Jelaskan Langkah-Langkah Merancang Projek Sejarah Lisan Dan Pendokumentasian [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

JELASKAN LANGKAH-LANGKAH MERANCANG PROJEK SEJARAH LISAN DAN PENDOKUMENTASIAN. Perancangan Awal merupakan proses pertama yang sangat penting dalam kaedah merancang sesuatu projek sejarah lisan ialah perancangan awal yang juga dikenal sebagai penyelidikan latar belakang. Hal ini demikian kerana perancangan awal dapat membantu pengkaji sejarah untuk menentukan tema atau topik kajian yang hendak diketahui sebelum merancang sesuatu projek sejarah. Perancangan awal ini juga dapat memberikan suatu gambaran dan membantu pengkaji sejarah untuk mendapatkan maklumat atau fakta awal mengenai sesuatu kajian (pre-survey). Gambaran dan maklumat awal yang diperoleh ini dapat membantu pengkaji untuk membina kerangka atau pemetaan penyoalan yang berkaitan dengan tema atau topik projek sejarah lisan yang akan dirancang dan dijalankan. Perancangan awal ini biasanya melibatkan kerja-kerja seperti penyediaan jadual kerja dan mengenal pasti tokoh serta dilakukan sebelum mengendalikan sesuatu wawancara lisan dan rakaman. Seorang penyelidik harus faham apakah skop yang hendak dikaji untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam tentang aspek-aspek tajuk. Pada tahap ini, pengkaji perlu bersedia dari aspek penentuan skop, mementukan siapa yang akan ditemuramah dan pemilihan pendekatan sejarah yang sesuai atau patut. Untuk menentukan siapa yang patut ditemu ramah, faktor seperti umur, tempat dilahirkan, asal-usul keluarga., keturunan, pendidikan dan keadaan kesihatan seseorang responden perlu dipertimbangkan. Keutamaan harus diberikan kepada orang yang lebih tua atau seseorang yang dianggap lebih berpengalaman dan dapat memberi banyak maklumat serta pengalaman yang bernilai. Penyelidik harus menentukan skop kajian dengan membuat garis panduan tentang perkaraperkara yang akan ditumpukan dalam kajiannya. Senarai nama responden perlu dibuat berdasarkan latar belakang, peranan dan pengetahuannya tentang perkara yang ingin dikaji dan diamatinya. Penyelidikan latar hidup seorang tokoh serta latar belakang masa dan sejarah sesuatu penistiwa atau kejadian adalah penting untuk menentukan dan mengenali masalah sebelum temu ramah dijalankan. Proses kedua dalam kaedah merancang sesuatu projek sejarah lisan ialah mengenal pasti orang sumber. Mengenal pasti orang sumber merupakan satu usaha untuk menentukan orang sumber yang diyakini mempunyai maklumat berkenaan tema atau topik kajian. Orang sumber dikenal pasti dengan menyiasat latar belakang diri orang sumber, pengalaman, motif, pendidikan, umur, dan hubungan orang sumber dengan komuniti atau institusi.



Orang sumber juga dikenal pasti berdasarkan riwayat hidup orang sumber atau seseorang tokoh yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa bersejarah yang telah berlaku sama ada yang dialami atau yang disaksikan oleh diri sendiri. Proses transmisi (penyebaran) mengenai sesuatu peristiwa dari mulut ke mulut dan dari satu generasi ke generasi yang lainnya telah mewujudkan evolusi terhadap sesebuah keterangan lisan. Tiga kategori orang sumber yang utama, iaitu saksi proto, saksi mata (eye witnesses), dan saksi kata dengar (hearsay). Memainkan peranan mereka dalam memperturunkan dan menyebarkan sesuatu peristiwa atau perkara yang bernilai sejarah sehingga akhirnya berubah menjadi satu tradisi lisan. Proses ketiga dalam kaedah merancang sesuatu projek sejarah lisan ialah proses pengumpulan sumber. Seorang penyelidik boleh memilih prosedur atau teknik serta alat pengumpulan sumber yang sesuai dengan permasalahan kajian dan strategi penyelidikan di samping jenis dan kewujudan sumber data. Menurut Sulaiman Masri (2005), antara prosedur pengumpulan data yang digemari dalam penyelidikan ilmiah meliputi pengamatan atau pemerhatian sama ada secara langsung atau tidak langsung, teknik penyoalan (soal selidik dan wawancara), dan pengukuran (termasuk ujian, analisis kandungan, skala, dan pengukuran fizikal). Proses pengumpulan sumber dan maklumat untuk sejarah lisan pula melibatkan beberapa proses penting seperti wawancara, ucapan, penceritaan, dan perbualan serta melakukan rakaman. Temu ramah dan perbualan lazimnya digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang atau pandangan daripada seseorang tokoh. Jenis instrumen yang membantu pengkaji dalam prosedur pengumpulan sumber dan data sejaran lisan termasuklah alat rakaman seperti pita rakaman atau perakam suara, kertas, dan pensel. Perkembangan pesat ilmu sains, teknologi maklumat, dan komunikasi turut mempengaruhi kaedah dalam mendapatkan sumber sejarah. Pelbagai alat pandang dengar seperti kamera, televisyen, video, Internet, cakera padat, radio, dan pancaindera telah digunakan ketika melakukan sesuatu temu ramah. Rangka kasar soalan-soalan hendaklah disediakan untuk dijadikan garis panduan ketika menjalankan temu ramah supaya ia dapat berjalan dengan lancar supaya mencapai suatu dialog yang lancar, penyelidik tidak digalakkan membaca soalan yang disediakan pada kertas tetapi digunakan sebagai panduan sahaja. Selain itu, soalan-soalan yang dikemukakan hendaklah berbentuk tepat dan pendek serta dikemukakan dalam bentuk yang menarik kerana matlamat sejarah lisan ialah untuk



mendapatkan jawapan-jawapan yang menarik Pada masa kini, dua kaedah penting yang digunakan untuk merancang projek sejarah lisan dan proses rakaman adalah dengan mengendalikan “Wawancara Sejarah Lisan” dan “Majlis Pendokumentasian Lisan”. Sebagai panduan kepada pengkaji sejarah yang ingin merancang projek sejarah lisan dan proses rakaman, Arkib Negara Malaysia telah menyediakan dua dokumen yang bertajuk Panduan Kerja Mengendalikan Wawancara Sejarah Lisan dan Panduan Kerja Mengendalikan Majlis Pendokumentasian Lisan yang boleh dirujuk dalam melaksanakan sesuatu temu ramah untuk mendapatkan data melalui sumber lisan.