana penggunaan bahasa yang betul akan membantu pelajar untuk menulis dan bertutur dengan baik. Kesan penggunaan dialek dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dikategorikan kepada dua iaitu kesan positif dan kesan negatif. kesan positif daripada penggunaan dialek ialah bahasa tersebut dapat memudahkan komunikasi antara penduduk sesetempat. Oleh itu, semasa berkomunikasi, mereka akan mewujudkan kemesraan sesama mereka.Hubungan antara mereka menjadi lebih erat, berasa tenang dan berhibur apabila mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Situasi ini sama seperti ketika berada di dalam kelas. Murid akan lebih mudah memahami sesuatu tajuk sekiranya guru memberi penjelasan menggunakan dialek yang difahami oleh murid. Disamping itu, penggunaan dialek semasa pengajaran dan pembelajaran juga membantu mewujudkan hubungan yang mesra antara guru dan murid. Walau bagaimanapun, penggunaan dialek dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas juga banyak memberikan kesan yang negatif terhadap bahasa Melayu. Penggunaan dialek menyebabkan pencapaian bahasa Melayu murid merosot. Hal ini kerana murid perlu menggunakan bahasa Melayu standart dalam ujian lisan dan ujian bertulis. Musa Ahmad (1988) dalam kajiannya memetik pandangan Teuku Iskandar (1970) yang menyatakan bahawa sebutan baku merupakan aspek penting dalam aktiviti lisan. Implikasi bagi sebutan yang jelas, betul dan tepat oleh penutur, akan menjelaskan makna atau maksud dan pendengar pula memahami apa yang dimaksudkannya. Sekiranya penyebutan tidak jelas, betul dan tepat, meyebabkan pendengar tidak faham dan maksud yang sebenarnya akan disalahtafsirkan oleh pendengar. Selain itu, satu lagi kajian yang dijalankan oleh Farid M. Onn dan Ajid Che Kob (1981) tentang pengaruh dialek dalam pemelajaran BM yang dijalankan terhadap 828 orang pelajar Melayu mendapati bahawa 99.15% pelajar menggunakan dialek di luar sekolah apabila berkomunikasi dengan kawan-kawan atau jiran setempat. Dapatan juga menunjukkan sejumlah 69.20% pelajar masih menggunakan dialek ketika berhubng dengan guru yang berasal daripada daerah yang sama. Kesimpulan daripada pengkaji-pengkaji menyatakan bahawa penggunaan dialek dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menjadi satu sebab kemerosotan pencapaian Bahasa Melayu pelajar-pelajar Melayu.



Penggunaan dialek semasa proses pemelajaran dan pengajaran turut mencalar kreadibiliti bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Lazimnya, sesuatu bahasa mempunyai beberapa dialek dan salah satu daripada dialek ini menjadi variasi kepada bahasa Melayu ‘rojak’. Contohnya, sebutan bunyi /a/ pada akhir perkataan, misalnya perkataan ‘lupa’ , tidak sama antara dialek Johor dengan dialek Negeri Sembilan, atau dengan dialek Parit, Perak. Di Johor, bunyinya [Ə], di Negeri Sembilan [Ɔ], di utara [a], dan di Perit [Ɛ] (Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin, 2002). Justeru, bayangkan sekiranya sekiranya seorang guru yang berasal dari Kelantan mengajar di Sabah, menggunakan dialek Kelantan semasa pengajaran bahasa Melayu. Pastinya objektif pengajaran dan pembelajaran tidak akan tercapai seperti apa yang dikehendaki. Selain itu, hal ini akan mengelirukan pemahaman murid. Disamping itu, penggunaan dialek dalam pengajaran dan pembelajaran juga menyebabkan murid tidak dapat bertutur menggunakan bahasa Melayu yang baku dengan betul. Berdasarkan kajian Azman Wan Chik (1982) telah menyentuh tentang permasalahan sebutan baku. Hasil kajian beliau menunjukkan bahawa hanya sejumlah 45% murid yang dapat membezakan sebutan baku dengan sebutan tidak baku. Kajian tersebut menunjukkan lebih ramai pelajar menghadapi masalah penyebutan. Masalah yang ketara ialah sebutan mereka dipengaruhi oleh dialek. Kajian yang sama turut dilakukan oleh Farid M. Onn dan Ajid Che Kob (1981) juga menunjukkan bahawa 99.15% pelajar menggunakan dialek di luar sekolah apabila berkomunikasi dengan kawan-kawan atau jiran setempat. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa sejumlah 69.20% masih menggunakan dialek ketika berhubung dengan guru yang berasal daripada daerah yang sama. Oleh itu, jelaslah bahawa pengunaan dialek dalam pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan terhadap cara pertuturan pelajar. Hal ini juga menyebabkan pelajar gagal menggunakan bahasa baku dalam lisan mereka. Kesimpulannya, penggunaan dialek dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bahasa Melayu mempunyai pro dan kontra. Penguasaan bahasa Melayu yang baik memerlukan latihan yang berterusan. Oleh itu, penggunaan bahasa Melayu baku dalam pengajaran dan pembelajaran adalah langkah yang tepat untuk membantu murid menguasai bahasa Melayu dengan lebih baik.



Rujukan.



Nor Shafrin Ahmad.et al.2009. Kemahiran Komunikasi Guru Pelatih Universiti Sains Malaysia. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jid 24, 125-142, 2009. http Nik Safiah Karim. 1990. Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rovina bt Samsudin. 2011. Unsur Percampuran Kod dalam Proses Pemelajaran dan Pengajaran : Ancaman Bahasa Melayu Sebagai bahasa Ilmu. https://www.scribd.com/doc/109243797/unsurpercampuran-kod-Dalam-pdp (20 Julai 2015)