Kuiz EDUP 2082 Psikologi Pendidikan PERCUBAAN [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) Semester 1 (2020) EDUP 2082 : PSIKOLOGI PENDIDIKAN



Nama Pelajar: RAZALI BIN UMIN No. Kad Pengenalan :880422495209



Tarikh: 20/10/2020 Masa: 02.00 pm



Opsyen : PAI (SR) / RBT (SM) / RBT (SR)



PERCUBAAN : Jawab semua soalan



1. Berikan definisi anda tentang perbezaan individu Perbezaan individu merujuk kepada ketidaksamaan dalam aspek perkembangan secara fizikal, mental, emosi dansosial di kalangan individu (2 markah)



2. Jelaskan tentang personaliti dan konsep kendiri Personaliti merujuk kepada ciri-ciri keperibadian seseorang (gaya bercakap, tingkahlaku, gaya berfikir, gaya bertindak dan gaya bekerja). Konsep kendiri pula merujuk kepada tanggapan seseorang terhadap diri individu melalui kelebihan dan kelemahan individu tersebut. (2 markah)



3. Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi pembentukan personaliti dan konsep kendiri Faktor yang mempengaruhi personaliti dan konsep kendiri ialah: 1.baka 2.persekitaran (2 markah) 4. Huraikan dua implikasi personaliti dan konsep kendiri terhadap proses pengajaran dan pembelajaran kepada guru. implikasi personaliti dan konsep kendiri terhadap proses pengajaran dan pembelajaran kepada guru ialah:  guru dapat mengenal pasti kelemahan dan kelebihan anak muridnya. Apabila kelemahan dan kelebihan mereka dapat dikenal pasti, guru dapat mengajar



dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang menarik dan lebih berkesan serta bersesuaian.  guru juga mampu meramal gerak balas dan tingkah laku yang mungkin timbul dalam sesuatu situasi. Dengan ini, guru dapat membuat persediaan bagi menghadapi situasi yang tak dijangka. Misalannya, kadang-kadang guru tidak menjangka murid yang agak pasif akan rendah diri meruntuhkan keyakinannya apabila soalan yang ditanya tidak dapat dijawab dengan baik seterusnya ditertawakan oleh semua rakan-rakannya. Dalam hal ini, guru perlu bersiap sedia dengan soalan yang agak mudah untuk disoalkan kepada murid itu semula agar keyakinannya dapat diraih semula dalam diri mereka lebih-lebih lagi di hadapan pelajar-pelajar lain. (4 markah)



JUMLAH MARKAH KESELURUHAN :



/ 10