Laporan Lawatan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Tugasan 1 LAPORAN LAWATAN KE AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT WAKAF TAPAI, MARANG, TERENGGANU. Pada tanggal 13 Ogos 2013, seramai 39 orang guru pelatih dari unit Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni Visual dan Reka Bentuk Teknologi semester 4 PISMP telah menyempurnakan satu program lawatan sambil belajar ke Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai, Marang, Terengganu. Program lawatan ini diiringi oleh 2 orang pensyarah iaitu Encik Zarizi Abdul Rahman dan Encik Mohamad Fadzil. Lawatan ini merupakan sebahagian tugasan kerja kursus Pendidikan Keselamatan (PKE 3023E). Kami berasa amat bangga dan bersyukur kerana dapat melibatkan diri dalam lawatan sambil belajar ke akademik bomba. Lawatan ke Akademi Bomba bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang peranan dan fungsi ahli bomba di Malaysia. Info-info yang ada di Akademi Bomba dapat memberi input yang berfaedah dan kesedaran kepada guru pelatih mengenai keselamatan secara umum dan khusus. Guru pelatih berkumpul dan menunggu bas di Dewan Bendahara pada pukul 7.00 pagi untuk betolak ke tempat destinasi, iaitu Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai, Terengganu. Semua guru pelatih berasa gembira berpeluang melawat ke Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai di Marang, Terengganu. Sebelum kami bertolak ke akademi bomba, AJK makanan telah mengagihan makanan sarapan pagi iaitu roti dan minuman kotak kepada semua guru pelatih. Setelah ketibaan pensyarah pengiring, kami pun bertolak ke Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai, Marang, Terengganu. Dalam perjalanan menuju ke destinasi, bas berhenti di sebuah kedai makan lebih kurang 30 minit untuk pensyarah dan guru pelatih bersarapan pagi. Dalam tempoh perjalanan ini, bus kami turut sesat dan silap ikut jalan yang jauh dari destinasi sebenarnya. Perjalanan kami untuk sampai ke destinasi telah mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kami telah sampai ke destinasi pada pukul 10.20 pagi. Seorang pegawai menyambut kedatangan kami dengan mesra walaupun kami sampai lewat dan seterusnya mengiring kami masuk ke bangunan akademi. Kami dibawa masuk ke bilik gerakan untuk mendengar ceramah pada pukul 10.55 pagi. Ucapan alu-aluan juga telah diberikan oleh pengacara majlis, iaitu Muhammad Fabil b. Abu Hassan kepada para pegawai, pensyarah dan pesertapeserta. Seterusnya, bacaan doa turut diketuai oleh wakil peserta iaitu Mohamad Hanif b. Mamat. Dalam sesi ceramah ini, pengerusi program lawatan ini, iaitu Mohd Ikhwan b. Mohd Sabies telah memberi ucapan terima kasih kepada pihak Akademi Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai, Marang kerana sanggup menerima kedatangan kami.



Pegawai Akademi Bomba, iaitu Encik Alpian Hj. Ab Hadi telah memperkenalkan dirinya dan bertanya tentang tahap pengetahuan kami yang sedia ada tentang kebakaran dan keselamatan. Penjelasan yang diberi oleh Encik Alpian Hj. Ab Hadi telah menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang asal usul sesuatu kebakaran, sifat-sifat api, punca-punca kebakaran, langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kebakaran atau sekirannya berlaku kebakaran serta cara penggunaan pemadam api. Melalui ceramah ini, kami telah mengetahui segi tiga kebakaran memberi maksud bahawa gabungan tiga elemen, iaitu oksigen, bahan api dan haba akan menyebabkan sesuatu kebakaran berlaku. Jika mengurangkan salah satu elemen tersebut maka sesuatu kebakaran boleh dielak dan dikawal supaya kebakaran menjadi lebih serius. Selain itu, ceramah ini juga mendedahkan maklumat tentang punca-punca berlakunya kebakaran. Punca-punca kebakaran boleh disenaraikan seperti faktor cuaca, faktor kemanusiaan, faktor kemalangan yang tidak sengaja dan sebagainya. Bukan itu sahaja, peralatan atau perkakas eletrik juga boleh menyebabkan berlakunya perkaraperkara yang tidak diingini iaitu pemasangan yang salah seperti penggunaan pendawaian saiz wayar yang tidak sesuai atau penyambung apendawaian yang tidak bermutu. Di samping itu, kami juga didedahkan maklumat tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kebakaran atau sekiranya berlaku kebakaran. Antara langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kebakaran ialah barang-barang perlu disusun dengan teratur dan mempunyai ruang laluan secukupnya. Kawasan pengstoran juga hendaklah dipisahkan daripada kawasan atau bahagian lain dalam sesuatu premis. Beliau juga mengingatkan kami apabila berlakunya kebakaran, kami hanya mempunyai dua pilihan iaitu berusaha memadamkan api atau menyelamatkan diri sendiri. Kita haruslah sentiasa bertenang dan mengelakkan diri daripada panik, kelam kabut dan takut bertindak untuk menyelamatkan diri apabila kebakaran berlaku. Bukan itu sahaja, ceramah ini juga meningkatkan pengetahuan kami tentang cara jenis pemadam api dan cara penggunaan pemadam api. Pelbagai jenis alat pemadam api iaitu jenis air, jenis debu kering, jenis buih, jenis debu kering dan jenis karbon dioksida telah dibentangkan oleh Encik Alpian Hj. Ab Hadi dan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman kami tentang jenis pemadam api. Setiap jenis pamadam api mempunyai fungsi tersendiri seperti alat pemadam api jenis air boleh mengawal dan memadam api di peringkat awal dan tidak sesuai memadam kebakaran alat elektrik dan logam. Manakala alat pemadam api jenis debu kering (Dry Powder) boleh mengawal dan memadam api kelas A, B, C dengan sungguh berkesan. Alat pemadam api jenis gas (Co2 & Bcf) juga boleh menembusi tempat-tempat permukaan kecil tetapi tidak sesuai memadam kebakaran api



jenis A, B &D. Akhirnya, alat pemadam api jenis buih (Foam) boleh menutup permukaan cecair dan menyekat bekalan oksigen daripada membantu kebakaran. Kami juga diberi peringatan tentang penggunaan alat pemadam api iaitu PASS (Pull, Aim, Squeeze dan Sweep). Langkah yang pertama ialah mencabut pin keselamatan pada alat pemadam api. Seterusnya menggunakan tangan memegang nozel dan menunjukkan ke arah punca api. Seterusnya pemicit ditekankan untuk menyemburkan agen pemadam dalam alat pemadam api. Pengguna akan melakukan semburan di jarak yang selamat. Semburan dibuat dari kiri dan kanan, antara jarak 6’’/ 15 cm dari api sehingga api tersebut dipadamkan. Ceramah ini tamat pada pukul 12.00 tengah hari. Pihak kami telah menyampaikan cenderahati kepada pihak Bomba dan Penyelamat sebagai tanda penghargaan. Kami juga diberi peluang untuk melawat ke persekitaran tempat tersebut. Makanan tengah hari juga disediakan seperti keropok, nasi, ayam, sayur, minuman dan lain-lain. Selepas siap makan pada pukul 12.30 tengah hari, sesi mengambil gambar guru pelatih bersama dengan pensyarah pengiring dan Encik Alpian Hj. Ab Hadi juga dijalankan sebagai gambar kenangan di akademi tersebut. Program lawatan berakhir pada pukul 12.40 tengah hari dan semua guru pelatih dan pensyarah berkumpul untuk naik bas untuk bergerak meninggalkan balai bomba. Sebelum meneruskan perjalanan balik ke kampus, bas telah berhenti dan rehat di Mydin, Kuala Terengganu untuk guru pelatih muslim solat dan guru pelatih nonmuslim boleh berjalan di sekitar kawasan Mydin untuk membeli makanan atau minuman. Semua guru pelatih berkumpul semula di dalam bas 2.30 petang. Bas berhenti lagi pada pukul 3.40 petang kerana guru pelatih muslim menunaikan solat. Setengah jam kemudian, bas bergerak semula meneruskan perjalanan. Akhirnya kami telah sampai ke kampus pada pukul 4.53 petang. Ceramah seperti ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan kami tentang asal usul sesuatu kebakaran, sifat-sifat api, punca-punca kebakaran, langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kebakaran atau sekirannya berlaku kebakaran serta cara penggunaan pemadam api. Contohnya, barang-barang perlu disusun dengan teratur dan mempunyai ruang laluan secukupnya untuk mengelakkan kebakaran. Kita juga haruslah sentiasa bertenang dan mengelakkan diri daripada panik, kelam kabut dan takut bertindak untuk menyelamatkan diri apabila kebakaran berlaku. Kami berasa amat bangga berpeluang melibatkan lawatan sambil belajar tersebut. Kami akan ingat ilmu pengetahuan baharu yang kami dapat pada hari ini selama-lamanya. Sebagai bakal guru pendidikan kesihatan, penyebaran ilmu pengetahuan kepada murid-murid tentang prosedur keselamatan adalah penting supaya mereka mempunyai ilmu pengetahuan tentang cara menjaga keselamatan diri dan orang lain apabila suatu kemalangan berlaku.



Powerpoint yang ditunjukkan penuh dengan pergerakan, gambar dan grafik yang cantik juga menarik perhatian kami untuk mendengar dan membuat catatan. Dengan ini, kami dapat melihat slaid tanpa berasa bosan dan ngantuk. Hujahan yang jelas dan koheren oleh penceramah juga menarik perhatian kami sanggup untuk mendengarnya. Brosur dan pamplet yang diberi tentang kerjaya sebagai pegawai bomba serta pemakaian juga meningkatkan pengatahuan kami tentang pekerja seorang bomba. Bukan itu sahaja, sesi soal jawab yang dijalankan sepanjang ceramah juga membuka peluang kepada semua guru pelatih untuk menanyakan soalan kepada penceramah. Sebagai contoh, salah seorang peserta telah bertanya sama ada alat pemadam api masih boleh digunakan sekiranya tidak digunakan habis setelah dibuka. Penceramah telah memberitahu bahawa alat pemadam api itu masih boleh digunakan asalkan mencukupi untuk memadamkan api dalam kebakaran serta belum melepasi tarikh luput. Di samping itu, kelemahan juga wujud dalam program ini. Antaranya ialah kadangkala, penceramah bercakap dengan terlalu cepat dan penggunaan bahasa dialek dalam penyampaian sesuatu taklimat atau ucapan. Hal ini menyebabkan guru pelatih tidak faham dan tidak memahami maklumat yang hendak disampaikan terutama bagi guru pelatih yang berbangsa cina dan dusun. Dari segi penambahbaikan pula, saya berpendapat bahawa penceramah harus memperlahankan ayatnya dan elak daripada penggunaan bahasa dialek dalam penyampaian maklumat agar penyampaian sesuatu maklumat itu jelas difahami oleh semua guru pelatih. Kekurangan latihan amali bagi semua guru pelatih juga merupakan kelemahan dalam program lawatan ini. Guru pelatih tidak berpeluang untuk belajar cara mengendalikan alat bantu kecemasan secara amali. Cara memadamkan kebakaran yang betul juga tidak ditunjukkan kepada guru pelatih. Aktiviti amali tidak dapat dijalankan kerana terdapat taklimat program penutupan kursus bomba Bangladesh pada hari itu. Ini menyebabkan sebahagian besar pegawai bomba terlibat dalam majlis tersebut dan mereka kekurangan tenaga kerja untuk mengadakan aktiviti amali penggunaan alat pemadam api. Cara penambaikan ialah pihak kami perlu berbincang dengan pihak bomba terlebih dahulu sama ada pihak mereka mempunyai masa untuk membimbing kami dalam aktiviti amali pada hari tersebut. Nota tentang ceramah tidak diberikan kepada guru pelatih juga merupakan kelemahan dalam program lawatan ini. Guru pelatih hanya boleh mendengar pada masa ceramah disampaikan dan akan lupa apa yang dilihat dan didengar selepas keluar dari Bilik Gerakan. Untuk penambahbaikan, penceramah harus menyediakan nota ringkas atau nota yang berbentuk grafik supaya guru pelatih mudah mengingat apabila melihat nota tersebut.



Bukan itu sahaja, guru pelatih juga dapat mengkajinya dengan lebih lanjut serta mendalam untuk meningkatkan ilmu pengetahuan sendiri. Tambahan pula, perjalanan aktiviti tidak mengikut seperti dalam perancangan atas sebab kelewatan bas kami sampai ke akademi bomba juga merupakan kelemahan program lawatan ini. Sikap tidak mementingkan masa bukan sahaja akan menjatuhkan imej sendiri maka akan dipandang rendah oleh masyarakat. Cara penambaikannya ialah kami perlu mengurus masa dengan baik demi memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dengan masa yang telah ditetapkan. Hal ini penting kerana sekiranya sesuatu aktiviti telah bertangguh, aturcara atau aktiviti yang seterusnya pasti akan terjejas. Kesimpulannya, lawatan akademik bomba ini telah memberi banyak faedah dan manfaat kepada kami. Pengalaman yang baru ini kami tidak akan lupakan dan kami percaya pengalaman ini amat berguna pada masa hadapannya. Program lawatan ini telah mendedahkan ilmu pengetahuan kepada semua guru pelatih tentang kejadian kebakaran dan cara penggunaan alat pemadam api dengan betul. Melalui lawatan ini, penilaian guru pelatih dalam kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan juga dapat dibentuk serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan. Kami berharap pada program atau aktiviti yang seterusnya, kami akan lebih banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi mencapai matlamat kami untuk menjadi seorang pendidik yang cemerlang, gemilang dan terbilang.