Dialek Sosial [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Dialek Sosial Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Edisi Keempat, dialek didefinisikan sebagai satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau sesuatu kelas sosial dan ia adalah berbeza sama sekali daripada bahasa standard dan loghat. Selain itu, menurut Edward Sapir (1921) mengatakan dialek merupakan bentuk pertuturan tempatan yang berlainan daripada bentuk bahasa kesusasteraan. Mario. A. Pei (1960) mengatakan bahawa dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Manakala James T. Collins pula berpendapat dialek ialah satu ragam bahasa yang dibezakan dengan tegas daripada ragam-ragam lain berdasarkan ciriciri penyebutan, kosa kata dan tatabahasa. Maka dengan itu, dialek dapat ditakrifkan sebagai kelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan, kosa kata dan tatabahasa daripada bahasa baku serta ia digunakan dalam situasi tidak formal iaitu dalam perhubungan kekeluargaan dan perhubungan harian. Seterusnya, perkataan sosial menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat bermaksud segala hal yang berkaitan dengan masyarakat, persahabatan, perbuatan bergaul dengan masyarakat dan aktiviti masa lapang. Selain itu, menurut Enda M.C mengatakan dalam kehidupan sosial, manusia terus berkembang dalam lingkungan masyarakat yang berkelompok, lingkungan pergaulan, dari mulai pertemanan, persahabatan, ikatan sebuah kekerabatan, sampai kepada persaudaraan. Manakala menurut Paul Ernest pula berpendapat dalam kehidupan berkelompok, sosial juga berkembang dalam sebuah organisasi. Organisasi adalah suatu peranan yang mengumpulkan anggota-anggota dari masyarakat yang mempunyai tujuan tertentu, kemudian diarahkan untuk dapat mempunyai kesamaan persepsi, pemikiran, bahkan juga visi dan misi. Dengan berorganisasi, membuat seseorang yang bergabung di dalamnya mempunyai hasrat kepemilikan berorganisasi yang tinggi. Maka dengan itu, dialek sosial dapat ditakrifkan sebagai bentuk pertuturan yang dikaitkan dengan kelas sosial atau kumpulan yang sama dalam sesebuah masyarakat dan ia adalah berbeza dengan dialek yang biasa yang dikaitkan dengan kawasan atau daerah (Matthew, P.H, 1997:344). Manakala menurut (Holmes,1992:140) mengatakan dialek sosial dibezakan menerusi ciri lafaz, kosa kata dan tatabahasa mengikut kumpulan penutur. Pada masa yang sama, dialek sosial juga diertikan sebagai kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan sewaktu penggunaan bahasa itu (Halliday,1968).



Dialek sosial ini dapat dibahagikan kepada dua belas jenis dan antaranya ialah :  Pijin Bahasa pijin ialah bahasa yang terdiri daripada campuran unsur daripada dua atau lebih bahasa yang berbeza yang digunakan apabila penutur yang berlainan bahasa komunikasi antara satu dengan yang lain. Bahasa ini tidak menjadi bahasa ibunda (bahasa pertama) bagi mana-mana kumpulan masyarakat. Dalam bahasa ini juga, terdapat satu bahasa asas (yang lebih dominan) yang kemudian bercampur dengan bahasa lain dari aspek kosa kata, kata ganti nama diri dan mungkin sedikit kelainan struktur frasa atau ayat. Bagi cirinya, ia tidak mempunyai penutur jati, wujud sebagai bahasa perantara bagi beberapa kelompok penutur daripada bahasa yang berbeza dan kosa katanya adalah terhad. Terdapat juga kosa kata asing bagi kata ganti nama diri (amma, appa) dan percampuradukkan penggunaan kata ganti nama (gua,lu) serta ia tidak mengikut hukum D-M.  Kreol Bahasa keacukan (sekurang-kurangnya daripada dua bahasa) yang telah mantap [Asmah Haji Omar]. Bahasa yang bukan berasal daripada bahasa tempatan/datang dari luar; telah lama digunakan dan menerima unsur tempatan, seterusnya menjadi bahasa ibunda bagi kelompok penutur dalam masyarakat berkenaan [Nik Safiah Karim]. Bagi cirinya, ia mengandungi banyak kelainan atau perbezaan dengan Bahasa Melayu baku dan kosa katanya lebih meluas berbanding dengan pijin serta mempunyai struktur ‘cakap terbalik’.  Slanga Bahasa yang dituturkan oleh sekumpulan penutur tertentu sahaja, contohnya bahasa yang digunakan oleh kelompok remaja atau bahasa yang digunakan kelompok pekerja dalam bidang tertentu. Ciri bagi slanga ini ialah ia bersifat tidak kekal iaitu bermusim (musiman) dan kosa katanya mempunyai maksud tersendiri yang hanya difahami oleh kelompok tertentu dalam sesuatu tempoh seperti kantoi, awek, balak, cun, brader, bro, poyo, cool, hampeh, fulamak dan lain-lain. Kosa katanya sama dengan Bahasa Melayu Standard tetapi maksudnya berbeza seperti payung (belanja), sotong (pondan) atau donut (lelaki lembut).  Bahasa formal Bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi dan contoh bahasa formal ialah bahasa baku dan bahasa istana. Ciri bagi bahasa formal ialah mematuhi tatabahasa, intonasi yang sesuai, menggunakan kata ganti nama diri dan bentuk kata sapaan yang formal serta



menggunakan kosa kata yang lebih halus dan sopan. Ia juga mempunyai ragam bahasa yang terkawal dan digunakan dalam ceramah, syarahan dan ucapan.  Bahasa tak formal Bahasa yang digunakan dalam situasi tidak formal (dalam pertuturan harian) dan bahasa ini turut dikenali sebagai bahasa basahan (kolokial), bahasa bersama atau dialek. Ciri bahasa ini ialah ia tidak mementingkan peraturan bahasa dan terdapat percampuran kod (penggunaan bahasa lain seperti ‘Sorry, I tak ingat’). Seterusnya, ia tidak menggunakan intonasi yang sempurna dan ada kependekan kata serta menggunakan gelaran kekeluargaan seperti abang, kakak, adik, Kak Lang, Acik dan sebagainya.  Bahasa halus Bahasa yang digunakan secara beradab dan bersopan santun untuk memaniskan percakapan dan ia turut dikenali sebagai bahasa yang sopan atau honorifik. Bahasa ini juga menitikberatkan hubungan penutur-pendengar dalam konteks pertuturan tertentu (status, sosial, pekerjaan, umur) yang berkait dengan budaya masyarakat Melayu dan digunakan untuk menghormati perasaan orang lain. Ciri bahasa ini ialah ia menggunakan kata ganti nama diri yang sopan, contohnya: tuan kepada orang yang berkedudukan, puan untuk merujuk kepada wanita yang telah berkahwin. Seterusnya, ia juga mementingkan



ungkapan



yang



sopan



dan



bertatasusila



untuk



menyuruh,meminta,mengajak,melarang (jemput duduk, mohon senyap, ayuh kita menderma darah, jangan meludah). Ia juga menggunakan kosa kata yang mempunyai unsur kehalusan bagi perkara tertentu contohnya berbadan dua (mengandung) dan datang bulan (wanita yang datang haid).  Bahasa kasar Bahasa yang digunakan secara tidak sopan atau menggunakan istilah-istilah yang kesat (kurang ajar). Ciri bahasa ini ialah menggunakan kata yang kasar yang kurang enak didengari, contohnya: membuta merujuk kepada tidur, bini merujuk kepada isteri dan melantak merujuk kepada makan. Ia turut diucapkan dengan nada yang sinis atau beremosi negatif sehingga menimbulkan perasaan kurang senang kepada pendengar.  Bahasa istana (dalam) Bahasa diraja yang digunakan khusus dalam perhubungan dalam kalangan kerabat diraja atau dalam perhubungan rakyat dengan kerabat diraja dan menunjukkan perbezaan kedudukan atau kelas sosial. Ia juga dikategori sebagai bahasa halus dan tidak mengalami perkembangan bahasa. Bagi ciri bahasa ini, ia menggunakan kata ganti nama



diri (KGNK) yang khusus, contohnya: beta, tuanku, baginda, hamba, patik dan kosa kata yang khusus seperti santap, mangkat, mencemar duli, murka, gering dan ungkapan rutin (tidak berubah) contoh; ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.  Bahasa mesra Bahasa yang digunakan oleh orang yang ada hubungan rapat atau akrab mesra antara satu dengan yang lain. Bagi ciri bahasa ini ialah ia digunakan untuk tujuan rasmi, mementingkan ketepatan tatabahasa, menggunakan pelbagai laras bahasa dan menggunakan bahasa baku (sebutan dan ejaan) serta bersifat fonemik (sebutan mengikut ejaan).  Bahasa pasar Variasi bahasa campuran antara bahasa Melayu dengan bahasa lain dan dianggap sebagai variasi bahasa Melayu kerana struktur bahasanya yang lebih dominan ialah bahasa Melayu. Bahasa ini digunakan apabila ada pertembungan antara kumpulan yang tidak mempunyai satu bahasa yang diketahui oleh kedua-dua pihak untuk berhubung. Bagi ciri bahasa ini ialah menggunakan kata ganti nama diri yang dianggap mesra; contohnya seperti aku (saya) dan dalam bahasa Inggeris seperti I (saya) dan you (awak). Ia juga menggunakan panggilan yang tidak lengkap seperti Kak Bedah (kak = kakak, Bedah = Zubaidah) dan mengabaikan hokum D-M seperti mini bas (bas mini) serta menggunakan percampuran kod seperti lu (awak), gua (saya), ana (saya) dan anta (awak).  Bahasa basahan (kolokial) Variasi bahasa yang digunakan dalam percakapan harian atau tidak formal. Za’ba mengistilahkannya sebagai bahasa cakap mulut dan ia jarang-jarang ditemui dalam benyuk penulisan, kecuali dalam karya sastera. Bagi ciri bahasa ini ialah ia menggunakan struktur ayat yang mudah seperti sapa tu ? (siapa itu ?) dan kependekan kata seperti tak, mau, nak, tak ndak dan dah. Seterusnya, ia tidak menggunakan tatabahasa yang sempurna seperti kak pegi sekolah (kakak pergi ke sekolah) dan menggunakan kosa kata yang mudah difahami.  Bahasa Baku Variasi bahasa yang diterima oleh masyarakat sebagai variasi rujukan dan dikaitkan dengan kelompok masyarakat yang berpendidikan. Ia juga digunakan dalam pelbagai situasi rasmi (mesyuarat, rundingan, seminar,pengajaran). Bagi ciri bahasa ini ialah ia



digunakan dalam acara-acara rasmi seperti dalam proses pembelajaran di sekolah, ucapan, perbicaraan di mahkamah, urusan pejabat dan sebagainya, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Ia juga mempunyai keseragaman dari segi ejaan, sebutan, tatabahasa, kosa kata, istilah dan laras bahasa. Keseragaman ditentukan oleh pihak yang melaksanakan proses perancanagan bahasa.