Penulisan Refleksi Video [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Penulisan Refleksi Video



Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan berkatnya saya diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani tugasan projek Kesantunan Masyarakat Malaysia ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah bagi kursus ini iaitu Puan Rahmah binti Idris kerana beliau telah mengajar dan mendidik saya dan rakan sekelas yang lain dengan penuh semangat dan dedikasi. Selain itu, tidak lupa juga kawan-kawan sekelas yang lain turut memberikan sumbangan pendapat dan bantuan dalam rakaman video semasa dalam proses melaksanakan tugasan ini. Kerjasama mereka semua dalam mebantu saya amat dihargai. Pada 8 Ogos 2014 yang lalu, saya dan rakan sekelas yang lain telah menerima tugasan projek Kesantunan Masyarakat Malaysia ini. Untuk tugasan ini, kami diwajibkan untuk membuat rakaman video komunikasi yang menunjukkan amalan kesantunan dalam kehidupan seharian serta membuat analisis terhadap perlakuan yang negatif. Pada mulanya saya dan rakan-rakan saya menghadapi masalah untuk memilih situasi yang harus dilakonkan dan dirakamkan untuk tugasan ini kerana keadaan tempat untuk merakamkan video tersebut yang tidak sesuai dan kesuntukan masa. Namun begitu, saya dan rakan-rakan saya terus gigih berusaha mencari dan menguruskan masa untuk merakamkan video tersebut. Kami memilih situasi Interaksi Sosial Dalam Masyarakat. Setelah meminta pendapat daripada rakan-rakan dan Puan Rahmah, kami bercadang untuk membuat rakaman komunikasi tersebut di LRT Maluri. Kami mengambil masa selama hampir 3 jam untuk melaksanakan dan menghabiskan rakaman video tersebut. Dalam usaha untuk menjayakan tugasan ini, sudah tentu banyak kekangan dan masalah yang timbul. Antaranya ialah masa yang tidak sesuai untuk melaksanakan rakaman tersebut. Perkara ini berlaku disebabkan ada di antara kami yang menghadirkan diri ke aktiviti yang dianjurkan oleh pihat institut atau kami semua menghadiri kelas gantian. Selain itu, kami juga menghadapi masalah kecil seperti keletihan, tidur pada waktu petang dan lainlain lagi. Untuk mengatasi masalah tersebut, kami telah menyusun dan menetapkan waktu yang sesuai agar dapt melaksanakan tugasan ini dengan segera, serta mengorbankan sedikit masa untuk tidur petang agar kami semua dapat keluar bersama-sama membuat rakaman video tersebut.



Dalam rakaman video tersebut, saya memerhatikan terdapat sudut perlakuan negatif dan perlakuan yang positif. Untuk bahagian yang negatif, terdapat beberapa babak yang menunjukkan sifat-sifat negatif yang ada pada minda masyarakat Malaysia, iaitu mementingkan diri sendiri, tidah hormat dan menyampuk apabila orang lain bercakap, tidak memberikan tempat duduk kepada orang yang lebih memerlukan, serta meluahkan percakapan mereka dengan kata-kata yang agak kesat dan banyak lagi. Sikap-sikap seperti inilah yang harus dikikis dari minda masyarakat Malaysia agar kita dapat melahirkan masyarakat minda kelas pertama, sesuai dengan tuntutan melahirkan modal insan yang bakal memimpin negara Malaysia suatu hari nanti. Dari sudut yang positif, saya memerhatikan babak-babak tertentu yang menunjukkan sifat-sifat positif yang ada pada masyarakat Malaysia, contohnya beratur semasa memebeli token LRT, prihatin dan bertimbang rasa terhadap orang kurang upaya, sentiasa berfikiran positif, mengamalkan budaya membaca, bertoleransi dan bersikap rasional kepada semua orang. Sifat-sifat baik ini jelas membuktikan bahawa masyarakat Malaysia sememangnya masyarakat yang berpegang teguh kepada norma kehidupan berbudi bahasa, bersopan santun dan berhemah tinggi. Selain itu, saya juga memerhatikan bahawa terdapat orang awam yang lain, juga bertimbang rasa terhadap kami semua yang menjalankan rakaman video tersebut, iaitu dengan memberikan tempat duduk, pihak polis bekerjasama dengan membantu dan memeberikan kesan yang mendalam dalam babak membantu orang buta. Secara keseluruhannya, saya merumuskan bahawa orang yang banyak menabur budi dan sentiasa mengamalkan sikap kesantunan berbahasa hendaklah diteladani dan di ambil iktibar kepada generasi muda yang bakal memimpin negara kelak supaya menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kita sebagai masyarakat Malaysia hendaklah sentiasa mengamalkan sifat kesantunan supaya dipandang mulia oleh masyarakat tempatan mahupun seantero dunia. Perkara ini bolehlah dikaitkan dengan hasrat yang ingin dicapai seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 20132025, iaitu anjakan paradigma yang ke-3: Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai.