Sejarah Lari Pecut [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

KUMPULAN 1 MUHAMMAD MIFTAHUDDIN BIN MOH NAWI MUHAMMAD SYAFIQ BIN MALUDDIN NABILA HANNA BINTI HAMZAH



TAJUK OLAHRAGA : LARI PECUT



TARIKH/HARI 22 JANUARI 2018/ISNIN



SEJARAH LARI PECUT Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahragayang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah pertandingan dalam kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarakini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acaraulang alik yang dinamakan „dialos „ berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan. Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan.Blok permulaan diperbuat daripadaketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas



kerana



tiada



undang-undang



dan



peraturan-peraturan,



prosedur



permulaandan penjagaan masa yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan, sehingga



menjadi



masalah



mengenai



cara



mana



yang



patut



digunakan.



Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk menjadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semuapihak.Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah “pencil start”, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja,pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 diMonte Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0,Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuatpada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertamayang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan dalamSukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegangrekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter,



MaxieLong adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dandipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat.Marlene Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinskadari Poland dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Kochdari Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.



PRINSIP DALAM LARI PECUT Larian pecut mempunyai prinsip asas yang merangkumi permulaan, membuat pecutan dan menamatkan larian. Semua ini harus diketahui oleh setiap pelari pecut bagi memastikan lariannya berjaya. Permulaan Dalam larian pecut, permulaan merupakan prinsip dan aspek terpenting yangharus diberikan perhatian. Hakikat ini nyata bagi acara 100 meter. Malah dalam kebanyakan perjumpaan olahraga terbesar dunia, pelari pecut memberi perhatian penting dalam aspek permulaan ini. Permulaan juga menjadi faktor penting dalam menentukan kejayaan seseorang pelari pecut. Setidak-tidaknya dengan melakukan permulaan yang baik, akan memberi kesan psikologi kepada pelari itu dibandingkan dengan pelari lain. Ada beberapa cara yang biasa dilakukan untuk melakukan permulaan dalamlarian pecut ini. Pemilihan cara yang sesuai bergantung kepada kemahuan dan keselesaan serta keberkesanannya mengikut pandangan pelari itu sendiri. Dalam kedudukan untuk permulaan, pelari mendapati penggunaan blok permulaan dapat memberi sokongan serta menjadikan permulaan lebih pantas dan berkesan. Dalam permulaan, pergerakan tangan yang pantas adalah perlu dan dalam keadaan “sedia‟, pelari seharusnya berada dalam suasana “tertekan‟. Pelari harus berada dalam keadaan selesa dan dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap lariannya. Aturan dalam gaya permulaan ini adalah seperti berikut: a. Pelumba hendaklah berlari mengikut lorong masing-masing dengan pandangan mata ke hadapan dan garisan penamat dijadikan sasaran. b. Untuk mencecah pita penamat, pelumba hendaklah menggunakanbahagian dadanya, dan tidak bahagian-bahagian lain. c.



Pelari



hendaklah



mematuhi



permulaangaya berdiri ini.



segala



aturan



dan



undang-undang



ATURAN UMUM DALAM LARI PECUT Setiap acara dalam sukan olahraga mempunyai peraturan dan cara yang tersendiri, seperti yang ditetapkan oleh IAAF yang harus dipatuhi oleh semua peserta mengikut peringkat umur dan bahagian masing-masing. Sebagai atlit,seseorang itu dijangka dan diharapkan supaya dapat mempelajari semuaaturan ini dalam mempelajari dan memahirkan diri dalam acara yang mereka ceburi.



Gambar 1 Kedudukan balapan untuk acara 100 meter Permulaan 1. Setiap peserta akan memulakan sesuatu perlumbaan serentak. 2. Jarak sesuatu acara lari pecut ialah dari hujung garisan permulaan hingga hujung garisan penamat, yang biasanya ditandakan dengan pemasangan pita atau talian penamat. 3. Di belakang garisan permulaan pada tiga meter jarak ke belakang, biasanya terdapat garisan pengumpulan peserta. Sebelum sesuatu permulaan diadakan para peserta akan dikumpulkan di kawasan ini untuk diberikan penerangan berkaitan dengan perlumbaan itu. 4. Permulaan sesuatu perlumbaan dilakukan oleh pegawai pelepas dengan dibantu oleh penolong pelepas lain. Antara tanggungjawab pegawai-pegawai ini ialah memeriksa para peserta supaya mematuhi segala peraturanmengikut undang-undang yang



ditetapkan.5.



Permulaan



dilakukan



dengan



cara



tembakan



pistol.



Bagaimanapun bagi sesetengah perlumbaan peringkat sekolah, penggunaan sesuatu objek yang boleh menghasilkan suara adalah memadai seperti „clapboard‟. 6. Pegawai pelepas akan mengeluarkan arahan “Ke Garisan‟ kepada semua peserta sebagai persediaan untuk memulakan perlumbaan. Selepas arahan itu didengar oleh semua peserta, mereka akan berada di tempat permulaan mengikut lorong yang ditetapkan. Setelah itu peserta hendaklah mendiamkan diri, menandakan mereka sudah bersedia. Pegawai pelepas akan melaung arahan “Sedia‟, dan sepantas kilat peserta akan mendongakkan kepala dan mengangkat badan. Mereka akan berlepas daripada blok permulaan sebaik sahaja tembakan pistol dibunyikan. 7. Jika ada peserta yang meletakkan tangan menyentuh garisan permulaan, mengangkat kaki atau bergerak terdahulu sebelum tembakan pistol, peserta itu diberikan amaran dan permulaan dilakukan semula. Biasanya mana-mana peserta yang melakukan kesalahan kali kedua dalam permulaan, dia akan dibatalkan, walaupun kesalahan pertama dilakukan oleh peserta lari.



Semasa Perlumbaan 1. Setiap peserta hendaklah berlari mengikut lorong masing-masing yangditetapkan menerusi undian yang dijalankan pada awal permulaan, iaitu darimula hingga akhir. Jika ada peserta yang terkeluar atau sengaja berlari dilorong lain, perlumbaannya dikira batal. 2. Peserta hendaklah membuat larian terus menerus tanpa henti sehingga kegarisan penamat. 3. Peserta tidak dibenarkan cuba menghalang atau mengganggu peserta lainsemasa dalam perlumbaan.



Akhir Perlumbaan 1. Tali atau pita ringan direntangkan di atas garisan penamat, pada aras dada peserta. Pemenang ditentukan melalui sentuhan pertama mana-manapeserta pada bahagian dadanya (torso). Peserta tidak dibenarkan menggunakan tangan atau kaki atau



kepala untuk menyentuh tali atau pita tersebut untuk mendakwa dia yang mula-mula mencecah pita tersebut. 2. Jika lebih daripada seorang peserta yang mencecah tali atau pita pada waktu yang sama, penentuan pemenang dibuat menerusi gambaran foto. Jika kaedah seperti itu tidak disediakan, penentuan akan dibuat oleh pegawai-pegawai perlumbaan menerusi catatan masa yang dibuat oleh peserta tersebut.



Pengambilan Masa 1. Jam randik atau stop-watch digunakan untuk mencatat masa yang dicapaioleh para peserta. Dalam kebanyakan perjumpaan olahraga di peringkat antarabangsa, tidak kurang daripada 20-30 orang penjaga masa disediakan. Namun kini catatan dan rakaman ditentukan atau menerusi penggunaan perakam waktu elektronik yang serba lengkap dan canggih. 2. Tiga penjaga masa akan mencatat masa yang diambil oleh peserta.Catatan yang diambil kira ialah catatan masa di antara yang paling cepat dan paling lambat.



ASPEK KESELAMATAN DALAM LARIAN PECUT 1. Lakukan aktiviti memanaskan badan yang dimulakan dengan berjogingdan regangan. 2. Tingkatkan intensiti senaman dengan langkah yang panjang danpantas, lari pecut jarak dekat dan latihan fasa permulaan. 3. Amalkan latihan untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikalterutamanya komponen kekuatan otot, kuasa dan kelajuan. 4. Pakai pakaian yang sesuai dan bebas. 5. Gunakan kasut khas (spike) yang sesuai dengan permukaan balapan. 6. Pastikan kawasan tempat berlari luas dan bebas daripada benda-benda yang berbahaya. PERALATAN LARIAN • Dalam acara balapan atau larian tidak banyak alatan yang digunakan. • Bagi acara larian pecut seperti 100 meter, alatan dan kemudahan yang digunakan ialah: -Trek larian 100 meter -Blok permulaan-Kasut (spike) BLOK PERMULAAN Blok mulaan digunakan adalah bertujuan untuk menghasilkan suatu dayatolakan yang lebih berkesan apabila pelari mula bergerak ke hadapan. Cara menyediakan blok mulaan adalah seperti berikut: a) Jarak blok mulaan dari garis mula hendaklah memberi keselesaan,imbangan dan kecekapan mekanikal kepada penggunanya ketika dalam keadaan sedia. b) Jarak di antara bahagian hadapan blok mulaan dengan garis mula adalah diantara 30-48cm.



c) Jarak di antara bahagian belakang blok mulaan dengan bahagian hadapanblok mulaan adalah bergantung kepada jenis gaya dekam yang digunakan. d) Melakukan beberapa percubaan untuk mencari kesesuaian blok mulaan dan jaraknya yang paling baik untuk pelari adalah perlu. e) Tentukan terlebih dahulu kaki manakah yang akan digunakan untuk memijak bahagian belakang blok mulaan. f) Pastikan blok mulaan dipasang dengan ketat dan kuat.



PENEMPATAN BLOK PERMULAAN YANG LEBIH TEPAT Chris Brooks (1981) dalam bukunya bertajuk Women’s hurdling: Novice, to championship mengemukakan satu cara penempatan blok yang Iebih tepat. Cara ini melibatkan ukuran panjang kaki. Panjang kaki Dari Trochanter ke tanah Penempatan blok hadapan Panjang kaki ____ × 0.55 Jarak antara blok Panjang kaki ____ × 0.42 Contoh = 86 cm Penempatan blok pertama = 86 × 0.55 = 47.30 cm Jarak antara blok = 86 × 0.42 = 36.12 cm



Gambar 2ukuran balapan/trek 200m



PENEMPATAN BIOK DI SELEKOH Acara larian 200 m dan 400 m melibatkan bahagian selekoh dan dengan itu penempatan blok permulaan adalah berbeza berbanding dengan acara 100m. Blok diletakkan berhampiran dengan garis luar lorong dan bahagian hadapan ditujukan ke garis dalam Iorong supaya bahagian dalam blok adalah tangen kepada garis dalam .



Kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan oleh peserta semasa berlari pecut a) Berlari di atas tapak kaki b) Kedua-dua tangan dihayun menyilang badan c) Memandang ke atas semasa berlari d) Kedua-dua tangan diluruskan semasa dihayun Permainan kecil yang melibatkan lari pecut • Permainan kecil yang berbagai-bagai bentuk boleh diadakan dalam pelajaran Pendidikan Jasmani yang bertemakan lari pecut. • Tujuan utama permainan ini ialah untuk memberi peluang kepada muridmurid mempraktiskan teknik berlari yang telah mereka pelajari. • Secara tidak langsung guru dapat menilai pembelajaran murid-muridnya dengan memerhatikan perlakuan mereka semasa permainan kecil dijalankan. Berikut adalah beberapa permainan kecil yang sesuai untuk tujuan tersebut: • Lumba lari berganti-ganti antara dua tempat • Lari ulang-alik atau lari kutip mata • Ahli bomba • Nombor sama berlari (bulatan) • Pukul berapa datuk harimau?



TEKNIK MULA LARI PECUT Terdapat 2 teknik mula lari pecut: a) gaya berdiri b) gaya dekam



1. Gaya berdiri • Persediaan peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan ke garisan diberi. • Ke garisan Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30-40 cm dan mengimbangkan badan. Bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan,condongkan badan, kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan. • sedia condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang kehadapan - bengkokkan lebih lutut kaki hadapan - kaki belakang tolak ketanah. - badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun tiupan wisel. • Bang atau mula pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan.



2.Gaya dekam Terdapat tiga jenis permulaan gaya dekam yang digunakan pelumba pelari pecut, iaitu gaya peluru, gaya sederhana dan gaya panjang. Ketiga-tiga permulaan gaya dekam ini amat popular dan menjadi pilihan pelari pecut masa kini, termasuk pelari yang sudah terkenal di dunia. Umumnya, ketiga-tiga jenis gaya dekam ini adalah sama, hanya perbezaan ialah pada kedudukan kaki dan tangan pelumba ketika berada di garisan permulaan. Kesesuaian dan keselesaan serta keberkesanan sesuatu jenis gaya dekam bergantung kepada beberapa faktor seperti bentuk badan pelumba, sama ada tinggi ataupun rendah, masa tindak balas, kekuatan kaki serta keupayaandalam menggabung semua faktor ini. a. Gaya peluru Dalam permulaan gaya peluru, kedua-dua belah kaki pelumba diletak padajarak lebih kurang 28 cm ke garisan belakang. Ini menjadikan kedudukan kaki adalah hampir dengan garisan permulaan, dan mungkin menimbulkan kesukaran kepada pelumba untuk mendapatkan kedudukan yang selesasebelum melonjak. Oleh itu gaya dekam jenis ini tidak digalakkan olehmereka yang baru mengambil bahagian. Hanya pelumba yang berpengalaman mendapati jenis ini mempunyai kelebihan.



b. Gaya panjang Dalam permulaan gaya dekam jenis ini, pelumba meletak kaki belakang jauh ke belakang, manakala kaki hadapan berada berhampiran dengan garis permulaan. Permulaan jenis ini didapati lebih mudah dan selesa, terutamanya bagi mereka yang baru mengambil bahagian, tetapi dan segi keberkesanan,gaya panjang tidaklah begitu memberi lonjakan yang baik. Oleh itu gaya panjang jarang-jarang digunakan.



c. Gaya sederhana Gaya sederhana dalam permulaan larian pecut merupakan gabungan gayapeluru dan gaya panjang, dan sering digunakan oleh kebanyakan pelari pecut,sama ada yang baru ataupun yang sudah berpengalaman. Dalam permulaan gaya ini, kedudukan kaki belakang yang sederhana jauh atau dekat daripada garisan permulaan. Dengan demikian, kedudukan pelumba adalah lebih selesa dan pada masa yang sama mampu memberi lonjakan yang baik kepada pelumba untuk berlepas.



Peringkat Dalam Permulaan Kedudukan ke garisan. Setelah setiap pelumba ditentukan lorong menerusi undian, dan mereka juga sudah bersedia untuk memulakan peRlumbaan, pegawai pelepas akan memberikan arahan “Ke Garisan‟ agar semua pelumba berada di garisan permulaan. Berikut adalah panduan dalam kedudukan ke garisan ini. a. Kaki hadapan pelumba hendaklah berada pada jarak 40 hingga 60 cm dan garisan permulaan, manakala kaki belakartg pada jarak 40 cm dan kaki hadapan. Kaki hadapan ini hendaklah diselaraskan dengan kedudukan lutut kaki belakang. b. Kedudukan lengan pelumba hendaklah lurus di bawah bahu dan dibiarkan longgar. Bahu hendaklah pada kedudukan lebih tinggi daripada tangan.



c. Pelumba meletak kedua-dua tangannya di belakang garisan permulaan dengan membuka ibu jari dan jari-jari lain tanpa menyentuh garisan tersebut. Jarak kedudukan kedua-dua tangan hendaklah mengikut jarak atau luas bahu. d. Mata hendaklah ditumpukan pada satu titik yang jaraknya lebih kurang satu meter ke hadapan, sambil fikiran ditumpukan kepada perlumbaan. e. Pelumba hendaklah mampu menyesuaikan kedudukan badan dan kakiserta tangan dengan blok permulaan, terutama dari segi mendapatkan keselesaan dan keseimbangan yang maksimum.



Kedudukan sedia Setelah peserta sudah bersedia pada garisan permulaan tanpamenggerakkan manamana anggota badannya, pegawai pelepas akan memberi isyarat “Sedia‟ pula. Panduan dalam kedudukan sedia ini adalah seperti berikut: a. Lutut kaki hadapan pelumba hendaklah pada kedudukan lebih kurang 90 darjah daripada aras tanah, manakala lutut kaki belakang lebih kurang 120 darjah daripada aras tanah. Kedudukan pinggang pula hendaklah lebih tinggi sedikit daripada bahu, dan bahu pula harus lebih tinggi daripada kedudukan kepala. b. Kedudukan tangan pelumba hendaklah lurus, sambil kedua-dua belah kaki menekan dengan kuat pada blok permulaan. c. Pandangan mata hendaklah seperti dalam kedudukan “Ke Garisan‟.



Kedudukan berlepas Pegawai pelepas akan melepaskan tembakan pistol menandakan perlumbaan bermula. Ini dilakukan sebaik sahaja semua pelumba dalam kedudukan sedia. Panduan asas sentasa dalam kedudukan berlepas adalah seperti berikut: a. Pelumba hendaklah bergerak pantas dengan meluru ke hadapan tanpa perlu menegakkan badan serta merta. Untuk bergerak pantas, kedua-dua kaki pelumba menolak dengan kuat dan pantas pada blok permulaan.



b. Tangan diayun sekuat mungkin untuk membantu melepaskan din daripada blok permulaan. Ini akan mewujudkan garisan lurus yang lebih kurang 450 bersudut daripada aras balapan, yakni daripada kepala ke kaki. c. Jarak langkah pertama pelumba hendaklah tidak terlalu panjang atau terlalu pendek. d. Pelumba akan mula melangkah biasa selepas langkah ketiga daripada permulaan, tetapi dalam kelajuan memecut.



TEKNIK LARI DAN PECUTAN Setelah melakukan pelepasan dengan baik daripada garisan permulaan, pelumba akan melakukan larian dan pecutan sehingga ke garisan penamat. Walaupun purata masa yang diambil oleh pelari terlalu pantas, terutamanya untuk acara 100 meter, namun cara atau teknik larian perlu disesuaikan agar masa yang singkat itu menjanjikan catatan terbaik bagi seseorang pelari pecut. Ada beberapa aspek penting yang harus diberikan tumpuan oleh pelari pecut semasa melakukan larian dan pecutan. Ini termasuklah pergerakan tangan,pergerakan kaki, kedudukan badan dan tumpuan fikiran. Perlu diingat juga selain aspek-aspek yang hanya dimunculkan oleh pelari itu sendiri, terdapat beberapa aspek luaran yang boleh menjejaskan larian dan pecutan jika pelari tidak dapat menangani masalah tersebut. Ini termasuklah saingan dan tekanan psikologi daripada peserta lain, sorakan dan ejekan penonton. peralatan dan pakaian yang kurang selesa, pemakanan yang tidak seimbang, kecederaan tertentu, serta masalah-masalah lain yang boleh menjejaskan prestasi pelumba. Pergerakan Tangan Dalam larian pecut, pergerakan tangan pelumba adalah penting. Dalam hal ini pelari hendaklah mengayunkan tangan, khususnya sikunya ke belakang, dan ayunan tangan ke hadapan tidak semestinya melepasi bahu. Ada juga pelari yang meluruskan tangan semasa mengayun ke belakang. Walau apa carapun ayunan tangan dapat mempengaruhi kepantasan pecutah atau larian. Tanpa ayunan tangan sepenuhnya, seseorang pelari tidak akan Berjaya menggerak kakinya dengan pantas. Ini bermakna pergerakan tangan dan kaki adalah gabungan penting dalam menentukan kederasan larian pecut. Tangan pelari terayun ke belakang akan membawa ke arah siku semasa pelari memecut. Ini kelihatan ketara semasa tangan melepasi pinggang. Sudut mi akan berkurangan sehingga mencapai 90°. Ayunan tangan juga membantu mengelakkan peredaran yang tidak diperlukan akibat pergerakan kaki. Pergerakan pantas serta cergas daripada paha menyebabkan badan pelari berputar ke arah belakang, dan ini harus dielakan atau dikurangkan oleh pergerakan tepi siku. Bahagian leher dan bahu pelari yang sedia tertekan meningkat semasa memecut. Kedudukan tangan hendaklah dalam keadaan tegang, kerana ini boleh membantu pelari merehatkan badan. Tangan pelari pula tidak seharusnya berada dalam keadaan



menegang kerana ketegangan ini boleh dipindahkan ke dada dan bahu. Keadaan ini juga akan membantu pernafasan. Pelari boleh memilih sama ada jan-jan tangan dibuka atau digenggam,semasa membuat ayunan ketika berlari. Perkara yang penting sebarang kedudukan tangan pelari hendaklah menjadikannva selesa untuk berlari dan memecut. Pergerakan Kaki Pergerakan kaki dan ayunan tangan dapat menentukan kederasan larian pelari. Dalam pergerakan kaki, terdapat dua perkara yang harus diberikan perhatian dalam larian pecut. Pertama ialah mengangkat lutut pada kedudukan yang tinggi dan kedua ialah penamatan atau penghabisan perlakuan drive semasa melangkah. Perlu diingat iaitu keseluruhan drive adalah berpunca daripada bahagian belakang badan. Kaki yang membuat drive hendaklah direnggang penuh ke belakang badan.Selain itu pelari juga hendaklah berlari dengan mengangkat pinggangnya keatas bagi membantu melengkapkan drive kerana biasanya adalah sukar untuk memindahkan kaki daripada tanah apabila pinggang berada dalamkedudukan yang tinggi. Kedudukan badan hendaklah



condong



sedikit



kehadapan



semasa



berlari.



Pelari



seharusnya



menggunakan bahagian hadapan tapak kaki untuk mendarat dan memecut.



MENAMATKAN LARI PECUT Matlamat



setiap



pelari,



termasuklah



menghabiskan



larian



dalam



masasesingkat yang boleh dan lebih dahulu daripada pelari lain yang sama-sama bertanding. Semasa menuju ke garisan penamat, pelari tidak seharusnyacuba memperlahankan larian atau membuat lompatan (dive) untuk mencapaipita penamat. Pelari hendaklah terus berlari dengan lebih pantas, dan tidak perlu sama sekali memperlahankan lariannya. Dengan membuat diving juga tidak akan membantu pelari, sebaliknya perbuatan itu belum menjamin penamatannya, malah mungkin akan membahayakan diri sendiri sahaja. Apabila tiba ke garisan penamat, biasanya pelari akan mendepakan tangannya ke belakang dengan membiarkan bahagian dadanya ditonjolkan ke hadapan. Cara begini adalah digalakkan untuk larian pecut. Sesetengahpelari pula gemar menamatkan larian dengan menundukkan kepalanya untuk mencecah pita penamat. Tindakan begini mungkin akan menghalang penglihatan pelari atau memudahkan pelari terjatuh. Satu lagi cara pelari menamatkan lariannya ialah dengan memusingkan salah satu bahunya kehadapan untuk mencecah pita penamat. Cara ini juga mungkin akan melambatkan perbuatan menamatkan larian kerana mungkin pelari akan mengambil masa untuk memusingkan bahunya. Sudah tentulah pelari yang lebih awal mencecah pita penamat akan dikira pemenang, manakala pemenang kedua, ketiga dan seterusnya ditentukanoleh pencatat masa atau pegawai penamat. Dalam kebanyakan perjumpaan olahraga khususnya di peringkat antarabangsa, sering berlaku pemenangacara pecut tidak dapat diputuskan oieh pencatat masa atau pegawai penamat disebabkan beberapa pelari mencecah pita penamat pada masayang hampir sama. Jika berlaku perkara sedemikian, pemenang acara tersebut terpaksa ditentukan dengan menggunakan kaedah photo- finish. Menerusi kaedah ini pemenang acara itu akan diputuskan setelah pegawai meneliti rakaman foto yang dikeluarkan selepas larian itu. Kini penggunaanperalatan elektronik menggantikan penggunaan catatan tangan yang mungkin kurang tepat diutamakan. Hal ini perlu, khususnya untuk acara-acara pecut seperti 100 meter. Satu lagi perkara yang harus diberikan perhatian oleh pelari pecut ialah mereka tidak seharusnya terus berhenti sebaik sahaja melepasi garisan penamat. Sebaliknya mereka hendaklah terus berlari secara perlahan demi perlahan untuk beberapa meter dan diikuti dengan berjalan (Ada juga pelari yang terus berlari sejauh 100 meter lagi



sebagai cara untuk mengatasi sebarang kemungkinan berlaku ketegangan otot atau masalah lain. Seperti dalam permulaan, pecutan dan larian, pelari hendaklah mematuhi



peraturan



dan



undang-undang



larian



semasa



menamatkan



lariannya.Sebarang tindakan yang boleh dianggap sebagai mengganggu atau menipu hendaklah



dielakkan.



Jika



pelari



memenangi



perlumbaan



yang



diadakan,



diahendaklah menganggapnya sebagai suatu kelebihan tanpa merendah-rendahkan pelari yang kalah. Pelari yang kalah pula haruslah menerima kekalahannya dengan semangat kesukanan tulen.