Tarannum Sikah [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Topik



9



X



Tarannum Sikah



HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3.



X



Menjelaskan tentang sejarah tarannum Sikah, sifat-sifat dan peranannya dalam bacaan al-Quran; Menerapkan tarannum Sikah dalam surah-surah yang mengandungi Mad ÂAridh Lissukun, Mad ÂIwad dan yang tidak mengandungi mad di kepala ayat; dan Mengaplikasikan tarannum-tarannum yang sesuai diwaslahkan dengan Sikah.



PENGENALAN



Tarannum Sikah adalah sebuah lagi tarannum yang mahsyur di kalangan tarannum-tarannum lain yang muktabar. Bagi dunia Melayu, ia amat popular sebagai salah satu daripada lagu yang diaplikasikan di dalam bacaan berzanji. Di kalangan masyarakat Arab pula, ia sering juga digunakan di dalam nyanyian lagu dan bacaan al-Quran mereka. Selain itu, ia tidak kurang popularnya daripada tarannum-tarannum lain di sisi para QurraÊ Mesir. Dengan memiliki ciri yang bersahaja dan menarik, ia telah berkembang keseluruh dunia termasuklah di Malaysia pada zaman bermulanya perkembangan ilmu tarannum yang dipelopori oleh Almarhum MaÊsom Pergau dari Kelantan.



114



X



TOPIK 9



TARANNUM SIKAH



TOPIK 9



TARANNUM SIKAH



W



AKTIVITI 9.1 Sila cari maklumat berkaitan dengan kaedah membawa rawi (berzanji) dengan menggunakan lagu Sikah.



9.1



SEJARAH TARANNUM SIKAH



9.1.1



Definisi Sikah dan Sejarah Perkembangannya



Tarannum Sikah adalah sebuah lagu yang berasal dari negara Parsi. Setelah diubahsuai, ia diterima pakai oleh pakar-pakar tarannum al-Quran dari negara Hijazi dan dipopularkan kepada seluruh Qari di segenap pelusuk dunia ini mengikut lahjah Arab Hijazi bermula dari kurun ketujuh sehingga kurun kesembilan belas Masihi. Sehingga kini, ia telah dipopularkan semula oleh para Qari Mesir yang dikenali dengan nama Sikah Misri, di mana bentuk dan alunannya lebih lembut dan lebih bersopan.



AKTIVITI 9.2 Bincangkan dalam kumpulan tentang sejarah perkembangan Tarannum alQuran di Malaysia.



9.1.2



Sifat-sifat Tarannum Sikah



Tarannum Sikah adalah sebuah tarannum yang unik. Gerakannya yang tampak ringan dan bersahaja membuatkan ia berbeza daripada tarannum-tarannum lain dari sudut bentuk lagunya. Ia amat sesuai digunakan pada ayat-ayat yang menceritakan tentang kerohanian, kisah-kisah nabi atau sesuatu kaum di dalam al-Quran, hari kiamat dan sebagainya. Di antara Qari-qari Mesir kontemporari yang masyhur dan sering menggunakan tarannum ini dalam bacaan berlagu mereka ialah Syeikh Shahhat Mohammad Anwar, Dr. NuaÊna dan lain-lain. Manakala Syeikh Saad al-Ghamidi yang sering dikumandangkan bacaannya oleh rakyat Malaysia pula sering juga menggunakan tarannum ini dalam bacaan murattalnya. Rajah 9.1 berikut memberikan ciri-ciri umum tarannum Sikah.



114



Rajah 9.1: Sifat-sifat/ciri-ciri umum tarannum sikah



SEMAK KENDIRI 9.1 Senaraikan nama-nama johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan di Malaysia yang anda kenali.



9.1.3



Peranan Tarannum Sikah



Tarannum Sikah mempunyai peranannya yang tersendiri dalam sesebuah persembahan. Di antara peranan-peranan tersebut dapat kita lihat dalam Rajah 9.2.



Rajah 9.2: Peranan tarannum sikah



Demikian antara peranan yang dibawa oleh tarannum Sikah dalam sesuatu bacaan. Jika ia dibawa dengan baik, maka para pendengar akan lebih mudah terkesan dan mudah mendapat gambaran tentang bentuk atau kisah ayat yang dibaca.



AKTIVITI 9.3 Dengan merujuk pada surah al-MuÊminun ayat 24, al-Furqan ayat 19 dan alQamar 32, sila tatbiqkan tarannum Sikah dengan berpandukan contoh dari bacaan guru anda.



9.2



9.2.1



TATBIQ TARANNUM SIKAH DALAM ALQURAN Tatbiq Tarannum Sikah dalam Surah yang BerMad Aridh Lissukun Surah al-MuÊminun: 24



ΟŠm9# ⎯≈Ηq9# !# Ο¡0 ≅ÒGƒ β& ‰ƒƒ /3=WΒ ³0 ω) #‹≈δ $Β ⎯μΒθ% ⎯Β



#ρ . ⎦⎪%!# #σ=ϑ9# Α$)ù



θδ β) ∩⊄⊆∪ ⎦,!ρ{# $Ζ←$/#™ ’û #‹≈κ5 $Ζèϑ™ $Β π3≥≈=Β Α“Ρ{ !# ™$© θ9ρ Ν6‹=æ ∩⊄∉∪ βθ/‹2 $ϑ/ ’ΤÇΣ# >‘ Α$% ∩⊄∈∪ ⎦⎫m ©Lm ⎯μ/ #θÁ/Iù πΖ_ ⎯μ/ ≅_‘ ω)



9.2.2



Tatbiq Tarannum Sikah dalam Surah yang BerMad ‘Iwadh Surah al-Furqan: 19



ΟŠm9# ⎯≈Ηq9# !# Ο¡0 Ν=àƒ ⎯Βρ 4 #ÇΡ ωρ $ùÀ χθèŠÜF¡@ $ϑù χθ9θ)? $ϑ/ Ν.θ/‹2 ‰)ù ΝγΡ) ω) ⎥⎫=™ϑ9# ⎯Β =6%



$Ψ=™‘& $Βρ ∩⊇®∪ #72 $/#‹ã μ%‹Ρ Ν6ΖΒ



πΖFù Ùè79 Ν6Òè/ $Ψ=è_ρ 3 −#θ™{# ’û χθ±ϑƒρ Π$èÜ9# χθ=.'‹9 ∩⊄⊃∪ #Á/ 7/‘ β%2ρ 3 χρ9Á?&



9.2.3



Tatbiq Tarannum Sikah dalam Surah yang Tidak BerMad di Kepala Ayat Surah al-Qamar: 32



ΟŠm9# ⎯≈Ηq9# !# Ο¡0 $Ρ) ∩⊂⊂∪ ‘‹Ζ9$/ Þθ9 Πθ% M/‹. ∩⊂⊄∪ .‰Β ⎯Β ≅γù .%#9 β#™)9# $Ρ£„ ‰)9ρ 79≡‹. 4 $Ρ‰Ψã ⎯Β πϑèΡ ∩⊂⊆∪ s¡0 Νγ≈Ψ‹gΥ ( Þθ9 Α#™ ω) $7¹%n Νκ=ã $Ζ=™‘& ∩⊂∈∪ 3© ⎯Β ““gΥ



SEMAK KENDIRI 9.2 Berpandukan pengajian tarannum sebelum ini, cuba praktiskan waslah almumaslah tarannum Sikah dengan tarannum Soba dan Rast.



9.3



TARANNUM YANG SESUAI DIWASLAHKAN DENGAN TARANNUM SIKAH



Terdapat beberapa tarannum lain yang sesuai diwaslahkan dengan tarannum Sikah. Ini kerana terdapat persamaan pada air lagu ataupun wazan lagu tersebut. Di antara tarannum-tarannum tersebut dapat kita lihat dalam Rajah 9.3.



Rajah 9.3: Tarannum lain yang sesuai diwaslahkan dengan tarannum sikah



Adalah menjadi kebiasaan para Qurra mewaslahkan tarannum-tarannum di atas pada lagu Sikah. Seperti biasa, kaedah waslah tarannum Sikah dengan lagu lain boleh dilaksanakan sama ada mengikut kaedah waslah di tengah ataupun di hujung lagu tersebut.



9.3.1



Peranan Waslah al-Mumasalah dalam Tarannum Sikah



Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tarannum Sikah adalah sebuah tarannum yang memiliki ciri-ciri keunikan yang tersendiri. Pada ketika-ketika tertentu, ia boleh diwaslahkan dengan beberapa tarannum lain seperti Soba, Husaini, Rast dan Jiharkah dengan tujuan menambah seri pergerakan lagu Sikah tersebut. Namun begitu, terdapat beberapa peranan lain mengapa sesuatu tarannum itu digandingkan dengan lagu Sikah. Di antaranya diterangkan seperti berikut: (a)



Mengurangkan Ketegangan di dalam Persembahan Tarannum yang amat sesuai untuk diwaslahkan dengan lagu Sikah, khususnya apabila Qari merasa sedikit ketegangan dalam persembahannya, ialah Rast dan Jiharkah.



(b)



Mencantikkan Persembahan Tarannum Soba boleh diwaslahkan ke dalam harakat jawab Sikah kerana ia akan menambahkan lagi kesan khas yang menarik di dalam persembahan.



(c)



Memanaskan Bacaan Bagi menjadikan persembahan lebih berkesan, maka ia boleh juga diwaslah dengan Husaini ataupun Hijaz.



SEMAK KENDIRI 9.3 Sila ulang kaji semula apa yang anda pelajari dalam topik ini dengan menjawab semua soalan yang dikemukakan berikut. 1.



Huraikan serba sedikit tentang latar belakang tarannum Sikah.



2.



Nyatakan sifat-sifat tarannum Sikah.



3.



Berdasarkan sifat-sifat yang ada pada tarannum Sikah tersebut, apakah ayat-ayat yang bersesuaian unutk diaplikasikan tarannum Sikah ke atasnya? Berikan contohnya.



4.



Huraikan peranan-peranan yang dimainkan oleh tarannum Sikah di dalam sesebuah bacaan.



5.



Menurut pembelajaran anda, apakah tarannum lain yang paling sesuai dan mudah untuk diwaslahkan dengan tarannum Sikah?



6.



Nyatakan tarannum-tarannum lain yang sesuai diwaslahkan dengan tarannum Sikah dan huraikan mengenai keperluan waslah al-mumasalah tersebut.



7.



Apakah pendapat anda tentang tarannum Sikah yang telah dipelajari?







Tarannum Sikah antara tarannum muktabar yang terkenal. Di dunia Melayu, ia amat sinonim dengan bacaan berzanji. Di kalangan masyarakat Arab pula, ia sering digunakan di dalam nyanyian dan bacaan al-Quran mereka. Ia memiliki ciri yang bersahaja dan menarik.







Tarannum Sikah berasal dari negara Parsi dan telah diubah suai dan dipopularkan oleh pakar-pakar tarannum negara Hijazi mengikut lahjah mereka kepada seluruh Qari di segenap pelusuk dunia. Ia kemudiannya dipopularkan lagi oleh para Qari Mesir dengan bentuk dan alunan yang lebih lembut serta lebih bersopan dan dikenali dengan nama Sikah Misri.







Gerakan tarannum Sikah yang tampak ringan dan bersahaja membuatkan ia unik dan berbeza dari tarannum-tarannum lain. Selain daripada



menonjolkan keindahan seni lagu al-Quran, tarannum Sikah turut memainkan peranan tersendiri dalam menzahirkan keagungan dan sifat mukjizat al-Quran. •



Antara tarannum lain yang sesuai diwaslahkan dengan tarannum Sikah ialah tarannum Rast, Soba, Husaini dan Jiharkah.



KATA KUNCI



Lahjah Mukjizat Sifat-sifat alunan dan peranan Sikah



Tarannum Sikah Tatbiq



Mahdi Muhammad al-Hirazi. (2001). Bughyah al-Murid Min Ahkam al-Tajwid. Beirut: Dar al-Basyair al-Islamiyyah. Manna Khalil Qattan. (1998). Mabahis Fi `Ulum al-Quran. Beirut: Muassasah alRisalah. MannaÊ Khalil al-Qattan. (1973). Studi Ilmu-Ilmu QurÊan (terj. Drs. Mudzakkir AS.). Jakarta: Litera AntarNusa. Muhammad Abdul Azim al-Zalqani. (2001). Manahil al-Irfan f Ulum al-Quran. Beirut: Al-Maktabah al-Asriyyah. Muhammad Khazar al-Mujali. (2003). Al-Wajiz Fi `Ulum al-Kitab al-`Aziz. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Muhammad Rajab Farjani. (1976). Kaifa NataÊaddabu MaÊa al-Mushaf. Qahirah: Dar al-IÊtisam. Muhd. Ali bin Abu Bakar. (1997). Seni lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur: Darul Fikr. Nik Jaafar bin Nik Ismail. (1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr. Salah `Abd al-Fattah al-Khalidi. (1994). Mafatih Li al-Ta`amul Ma`a al-QurÊan. Dimashq: Dar al-Qalam.