Nurul Adilah Binti Abd Manan (Persatuan) [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL 21030 KUALA NERUS TERENGGANU



PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2018 SEMESTER 2 TAHUN 2 NAMA



: NURUL ADILAH BINTI ABD MANAN



KUMPULAN



: PENDIDIKAN ISLAM 1



NO MATRIKS



: 2018092340095



KAD PENGENALAN



: 990615-14-6758



NO. H/P



: 010-8217208



PROGRAM



: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)



MATA PELAJARAN



: MPU 3081 KOKURIKULUM - PERSATUAN



NAMA PENSYARAH



: ENCIK YUNUS BIN YUSOF



TARIKH HANTAR



: 8 MAC 2020



Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :



Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah :



Tarikh :



Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.



Tanda tangan Pelajar :



Tarikh :



PENGHARGAAN



Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya dapat juga saya menyelesaikan satu tugasan penulisan ini. Pertama sekali, saya Nurul Adilah Binti Abd Manan ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Yunus Bin Yusof yang mengajar saya dalam kursus MPU 3081 (KOKORIKULUM - PERSATUAN) di atas kesudian beliau untuk memberi tunjuk ajar kepada saya dalam melaksanakan tugasan ini. Beliau juga banyak membantu saya dari segi sokongan serta dorongan dan memberi bimbingan sepanjang proses melaksanakan tugas yang diberi Ribuan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada ibu bapa saya yang telah memberikan sumbangan kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus ini baik dari segi wang ringgit dan sokongan yang berterusan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Pelbagai ilmu yang saya dapati sepanjang menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam tugasan saya. Segala kekurangan harap dimaafkan.Segala yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang buruknya itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri.



i



ISI KANDUNGAN



MUKA SURAT



PENGHARGAAN



ii



ISI KANDUNGAN



iii



1.0



PENGENALAN



1-2



2.0



ANALISIS KEKUATAN



2-5



3.0



ANALISIS KELEMAHAN



6



4.0



ANALISIS PELUANG



7



5.0



ANALISIS ANCAMAN



8-9



6.0



RUMUSAN



9



RUJUKAN LAMPIRAN



10-11 12



ii



1.0



PENGENALAN Definisi persatuan ialah mempunyai anggota yang pakar atau mahir dan mempunyai pengetahuan



yang



mendalam



dalam



sesuatu



bidang(Kamus



Dewan



Edisi



Keempat).Maka dalam tugasan kerja kursus MPU 3081 (Persatuan) saya telah ditugaskan untuk membuat kajian terhadap satu persatuan di Malaysia atau dari luar Negara.Setelah selidik dan mengkaji persatuan tersebut saya perlu menganalisis SWOT tentang persatuan yang telah dipilih. SWOT adalah singkatan daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu Strenghths (Kekuatan),



Weakness



(Kelemahan),



Opportunities



(Peluang)



dan



Threats



(Ancaman).Maka saya perlu untuk menganalisis keempat-empat perkara ini dalam sesebuah persatuan.Antara aspek yang perlu dikaji seperti sejarah dan proses penubuhan, aktiviti yang dilakukan, cara sesebuah persatuan menjana sumber, isu dan masalah yang dihadapi dan membandingkan persatuan yang dipilih dengan persatuan yang lain. Persatuan MERCY merupakan singkatan bagi Malaysian Medical Relief Society atau dikenali juga sebagai badan sukarela antarabangsa dalam memberi bantuan kemanusiaan.MERCY Malaysia adalah salah satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditbuhkan pada tahun 1999 diasaskan oleh Dr Jemilah Mahmood sebagai tindak balas kepada konflik di Kosovo. Fokus utamanya ialah untuk memberi bantuan perubatan, pembangunan kesihatan dan pengurangan risiko bencana.Penubuhan ini akan memberi tindak balas dan bantuan apabila berlaku krisis dan bencana dengan secepat mungkin iaitu antara 48 hingga 72 jam daripada bermula sesuatu krisis.Objektif penubuhan ini adalah untuk memberi bantuan kemanusiaan dan memberi bantuan atau rawatan kepada mangsa bencana tanpa memilih kaum.Selain itu, dapat memupuk semangat perpaduan dan kerjasama antara satu pasukan untuk membantu mangsa. Maka saya memilih Persatuan Pencinta Alam (MNS) sebagai perbandingan dengan



persatuan



yang



saya



telah



kaji.



Persatuan



Pencinta



Alam



Malaysia (Inggeris: Malaysian Nature Society; MNS) adalah satu badan bukan kerajaan yang tidak berasaskan keuntungan bagi pencinta alam sekitar di Malaysia. Persatuan ini telah ditubuhkan pada tahun 1940. MNS merupakan sebuah badan dan persatuan alam sekitar yang paling tua di Malaysia, Asia dan salah satu tertua di dunia. Pusat bagi MNS di Bukit Persekutuan di Kuala Lumpur. Pada Tahun 1991,cawangan di Singapura persatuan ini telah menamakan dirinya semula sebagai Pencinta Alam (Singapura) ataupun Nature Society (Singapore).



1



MNS merupakan badan/persatuan alam sekitar yang bergiat aktif dalam mengetengahkan isu-isu berkaitan alam sekitar khususnya di Malaysia. Dalam masa yang sama, badan ini menguruskan beberapa pusat kajian alam sekitar yang terkenal di Malaysia seperti Taman Alam Kuala Selangor, Pusat Pendidikan Persekitaran MNS-BOH dan rancangan-rancangan pembelajaran di Rimba Ilmu di Universiti Malaya dan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).



2.0



ANALISIS KEKUATAN Di dalam pertubuhan MERCY ini terdapat beberapa kekuatan yang telah saya kaji. Antaranya ialah, persatuan ini bertindak dalam masa yang sangat pantas jika berlaku bencana atau krisis. Bantuan yang dihantar hanya dalam masa 48 hingga 72 jam selepas sesuatu bencana berlaku.Tindakan yang pantas tersebut akan dapat menyelamatkan nyawa mangsa-mangsa yang ditimpah musibah dari segi perubatan dan lain-lain.Sebagai contoh semasa berlakunya gempa bumi di Acheh pada 7 Disember 2016. Presiden MERCY Malaysia Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus telah mengarahkan anggota nya untuk menghantar pasukan tempatan terdiri daripada 4 anggota, berpusat di Medan dan Banda Ache ke Meureudu, bandar yang teruk terjejas di daerah Pidie Jaya.Pada 8 dan 9 Disember pula, dua pasukan daripada Ibu Pejabat Kuala Lumpur dihantar untuk menjalankan penilaian menyeluruh untuk memastikan keperluan perubatan dan keperluan asas penduduk yang terlibat (Bernama , 2016). Selain daripada itu juga, persatuan MERCY turut dianggotai oleh pakar-pakar perubatan yang profesional dalam bidang masing-masing.Yang mana sukarelawan yang terdiri daripada petugas perubatan bertauliah, termasuk doktor, penolong pegawai kesihatan, jururawat dan inspektor kesihatan. Misalnya dalam membantu Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani COVID-19 di Malaysia. Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) sedang membuat persiapan untuk menghantar 112 sukarelawan bagi membantu pasukan bantuan kesihatan dan perubatan COVID-19 Kementerian Kesihatan.Pengurus Besar Operasi Program MERCY Malaysia, Said Alhudzari Ibrahim, berkata sukarelawan membabitkan 100 petugas perubatan akan dihantar ke Kluang, Johor, manakala 12 lagi ke Setiu dan Kuala Terengganu, Terengganu.Seramai 24 sukarelawan membantu menjalankan saringan sejak 20 Mac lalu bagi meringankan beban petugas di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, manakala tiga lagi di Klinik Kesihatan sekitar Lembah Klang (Mohd Anwar , 2020). 2 i



Selain daripada itu juga,Mercy merupakan sebuah pertubuhan yang kukuh kerana penubuhannya yang telah lama beroperasi dan berpengalaman dalam mengendalikan persatuan ini yang mana merupakan sebuah persatuan yang sangat aktif dalam menghulurkan bantuan kemanusian sama ada di dalam negara mahupun luar negara.Menurut laman web MERCY Malaysia, persatuan Mercy telah banyak memberikan bantuan kepada lebih 32 negara Dalam dua dekad yang lalu.Organisasi telah menyediakan bantuan dan program kemanusiaan di 32 negara, dalam situasi krisis dan bukan krisis. MERCY Malaysia juga telah berkembang menjadi sebuah organisasi kemanusiaan yang penuh menawarkan spektrum penuh perkhidmatan kemanusiaan, dari tindak balas kecemasan kepada pemulihan dan pemulihan, pengurangan dan pencegahan, dan kesediaan bencana (Mercy Malaysia, n.d.).Mercy pernah memberikan bantuan kepada negara Palestin,Acheh, Bangladesh,Nepal dan negara pertama yang dibantu oleh Mercy ialah negara Kasova. Di samping itu juga, Mercy telah banyak melakukan kolaborasi dengan pelbagai pihak sama ada kerajaan atau bukan kerajaan iatu sebanyak 39 pihak.Antaranya Maybank, Simedarby,Axiata,Petronas dan pelbagai agensi-agensi besar



yang



berkaitan.Daripada



kolaborasi



tersebut,



agensi



tersebut



akan



menghulurkan sumbangan dari segi kewangan kepada persatuan Mercy dan duit tersebut akan disalurkan kepada pihak-pihak yang memerlukan.Sebagai contoh, syarikat Petronas yang memberikan sumbangan RM 1 juta. Menurut sumber daripada berita harian itu Mercy amat berterima kasih dan berbesar hati atas sumbangan yang telah diberikan untuk bantuan kepada negara Palestin pada tahun 2009 (Mohd Adha, 2009). Berbeza pula dengan Persatuan Pencinta Alam (MNS) yang mempunyai kekuatan yang tersendiri dengan melakukan kolaborasi juga dengan pelbagai pihak dan mempunyai bilangan ahli yang ramai daripada pelbagai peringkat umur termasuk murid-murid di sekolah (Anita, 2019).Kelab Pencinta Alam di sekolah merupakan salah satu program di bawah MNS dalam meningkatkan kesedaran daripada kecil lagi. Menurut Ahmad iaitu Pengerusi kepada MNS menyatakan bahawa MNS mempunyai 14 cawangan dan hampir 500 Kelab Pencinta Alam (KPA) di sekolah yang aktif dalam aktiviti pendidikan alam semula jadi bagi memberikan pengetahuan dan kesedaran awam mengenai pentingnya alam semula jadi dan kepelbagaian biologi yang merupakan khazanah negara.Daripada jumlah tersebut jelaslah bahawa MNS ini mempunyai bilangan ahli yang ramai dan dapat membantu persatuan ini dalam menjalankan aktiviti alam sekitar.



3



Seterusnya,persatuan ini mempunyai organisasi yang tersusun dan terancang dimana visi dan misi persatuan adalah selari dengan aktiviti yang telah dijalankan dimana visinya ialah cemerlang dalam penyampaian bantuan perubatan dan kemanusiaan kepada semua.Manakala visinya ialah MERCY Malaysia adalah organisasi bukan keuntungan antarabangsa yang memberi tumpuan kepada menyediakan bantuan perubatan, pembangunan berkaitan kesihatan yang mampan, dan aktiviti pengurangan risiko bagi masyarakat yang terdedah, dalam kedua-dua keadaan krisis dan bukan krisis.Pelbagai rancangan dan aktiviti yang telah dijalankan seperti bantuan mangsa banjir,bantuan bencana kepada beberapa buah negara dan sebagainya. Di samping itu juga, kekuatan yang terdapat pada MNS pula dari segi menggunakan pelbagai medium untuk memupuk semangat kecintaan kepada alam sekitar, MNS telah menghasilkan dua buah buku iaitu Sebagai sebuah badan, MNS menerbitkan dua majalah berkala yang berbahasa Inggeris. Dua majalah tersebut adalah Malaysian



Naturalist dan Malayan



Nature



Journal. Malaysian



Naturalist ditujukan kepada halayak ramai dan Malayan Nature Journal bersifat lebih saintifik (Qistina , n.d.). Selain itu juga, wujudnya kelab-kelab di sekolah yang aktif dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang dapat menigkatkan kecintaan untuk menjaga alam sekitar dalam diri murid di sekolah. Di samping itu juga,persatuan ini mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan sangat baik.Sumber kewangan mereka adalah hasil daripada orang ramai yang menderma kepada persatuan Mercy.Tambahan pula, mereka juga menjana kewangan daripada program larian yang telah mereka anjurkan. Menurut Yusliza (2015) di dalam laman web Harian Metro, hasil kutipan daripada larian itu akan disalurkan kepada Dana Kemanusiaan yang menyokong dalam memberi bantuan kepada pelarian Rohingya dan Bangladesh, mereka yang terjejas akibat gempa bumi di Nepal serta fasa pemulihan selepas banjir yang melanda di Kelantan.Program myMercyrun yang dianjurkan mendapat penglibatan yang baik.Selain itu, dalam laman web rasmi Mercy,telah dilancarkan program menderma sehari RM 1 kepada pihak Mercy.Dengan itu,semua pihak dapat menderma kepada Mercy sekurang-kurangnya RM 1.Ini dapat menggalakkan orang ramai dalam memberikan sumbangan.Disamping itu juga,bagi yang ingin membayar zakat juga turut boleh berbuat demikian di laman web rasmi mercy.Ini kerana Lembaga Zakat Majlis Agama Islam Negeri Perlis dan Lembaga Zakat Negeri Kedah telah melantik Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) sebagai ejen korporat untuk mengutip zakat bagi kedua-dua lembaga mulai



4



tahun ini. (Bernama, 2019).Dengan sumber pendapatan kewangan itu telah menjadikan sumber kewangan persatuan ini kukuh. Manakala bagi MNS pula mempunyai sumber kewangan yang kukuh juga tetapi ianya



dikutip daripada yuran keahlian bagi yang ingin mendaftar selama



setahun.Menurut laman web rasmi persatuan MNS, pabila seseorang ingin mendaftar sebagai ahli, mereka dikehendaki untuk membayar yuran ahli yang telah ditetapkan.Hasil daripada yuran tersebut akan dimasukkan dalam sumber kewangan untuk persatuan MNS dan digunakan untuk pelbagai tujuan.Selain itu juga di dalam laman web MNS juga ada menjual barang-barang atau EMCS Shop yang mana setiap pembelian akan dimasukkan ke dalam tabung kewangan MNS (Persatuan Pencinta Alam, n.d.) Di samping itu, persatuan ini mempunyai laman web rasmi yang sentiasa dikemaskini.Sebarang aktiviti dan sumbangan boleh dilihat di laman web tersebut.Pengunjung yang melawat laman web tersebut juga boleh membuat sumbangan secara atas talian.Laman web tersebut mempunyai maklumat-maklumat yang berkaitan dengan persatuan Mercy seperti carta organisasi, visi dan misi, sejarah penubuhan dan aktiviti yang dijalankan oleh persatuan tersebut. Akhir sekali,kekuatan yang terdapat pada persatuan ini ialah persatuan ini telah dinobatkan sebagai model sukarelawan dimana segala bantuan yang telah diberikan adalah mengikut piawaian World Health Organisation terutamanya dalam bidang perubatan.Pada majlis ulangtahun Mercy yang ke-20,Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia), telah dianobatkan sebagai model kegiatan kesukarelawanan dan perkhidmatan sosial, bukan saja berperanan sebagai organisasi perubatan, malah komited menyalurkan bantuan. (Mahani, 2019). Persatuan MNS juga telah menerima beberapa anugerah dan antaranya adalah seperti UNEP Global 500 Award pada tahun 1991. Merdeka Award dan Birdlife Award pada tahun 2008.Anugerah Pencapaian Persatuan Pencinta Alam Malaysia ini telah mendapat pengiktirafan masyarakat antarabangsa sehingga berjaya mendapat anugerah Pingat Global 500 oleh United Nations Environment Programme (UNEP) pada tahun 1991 (Rehka, 2018).



.



5



3.0



ANALISIS KELEMAHAN Dalam pelbagai kekuatan yang terdapat dalam persatuan Mercy, namun terdapat juga beberapa kelemahan dan kekurangan yang telah dikenalpasti mengikut pembacaan saya di laman-laman sesawang.Antara kelemahan persatuan Mercy ini ialah kekurangan pengangkutan dan sukar diakeses merupakah salah satu kekurangan yang terpaksa dihadapai oleh pihak Mercy semasa menghantar bantuan ke Nepal (Berita Harian, 2015).Ini menyebabkan proses bantuan menjadi lambat dan tergendala kerana anggota sukarelawan terpaksa menunggu hampir 3 jam untuk menunggu pengangkutan yang membawa mereka.Persatuan Mercy pelu merancang terlebih dahulu dan mendapatkan sumber pengangkutan daripada negara-negara lain.



Selain itu juga, pada pendapat saya walaupun Persatuan MERCY ini mempunyai laman web yang tersendiri dan sering mengemaskini laman web nya akan tetapi laman web tersebut hanya wujud dalam Bahasa Inggeris sahaja.Ini menjadikan pengunjung daripada pelbagai negara yang melawat laman web tersebut sukar untuk membacanya jika orang yang mengunjung adalah daripada negara yang kurang penggunaan Bahasa Inggeris seperti China, Korea, Jepun dan lain-lain.Maka dengan itu,persatuan MERCY tidak dikenali oleh negara-negara lain kerana orang ramai tidak dapat memahami isi kandungan daripada laman web yang ada.



Pada pendapat saya, kelemahan yang terdapat daripada Persatuan MNS ini kurangnya hubungan dengan negara luar berbanding dengan Mercy dan tidak banyak berkolaborasi dengan pelbagai pihak dalam menangani sesuatu masalah.Sebagai contoh dalam mengawal pemburuan hutan, MNS perlu berkerjasama dengan pihak berkuasa dalam mengawal ketat hutan simpanan yang terdapat di Malaysia.Selain itu juga MNS hanya banyak mengadakan aktiviti-aktiviti di dalam negara sahaja.



Kelemahan yang terdapat dalam persatuan MNS ialah kurangnya perhatian dan Latihan kepada penasihat Kelab Pencinta Awam(KPA). Ini kerana sekolah yang terdapat Kelab Pencinta Alam adalah sebanyak 417 buah sekolah.Akan tetapi terdapat KPA yang tidak mendapat perhatian dan penasihat kerana kurang kursus dan taklimat daripada pihak MNS sendiri akibatnya objektif pertubuhan KPA tidak tercapai (Rehka, 2018).



6 i



4.0



ANALISIS PELUANG Terdapat pelbagai peluang yang terdapat di dalam Persatuan Mercy ini.Pada pendapat saya untuk membuka peluang yang lebih baik lagi bagi persatuan ini,persatuan ini boleh mengiklankan untuk menjadi sukarelawan secara menyeluruh seperti pergi ke sekolah-sekolah, wujudkan untuk mendaftar keahlian di pusat beli belah atau melalui media massa untuk tambah ahli sukarelawan daripada pelbagai lapisan umur sama ada remaja dari kalangan pelajar atau orang dewasa yang sudah bekerja.Ini kerana dalam menghulurkan bantuan kemanusian ini kita perlu menambah anggota dalam sukarelawan supaya segala bantuan dapat dipikul bersama-sama bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing.Maka dengan itu, segala bantuan dapat dilakukan dengan mudah dan cepat kerana banyak tenaga yang ada. Selain daripada itu juga, untuk menambah sumper pendapatan dan kewangan, persatuan Mercy dan MNS boleh mewujudkan konsert amalan atau jamuan makan malam dengan menjemput artis-artis yang terkenal untuk menggalakkan orang ramai hadir.Dana yang diberikan itu boleh digunakan sebagai sumber kewangan kepada persatuan Mercy untuk menambah lagi kewangan persatuan tersebut. Di samping itu juga, untuk memberikan orang ramai dapat mengenali persatuan Mercy Malaysia ini,persatuan Mercy boleh meningkatkan penggunaan pelbagai bahasa di dalam laman web yang ada.Sebagai contoh,pengunjung yang melawat laman sesawang rasmi Mercy boleh memilih bahasa yang mereka faham.Ini kerana mungkin pengunjung yang melawat laman rasmi tersebut adalah berasal daripada tanah Arab,Jepun,China,Korea dan sebagainya.Maka dengan pemilihan bahasa yang dilakukan itu, pengunjung daripada pelbagai negara dapat memahami maklumat-maklumat yang terdapat di laman web tersebut. Selain daripada itu juga, untuk menambah bilangan ahli di dalam persatuan Mercy dan MNS, persatuan tersebut boleh memberikan kad keistimewaan untuk ahlinya agar lebih ramai orang yang akan masuk kepada kedua-dua persatuan tersebut.Ini kerana dengan tawaran tersebut orang ramai akan bersemangat dan tertarik dengan keistimewaan yang diberikan.Sebagai contoh Persatuan Mercy akan memberikan kepada ahlinya jika masuk ke hospital kerajaan, pesakit tersebut akan menikmati diskaun 50% untuk bil di hospital.Manakala bagi ahli persatuan MNS pula, ahlinya akan dapat memasuki Zoo Negara atau Taman Negara dengan potongan harga sebanyak 15%.Maka dengan keistimewaan yang ditawarkan akan dapat meningkatkan bilangan ahli dan sukarelawan bagi kedua-dua persatuan.



7



5.0



ANALISIS ANCAMAN Ancaman ialah sesuatu perkara yang mengancam atau membahayakan.Antara perkara yang memberi ancaman kepada persatuan MERCY ini ialah daripada segi keselamatan sukarelawan yang menganggotai persatuan. Ini kerana anggota persatuan perlu pergi ke negara-negara luar untuk menghulurkan bantuan dari segi perubatan.Sebagai contoh semasa pasukan Mercy Malaysia ingin menghantar bantuan ke Gaza, tentera Israel telah melakukan pengeboman secara besar-besaran ke atas rakyat Palestin yang berlaku pada 27 Disember 2017.Keselamatan anggota Mercy adalah perkara utama. Selain itu, wujud juga halangan untuk memasuki sesebuah negara lain seperti di negara Gaza. Sebelum memasuki negara tersebut ianya memerlukan kebenaran dan tapisan daripada beberapa pihak berkuasa.Anggota pasukan Mercy terpaksa melepasi beberapa saringan yang ketat untuk memasuki Palestin (Bernama, 2019). Di samping itu juga, anggota sukarelawan juga turut terancam dengan pelbagai penyakit



yang



berbahaya



yang



boleh



berjangkit



semasa



menghulurkan



bantuan.Mereka juga dianggap sebagai barisan hadapan negara yang membantu Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menjalankan tugas untuk menangani COVID19 berlaku.Sukarelawan Mercy telah diserap masuk untuk membantu kakitangan Kesihatan dalam melaksanakan tugas.Maka mereka juga merupakan salah seorang yang berisiko untuk terkena dengan penyakit berjangkit tersebut.Maka ianya telah memberi ancaman kepada kesihatan anggota sukarelawan Mercy semasa menjalankan tugas Pasukan bantuan perubatan juga sering terdedah kepada beberapa penyakit berjangkit, terutama kawasan yang di landa ribut taufan dan banjir besar. Fasa selepas bencana ini akan ada banyak punca jangkitan penyakit akibat sistem saliran dan kumbahan yang tidak berfungsi, punca air dan makanan kotor serta bangkai binatang (Azizi, 2017). Disamping itu juga, Mercy Malaysia berhadapan dengan aktiviti pengganas yang kini giat mengumpul dana secara atas talian (Minderjeet , 2017).Ini merupakan salah satu ancaman dan cabaran kepada persatuan Mercy kerana bimbang jika orang ramai menyumbang kepada kumpulan pengganas yang kini giat mengumpul dana secara atas talian.Maka persatuan Mercy telah memberikan tips-tips agar tidak mudah untuk memberikan sumbangan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab (Minderjeet , 2017).



8



Jika hendak dibandingkan dengan Persatuan MNS pula telah mengalami ancaman apabila terdapat negara jiran yang memburu haiwa eksotik dan mencuri kayu gaharu di Taman Negara dan masuk ke Bangkok.Peniaga di Bangkok mengakui mereka mendapat bekalan kayu gaharu daripada Endau-Rompin. Haiwan eksotik yang diburu ialah tenggiling, ular senduk,ular sawa, harimau, biawak dan lain-lain yang hampir pupus. Dari Thailand, ia diseludup ke China untuk tujuan makanan eksotik dan perubatan tradisional. Harga seekor tenggiling ialah RM1,000. Seekor harimau boleh mencecah sehingga RM150,000. Ancaman pemburuan haraman memberikan ancaman kepada MNS dalam memelihara alam yang terdapat di Malaysia (Wikipedia, 2020).



6.0



RUMUSAN Kesimpulannya, di dalam sesebuah persatuan sudah tentu mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri.Maka sebagai rakyat Malaysia kita boleh membantu persatuan-persatuan yang bermanfaat ini dari segi tenaga, wang ringgit, masa dan lain-lain.Kita hendaklah berganding bahu dalam satu persatuan sesama anggota agar tidak berlaku pelbagai konflik dalaman yang tidak diigini.Segala kelemahan yang terdapat boleh dikenalpasti dan diperbaiki untuk meningkatkan mutu dalam sesebuah persatuan agar dapat dikenali di mata dunia dan mengharumkan nama negara



9



RUJUKAN Anita, Abu Hassa. (6 Disember, 2019). Sinar Harian. Retrieved from MNS terus aktif perjuang isu alam sekitar: https://www.sinarharian.com.my/article/60737/BERITA/Nasional/MNS-terusaktif-perjuang-isu-alam-sekitar Azizi, Ayob. (30 September, 2017). Berita Harian. Retrieved from Suburkan budaya sukarelawan misi kemanusiaan: https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2017/09/331841/suburkanbudaya-sukarelawan-misi-kemanusiaan Berita Harian. (4 Mei , 2015). Kekurangan pengangkutan dan sukar diakses, cabaran MERCY di Nepal. Retrieved from Berita Harian: https://www.bharian.com.my/node/52736 Bernama . (10 Disember, 2016). MERCY Malaysia hantar bantuan ke Aceh. Retrieved from Free Malaysia Today : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/12/10/mercymalaysia-hantar-bantuan-ke-aceh/ Bernama. (17 Mei, 2019). Sinar Harian. Retrieved from Zakat kini boleh dibayar melalui Mercy Malaysia: https://www.sinarharian.com.my/article/28700/BERITA/Nasional/Zakat-kiniboleh-dibayar-melalui-Mercy-Malaysia Mahani, Ishak. (28 September, 2019). BH Online. Retrieved from Mercy Malaysia jadi model kesukarelawanan: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/612012/mercymalaysia-jadi-model-kesukarelawanan Mercy Malaysia. (n.d.). Retrieved from https://www.mercy.org.my/about-us/our-history/ Minderjeet , Kaur. (7 Oktober, 2017). Free Malaysia Today. Retrieved from Mercy Malaysia beri tips elak derma kepada aktiviti pengganas: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/10/07/mercy-malaysia-beritips-elak-derma-kepada-aktiviti-pengganas/ Mohd Adha, Mohd Zain. (21 Januari, 2009). MY ADHA. Retrieved from Misi Kemanusian Mercy Malaysia Di Gaza: http://myadha.blogspot.com/2009/01/misi-kemanusiaan-mercy-malaysiadi-gaza.html Mohd Anwar , Patho Rahman. (29 Mac, 2020). COVID-19: MERCY Malaysia hantar 112 sukarelawan perubatan. Retrieved from Berita Harian: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/670811/covid-19-mercy-malaysiahantar-112-sukarelawan-perubatan Persatuan Pencinta Alam. (n.d.). Retrieved from https://www.mns.my/2020/02/13/communicationassociate/ Qistina , Ahmad. (n.d.). Pencinta Alam Sekitar. Retrieved from Persatuan Pencinta Alam: http://qistinaahmad.weebly.com/sejarah-penubuhan.html Rehka, Liko. (5 Februari, 2018). Slideshare. Retrieved from Modul Pencinta Alam: https://www.slideshare.net/rehkaliko/modul-pencinta-alam Wikipedia. (2 Februari, 2020). WIKIPEDIA. Retrieved from Persatuan Pencinta Alam Malaysia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan_Pencinta_Alam_Malaysia



10



Yusliza, Abd Talib. (28 Julai , 2015). Metro Harian. Retrieved from Bantuan untuk mangsa bencana, pergolakan: https://www.hmetro.com.my/node/66607



11



LAMPIRAN



12



MERCY MALAYSIA 1) SEJARAH DAH PROSES PENUBUHAN



4) ISU DAN MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PERSATUAN



3) Cara ia menjana pendapatan dan sumber kewangan



MALAYSIA NATURE SOCIETY



1) SEJARAH PENUBUHAN MALAYSIA NATURE SOCIETY (MNS) Persatuan pencinta alam Malaysia (MNS) telah ditubuhkan pada tahun 1940. Seperti kebanyakan institut dan organisasi yang ditubuhkan pada zaman penjajahan British, MNS telah ditubuhkan oleh orang-orang British yang bertugas di Malaysia pada ketika itu. Mereka mempunyai minat yang mendalam terhadap kekayaan flora dan fauna negara. Bagi memastikan hasil dan rekod kajian tidak hilang begitu sahaja, Persatuan Pencinta Alam Malaysia telah ditubuhkan dan Malaysia Nature Journal mula diterbitkan. Daripada sekumpulan kecil sukarelawan yang menguruskan persatuan ini, MNS kini mempunyai lebih kurang 30 orang tenaga kerja staff yang mengurus dan melaksanakan objektif dan halatuju persatuan. Sebagai persatuan yang mempunyai bilangan keahlian yang terbesar di Malaysia dan dengan sokongan ahli-ahli MNS, agensi kerajaan dan sektor swasta, MNS menjadi suara utama masyarakat tempatan dalam mengemukakan pendiriannya dalam perihal pemeliharaan dan pemuliharaan sekitar negara. MNS memperjuangkan isu-isu pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar melalui unit-unit berikut: Unit Konservasi : Fokus utama unit ini adalah terhadap usaha pemeliharaan habitat melalui penghasilan polisi, advokasi, kajian, pengumpulan data dan maklumat bersama kerajaan pusat dan negeri. Usaha-usaha kami juga melibatkan komuniti setempat bagi memastikan masyarakat tempatan dapat diperkasakan melalui penglihatan secara langsung dalam usaha pemuliharaan alam sekitar. Unit Pendidikan Alam Sekitar: Mempromosi kesedaran alam sekitar terutamanya di kalangan masyarakat umum khusus di kalangan generasi muda melalui penglihatan secara langsung (hands-on approach) dalam aktiviti-aktiviti alam sekitar. Usaha-usaha ini juga dilaksanakan melalui dua pendekatan iaitu melalui penubuhan pusat-pusat pendidikan alam sekitar di sluruh negara dan juga melalui projek Kelab Pencinta Alam di Sekolah. Usaha-usaha ini dijalankan dengan kerjasama dan sokongan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, kerajaan tempatan dan sektor swasta. MNS telah menerima beberapa anugerah dan antaranya adalah seperti berikut •



UNEP Global 500 award, 19991







Merdeka Award, 2008







Birdlife Award, 2008



2) PROSES PENUBUHAN MNS •



Tercetusnya penubuhan persatuan ini adalah disebabkan oleh minat mendalam orang British (sebelum kemerdekaan) terhadap alam warisan semulajadi di Malaysia.







Mereka mengumpulkan bahan-bahan tentang warisan di Malaysia ini dan menerbitkan Jurnal pertama tentang Alam Melayu pada tahun 1940. Dengan penerbitan ini juga maka tertubuhlah persatuan MNS







Tercetusnya penubuhan persatuan ini adalah disebabkan oleh minat mendalam orang British (sebelum kemerdekaan) terhadap alam warisan semulajadi di Malaysia.







Mereka mengumpulkan bahan-bahan tentang warisan di Malaysia ini dan menerbitkan Jurnal pertama tentang Alam Melayu pada tahun 1940. Dengan penerbitan ini juga maka tertubuhlah persatuan MNS



3) AKTIVITI YANG DILAKUKAN ATAU PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN:Aktiviti MNS : •



Sambutan hari tanah lembab







Pemerhatian burung pemangsa







Hari bumi







Hari alam sekitar sedunia







Hari tapir, penyu, gajah, harimau dan sebagainya







19 Dec 20:



Night Walk in FRIM Forest







18 Sep 20:



Kids Night Walk @ FRIM







12 Sep 20:



MNS National Annual General Meeting 2020







08 Aug 20:



Night Walk in FRIM Forest







13 Jun 20:



Rainforest Discovery







13 Jun 20:



World Oceans Day Celebration







09 May 20:



Nature Art and Craft







18 Apr 20:



Kinder Walk UM







12 Apr 20:



Young Entomologist







28 Mar 20:



River Scientist







15 Mar 20:



Raptor Watch 2020







14 Mar 20:



Raptor Watch 2020







29 Feb 20:



Visit Frangipani Farm







14 Feb 20:



Kids Night Walk @ FRIM







05 Feb 20:



World Wetlands Day 2020







15 Jan 20:



Asian Waterbird Census 2020 ( January-March )







14 Dec 19:



Night Walk in FRIM Forest (NEC)







07 Dec 19:



Public Talk: “Community Participation for effective forest governance”







06 Dec 19:



Global Warming Camp (NEC)







26 Nov 19:



Tapir Talks 3.0



Sumbangan MNS : •



Penubuhan Taman Negara Pahang







Taman Negeri Endau Rompin







Taman Negeri Royal Belum



Perkhidmatan MNS : 1) Conservation The Conservation division within MNS sees to the effective management of existing protected areas as well as to establish new protected areas. Some of the main objectives within Conservation in MNS are: To secure an integrated and comprehensive Protected Area system in Malaysia. Build a knowledge base of key habitats and species with the aim to disseminate this information to decision makers. To identify threats to the survival of habitats and species in the wild. The MNS Conservation initiatives are also guided by key documents such as the Important Bird Area (IBA) data which has been compiled since 1997 with the assistance of the MNS Bird Conservation Council and Birdlife International. Conservation is also guided by the MNS. Blueprint for Conservation (established in1974) which calls for the conservation of notable areas such as national parks, reserves, islands, national monuments, wildlife sanctuaries, marine reserves and research sites in Peninsular Malaysia. The focal areas in which our Conservation initiatives work are: -



habitat and sites In the last 15 years, Malaysia has lost around 60,000 species of life forms a year as a result of natural areas being cleared to make way for development, logging, plantations, housing and various other human exploits.



-



species Malaysia is the twelfth riches mega-centre for biodiversity in the world and we have over 185,000 types of animal species and 15,000 of flowering plants (EPU,1993) but unfortunately, our biodiversity is under threat and we are listed under the World Conservation Union (IUCN) Red Data list.



-



people Our local communities work is spread across the indigenous, rural and urban communities. All our initiatives with local communities are geared towards empowering them in ensuring better governance of important habitats or species.



-



policy Our policy and advocacy work has been the foundation of the Society’s successes thus far. This is done in many ways, be it from the support and commitment of our



members across the country with state level advocacy, or with the work of the Secretariat with Federal and State agencies.



4) CARA MENJANA SUMBER PENDAPATAN - Yuran ahli



- Publication