Refleksi Terapi [PDF]

  • Author / Uploaded
  • Miz
  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Refleksi Kendiri Disediakan oleh : En. Zainudin Bin Che Ibrahim



Pada 3 September 2013 yang lepas kami telah diberikan tugasan kerja kursus projek bagi mata pelajaran Terapi dalam Pendidika Khas. Tugasan ini dijalankan secara individu. Hasil kerja kursus ini, saya dapat menimba pelbagai ilmu baru untuk diaplikasikan dalam pembelajaran saya di semester ini.Segala pengalaman yang telah saya belajar untuk semester ini diharap dapat aplikasikan dalam kerja kursus kali ini .Kehendak kerja kursus kali ini ialah meminta saya untuk kertas cadangan bagi menjalankan satu program Terapi Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Kemudian saya juga diminta untuk membuat rakaman video sesi terapi tersebut. Laporan lengkap juga perlu disediakan mengenai program yang telah saya jalankan. Tajuk program Terapi yang saya adakan ialah Terapi Seni Visual kepada murid bermasalah pembelajaran. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, bayak ilmu yang saya perolehi. Antaranya saya dapat melihat bertapa pentingknya penggunaan seni visual bagi murid-murid bermasalah. Melalui kaedah penggunaan terapi seni visual ini dapat meningkatkan keupayaan berinteraksi murid-murid dengan alam sekitar. Misalnya melalui kaedah capan yang digunakan. Murid-murid akan menggunakan daun kering, batang kayu, dan bunga untuk menghasilkan bentuk pokok bunga. Penggunaan bahan-bahan ini seara tidak langsung akan mendedahkan murid kepada keadaan persekitaran. Selain itu juga dengan menggunakan terapi seni kepada murid-murid dapat membantu murid dalam meluahkan isi hati mereka. Misalnya penggunaan warna dalam seni lukis murid seperti warna merah menunjukkan murid melahirkan perasaan marah terhadap seseorang. Manakala penggunaan warna biru pula menunjukkan mereka merasa damai dan tenang dengan keadaan yang berlaku. Melalui seni juga dapat membantu murid meningkatkan daya imaginasi mereka terhadap sesuatu. Kepentingan terapi seni kepada murid-murid bermasalah pembelajaran secara tidak langsung dapat menguatkan motor kasar dan motor halus mereka. Melalui aktiviti yang dijalankan guru-guru dapat melihat keadaan murid-murid bukan sahaja dari segi mental mereka malah keadaan fizikal mereka juga. Perkembangan motor yang baik bukan sahaja penting bagi kanak-kanak membuat gerakan. Perkembangan motor merupakan keperluan asas bagi pembelajaran seorang kanak-kanak. Semua aktiviti termasuk manipulasi mimik muka melibatkan penggunaan motor halus. Kemahiran motor halus melibatkan pergerakan



manipulatif. Pergerakan ini memerlukan kanak-kanak mengawal penggunaan anggota badan mereka seperti tangan dan kaki. Misalnya kebolehan kanak-kanak untuk memegang, membuka dan melepaskan gengaman. Malahan aktiviti seperti melambaikan tangan atau membaling objek juga dapat mengembangkan motor halus kanak-kanak tersebut. Guru-guru juga dapat mengesan keadaan murid dengan lebih awal sekiranya menggunakan kaedah seperti ini. Tidak ketinggalan, kerja kursus yang dihasilkan memberi pengalaman yang beharga kepada saya.Menghasilkan satu kerja kursus yang terbaik dan berilmiah memerlukan pengorbanan dari segi masa, tenaga dan komitmen. Sepanjang melakukan tugasan yang diberi, saya perlu merujuk beberapa buah buku untuk mendapatkan fakta yang betul dan sahih. Tugasan yang dibuat ini dapat membantu saya memahami dengan lebih baik tentang kaedah terapi bagi murid-murid berkeperluan khas. Kemudian, dalam tugasan yang diberikan telah berjaya menerapkan nilai kerjasama semasa menjalankan tugas. Kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Saya dapat belajar melalui pendapat kawan-kawan, pensyarah-pensyarah dan juga pihak-pihal yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam perbincangan perkongsian idea ini. Pengalaman semasa menyiapkan tugasan bagi semester yang lepas juga telah menyebabkan saya



lebih berhati - hati dan teliti dalam memastikan tugasan ini dapat



disiapkan dengan baik. Ilmu yang diperolehi daripada pensyarah bagi subjek ini telah dapat menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kefahaman saya mengenai subjek yang saya pelajari. Akhirnya, dapat juga saya menyiapkan tugasan ini hasil pertolongan dan kerjasama dari semua pihak. Komitmen yang diberikan oleh semua pihak sangat-sangat dihargai. Saya amat berharap semoga saya diberikan markah atau gred yang tinggi.



Sekian,terima kasih.