HSK203 - Pengadilan Moral Dalam Sejarah [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Penulisan sejarah sudah dilakukan sejak berabad lamanya. Ahli-ahli sejarah cuba mencorak, menstruktur dan menkontrak kembali masa lalu dengan mengembleng sumbersumber dan bukti yang ada bagi merakam semula serta membina siri-siri pensejarahan yang gemilang. Pengkajian sejarah bergantung sepenuhnya kepada penyelidikan terhadap perkaraperkara yang benar-benar terjadi. Namun ahli sejarah juga menghadapi cabaran kekurangan sumber dan bukti dalam penulisan sejarah. Oleh itu, para sarjana juga tidak terlepas dari melakukan pengadilan moral dalam menganalisis dan mentafsir sesuatu pensejarahan itu. Sikap semula jadi manusia sedikit sebanyak akan mempengaruhi penulisan sejarah. Natijahnya, pendirian ahli sejarah itu sendiri yang mencorakkan pensejarahan berdasarkan sumber-sumber dan bahan bukti untuk menyokong atau menentang pengadilan moral dalam penulisan sejarah. Menurut Qasim Ahmad, pengadilan moral ialah perlakuan menjatuhkan hukuman ataupun mengenakan penilaian terhadap sesuatu peristiwa atau kepada seorang pelaku dalam sejarah. Misalnya di dalam penulisan seorang ahli sejarah yang menyatakan sesuatu peristiwa itu tidak baik, ketua negara itu bersalah, masyarakat pada masa itu mundur, sistem politik ini progresif dan sebagainya. Pendeknya si penulis tersebut telah 'menghukum dan menilai'.1 Penilaian etika atau pengadilan moral dapat dikesan apabila seseorang sejarawan dengan senjaga atau tidak sengaja menjatuhkan, menghukum dan menilai sesuatu. Hal ini juga boleh didapati apabila seseorang ahli sejarawan itu mula memuji, mengkeji dengan menggunakan perkataan-perkataan seperti baik, mulia, kejam, ganas dan sebagainya.2 Adrian Oldfield menyatakan lazimnya pengadilan moral dibuat dalam bahasa yang memuji atau mempersalahkan seseorang atau sesuatu perkara dengan berpandukan ukuran



1



Qasim Ahmad, Karya Sejarah : Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm.36 2 Abdul Rahman Haji Abdullah, Penghantar Ilmu Sejarah. Pulau Pinang: Pusat Pendidikan Jarak Jauh, USM, 1994, hlm. 113-114



baik dan buruk.3 Ini bermakna dalam tulisan sejarah, sejarawan itu telah menilai dan menjatuhkan hukuman moral keatas nilai-nilai "baik buruk" sejagat. Terdapat tiga aliran yang memberi pandangan tentang pengadilan moral iaitu golongan yang menyokong, golongan yang menentang dan golongan pertengahan. Antara sarjana yang menentang pengadilan moral atau dikenali sebagai golongan progresif dalam sejarah ialah Leopold von Ranke, G. Kitson Clarke, Benedetto Croce dan Hebert Butterfield. Bagi golongan progresif, mereka mengatakan pengadilan moral tidak patut dilakukan kerana apabila sejarawan membuat pengadilan moral mereka mungkin tidak bersikap adil kepada orang atau masyarakat yang dikaji atau diadilinya. Hal ini kerana si pengkaji sejarah dengan pelaku atau masyarakat yang dikaji mungkin mempunyai sistem nilai yang berbeza. 4 Bagi Ranke, sejarah harus dipaparkan seperti yang sebenar-benarnya berlaku maka unsur pengadilan moral mahuslah diketepikan kerana ia bukanlah tugas ahli-ahli sejarah dan penulisan sejarah objektif tidak dapat dicapai sekiranya ahli sejarah dipengaruhi oleh pengaruh dan nilai sezaman. Herbert butterfield pula mengatakan pengadilan moral tidak bersangkut paut dengan penyiasatan sejarah dan asing kepada ruang intelek sejarah saintifik. 5 Peranan ahli sejarah hanyalah mengisahkan sesuatu peristiwa itu dengan jelas sebagaimana adanya dan terpulang kepada pembaca untuk mengadili baik buruknya. Manakala golongan yang penyokong pengadilan moral pula seperti Voltaire, Adrian Oldfield dan Agnes Heller. Mereka yang menyokong pengadilan moral ini juga digelar sebagai golongan konservatif. Bagi Lord Acton walaupun pendapat berubah-ubah, tabiat



3



R. Suntharalingam, Pengenalan kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka, 1985, hlm. 90. 4 Qasim Ahmad, Karya Sejarah: Pengadilan Moral dalam Sejarah Kes Nazi di Jerman, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985, hlm. 54. 5 Mohd Yusuf Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahya, Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 290.



berubah, kepercayaan timbul dan tenggelam tetapi hukum moral telah diukirkan diatas kepingan logam yang abadi dan menyangkal tanggapan bahawa kanun moral tidak wujud Golongan pertengahan pula dipolopori oleh E.H.Carr. Tokoh bagi golongan pertengahan menolak pengadilan moral tetapi pada masa yang sama dia menggalakkan moral ke atas institusi atau dasar masa lampau. kerana baginya sejarah merupakan proses berterusan interaksi diantara ahli sejarah dengan fakta-faktanya yang merupakan satu dialog yang tiada kesudahan diantara masa kini dengan masa lampau. Pengadilan moral amat penting dalam merungkai, menilai dan mentafsir sesuau peristiwa sejarah supaya sejarah itu ditulis seperti sebenar-benarnya ia terjadi dan menjadikan pensejarahan itu tidak kaku.6 Pengkajian sejarah perlulah dirakamkan dan dipaparkan agar menjadi panduan yang berguna untuk generasi akan datang. Pengadilan moral yang dibuat dapat mewarnai penulisan sejarah dan mempengaruhi pemikiran pembaca dan masyarakat umumnya supaya dapat memikirkan baik buruk kesannya kepada masa depan sesebuah peradaban. Hujahnya mudah iaitu tanpa sejarah kita tidak mampu untuk memahami masalah-masalah sezaman dan tanpa pengetahuan asas tentang sejarah kita tidak boleh menggunakan kebijaksanaan untuk berhadapan dengan masa depan.7 Justeru itu, pengajaran yang diperolehi oleh generasi akan datang dijadikan panduan agar peristiwa yang sama tidak sepatutnya berulang kembali. Penilaian etika dijadikan intipati dalam menwujudkan kehidupan yang lebih baik serta sempadan dalam menempuh kehidupan seharian. Manusia juga akan menggunakan masa lalu sebagai petunjuk bagi merancang masa depan yang lebih bermakna. Sebagai contoh, jika ahli sejarah menjatuhkan hukuman moral



6



EH Carr, Apakah Sejarah?, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, hlm. 27.



7



A. Marwick, The Nature of History, London: Macmillan Education Ltd, 1989, hlm 17.



kepada penjenayah perang maka masyarakat akan sedar dan berupaya untuk mengambil iktabar dan berusaha untuk menjauhi kejadian seperti itu terjadi lagi. Ketika perang Vietnam, Amerika Syarikat telah menjatuhkan banyak



bom yang



berbahaya seperti pembakar fosforus, pellet fragmentation, cluster (CBU), field-clearing 'Daisy Cutters, laser-guided ,intense-fire napalm, bom pintar dari racun kimia, gas pemedih mata dan kesemua senjata yang digunakan adalah terlarang dan seolah-olah menjurus kepada penggunaan bom atom.8 Menurut James P. Harrison dalam artikelnya yang bertajuk History's Heaviest Bombing mengatakan dianggarkan Amerika Syarikat telah menggugurkan lebih dari 15 juta tan bahan letupan di indochina. Kekuatan letupan bom ini boleh dianggarkan seperti 400 bom atom Hiroshima. Persoalan yang timbul dan salah satu aspek yang telah diabaikan oleh Amerika ialah bagaimana komunis di Vietnam boleh mengharungi dan berhadapan dengan hujan bom ini. Perang vietnam dijadikan tempat experimen untuk percubaan pelbagai senjata moden Amerika. Bagi General Tran Van Tra, Rakyat Vietnam terpaksa menanggung penderitaan dari ketidakadilan perang hanya kerana mereka mahukan sebuah negara yang aman, bebas dan merdeka. Tentera-tentera Amerika dan sekutunya telah menumpahkan darah mereka untuk berjuang atas kehendak telunjuk polisi white house Amerika Syarikat. Walaupun mereka menentang rakyat yang tidak berdosa dan tidak pernah memusuhi Amerika sebelum ini.9 Perang yang dilancarkan ke atas rakyat Vietnam adalah lebih tidak bermoral kerana ia tidak memenuhi kepentingan bersama walaupun kedua-dua sedang berperang. Matlamat



8



J.S. Werner, The Vietnam War: Vietnam and American Perspectives, New York: M.E. Sharpe, 1993, hlm 130. 9 J.S. Werner, The Vietnam War: Vietnam and American Perspectives, New York: M.E. Sharpe, 1993, hlm 241.



mereka yang mahu mengenakan dominasi dari sebuah negara yang berpengaruh ke atas negara yang lain melalui pemaksaan penerimaan ideologi yang berbeza dari masyarakat yang dominan terhadap pengaruh komunis. Hakikatnya banyak peluang yang timbul dan alasan untuk menamatkan perang namun Amerika Syarikat tidak mengambil peluang tersebut. Perang Vietnam harus dikaji dan diperdebat kembali melalui kerjasama antara kedua-dua negara supaya penjelasan sejarah dapat tererangkan sejujurnya. Pengadilan harus dilakukan supaya menjadi tauladan dan igatan keras kepada si pelaku perang. Dari satu sudut saya berpendapat bahawa kita tidak boleh memaksa sesuatu bangsa untuk menerima ideologi dan budaya yang dibawa masuk dari luar walaupun dasar itu dianggap terbaik untuk dilaksanakan. Biarlah sesuatu bangsa itu diberi peluang dan ruang untuk berfikir dan bertindak dengan cara dan acuan mereka demi tanih air mereka sendiri. Pengeboman atom ke atas hiroshima dan nagasaki ini wajar dipersalahkan kerana atas perikemanusiaan atau di pihak Amerika Syarikat mereka hanya berniat mahu menghentikan perang pasifik. Anggapan yang menyatakan kejatuhan kedua-dua bom ini juga adalah balasan dosa-dosa lampau Jepun terhadap kematian berjuta tahanan perang di kepulauan asia pasifik termasuk China, Indocina, dan kepulauan asia tenggara yang lain.10 Kita perlu ingat niat tidak menghalalkan cara dan kesan kejatuhan kedua-dua bom ini amat dasyat hingga mengorbankan nyawa yang banyak. Amerika Syarikat wajar dijatuhkan hukuman moral atas dasar polisi pentadbiran mereka. Rakyat Jepun beranggapan bahawa kejadian pengeboman atom itu bukan kesinambungan dari kekejaman mereka di asia tetapi adalah malapetaka yang disengajakan oleh Amerika Syarikat. Bendera putih yang dikibarkan oleh Jepun tidak diendahkan oleh Amerika Syarikat, mereka mentah-mentah menolak rundingan yang dilakukan dan 10



J.W. Dower, Embracing Defeat: Japan in the Wake of World War II, New York: W.W. Norton & Company, 1999, hlm 154.



mengambil jalan mudah untuk berperang. Akibatnya serangan nuklear yang dikenakan terhadap Jepun menyebabkan kematian beratus ribu orang awam. Malahan kesan dari pengeboman di kedua-dua negeri itu terkesan hingga berketurunan lamanya. Amerika Syarikat wajar bertanggungjawab kerana penggunaan senjata nuklearnya itu. Peristiwa ini menjadi pengajaran yang besar bagi warga dunia zaman persaingan senjata nuklear bahawa tingginya risiko penggunaan senjata nuklear. Agnes heller mengatakan bukan niat yang menjadi kayu ukur tetapi penderitaan yang dialami dan niat yang murni tidak menghalalkan tindakan terkutuk. Sebagaimana yang kita ketahui, kriteria yang ulung dalam menjatuhkan sesuatu hukuman ialah niat yang mencetuskannya.11 Jika kita teliti kembali niat asal Pol Pot yang mahu melaksanakan negara berkonsep agraria dan ingin menyelamatkan penduduknya dari kebuluran dasyat akibat kempen pengeboman Amerika Syarikat di wilayah timur Kemboja adalah baik malah beliau membenci penjajahan perancis seperti mana Hitler membenci kaum yahudi.12 Namun adakah ini alasan dan motif bagi kepentingan ideologi peribadi Pol Pot semata-mata yang mahu menjadikan negara Kemboja sebagai sebuah negara komunis. Kesimpulan bahawa dakwaan ini telah menyerupai apa yang didakwa oleh Qasim Ahmad yang mengatakan niat suci yang murni tidak membolehkan perbuatan salah kepada perbuatan yang benar.13 Zaman pemerintahan komunis Pol Pot pada tahun 1975 yang membentuk kerajaan Demokratik Kampuchea telah menyebabkan rakyat menderita, dihalau keluar negeri, masalah kebuluran berleluasa. Menurut Chandler, rejim Pol Pot tidak menunjukkan belas kasihan terhadap musuh-musuh politik terutamanya yang berkelayakan dan aliran sosialis. Akibatnya,



11



R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985, hlm. 110. 12 D.P. Chandler, A History of Cambodia, Colorado: Westview Press, 1983, hlm 190. 13 Qasim Ahmad, Karya Sejarah: Pengadilan Moral dalam Sejarah Kes Nazi di Jerman, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985, hlm. 55.



beribu-ribu orang telah diseksa hingga mati di pusat soal siasat di Tuol Sleng di pinggir Phnom Penh 1976-1978.14 Malahan, bagi mencapai cita-citanya beliau perlu mendapat sokongan rakyat iaitu merekrut golongan muda petani dengan menggunakan strategi dan melatih golongan muda ini melalui kaedah gerila serta menyebarkan ideologi komunis kepada rakyat. Kekejaman Pol Pot wajar dinilai dan dijatuhkan hukuman moral kerana pembunuhan beramai-ramai yang mencecah jutaan jiwa. Sejarah Khmer Rouge juga harus dilihat dari sudut pandang yang berbeza supaya pensejarahan ini ditulis dengan seadil-adilnya tanpa memihak oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Oleh itu, akibat perubahan yang berlaku dalam pensejarahan kemboja, sarjana tempatan perlu kehadapan dan tidak harus bergantung kepada orientalis semata-mata. keobjektifan sejarah yang dihasilkan oleh orientalis harus dinilai kembali malah ia menjadi subjek dalam sejarah dan mampu mengubah dan menentukan masa depan negara bangsa kemboja.15 Berdasarkan peristiwa yang berlaku dalam Khmer Rouge ini, saya dapat tafsirkan bahawa pengadilan moral yang dibuat keatas regim Pol Pot ini bukanlah untuk memburukburukkan mana-mana pihak tetapi segala perlakuan yang telah dilakukan haruslah dipaparkan dengan sewajarnya. Segala gerak geri dan kejadian yang dilakukan oleh beliau patut dijadikan pengajaran dan iktibar bagi masyarakat dan rakyat kemboja amnya. Dapatan dalam ketiga-tiga kajian kes ini menunjukkan kita perlu membuat pengadilan moral namun terdapat cabaran dan halangan yang perlu di tempuh. "kita tidak boleh menyalahkan tugas pengadilan moral kepada pembaca sahaja. memang tidak dapat dinafikan



14



D.P. Chandler, A History of Cambodia, Colorado: Westview Press, 1983, hlm 191.



15



D.P. Chandler, A History of Cambodia, Colorado: Westview Press, 1983, hlm 195.



terdapat pembaca yang boleh menilai. namun harus diingat, kita tidak boleh menjangkakan semua pembaca arif untuk membuat penilaian dan pengadilan moral". Kita perlu memegang prinsip bahawa tidak boleh sewenang-wenangnya ahli sejarah untuk menjatuhkan pengadilan moral melainkan terdapat bukti dan sumber yang diyakini. Tujuan utama pengadilan moral dibuat bukanlah untuk dihakimi sebaliknya untuk memaparkan sesuatu peristiwa dengan lebih tepat. Pada saya kayu ukur dalam membuat penilaian etika terhadap pensejarahan atau tokoh masa lalu itu haruslah berlandaskan kepada bukti dan sumber yang benar-benar dipercayai. Kesimpulannya, pengadilan moral merupakan satu unsur sosial dalam penulisan sejarah yang bertujuan memberikan panduan, pengajaran, iktibar pada generasi akan datang. Oleh itu, sejarah merupakan medium dan alat pengajaran moral kepada masyarakat hari ini agar tidak mengulangi peristiwa pada masa lalu. Pengadilan moral wajar digunakan sejujurjujurnya dan tidak harus diketepikan oleh sarjana dalam penulisan sejarah. Jika pengadilan moral ditolak dalam suatu penulisan sejarah, Oldfield berpendapat bahawa sejarah tinggal tidak lebih dari sebuah cerita. Pengadilan moral bukanlah digunakan untuk mendedahkan kesalahan dan keaiban tokoh masa lampau atau menutup kesalahan sendiri sebaliknya penilaian etika ini dibuat atas dasar memberi kesedaran dan menjelaskan sesuatu peristiwa dengan lebih tepat. Walaupun pahit untuk ditelan, pensejarahan yang sebenarnya harus digali dan dibongkar lalu dijelaskan kepada umum supaya menjadi tatapan dan iktibar bagi generasi mendatang. Jalan terbaik kepada permasalahan ini adalah bukan mengelakkan diri dari menjatuhkan hukuman moral tetapi melengkapkan lagi para ahli sejarah dengan kemahiran yang berkaitan.16 Justeru itu,



16



Qasim Ahmad, Karya Sejarah : Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm.143.



jika pengadilan moral ditolak dalam pemaparan sesebuah pensejarahan maka penulisan itu tidak menarik dan nampak kaku, sebaliknya kita haruslah mencorakkan sejarah itu dengan unsur pedoman dan pengajaran. Oleh itu, aspek pengadilan moral ini sangat penting dalam menghidupkan kembali sejarah masa lalu.



BIBLIOGRAFI Qasim Ahmad. 1991. Karya Sejarah : Pendekatan dan Persoalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Qasim Ahmad. 1985. Pengadilan Moral dalam Sejarah Kes Nazi di Jerman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rahman Haji Abdullah. 1994. Penghantar Ilmu Sejarah. Pulau Pinang: Pusat Pendidikan Jarak Jauh, USM.



E. H. Carr. 1984. Apakah Sejarah?. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. R. Suntharalingam. 1985. Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahya. 1988. Sejarahwan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. David P. Chandler. 1983. A History of Cambodia. Boulder, Colorado: Westview Press. J. S.Werner and Luu Doan Huynh.1993. The Vietnam War: Vietnamese and American Perspectives. New York: M.E. Sharpe, Inc. A. Marwick.1989. The Nature of History. London: Macmillan Education Ltd. J.W. Dower.1999. Embracing Defeat: Japan in the Wake of World War II. New York: W.W. Norton & Company.