Falsafah Pendidikan Saya Sebagai Guru [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1.0 Pendahuluan Dunia pendidikan sentiasa menjadi tumpuan semua pihak kerana tunjang utama dalam pemerkasaan pembangunan negara dijana melalui keberkesanan dan keefektifan sistem 5



pendidikan. Justeru, kualiti pendidik atau guru menjadi pemangkin kepada usaha membina generasi modal insan bertaraf dunia. Malah, aspek melahirkan modal insan yang berkualiti itu menjadi agenda teras dalam RMK-9 dan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Hal itu menunjukkan betapa seriusnya negara dalam merencanakan barisan pelapis kepemimpinan dan warga kerja yang mampu menjana pembangunan negara ke arah



10



pencapaian Wawasan 2020. Tidak dinafikan bahawa sekolah merupakan sebuah agen yang penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan



15



lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan



20



kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara”. Di sekolahlah segalanya bermula, yakni bermula dari peringkat prasekolah sehinggalah ke prauniversiti. Di sinilah para pelajar akan mula mengenal erti kehidupan, kefahaman, dan kemahiran, disamping dilengkapkan dengan nilai-nilai murni dan akhlak pekerti. Sekolah ibarat ` frontline` bagi para pelajar ditransformasi menjadi pelapis selaras dengan kehendak di dalam FPK itu sendiri. Di



25



sekolahlah juga terlihat jelas betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh para guru dalam mendidik anak bangsa. Berbalik kepada tunjang utama persoalan yang diberi, lalu apakah dan bagaimanakah seorang guru memainkan peranan mereka selaras dengan FPK tersebut? Atau lebih tepat



30



lagi, agar selaras dengan status saya sebagai seorang pelajar Diploma Pendidkan Lepasan Ijazah Pendidikan (DPLI), apakah pegangan falsafah saya sebagai seorang guru baru sebenarnya, dan bagaimana falsafah saya ini dapat pula merealisasikan aspirasi FPK seperti yang dinyatakan pada perenggan di atas tadi? Sebelum itu, sukacita diingatkan bahawa setiap individu mempunyai pandangan dan pendapat sendiri berkaitan falsafah pendidikan



35



masing-masing, dan begitulah juga dengan diri saya. Sebagai seorang bakal guru baru atau



1



guru permulaan, saya mempunyai pendapat atau falsafah pendidikan saya yang tersendiri, yang diacu oleh pengalaman dan pemahaman saya sepanjang terlibat di dalam kerja perguruan secara sambilan sebelum ini dan ketika mengikuti program DPLI ketika ini. Falsafah pendidikan saya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang merangkumi 5



tujuan pendidikan, kehendak masyarakat, kehendak pelajar dan kehendak guru. 2.0 Falsafah Saya Sebagai Seorang Guru 2.1 Percaya bahawa pelajar mempunyai gaya pembelajaran berbeza



10



Pertama , falsafah saya sebagai seorang guru adalah mudah dan ringkas, iaitu percaya bahawa semua pelajar perlu belajar dengan cara yang berbeza mengikut tahap penerimaan dan kefahaman setiap individu. Saya juga percaya setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza-beza dan tidak adil jika saya mengatakan bahawa pelajar yang 15



paling lemah akademiknya di kelas saya adalah disebabkan dia memang lemah dan tidak dapat diubah, atau yang paling pintar adalah disebabkan dia memang pintar sejak kecil dan tiada kekurangan dan tidak perlu diasah lagi. Sebagai seorang guru, maka saya perlu mencari, memikirkan, mengkaji, menganalisa, membuat penilaian, serta mencari apa teknik dan kaedah yang sesuai agar para pelajar yang lemah ini dapat dibantu dan diselamatkan,



20



sekurang-kurangnya lulus atau mencapai markah yang lebih baik di dalam peperiksaan tahunan. Di dalam teori psikologi pendidikan sendiri, sebenarnya ramai pengkaji turut menyatakan setiap murid mempunyai gaya pembelajaran mereka yang berbeza, ada yang lambat, ada



25



yang cepat, ada yang buat dahulu secara fizikal baru faham. Oleh itu setelah menganalisa keadaan para pelajar, saya akan menggunakan kaedah atau instrumen yang sesuai agar saya dapat memastikan kesemua ilmu dan pengajaran saya dapat difahami dengan mudah oleh kesemua pelajar. Sebagai contoh, jika saya diberikan peluang menjadi guru subjek Sains misalnya, saya percaya ia memerlukan pendekatan berbeza dan lebih terkesan jika diajar



30



melalui teknik penerokaan. Malah, saya merasakan bahawa adalah amat penting bagi setiap pelajar di kelas saya, yakni tidak terhad kepada subjek Sains sahaja, untuk diberikan banyak peluang untuk terlibat dalam penggunaan pelbagai media tertentu untuk meneroka konsepkonsep subjek termasuklah buku-buku, laman web, kerja lapangan, dan hands on eksperimen. Ini bermakna kaedah pengajaran menggunakan kaedah visual, auditori, dan



35



hands on adalah amat bersesuaian bagi mencapai matlamat falsafah pertama saya.



2



Selain itu, salah satu cara lagi bagi saya untuk merealisasikan falsafah pertama saya sebagai guru ini adalah untuk mengintegrasikan penggunaan teknologi dalam bilik darjah. Seiring dengan kepesatan teknologi dengan berlakunya Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0), 5



saya percaya teknologi IT akan menjadi alat yang sangat berguna untuk meningkatkan pengajaran dan mencipta animasi kepada pelajar untuk melihat konsep-konsep pengajaran dengan lebih jelas. Saya yakin yang ini akan mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat para pelajar saya di samping dapat mengembangkan potensi kognitif, afektif dan fizikal dalam bentuk yang menyeluruh dan bersepadu. Sebagai contoh pada



10



subjek Sains misalnya, mereka berpeluang untuk melihat sendiri secara real molekul, DNA, enzim, mekanisme tindak balas, dan lain-lain dengan lebih baik selain cara tradisional yang diamalkan. Sebagai tambahan, saya juga akan memastikan yang sesi pembelajaran saya adalah bersifat interaktif. Saya lebih menggemarkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpaksikan kepada kerja kumpulan, aktiviti makmal dan demonstrasi menarik.



15



Paling penting, saya mahukan subjek yang saya ajar mampu membimbing pelajar untuk mengetahui sebab-sebab di sebalik konsep dan bagaimana ia digunapakai dalam situasi kehidupan sebenar, bukan setakat hafalan semata-mata.



20



2.2



Sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran Falsafah kedua saya sebagai seorang guru ialah saya akan sentiasa meningkatkan ilmu



dan kemahiran saya bagi memastikan penyampaian saya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berada pada tahap optimum, terutamanya di dalam kerja hakiki 25



dan subjek yang saya ajar. Ini selaras dengan FPK iaitu satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Saya percaya bahawa guru perlulah memiliki kemahiran, kebolehan, kecenderungan untuk berdaya saing serta keperibadian yang luhur dan bersedia menghadapi persekitaran kerja persekolahan tanpa sempadan yang semakin mencabar. Ini termasuklah beberapa perkara yang penting



30



seperti sentiasa mengurus dan merancang isi kandungan pengajaran dan pembelajaran, memperbaiki penilaian, dan meningkatkan kemahiran pengurusan masa dan pengetahuan am (general knowledge). Oleh itu bagi memenuhi falsafah saya yang kedua ini, antara pendekatan yang saya ambil ialah saya akan melibatkan diri secara aktif di dalam latihan dalaman kemahiran baik di peringkat jabatan atau luar jabatan (contohnya di IPTA, INTAN,



35



Kolej Komuniti), mengikuti kursus pendek kelolaan maktab, sistem pementoran, amalan



3



refleksi melalui penulisan reflektif/jurnal dan fortopolio pengajaran, penyelidikan tindakan, latihan profesionalisme secara berterusan, perkembangan profesional ” one-line” dan aktifitas di Pusat Kegiatan Guru (PKG) berhampiran, serta banyak membuat pembacaan ilmiah.



5



Sebagai tambahan, dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran semasa, khususnya di dalam mata pelajaran pengkhususan, inovasi dalam pedagogi, ia menuntut agar guru-guru termasuk saya untuk dilatih semula semasa dalam perkhidmatan. Ia sememangnya



dapat



mempertingkat



dan



memperkukuh



profesionalisme



diri



selain



mengembangkan potensi diri ke tahap yang diingini. Sebagai guru baru, saya percaya untuk 10



ia mampu memperkukuh kapasiti untuk memperbaiki pembelajaran pelajar dengan melanjutkan pengetahuan profesional saya dalam menguasai dan mengembangkan kemahiran-kemahiran serta memperjelas nilai-nilai profesional diri saya sebagai seorang guru.



15



2.3 Bersahsiah tinggi Falsafah saya yang ketiga sebagai seorang guru baru ialah saya akan menjadi seorang guru yang bersahsiah tinggi. Saya percaya menjadi guru yang bersahsiah tinggi adalah 20



penting dalam arus pendidikan semasa. Dengan menjadi guru yang berkualiti tinggi ia akan selaras dengan FPK dan objektif pendidikan kebangsaan. Terdapat beberapa aspek atau ciri kesahsiahan tinggi yang ingin dibentuk dalam diri saya sebagai seorang guru yang berperanan sebagai agen perubahan kepada generasi masa hadapan. Antaranya ialah berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara,



25



menghormasti warisan kebudayaan negara, memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, memelihara masyarakat yang demokratik, progresif, dan membantu mewujudkan masyarakat yang lebih berdisiplin. Menyentuh lebih lanjut tentang sahsiah, sebagai seorang guru saya perlulah terlebih



30



dahulu menunjukkan sahsiah yang baik kepada murid supaya murid dapat mencontohi keperibadian saya. Ini kerana saya tidak hanya melihat diri saya sebagai seorang pemberi maklumat yang terkandung di dalam buku teks sahaja, tetapi juga bertanggungjawab sebagai pembentuk sahsiah dan disiplin para pelajar. Antara sahsiah yang boleh saya tonjolkan ialah berbudi bahasa, bersopan, berdisiplin dan bermoral. Sekiranya saya tidak



35



menunjukkan disiplin yang mantap misalnya merokok di dalam kawasan sekolah, sudah



4



semestinya menjadi teladan yang kurang elok kepada para pelajar. Pelajar yang baru meningkat dewasa ini mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Jadi sekiranya guru merokok di kawasan sekolah, pelajar akan turut sama melanggar disiplin sekolah dengan menghisap rokok. Mungkin budaya merokok dianggap mudah tetapi budaya inilah yang akan 5



mendorong pelajar-pelajar untuk melakukan lebih banyak masalah di sekolah seperti gangsterisme dan vanderlisme. Kebelakangan ini banyak terjadi kes-kes yang melibatkan guru, contohnya guru mencabul pelajar di sekolah. Hal-hal sebegini tidak seharusnya berlaku sekiranya guru mempunyai pekerti yang baik. Bayangkan jika seorang guru seperti saya yang sepatutnya berperanan menjadi contoh teladan kepada pelajar namun sebaliknya, berlaku, ia



10



akan memusnahkan kepercayaan pelajar itu terhadap saya sendiri khususnya, dan kepada semua guru amnya. Justeru, bagaimanakah aspirasi yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru mampu tercapai. Maka, elemen bersahsiah tinggi perlu saya terapkan ke dalam falsafah saya sebagai guru dan juga rakan-rakan guru yang lain supaya aspirasi pendidikan negara dapat dicapai.



15



2.4



Kualiti jasmani dan kesihatan yang tinggi Falfasah saya yang kempat sebagai seorang guru ialah wajib mempunyai kualiti jasmani



20



yang tinggi, iaitu merangkumi penampilan dan imej diri yang baik, iaitu cara berpakaian, tingkah laku dan tutur kata. Namun yang paling penting adalah harus memiliki kesihatan tubuh badan yang baik agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan. Saya juga perlu mahir dalam sesuatu aktiviti sukan terutamanya sukan berpasukan seperti hoki dan manamana unit beruniform. Ini bertujuan agar saya sendiri dapat melatih pelajar bagi melibatkan



25



diri dalam aktiviti kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri pelajar itu sendiri. Saya juga akan mengikuti kursus-kursus kejurulatihan atau pengadilan, pertandingan, dan mengikuti kursus sains dan psikologi sukan di pusat-pusat sukan negara seperti ISN dan MSN, yang kemudiannya akan digunakan kembali untuk tujuan pembangungan bakat sukan pelajar di sekolah. Falfasah saya yang keempat ini bukan sahaja selari dengan aspirasi FPK



30



iaitu mewujudkan untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, malah ia bertepatan dengan kehendak Negara melalui program IMurid 1Sukan yang telah diperkenalkan pada tahun 2011. Program ini bertujuan untuk memastikan kesemua pelajar terlibat di dalam aktiviti sukan. Sebagai seorang guru, saya percaya dengan kecenderungan saya ke arah aspek jasmani dan sukan akan menjadi contoh



35



role-model secara tidak langsung kepada para pelajar agar turut menyemai mentaliti yang



5



serupa. Pelajar yang aktif bersukan dapat menggunakan masa lapang mereka dengan lebih bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana biasanya pelajar yang aktif dalam bidang 5



sukan tidak berminat bermain ‘computer game’ dan tidak akan menghabiskan masanya untuk berplesiran di pusat beli-belah, menonton televisyen, dan seumpamanya. Oleh itu, sudah pasti mereka akan menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat. Menyentuh kembali berkenaan impak sukan terutamanya kepada guru, ia juga turut membantu diri saya agar menjadi seseorang guru yang berfikiran positif. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan



10



aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi dan tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih pinggat emas dalam sukan Olimpik baru-baru ini. Oleh itu, sukan penting dalam melahirkan seorang pendidik yang berfikiran positif. Perkara yang sama juga akan disemai dan dipupuk ke dalam diri para pelajar.



15



2.5



Motivator dan pemberi motivasi Falsafah saya yang kelima sebagai seorang guru ialah akan menjadi seorang motivator



20



atau pemberi motivasi yang baik kepada para pelajar, baik secara langsung atau tidak langsung. Bagi saya ia adalah selaras dengan aspirasi negara melalui FPK iaitu mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. Seiring dengan perubahan kaedah pembelajaran iaitu daripada berpusatkan guru



25



(teacher oriented) kepada pembelajaran yang berpusatkan murid ( student oriented) bersesuaian dengan konsep Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21), maka saya sebagai seorang guru haruslah berupaya dan berkemahiran menjadi pemberi motivasi yang baik, serta perlu memupuk motivasi di kalangan pelajar untuk belajar. Melalui Kaedah PAK21, saya akan menerapkan pembelajaran secara akfif, iaitu berasaskan kepada akti!iti pelajar dan



30



penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran yang saya lakukan. Sebagai contoh, jika saya mengajar mata pelajaran yang sukar seperti subjek fizik, saya kena memikirkan keadah, instrumen dan aktiviti berkumpulan yang sesuai bagi mengubah motivasi mereka daripada terasa sukar kepada mudah bagi mempelajari subjek tersebut.



35



Dalam bidang pengurusan mahupun psikologi pendidikan, memang terdapat beberapa



6



teori berkenaan motivasi dan pemotivasian yang saya boleh aplikasikan ke dalam sesi pembelajaran di bilik darjah dan saya sebagai seorang guru percaya ia berjaya membantu para pelajar saya khususnya, untuk mengembangkan minat dan seterusnya menunjukkan prestasi pembelajaran yang baik. Namun saya sedar dan sedia maklum bahawa usaha untuk 5



menerap dan mengaplikasikan teori-teori tersebut atau dalam erti kata lain, untuk menjadi seorang motivator yang baik kepada para pelajar bukanlah hal yang mudah, memandangkan kompleksnya permasalahan-permasalahan yang berkaitan dengan tingkahlaku ( behavior) individu pelajar, baik yang datang daripada faktor-faktor luaran mahupun faktor dalaman yang mempengaruhi mereka. Memandangkan pendidikan merupakan usaha yang berterusan



10



seperti yang terkandung di FPK, maka sebagai seorang guru dan bagi merealisasikan falfasah saya yang keempat ini, maka saya telah merangka beberapa kerangka awal yang akan saya laksanakan agar meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Antaramya adalah seperti:



I. Memperjelaskan tujuan yang dingin dicapai 15



Tujuan yang jelas dapat membantu para pelajar ke arah yang ingin saya bawa semasa proses pembelajaran berlaku. Pemahaman mereka terhadap tujuan pembelajaran akan dapat meningkatkan motivasi belajar mereka, dan ia semakin kuat apabila semakin jelas tujuan yang dingin dicapai tersebut saya perjelaskan. Oleh itu, saya akan memastikan tujuan akan 20



dijelaskan terlebih dahulu sebelum proses pembelajaran dimulakan. Malah, ada ketikanya saya akan membawa para pelajar untuk bersama-sama merumuskan apakah tujuan pembelajaran yang mereka ingin capai berserta cara-cara untuk mencapainya.



II. Membangkitkan minat pelajar 25



Para pelajar akan lebih termotivasi untuk belajar sekiranya mereka memiliki minat untuk belajar. Oleh itu, saya sebagai seorang guru akan melakukan beberapa cara untuk menarik minat mereka, antaranya ialah dengan menghubungkan bahan pembelajaran dengan keperluan pelajar di dalam kehidupan mereka sehari-hari, atau menggunakan keadah 30



perbincangan, kerja berkumpulan, eksperimen, demonstrasi, atau lain-lain yang lebih interaktif dan tidak membosankan mereka.



III. Mewujudkan suasana yang menyenangkan para pelajar untuk belajar 35



Sebagai seorang guru, dan demi merealisasikan falfasah saya yang kelima ini, saya akan



7



menerapkan konsep Sekolahku Syurgaku. Saya percaya bahawa para pelajar hanya akan dapat termotivasi untuk belajar dengan baik dan optimum sekiranya suasana sekolah dan bilik darjah mereka berkeadaan menyenangkan, aman, serta bebas gangguan luar, atau sekurang-kurangnya lebih kondusif berbanding jika mereka belajar di rumah. Saya akan 5



memastikan agar bilik darjah saya bersuasana hidup dan segar dan dihiasi beberapa dekoratif yang menenangkan. Selain itu, saya cuba menerapkan elemen lucu dan kelakar ketika sesi pembelajaran.



10



IV. Memberikan pujian yang sewajarnya kepada pencapaian pelajar Sebagai seorang guru, saya percaya bahawa para pelajar akan lebih termotivasi sekiranya mereka rasa dihargai, lebih-lebih lagi oleh guru mereka. Memberikan mereka pujian yang wajar adalah merupakan salah satu cara yang dapat dilakukan untuk



15



memberikan mereka penghargaan terumatanya setelah sesuatu tugasan mereka selesai dan dijalankan dengan baik. Ini membantu meningkatkan lagi potensi dan perkembangan individu selaras dengan FPK.



V. Mewujudkan suasana persaingan dan kerjasama 20



Selaras



dengan



FPK



iaitu



melahirkan



insan



yang



berilmu



pengetahuan



dan



berketrampilan, dan seiirng dengan falsafah saya yang kelima, maka sebagai seorang guru saya akan mewujudukan satu suasana persaingan dan kerjasama di kalangan para pelajar. Saya percaya bahawa persaingan yang sihat dalpat memberikan kualiti kerja yang 25



memuaskan, dimana mereka akan bersungguh-sungguh dan lebih termotivasi untuk menyiapkan projek yang diberikan. Maka sebagai guru, saya perlu memikirkan kaedah atau model yang terbaik bagi memupuk sikap persaingan sihat di kalangan pelajar. Kerangka-kerangka di atas akan saya gunakan sebaik mungkin selari dengan falsafah



30



yang kelima iaitu menjadi seorang motivator atau pemberi motivasi yang baik kepada para pelajar. Namun begitu, saya juga akan mempraktikkan cara-cara lain bagi meningkatkan motivasi seperti memberikan hukuman, teguran, dan memberikan tugasan yang lebih kepada para pelajar meskipun cara-cara ini saya cuma gunakan bergantung kepada situasi tertentu.



35



8



5



2.6



Mendidik kemahiran penyelesaian masalah Falsafah saya yang terakhir sebagai seorang guru ialah untuk melatih kemahiran



penyelesaian masalah kepada para pelajar. Ia sememangnya merupakan antara kemahiran 10



yang sangat penting untuk menjalani kehidupan seharian dan bukan hanya di alam persekolahan atau pembelajaran formal sahaja. Seiring dengang perkembangan IR4.0 yang sangat pesat kini, pasaran kerja memerlukan mereka yang bukan setakat mahir berkomunikasi dan berkolaborasi, namun mampu untuk menyelasaikan sesuatu masalah yang timbul dengan kreatif dan efektif. Oleh itu, bagi mempersiapkan kehendak pasaran,



15



saya sebagai guru perlulah memastikan agar aspek tersebut diterapkan ke dalam bilik darjah pada peringkat yang paling awal lagi. Saya akan mendedahkan kepada para pelajar akan langkah-langkah di dalam proses pembuatan keputusan yang sebenarnya merujuk kepada proses pembuatan masalah, dan memberikan latihan berbentuk aplikasi. .



20



3.0



Kesimpulan Kesimpulanya, pendidikan bagi saya adalah segala usaha yang mampu melahirkan



individu yang berguna bukan sekadar pada diri sendiri tetapi turut kepada keluarga, 25



masyarakat, agama dan negara selaras dengan apa yang telah ditetapkan dalam Falsafah Pendidikan Malaysia. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Pendidikan amat penting bagi setiap individu



30



terutamanya insan pendidik itu sendiri. Justeru, saya akan berusaha untuk mencapai falsafah-falsafah pengajaran yang saya nyatakan seperti percaya setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran berbeza, sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran, bersahsiah tinggi, mempunyai kualiti jasmani yang kuat, menjadi seorang motivator, serta mendidik para pelajar dengan kemahiran menyelesaikan masalah bagi memperlengkapkan mereka dengan



35



kehendak pasaran terkini.



9



5



JUMLAH PATAH PERKATAAAN: 2843



10