Lari Pecut (Teknik) [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

TEKNIK LARI PECUT A. Fasa Permulaan Terdapat dua teknik yang digunakan untuk memulakan larian iaitu gaya berdiri dan gaya dekam. Kebiasaanya atlit menggunakan larian gaya berdiri bagi acara pecut. 1.



GAYA BERDIRI



i.



Persediaan



· peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan 'ke garisan' diberi. ii.



Ke garisan



· Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kirakira 30-40 cm dan mengimbangkan badan. ·



bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan.



·



condongkan badan ke hadapan.



· kedua-dua belah tangan berada di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan. iii.



Sedia



·



condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan.



·



bengkokkan lutut kaki hadapan dan kaki belakang tolak ke tanah.



· badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun tiupan wisel. iv.



Mula



· pelari mula bergerak apabila mendengar bunyi tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan.



2. GAYA DEKAM



i. Gaya peluru



blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan. ii. Gaya sederhana



gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.



iii. Gaya panjang



blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan. B. Fasa Pecutan -



selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengambil tempatnya di blok permulaan.



-



Kedudukan tangan: - tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antara satu sama lain, diletak di belakang garis mula.



-



Kedudukan kepala dan leher: - kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan.



-



Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan dicondong ke hadapan.



-



Pergerakan tangan dan kaki- selepas ' bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki. Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan.



Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini. C. Teknik Kelajuan Maksimum dan Pengekalan Kelajuan



Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter. Pecutan berlaku pada awal larian. 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter. Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya. D. Teknik Larian di selekoh Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat 'centrifugal'. Seorang pelari seharusnya merendahkan badan ke arah untuk memastikan larian selekoh berkesan ataupun mengimbangkan 'centrifugal'. Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan menyilang badan mengarah ke dalam.



kuasa dalam kuasa kanan



E. Teknik Penamat Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya. Mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat.